Kronik!
Assalamualaikum wbt
Sekarang ni saya jadi seorang yang sangat malas. Malas semalas-malasnya. Sampaikan hendak berjalan ke luar rumah pun saya rasa malas yang teramat sangat. Kalau boleh hendak duduk saja. Tidak mahu berbuat apa-apa yang lain.
Cuba bayangkan kemalasan saya ni. Bayangkan bersungguh-sungguh. Selesai Subuh, saya menghadap internet sebentar. Maklum sajalah. Rumah sudah kosong. Sunyi betul rasanya. Kemudian berhenti online untuk mengemas rumas sekejap. Ini sajalah yang saya betul-betul rajin. Saya tidak suka keadaan yang selerak-selerak. Selebihnya, saya akan duduk membaca novel, melepek di ruang tamu seorang diri. Kalau sudah bosan, saya masuk melepek di dalam bilik pula. Bila bosan lagi, saya keluar ke ruang tamu semula. Ke luar dari pintu rumah? Jangan harap. Saya sangat malas untuk membawa badan yang semakin berat ini.
Di sebelah malamnya, saya akan melepek di depan laptop. Duduk berteleku di ruang tamu. Bila saya menghampiri emak yang menanda kertas soalan, saya akan melepek di sofa dapur pula. Macam tadilah. Emak menyuruh saya mengasingkan sijil-sijil yang hendak saya fotostat itu. Emak suruh pisahkan dengan kertas tidak guna supaya dia ingat apa yang perlu dilakukannya. Tapi saya kata, malasnya hendak bangun untuk mengambil kertas tidak guna di tepi TV. Malas semalas-malasnya untuk bangun.
Kemudian, saya terasa hendak membancuh kopi 3 in 1 Kopiko seperti yang ayah minum. Saja mahu mencuba sedangkan memang saya tahu nanti saya akan mengomen kopi tu tak cukup rasa, sedap lagi kopi bancuh sendiri sebab kopi 3 in 1 memang akan kurang pekat, kurang creamer dan kurang manis. Fuh, panjang betul ayat senafas saya tu. Emak berpesan, jangan dipanaskan semula air yang ada. Masak air lain. Saya merasa badan cerek elektrik itu. Masih panas. Tak kuasa saya hendak masak air lain mahupun memanaskan air yang ada di dalam cerek itu. Guna terus saja. Malas sungguh saya hendak tuangkan dulu air itu ke dalam bekas air masak dan mengisi air lain untuk dimasak. Tap. Terus siap kopi 3 in 1 Kopiko yang memang tak sedap tu. Serius Nescafe yang saya bancuh satu teko petang-petang tu lagi sedap. Hahaha.
Kemudian saya akan sambung melepek di atas lantai menghadap laptop atau membaca novel lagi. Saya rasa otak saya tidak maju langsung sekarang ini. Tiada ilmu baru langsung yang dimuat naik ke dalam kepala. Maklum sajalah. Novel yang saya baca ini novel lama yang dibeli dua tahun lepas. Tapi disebabkan tiada stok baru, saya teruskan jugalah membaca apa yang ada di rumah ini. Lagipun kalau baca novel, ilmu apalah sangat yang dapat dicerna. Ilmu percintaan? Ilmu kekeluargaan? Ilmu rumah tangga? Ilmu suami isteri? Ah ah. Itu semua boleh dipelajari secara natural. Cewah! Hahaha.
Lagi, saya sangat malas untuk beraktiviti yang memerlukan pergerakan aggresif. Adik Iman ajak main kejar-kejar Ultraman laser-laser rasaksa, rasaksa mati, takkan menang kena bahan dek Ultraman, saya dah kalah awal-awal lagi dah. Bukan apa. Saya memang malas hendak berlari. Pulak tu, saya yang jadi rasaksa. Tak aci sungguh, kan. Tahulah badan saya pun dah macam rasaksa hipopotamusorus zaman batu yang besar gedabak. Lagi disuruh berlari-lari mengejar dia. Memang semput saya. Baik tak payah, kan. Sebab akhirnya saya akan mati kena laser juga. Hahaha.
