Mari Mengemas Kotak
Assalamualaikum wbt
Pertamanya saya hendak meminta maaf kepada semua. Saya tak sempat pun nak balas komen-komen sejak beberapa hari lepas. Asyik tiada di bilik saja. Bila dah sampai bilik, hanya fikir hendak mandi, solat dan tidur. Penat seharian keluar dengan kawan-kawan menghadiri banyak program bersama pegawai-pegawai kedutaan. Nanti saya balas sedikit demi sedikit ya.
Maka siri mengemas barang pun bermula pagi tadi. Sangat lucu. Saya selongkar semula buku-buku lama. Saya menemui diari tahun 2005. Saya selak-selak semula diari itu. Saya ketawa terkekek-kekek membaca coretan saya tentang nasihat seorang kawan saya di sini, Fizzi. Tajuk catatan itu ialah Nasihat Seorang Lelaki Bernama Hafizi. Ya ampun! Kelakar sungguh. Bila saya ceritakan semula padanya apa yang saya jumpa itu dan apa nasihat yang diberikannya itu, begini balasnya: It’s so not me. Hehe. Dia pun terkejut kot dia boleh memberikan nasihat yang sebegitu sekali suatu masa dulu.
Lagi, saya jumpa email yang saya print sekitar 2004 dulu. Itulah email pertama yang saya terima selepas tiba di Moscow ni. Terkedu sekejap membaca ayat kanak-kanak baik dari dia mahupun saya. Dan email bertarikh 10 Januari 2004 dari saya untuknya. Huuuuuuu… Terasa betapa bodohnya dulu-dulu. Nak ketawa pun iya. Nak menyesal pun iya. Tapi semua tu dah tak guna dah. Isi utama di sini ialah saya terasa sangat lucu dengan bahasa saya dulu-dulu. Marilah ketawa berjemaah. Saya tak kisah. Haha.
Saya juga menjumpai email lima helai kertas panjangnya dari seseorang nun jauh di Bumi Anbiya’. Yang ini pun lucu juga. Memang lucu sungguhlah bila dikenangkan jalan ceritanya. Nasib baik dia datang ke rumah dulu bawa hadiah-hadiah saja. Kalau tak, erk, mati saya! Huhu. Ok. Tutup cerita lama-lama. Kita berpijak di bumi nyata kembali.
Dalam buku sajak saya yang saya bawa sejak tahun 2003, ada terselit sebuah cerita pendek (ala-ala cerpenlah tu) yang bertarikh pada 14 November 2004. Ketika itu saya di semester pertama tahun kedua pengajian. Saya tulis cerita itu ketika di dalam metro dalam perjalanan balik dari lecture Histologi. Kisahnya dalam cerita itu, saya menerangkan betapa gembiranya saya menerima panggil jauh daripada seseorang dan ketika menjawab panggilan itu, saya sedang berdiri dalam lebat salji yang turun di hadapan National Hotel di pusat bandar Moscow ini. Memang bangunan kelas Histologi terletak di situ. Ketika itu sudah gelap. Maklum sajalah. Musim sejuk. Dengan diterangi cahaya lampu jalan dalam suasana salji yang lebat turun memang membuatkan saya terbang kegembiraan pada waktu itu. Alangkah saja kalau dia tahu apa yang saya tulis di penghujung cerita itu.
Aduh. Melankoliknya ayat saya kali ini. Cepat seret saya keluar dari kenangan silam ini. Hehe. Sebenarnya saya tak kisah langsung pun dengan 1001 kenangan yang saya terjumpa itu. Saya gelak-gelak adalah. Nak sedih-sedih, pilu-pilu, aishh, minta maaf banyak-banyaklah ya. Itu bukan saya.
Tadi selepas Zohor, saya keluar bersama Aizat, Fizzi dan Azam menuju ke Pejabat Dekan. ALHAMDULILLAH. Segalanya berjalan lancar. Syukur Ya Allah. Saya doakan perjalanan yang perlu kawan saya lalui dipermudahkan olehNya. Saya yakin dia boleh. (Kamu semua tak faham sangat yang ni pun tak apalah.)
Oh ya. Semalam saya masak Laksa Penang. Ini sudah empat mangkuk saya makan sejak semalam. Masya Allah. Tak sempat nak kuruslah sebelum konvo ni nampaknya. Huhu. Sekejap lagi pun kami semua akan ke tasik berhampiran kawasan hostel ni. Kami hendak berkelah sempena hari lahir Glid pada hari ini. Selamat Hari Lahir Glid!
Ok. Ini gambar-gambar yang saya tertangguh hendak kongsikan sejak habis exam dulu. Kronologinya tidak tersusun. Layankan sajalah ya.
Nota: Alamak! Masih tak sempat nak upload semua gambar. Nak keluar ke tasik dah kejap lagi. Tak bersiap lagi ni. Malam nanti saya sambung lagi ok! Dan saya akan balas komen insya Allah 😉
wondering.
apakah isian nasihat fizzi tersebut 😆
Reply
Sarah Reply:
June 30th, 2009 at 2:34 am
Sesuatu tentang hati dan perasaan. Hahaha.
Reply
Salam sarah…Kak Dela?…
Apa khabar?? semoga kamu sihat selalu ya…… 😛
tentu tidak sabar ya untuk pulang ke tanahair……makin diselongkar makin banyak kenangan lalu yang mengimbau ya……
Moga menjadi kenangan abadi…..sambil mengemas sambil mengimbau kenangan lalu indah tu…
salam….. dasvidanya..!! 😛 😛
Reply
salam Sarah…
wahh… dah berkemas-kemas dah… mesti jumpa banyak harta karun kan… kalaulah boleh dijual, mesti dah kaya… haha… 😆 and me too akan ketawa sndiri kalau tengok balik cerita-cerita lama… ada tindakan kita yang macam stupid jek kan.. tapi itulah kehidupan namanya.. masa kejadian tu mungkin kita tak sedar apa yg kita dah buat.. tapi sekarang kita tahu apa yang patut dibuat dan tak patut dibuat… 😀
you must be in the ‘bestes’ mood now.. riang-ria berjalan sana-sini, mengemas barang… tak buat garage sale ke?
btw, when is your flight back to KL?
Reply
Sarah Reply:
June 30th, 2009 at 2:35 am
Balik tak sure lagi bila. Flight details tak confirm lagi. Saya ada lagi nombor akak. Insya Allah nanti saya contact k.
Reply
hehehehhehe 😆
Masa yang lepas itu x kn dpt kita ubah
Biarkan ia..
Hep! Hep! Kotak dah siap kemas belum? Cepat buat skrg! 😆
Reply
aduhai, baru tahu Jatbee pon di sana huhuu
selamat mengahayati kehidupan
Reply
salam…
simpan semua benda2 kenangan dalam kotak dan bawak balik..kami pun ada macam kotak kat rumah nie…nak buang sayang (k.mai lah tu)..hihi..
Reply
Sarah Reply:
June 30th, 2009 at 2:36 am
Memang sangat betul! Semua barang/buku saya bawak balik. Ni kat rumah nanti bila nak asing2kan, mesti semuanya saya akan simpan. Sebab sayang! Huhu.
Reply
Nak tau gak apa ayat2 kelakar tu..
kongsi sikit..
Reply
lama tak singgh ni..
wah wah..ade org tu dh start packing..
slmt menempuh alam kerjaya lak nanti
Reply
wahhh.seronoknye…
Reply