Promosi : Badar Metropolitan

Assalamualaikum wbt

Seperti tahun lalu, kali ini saya terpilih lagi untuk turut serta memeriahkan Antologi Puisi 2009. Judul antologi puisi kali ini ialah Badar Metropolitan. Tiga buah puisi saya terpilih untuk dibukukan bersama puluhan lagi anggota Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) yang rata-ratanya sedang mencipta nama di persada penulisan tanah air. Ahli GKLN ini terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia yang sedang menuntut di luar negara, sedang membuat persediaan di Malaysia dan juga beberapa orang yang baru selesai menamatkan pelajaran.

Jujurnya, saya berpendapat tiga buah karya saya kali ini tidaklah sebaik kualiti dua buah sajak tahun lalu (dalam Antologi Puisi Bahasa Bumi). Ketiga-tiga buah karya saya kali ini dihasilkan atas dasar peribadi bertemakan keinsafan. Jadi mungkin tidak mendalam maksudnya bagi yang lain. Tapi saya tetap hendak mempromosikan buku tersebut di sini bagi pihak GKLN. Badar Metropolitan.

bandarmetropolitan

Bagi sesiapa yang berminat dengan karya sastera genre puisi, kalian bolehlah membuat pesanan menggunakan contact form di Hubungi Sarah dengan meninggalkan nama penuh, alamat dan email. Sebuah buku berharga RM15. Saya hanya akan mengambil tempahan sehingga Selasa depan jam 11.30 malam.

Terima kasih atas minat yang ditunjukkan. Satu Malaysia, Satu Bahasa Ibunda!

Nota 1: Alhamdulillah. Sudah dua buah buku. 😉

Nota 2: Sebenarnya saya malas sangat nak uruskan hal-hal pos mengepos ni. Saya kan dalam mood malas yang kronik. Huuu. Haru betullah budak ni! Cepuk dia sikit.

10 Responses to “Promosi : Badar Metropolitan”

  1. Saffa says on :

    Saffa pun tengah kemalasan. Malas nak study. lagi kronik masalah Saffa ni. =.=”

    Reply

  2. pencacai tua says on :

    puisi?apa itu…hehhehe..sy tak faham mengenai puisi.otak tak leh masuk,tapi nak cube bc puisi sarah gak..sy tmpah satu ye..nak byar melalui online banking ker?maybank2u ok

    Reply

  3. pengemisredha says on :

    assalamualaikum..
    salam ukhuwah..
    hebat ukhti…ana kagum sama enti…terus juang

    Reply

  4. hilman says on :

    Salam…..
    tahniah…….hebat betul Sarah ni……kagum saya……

    pg td bru saje g kedai buku….xnmpk plak buku ni…. 🙄 🙄 skrg mod membaca……tp ada 9 buah buku lg xhbs baca, cmpr dgn bru beli 4 biji lg jd 13…..hehehe entah bile la bru dpt hbs semua tu….buku engineering dah lama tggl…

    Reply

  5. hafiz says on :

    hebat tu dapat dibukukan puisi2 tu. Nantikan, kalau rajin, bolehlah tulis sedikit cara nak memohon kerja dari KKM (Kementerian Kesihatan) dan SPA tu yer. Ada orang kata, ada banyak benda kena isi dalam borang dia. tak tahu betul ker tak.

    thank you.

    Reply

  6. haritz says on :

    Saya adalah orang yang malas baca buku jadi masa sekolah dulu tumpukan perhatian kat cikgu mengajar cukup.Insyaallah boleh ingat sampai waktu periksa.

    ps:Perhatian! Jangan tiru gara budak ni (saya la tu) sbb pasti anda akan lingkup dalam peperiksaan hehehe :mrgreen:

    Reply

  7. me says on :

    baguslah Dr Sarah ni .. balance dua2 .. Science & Arts
    Tahniah

    Reply

  8. wanhidayat says on :

    Salam….awak nih rajin sungguh!!!

    Tergelak tengok ikon yang kene ketuk tuh….lucu!

    🙂

    Reply

  9. khairilidham says on :

    fuyoo..!
    sudah dua buku.hebat.hebat.hebat!!!
    he he he he he

    Reply

  10. Ksu says on :

    Suka ayat yg last! Cepuk dia skit. Hehe.. Dan katun smiley sedang cepuk tu!

    Reply

Leave a Reply