Puteri Lilin
Assalamualailkum wbt
Ikutkan sudah ada entri lain yang siap ditulis. Entri bergambar. Tapi gambar-gambarnya tidak dapat dimuatnaikkan ke blog. Masalah apa entah. Dari malam tadi blog saya tidak menerima gambar-gambar itu. Jadi tiadalah gambarnya. Tiada gambar, tiadalah entrinya, kan.
Baru saya sedar, semalam, seharian saya tidak keluar rumah. Tadi pun saya menjejak tanah kerana pergi menyelamatkan Iman daripada rasaksa. Huhu. Tidaklah. Saya berlari keluar rumah tadipun kerana hendak mengambil cangkul yang sedang dimain oelh Iman. Bahaya tu. Nanti tercangkul kaki sendiri, siapa yang susah. Doctor in the house ini juga yang susah.
Ikutkan hati ada perasaan seperti hendak main tuju selipar saja petang ini. Tapi di atas bukit ni mana ada siapa. Petang-petang adik-adik saya yang bertiga tu lebih suka ke padang bermain bola. Eh, Azizi tidak pergilah. Dia suka duduk rumah. Sebab itu dia putih melepak. Cemburu oh melihat kulit dia. Sudahlah putih. Lembut gebu pula tu. Huhu.
Nampaknya, petang ni duduk dalam bilik main Zuma Deluxe seorang dirilah saya. Tak peliklah Mak Tam saya beri gelaran Puteri Lilin kepada saya bila saya balik ke rumah. Sebab saya selalu terperap di dalam rumah saja. Selipar pun saya tiada. Asyik mengebas selipar Aiman saja. Masalahnya, kalau saya keluar, saya hendak ke mana? Baik duduk dalam rumah, borak-borak dengan emak bila emak balik dari kursus petang nanti dan minum-minum makan kuih di petang hari. Malam nanti tunggu cerita Nur Kasih. Oh tak sabar ni. Kali pertama akan menonton Nur Kasih tepat pada waktunya di TV. Selama ini terpaksa menonton di lawan web TV3 saja. Poyonya awak ni, Sarah. 
Ehhhhhhhh! Baru teringat. Ayah baru saja perbaharui lesen memandu saya. Nampaknya petang ini bolehlah mengajak emak keluar. Muehehe. Air tebu satu! Air kacang soya satu! ABC sspecial satu! Cendul satu! <—- Aik. Tak kembung ke budak ni?

Nota: Gembira bila boleh buat orang lain gembira. 🙂