Bila sudah semput berlari dua, tiga pusingan, saya sudah berhenti makan rambutan pula. Bila sudah kenyang, hendak berlari apa lagi. Oh…. Kronik sungguh saya sekarang ni.
Ada lagi. Kalau petang-petang saya hendak bancuhkan air, saya akan menawarkan diri secara murni dengan ayat yang begini: Ok. Siapa nak masakkan air? Nanti Ngah bancuhkan Nescafe. Siapa nak Milo pekat? Cepat. Cepat. Masakkan air cepat. Hahaha. Ayat umpan hati adik-adik (Aiman terutamanya) untuk masakkan air sebab dia suka Milo pekat. Padahal inilah taktik saya untuk menyuruh orang lain masakkan air. Air dah masak baru saya bancuhkan airnya. Taktik kotor betul. Hari tu kami menggembur tanah bersama-sama pun, saya hanya menggembur tanahnya saja. Bab-bab pergi mencari cangkul, pencakar, kereta sorong dan segala barang lain, semuanya Aiman yang uruskan. Bila tangan saya tiba-tiba melepuh (Ok. Yang ini tak tipu. Tangan saya melepuh teruk.), dia juga yang membuat semuanya. Saya hanya memasukkan rumpai-rumpai semua tu ke dalam kereta sorong saja.
Masya Allah. Serius saya sangat malas untuk bergerak sekarang ni. Kronik sangat. Sampaikan, aktiviti membalas mesej yang hanya memerlukan aktiviti jari-jemari saja pun sangat saya malas. Telefon pun entah di mana saja saya letakkan. Sudahlah malas bergerak, makan pula banyak. Yang ni kena istighfar panjang-panjang. Sarapan makan. Tengahari pun makan. Makan malam pun iya juga. Dulu makan nasi sekali sehari. Sekarang, kalau tidak makan malam, saya akan rasa ada yang tidak cukup untuk hari itu. Adik-adik saya tidak makan nasi pun untuk makan malam. Mereka makan roti. Emak saya pun tidak makan nasi untuk makan malam. Ayah pula hanya kadang-kala. Ayah dengan emak sangat menjaga pemakanan. Tapi saya? Ikut sempat saja hendak makan waktu bila.
Macam tadi, saya pelik melihat adik-adik saya tidak mahu makan nasi waktu makan malam. Ada lauk sambal sotong, sayur pucuk masak tempoyak, telur itik masak lemak dan sayur campur. Subhanallah. Sedapnya. Sudahnya hanya saya yang makan seorang diri. Siap jadi tong sampah lagi tu. Menghabiskan semua lauk yang ada sebab orang lain dah tak nak makan.
Jadi mari kita buat perkiraan.
Malas Bergerak + Makan Banyak = Gemuk Gedempol
Saya rasa formula itu sudah cukup sempurna. Tepat setepat-tepatnya. Kalau saya tidak cuba membanteras gejala malas bergerak dan makan banyak ini, saya akan berubah menjadi penguin dalam masa yang terdekat. Jalan kedek-kedek, tengkuk tenggelam, badan bulat, tangan macam tergantung saja pada badan.
Cuma nasib baiknya satu saja. Saya sangat kurang tidur. Kalaulah saya jenis yang kaki tidur, tidak sampai sebulan saya boleh bertukar menjadi Cik Siti Sarah Kembang!
Macam mana nak kurus semula ni????????????? Sesiapa yang duduk di sekitar Temerloh, marilah ajak saya pergi jogging di tasik (tawaran terbuka untuk kawan-kawan perempuan saja). Saya akan bersemangat kalau ada teman. *nangis nangis nangis*
Nota 1: Setiap kali plan hendak pergi jogging waktu petang dengan adik, ada saja halangannya.
Nota 2: Dulu saya akan kurang makan kalau ada yang tegur: Aik, awak nampak macam dah naik je. Tapi sekarang, biar lantaklah apa saja yang orang kata, saya tidak kisah langsung. Pipi tembam ke. Nampak berisi ke. Jadi, apakah motivasi terbaik untuk saya sekarang ni??? Runsing betullah.
