Assalamualaikum wbt
Sungguh saya tak sangka, selepas habis exam, jadual saya semakin penuh dengan pelbagai aktiviti lain. Sampaikan internet pun tak sempat hendak dijenguk dengan penuh tekun. Kalau musim exam tu, setiap dua jam sudah terasa sepi kalau tidak menghadap internet. Sindrom apakah ini.
Seperti yang saya kata, ada terlalu banyak benda yang hendak saya ceritakan. Tapi bila sudah bertangguh sampai dua hari, saya sendiri pun sudah lupa cerita apa yang saya hendak cerita tu. Mungkin apa yang saya hendak ceritakan ini bukan penting sangat pun, tapi saya cerita jugalah. Sebab hal ini macam perkara gembira bagi saya.
1) Berhubung semula dengan seorang kawan lama waktu sekolah rendah. Ahmad Thaariq Mohd Khairudin. Gembira betul bila dapat maklumat tentang dia semula. Pernah jadi musuh dalam diam sikit-sikit, pernah jadi kawan rapat belajar bersama-sama untuk UPSR dan pernahlah cemburu tengok dia disayangi oleh cikgu Bahasa Inggeris dulu-dulu. Sebab dia sangat hebat dalam subjek itu! Hehe. 12 belas tahun kami tidak mendengar khabar. Alhamdulillah dapat berhubung semula walaupun sekadar di internet saja. Tapi pendek ceritanya, saya gembira bertemu semula dengannya!
2) Berhubung semula dengan sebahagian besar daripada batchmates saya di KISAS dulu melalui Facebook. Yang ini lagi gembira! Muka semuanya dah berbeza. Kali terakhir saya bertemu dengan sebahagian daripada mereka ialah ketika majlis perkahwinan Faaiqah tahun lepas.
3) Terlalu ramai batchmates di KISAS dulu yang baru mendirikan rumah tangga. Tahniah untuk semua. Bila saya tengok gambar-gambar walimah mereka dan kawan-kawan yang berkumpul untuk majlis itu, saya rasa amat terkilan sebab sudah terlepas untuk berada bersama mereka. Sedih juga. Tapi apapun, didoakan yang terbaik dan semoga dalam redha dan rahmat Allah selamanya buat semua.
4) Sebaik selepas exam hari Khamis lepas, saya terus keluar bersama Auyun, Rodo, Shima dan Faiz ke Ikea untuk mencari kotak. Nak buat apa kotak tu? Untuk hantar barang balik melalui kargo! Yeay! Tapi sejak beli hari tu, saya masih belum mula mengemas apa-apa lagi sebab asyik tiada di bilik saja. Kotaknya pun masih tersidai belum dibentukkan lagi di tepi katil ni. Buat semak bilik saja.
5) Semalam Tourism Malaysia Moscow atau lebih tepatnya Kak Zah telah mengadakan majlis perpisahan untuk pelajar-pelajar tahun enam. Sampai malam saya di sana. Kalau waktu exam saya kehilangan 4 kg dalam masa hampir 2 minggu. Tapi saya rasa saya boleh naik 4 kg semula dalam masa 4 hari. Adoi.
6) Selamat hari lahir yang ke-25 buat Abang Khairil Idham Ismail. Didoakan yang terbaik dalam apa saja yang Abang Khairil lakukan. (12 Jun)
7) Selamat hari lahir yang ke-24 buat Auyun. Insya Allah kita mesti akan tetap berhubung walaupun dah balik ke Malaysia, ok! (13 Jun)
8 ) Hahaha. Selepas 6 bulan saya tidak membuka YM saya, akhirnya saya kembali muncul di YM. Bila saya celik mata saja hari semalam, ada 21 tetingkap kawan-kawan dan saudara mara yang menegur. Jammed laptop saya waktu tu. 
Selepas ini hendak keluar lagi. Ke rumah Kak Yan pula. Ada makan-makan dengan kawan-kawan sempena sambutan hari lahir Auyun. Nampaknya, memang tak berusik lagilah kotak-kotak saya ni. Entah bilalah nak mula mengemas ni. Tak lama lagi dah nak ke tempat lain pula. Apalah nak jadi dengan saya ni.
Nota 1: Bila sudah habis exam, terasa kosong je hidup ni. SEBAB DAH TAK PAYAH RISAU BALIK NAK KENA BERKEJAR BUKA BUKU UNTUK BELAJAR DAH. Hahaha.
Nota 2: Gambar akan saya kemaskinikan kemudian. Tak sempat hendak mengecilkan saiz gambar.