Berkumpul
Assalamualaikum wbt
Rumah penuh! Oh tidak. Cuma Kaklong yang tidak balik. Yang lain semuanya ada. Sebelum Maghrib tadi, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Emak berbuka puasa di dalam gelap. Sebaik selepas semua yang lain menunaikan solat Maghrib, kami pula makan beramai-ramai. Emak buat mee sup. Hihi. Permintaan budak bertuah inilah.
Selesai makan, saya mengemas meja dan membasuh pinggan mangkuk. Saya meminta Adi tolong menyimpan semula segala botol sos dan lada sulah ke tempatnya. Tetapi sebaik saya berpaling ke belakang, meja semua sudah siap berkemas. Mangkuk berisi bawang goreng dan daun bawang juga sudah siap disimpan di bawah tudung saji. Sejuk hati betul dengan adik saya yang seorang ini. Ringan betul tangannya.
Kami duduk berbual-bual dengan ayah sementara menanti Isyak masuk. Disebabkan malam ini ada cerita Nur Kasih, saya mengajak adik-adik saya ke mapley Old Town untuk menonton TV di luar. Sudahnya, kami bertujuh keluar selepas siap menunaikan Isyak. Pergi dua buah kereta, guna dua buah meja, untuk enam lelaki dan seorang perempuan. Fuh. Terasa selamat sungguhlah. Sejam kami di sana. Selesai drama, kami pun balik. Adik-adik saya ni layankan saja saya ni semata-mata kerana hendak menonton drama itu. Eh, Adam pun layan drama tu juga. Saya tidak akan ke mapley tanpa adik-adik lelaki saya. Berdua dengan Kaklong juga tidak. Disebabkan itu, saya bersyukur mempunyai adik-adik lelaki yang bertanggung jawab ini walaupun saya tiada adik perempuan. Jadi perempuan yang bongsu kan best. Kekeke.
Sampai di rumah, bekalan elektrik sudah ada kembali. Dalam seminggu ini, sudah beberapa kali bekalan di kawasan saya ini terganggu. Mana Encik TNB yang seorang tu? Sila jelaskan sedikit. Hehe. Setiap kali menghubungi TNB, jawapannya sama saja: We are having some major failures at the moment. Ok. Saya acah je, Encik. Encik sudah bekerja dengan bagus.
Nota 1: Makanan pertama yang masuk ke perut saya hari ini ialah mee sup emak.
Nota 2: Kisah dua tahun kami telah membuka lembaran baru petang tadi.
Nota 3: Terima kasih Ruhana kerana sudi berkunjung ke rumah saya.
oooo….sanggup g mapley utk tgk nur kasih……. 🙄 🙄 🙄 mcm mane jln cerite die skrg????mst makin menarik…..
wah, family awk pun ada 2 org adik beradik p’puan jgk erk……..oppsss, lupe….sye dah bertambah jd 3 org…..mmg best kan family yg besar…….kumpul ramai2……arrrggghhhh, nak balik kg…….. 😥 😥 😥
Reply
TNB? Huh, terasa terasa. Hehe..
Reply
Otel yg kami dok semalam sgt la siot sbb TV3 x clear… Nyampah btol!! Kami tgk berita Tamil n Cina jek…
Reply
We at Generation Division, do as much as we can, so that at the moment you switch on the lights, the light is there.
But at one point, there might be technical tripping in distributing those powers to our customers.
Full sorry for the inconvenience, but please do push us in TNB to get back your electricity. We will give full support. TNB Hotline Number – 15454.
Chill sistah.
Reply
sama-sama sarah.
saya pun terima kasih juga,
kat sarah dan semua,,,
Reply
Seronok dgr citer sarah ngan adik2.. jeles pun ada jugak ni.. hehe..
Reply