Nota 3: Bukanlah maksud saya tidak kurus itu tidak cantik. Tapi ini semua penting untuk kesihatan kita semua. π₯
Waa rindunya nak berjoging kat tasik. Dulu waktu Tingkatan 5 rajinlah saya ke sana, meneman kawan yang sedang cuba memikat gadis Tingkatan 4. Haha, sungguh tidak murni.
p/s: Rahsia kekal kurus seperti saya – malas makan.
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 9:50 am
Ish ish ish. Meneman kawan memikat anak gadis orang rupanya. Memang tak berapa murni. Hihi.
Reply
Gelak akak baca cerita Sarah..hehe..Tak pa Sarah, bab malas nak keluar tu tak kisah la. Nanti dah sampai masa hari2 kena keluar masa tu baru terasa masa 24 jam cepat berlalu..
Masa tu blog pun tak sempat nak jengah selalu..
Bab main ultraman tu, teringat aksi silang tangan ultraman..lawak la..hihii
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 9:51 am
Tu la. Biar je la rasa malas tu bermaharajalela sekarang ni kan
Reply
slm ziarah sarah.baru pertama kali dtg ke sini.patutlah karya selalu tembus media sebab kamu tulis blog dengan bahasa biasa macam ni pun sangat menarik.selamat berkhidmat dgn jayanya di tanah air kita π
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 9:52 am
Salam Lailati. Terima kasih Lailati. Tapi saya rasa cara kita menulis sama. π
Reply
Assalamualaikum,
Saya amat teruja ingin mengetahui limpahan pengalaman bekas ‘pemerhati’ di luar negara setelah kembali ke dalam negara pada sisi rasa yang upaya memulihkan keseimbangan menikmati kesihatan yang menyeluruh, yakni jaminan keselamatan untuk diberdayakan maksud cara hidup yang sihat.
Kitaran yang sedang berlaku pada imej yang tidak lagi mendapat tempat untuk diberi kepercayaan upaya melansungkan kehilangan kedamaian yang diperlukan oleh spritual- cedera rohani cedera juga minda, sakit ‘hati’ sakit juga jasad.
Ya , sangat teruja untuk mendapat penilaian saksama adil ‘para pemerhati’ luar negara mengenai ehwal semasa di dalam negara di dalam mengacarakan kedamaian sebagai menu utama terapi kesihatan.
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 9:56 am
Serius. Saya tidak faham maksud ayat ni. Maaf.
Reply
Sarah, kalau kita tinggal berdekatan…saya akan ajak awak jogging sama. Hehe. Sebab saya suka jogging secara berjemaah. Baru semangat.
InsyaALLAH awk dah mula bertugas nanti, segala kemalasan yg melanda akan hilang. Masa tu awk nak update blog pun mungkin tak ada masa.
p/s: Betul ke sampai tahap mcm tu sekali kroniknya? Rasa mcm kena goreng pun ada. Hikhikhik..
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 9:57 am
Huu. Ini tak goreng sis. Memang kronik tahap maksimum ni. Huuu.
Reply
ahahaha..
sgt kelakar entri kamu yg ni.. sampai berair mata sy ketawa..bukan kelakar sbb malas tu, tp cara kamu ceritakan pasal malas ni sgt menarik..
kembang sikit2 takpelah, cumel.. tp klu sampai mcm rasaksa hipopotamusorus zaman batu yang besar gedabak.. itu sudah bahaya, nanti takde pesakit yg mahu percaya sama dr sara..
p/s: sy selalu gak guna taktik kotor masak air tu. dan ia mmg sentiasa berkesan. π
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 9:58 am
Err. Lucu sangat ke? Tak terfikir pun entri ni akan jadi entri lucu. Waktu menulis tu memang dipenuhi rasa nak meluah perasaan aje. Hahaha.
p/s: Tak aci ni. Bukan ke adik awak sorang je. Sian dia. π
Reply
salam KS.
