Berita Gembira
Assalamulaikum wbt
Diam tak diam, sudah dua minggu saya tidak mengemaskinikan blog. Terlalu banyak yang terjadi tetapi memang tiada masa hendak menghadap PC lama-lama. Ada tiga perkara yang sangat menggembirakan. Mari saya ceritakan satu persatu.
Pada 2 Januari yang lepas, saya bercuti sehari untuk berkumpul bersama ahli keluarga sebelah Pahang yang lain di Serdang. Ada majlis pertunangan seorang sepupu saya. Sudah lama tidak berkumpul beramai-ramai begitu. Raya Puasa dulu pun saya tidak sempat berkumpul sebgitu sekali dengan mereka semua.
Sebaik selesai majlis, saya bersama sepupu saya yang bertunang itu terus ke Bangi. Kami menghadiri majlis perkahwinan kawan kami. Selamat pengantin baru buat Liyana dan Shuhaimi. Liyana merupakan antara kawan yang saya rapat ketika di KISAS dulu. Kebetulan pula, Liyana dan sepupu saya ini sama-sama menyambung dalam bidang perubatan di UIA Kuantan. Dan Alhamdulillah, saya sempat bertemu dengan ramai kawan lama ex-KISAS. Tidak berjanji pun tapi kebetulan semuanya datang serentak pada masa yang sama. Errr… Ada yang sudah tidak cam langsung saya. Katanya, saya terlalu kurus. Auwww. Dengan berkahwinnya Liyana, habislah ketiga-tiga orang kawan baik saya sudah berkahwin. Faaiqah, Hidayah dan Liyana. Wahai kawan-kawan, doakanlah saya pulak ye. Hohoho.
Apa yang membuatkan saya terlalu sibuk sejak kebelakangan ini ialah final assessment saya untuk posting ini. Siapa sangka, diam tak diam, sudah empat bulan saya bekerja. Dan yang paling penting, saya sudah tamat Medical posting saya dengan jayanya! Saya tidak kena extend! Yeay lagi sekali. Saya berjaya buat yang terbaik sewaktu viva dengan specialists dan Timbalan Pengarah Hospital minggu lepas. Yeay lagi dan lagi!
\(^____^)/
Kalau orang lain sedang berdebar-debar takut untuk menghadapi susah-payah posting ini, saya sekarang sudah sangat berlapang dada, senang hati. Saya sudah melepasi posting yang terberat di hospital saya. Selepas ini, saya akan ke Orthopedic pula. Walaupun ketika dalam posting ini saya berdepan dengan kerenah beberapa orang kawan yang tidak adil, tetapi pada masa yang sama saya dikurniakan kawan-kawan yang sangat baik. Terutamanya teamwork yang terbaik ketika bersama Dr. SD dan Dr. LMK juga dua orang kawan terbaik yang saya ada, Michele dan Fahmi. Di Orthopedic nanti, saya masih lagi bersama Michele. Yeay!
Dan saya juga sangat gembira atas pertemuan pada 3 Januari lalu. Menyesal saya menghilangkan diri selama empat tahun ini. Sangat menyesal. Semoga Allah permudahkan saya untuk menebus kesilapan dulu.
Nota 1: Saya bertemu Ikhuwan junior di Moscow dulu baru-baru ini. Kebetulan dia ada urusan di Hospital Temerloh. Asyik makan saja kerjanya bila keluar dengannya. Rasa macam dah buncit dah ni. 
Nota 2: Rasa macam nak ke Melaka saja. 🙂