1. sebelum start kerja ni, besarkan badan dulu. nanti dah kerja sampai lupa nak makan memang kurus cepat.
2. carik partner, buat interval training. jog, stride, sprint. push harder and harder. insyaAllah fit.
3. pegi sekolah mana2, mintak kerja guru sementara. ajar PJK. hehe.
moga sihat dan bahagia selalu. amin.
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 9:59 am
Salam Alif.
Fuh. Point nombor 2 tu bunyinya macam kamu ni gym instuctor aje
Reply
Salam,
sarah..dah bulat ke?terbalik dgn saya..saya semakin mengecil tak tau laa kenapa..hehe=)
saya samalaa ngn awk kdg2 tu busan juge di rumah kdg2 sampaikan novel dan semua2 yang saya tak penah bace sebelum ni saya akan bace..
*sedikit tips turunkan berat badan..hehe..kurangkan portion makanan yg diambil, mkn banyk kali xpe tapi amik dlm jumlah yg sedkit..**nnt kuruslaa tu kalo dah keje..nnt kalau dah tau keje katne btaulaa..hrp2 masa wedding emi nnt kite buleh jumpe!
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 10:09 am
Dah bulat sikit la kot balik ni. Tapi sejak sakit ni kurang benar makan.
Reply
Ejen bulan atau matahari?
Spekulasi murah syarat melunasi pinjaman biasiswa agar tidak tergadai diri ?
Atau mempartikan diri sudah mulai terpetri
Buat menjilid taksub berkomunikasi?
Hakikat berhakiki…
Realiti atau masih mampu bermimpi?
Apa-apa sahaja tetapi masih teruja menanti ‘sang pemerhati’ berlegitimasi.
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 9:25 am
Salam.
Ejen bulan matahari apa pula ni? Saya langsung tidak faham apa yang awak maksudkan. Dengan penggunaan bahasa tinggi-rendah begini, langsung tak membawa ke arah maksud utama yang dikehendaki. Saya kurang menerima bahasa berkias yang berlapik dengan segala macam falsafah. Dan saya kurang senang dengan komen yang sebegini. Sekian.
Reply
Diya Reply:
July 21st, 2009 at 4:02 pm
Rasanya boleh faham. Bahasa tinggi, tapi tak kemas. KS ignore je.
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 10:15 am
Memang pun. Hehe.
Reply
Bila Sarah start keje ek..?? Curious…
Ala… rilek-rilek dlu.. Sekarang ni lah nak malas puas-puas. Dah keja nanti, memang tak sempat pon nak malas-malas…
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 10:16 am
Takkan start dalam masa terdekat ni. Hehe
Reply
Telur itik masak lemak?
Eh Sarah orang Negeri Sembilan ke? π
Hmm minum Milo pekat-pekat tak pe ke?
Bukan ke Milo tu salah satu sebab diabetes?
Reply
acai Reply:
July 21st, 2009 at 11:41 am
huissh, betul ke sal? aku taktaupun milo sebab diabetis,hehe..
alaa, sikit2 takpe kot..aku selalu order kat mamak – milo tabur yang pekat mamak!!!haha
Reply
Brian Kinney Reply:
July 21st, 2009 at 12:00 pm
Amboi Acai macam tahu aku nye nickname ni?
Haha.
Ada blog baru pun tak roger ek!
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 10:20 am
Saya dah terangkan pasal milo-diabetes tu kat komen Faisal Admar.
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 10:19 am
Saya bukan orang negeri. Masak lemak ni common la kan. Kat mana2 pun ada. Hehe.
Pasal Milo tu, ramai sungguh yang misunderstood. Bukan Milo je yang ada risiko kencing manis. Apa2 yang manis yang diambil berlebihan pun bawa risiko kencing manis. Tapi kalau dah bancuh Milo pekat2, tak payah la manis2 kan sangat dengan susu manis. Ala kadar je sudah. Cuma tu umpan untuk adik ni sebab dia suka milo pekat tapi tak suka manis2. Kita ni kena la pandai2 sendiri untuk mengurangkan manis tu.
Reply
Faisal Admar Reply:
July 24th, 2009 at 10:22 am
Sebab kawan dari Negeri Sembilan selalu datang ofis bawa masak lemak telur itik. Masakan Nogori katanya π
Milo kalau tak silap saya diban di hospital juga kan?
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 10:25 am
Ooo. Sebab telur itik tu ye yang buat awak tanya. Yang tu saya tak pasti. Mungkin la kot ni asalnya orang nogori punya masakan. Hehe. Tapi kat tempat saya ni, selalu je ada lauk ni.
Tengok hospital kot. Ada je yang tak ban. Saya rasa pasal ban tu tak menyeluruh pun. Sebab ada orang dia tak minum air lair pun. Tapi tekak dia boleh terima air Milo. Hehe. Tapi saya memang tak minum Milo. Fobia.
Reply
Faisal Admar Reply:
July 24th, 2009 at 10:38 am
Fobia? Kenapa pula?
Milo ok je.
Tapi saya lebih suka yang berisiko macam kopi dan Nescafe π
Reply
Sarah,
Alaaa rileks la sarah..:) nanti kalau dah gemuk barulah fikir nak diet,sekarang ni nikmatilah hidup sepuas2nya,hahaha..jgn risau, awak ada kawan..sayapun dah gemuk gak.makan tak berhenti2..tak bersenam..:) alaa, jogging je atas katil, kalau dah penat boleh terus tido,hahahah*cadangan yang paling tak bernas π
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 10:22 am
Awak dah kawin lain Acai. Nak gemuk macam mana pun dah selamat dah sebab dah ada isteri. π
Reply
salam…malas tahap cipan nie..nanti memang kmbg la ..mesti pipi tembam je..hahaha..rajin bersenam tau.nasib ajak berjoging?pempuan ke?itu sudah bagus..leh mnyamar jadi pmpuan la nmpoknye..mehla berlatih taekwondo ngan sy skali.bkn stkat kuar peluh.bdn pun leh sakit..hehehe.mau?
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 10:30 am
Taekwondo? Doktor tak bagi saya terlibat dah.
Reply
Salam budak bulat (tapi chumel)
Cepat2 kerja…supaya awak tak malas2 lagi…hehe…kenduri nanti makan banyak2 lagi…dan lagi..dan lagi…(mmg gemuk budak ni kang… π )
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 10:31 am
Uuu. Cik pengantin ni pun panggil saya bulat jugak T_____T
Esok saya datang, memang saya makan banyak2 (kalau tekak dah tak sakit). Sampai abis lauk kenduri saya balun. Hahha.
Reply
salam sarah,
selamat kembali ke tanah air…
just nak tanya..kenapa kita tak leh panaskan air balik yer?
mungkin soalan bodoh..
tp teringin nak tahu hehehe
Reply
kaklong Reply:
July 21st, 2009 at 7:41 pm
Nanti membazir la. Baik masak je air baru…=)
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 10:33 am
Betul betul betul!
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 10:33 am
Haah. Membazir la nanti. Air yang dah sedia dimasak tu baik la disalinkan dalam bekas air masak dan boleh terus minum je nanti. Kalau dah dipanaskan semula, kan dah kurang stok air masaknya. Membazir letrik pun iye jugak.
Reply
kelakarullazi la kamu ni sarah
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 10:33 am
Awak lagi booooolaattttt kot sekarang ni
Reply
salam,
bile KS nak start berkhidmat di hospital sbg doktor?? lama lg ke nk rehat kt umah?
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 10:34 am
Banyak prosedur yang kena lalui dulu. Bukannya balik terus senang2 je kerja.
Reply
Aduhai.. nak tergolek gelak baca entri ni… tiga yang paling lawak dalam ayat2 spontan yang lawak tu..
1) “Fuh, panjang betul ayat senafas saya tu”
-> ayat pun boleh senafas ek.. ha ha
2)”Saya merasa badan cerek elektrik itu. Masih panas. Tak kuasa saya hendak masak air lain mahupun memanaskan air yang ada di dalam cerek itu. ”
-> aduhai.. main rasa2 pulak badan cerek tu.. nasib baik tak panas betul.. π
3)”Saya memang malas hendak berlari. Pulak tu, saya yang jadi rasaksa. Tak aci sungguh, kan. Tahulah badan saya pun dah macam rasaksa hipopotamusorus zaman batu yang besar gedabak.”
-> tak dapat bayang kan raksasa hippo ni kena fire dek ultraman.. ha ha.. lawak lawak.. π
Kasawari ni jarang baca entri satu persatu setiap ayat.. tapi kalu masuk blog ni.. mesti telekat lama sikit.. ha ha..
takper la.. formula tu diabaikan jer.. nanti bila malas dah hilang.. leh ler kurus balik.. alah baru jer berapa minggu kan.. ermmm nasib baik dok Kulai.. kalau dok temerloh.. nak ajak kak linda turun jogging gak.. hu hu.. π
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 10:39 am
Saya pun tak sangka apa saya tulis ni orang rasa lucu. Waktu saya menulis tu, memang niat nak meluah perasaan la konon2nya. Bro, cerek elektrik tu badannya bukan besi. So takde la melepuh ke apa ke kan. Hehe. Sekarang ni tengah tak sihat. Memang dah kurang sangat makan. Tapi tetap melepek jugak sebab tak larat nak bergerak sangat. Aduhai la nasib..
Reply
kak sarah. ni penyakit baru2 balik msia ni. lagipun b4 grad hr tu teruk sangat blaja kot. skang badan mahu berehat betul2 kot. hehe. seminggu 2 lagi ok la. rajin balik. hihi.
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 10:39 am
Ye la tu kot. Ni sesi nak qadha’ rehat dan jadi pemalas
Reply
haha.. standard la tu.. tapi kejap je.. nanti dah bosan rasa nak cepat kerja la.. nak belajar balik la..macam macam…
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 10:40 am
Tu la. Ramai yang cakap macam ni. π
Reply
adoi! gelak guling2 baca entri sarah ni. wahahahaha. lawak sungguh la. iskh iskh.
tp sarah, sementara belum posting ni, rest la sepuas2nya. nnt bila da kerja, nak rest pun lom tau sempat ke tak. huhuhu.
saya da rasa bahang kerja smpai mlm ni. hahahahahahha!
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 10:43 am
Aaa.. Kelakar ke? Huhu. Tu la. Sementara belum mula kerja lagi ni, nak rehat puas2 dulu. Buat kerja pun saya malas. Haha. Kemas rumah dan berkebun hujung minggu je yang saya rajin. Hahaha
Reply
salam sarah…ko gi le ke tasik tetiap sabtu kalo x silap…adak makcik2 wat senam robik ke poco-poco ke…x pasti sbb sy pon dah lama x berjogging di tasik…kalo gi pon utk merakam fhoto sambil menjeling awek jogging je ^^…
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 11:09 am
Ooo. Ada ye yang buat aerobik kat situ? Ecece. Sempat lagi tu nak menjeling awek. Sabar je la yek.
Reply
hurm..ni simptom ape nie Sarah. Adoi la.. Akak rase sebab kat sane Sarah dah biasa dgn rutin yg sibuk . Jadi bila dah abis belajar nie..takde ape nak buat..takde target nak kejarΒ² kan?..Sudahnya melepek je ye di manaΒ²..hihi. Kene kurangkan vitamin m tu cik doktor. Dah terlebih nampaknya tu..
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 11:11 am
Sebab dah terbiasa sibuk tu la yang buat saya rasa bersalah bila tengah malas2 gini. Tapi sekali sekala jadi macam ni takpe kot. π π
Reply
Salam Sarah.
simptom ini mmg normal bagi pelajar yg baru tamat pengajian…….So, jangan risau….anda seorg yg normal… π π π
Sye dah stanby dgn buku2 utk dibaca lps submit thesis….tp smpai skrg xhbs2 lagi baca….ada 9 biji buku dr pelbagai ketogori lg yg xhbs bc……tp dah ada niat nak g kedai buku hujung minggu ni….hehehehe…..sori la buku eng. dah kne buang jauh2…hehehhe
oooo….betul ke xmakan mlm?????ish3….sye klu duk kg, biase mkn mlm smpai 2 3 kali…….teori kat atas tu salah la…sbb sye xgemok pun lagi…..Kuat makan + kuat tido = xsemestinye gemok…..hehehe
nnt sye jd pakar motivasi, sy bg nasihat kat sarah….hehehe….
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 11:12 am
Awak lain. Kuat makan, kuat tido tapi kuat sukan jugak. So dah seimbang balik.
Reply
Salam Sarah,
mmg kronik Sarah sekarang ni ye… itu lah bila tiada urgent matter yg perlu diselesaikan.. sama lah kita …hehehe..
gemuk takpe asalkan tiada penyakit π
tapi jgn la gemuk sgt, nnt ilang cute tu hehehe…
mie pun br nak kurus, bila masuk kerja ni mcm kena pam la pulak… duduk, makan, duduk makan..bangunnya malas hohoh..
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 11:17 am
Mie anak dua orang dah. Saya ni anak pun takde lagi tapi dah macam anak dua jugak. Lagi parah. Hahaha. Tapi betul la kata Mie tu. Asalkan takde penyakit ok la kan π π
Reply
Sarah, mujur tolong habiskan, semua tu sungguh mengyurkan ..ya Allah..(kecur)
*sudah 2 hari menaiki tangga datang ke ofis, usaha minimum utk senaman
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 11:23 am
Huhu. Ada yang kecur nampaknya ye. π
Reply
salam sarah….
elok2 la kat mesia tu…jgn kronik…kasi tonik masuk maka hlangla kronik..
hehe…
ni brg xlama lg smpai kot…just kalu leh..brg tu smpai leh bgtau sy x…just nk pstikan je…
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 11:24 am
Salam Amir.
Nanti saya makan tonik ye. Huhu. Oh. Dah nak sampai ke? Terima kasih banyak2 Amir. Segan saya. π
Reply
salam.
tajuk paling sesuai untuk entri ini adalah : Melepek! Hahahaaa..
Nasib baik wani buat praktikal. Kalau tak, memang sah Wani pun tumpang sekaki seperti KS! Hehee..
Bila nak jumpa adik-adik comel KS ni? Huhuhu
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 11:25 am
Ok la. Ok la. Tajuk kedua entri ni ialah MELEPEK. Hehe.
Wanie meh la datang Temerloh. Walaupun dekat kawasan rumah ni ada pasir menimbun lagi, ada bahagian yang tengah cat2 lagi, mari la bertandang ke sini kalau ada masa. Huhu.
Reply
“Kalau saya tidak cuba membanteras gejala malas bergerak dan makan banyak ini, saya akan berubah menjadi penguin dalam masa yang terdekat. Jalan kedek-kedek, tengkuk tenggelam, badan bulat, tangan macam tergantung saja pada badan.”
salam
dahsyat jugak sindrom KS ni..
nampaknya saya pun akan termengalami sindrom yang sama ni.. dalam masa seminggu ni dah nak balik n cuti untuk sebulan.. dalam kepala dah plan nak makan macam2.. ahahaha~ tapi macam takut plak kalau jadik macam penguin tuu.. huhu
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 11:28 am
Jaga-jaga Una. Jangan melepek macam KS dah la ye dalam masa sebulan tu. π π π
Reply
nmpk nya sarah pun tgh kemalasan nak reply komen2 entry kelakar ni. hahaha.
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 11:29 am
Bukan malas. Tapi sakit. π π
Reply
Makan ler bebanyak skit sbb dah lama tak makan masakan ibu. Pasni kerja dah payah kot, pasti rindu kan!
Reply
Sarah Reply:
July 24th, 2009 at 11:30 am
Yes. Ada jugak yang sokong!
Reply