Berita Gembira
Assalamulaikum wbt
Diam tak diam, sudah dua minggu saya tidak mengemaskinikan blog. Terlalu banyak yang terjadi tetapi memang tiada masa hendak menghadap PC lama-lama. Ada tiga perkara yang sangat menggembirakan. Mari saya ceritakan satu persatu.
Pada 2 Januari yang lepas, saya bercuti sehari untuk berkumpul bersama ahli keluarga sebelah Pahang yang lain di Serdang. Ada majlis pertunangan seorang sepupu saya. Sudah lama tidak berkumpul beramai-ramai begitu. Raya Puasa dulu pun saya tidak sempat berkumpul sebgitu sekali dengan mereka semua.
Sebaik selesai majlis, saya bersama sepupu saya yang bertunang itu terus ke Bangi. Kami menghadiri majlis perkahwinan kawan kami. Selamat pengantin baru buat Liyana dan Shuhaimi. Liyana merupakan antara kawan yang saya rapat ketika di KISAS dulu. Kebetulan pula, Liyana dan sepupu saya ini sama-sama menyambung dalam bidang perubatan di UIA Kuantan. Dan Alhamdulillah, saya sempat bertemu dengan ramai kawan lama ex-KISAS. Tidak berjanji pun tapi kebetulan semuanya datang serentak pada masa yang sama. Errr… Ada yang sudah tidak cam langsung saya. Katanya, saya terlalu kurus. Auwww. Dengan berkahwinnya Liyana, habislah ketiga-tiga orang kawan baik saya sudah berkahwin. Faaiqah, Hidayah dan Liyana. Wahai kawan-kawan, doakanlah saya pulak ye. Hohoho.
Apa yang membuatkan saya terlalu sibuk sejak kebelakangan ini ialah final assessment saya untuk posting ini. Siapa sangka, diam tak diam, sudah empat bulan saya bekerja. Dan yang paling penting, saya sudah tamat Medical posting saya dengan jayanya! Saya tidak kena extend! Yeay lagi sekali. Saya berjaya buat yang terbaik sewaktu viva dengan specialists dan Timbalan Pengarah Hospital minggu lepas. Yeay lagi dan lagi!
\(^____^)/
Kalau orang lain sedang berdebar-debar takut untuk menghadapi susah-payah posting ini, saya sekarang sudah sangat berlapang dada, senang hati. Saya sudah melepasi posting yang terberat di hospital saya. Selepas ini, saya akan ke Orthopedic pula. Walaupun ketika dalam posting ini saya berdepan dengan kerenah beberapa orang kawan yangΒ tidak adil, tetapi pada masa yang sama saya dikurniakan kawan-kawan yang sangat baik. Terutamanya teamwork yang terbaik ketika bersama Dr. SD dan Dr. LMK juga dua orang kawan terbaik yang saya ada, Michele dan Fahmi. Di Orthopedic nanti, saya masih lagi bersama Michele. Yeay!
Dan saya juga sangat gembira atas pertemuan pada 3 Januari lalu. Menyesal saya menghilangkan diri selama empat tahun ini. Sangat menyesal. Semoga Allah permudahkan saya untuk menebus kesilapan dulu.
Nota 1: Saya bertemu Ikhuwan junior di Moscow dulu baru-baru ini. Kebetulan dia ada urusan di Hospital Temerloh. Asyik makan saja kerjanya bila keluar dengannya. Rasa macam dah buncit dah ni.
Nota 2: Rasa macam nak ke Melaka saja. π
singgah melaka nanti, pergilah Pak Putra kalau nak makan cheese nan dan tandoori chicken yang superb! =)
Reply
Sarah..
saya baru selesai exam juga ni:)Alhamdulillah!
tumpang gembira dgn sarah!saya pun nak gembira π π
Reply
Cheese nan dan tandoori chicken di situ memang sedap!
Butter chicken di Pak Putra juga sedap.
Reply
saya yg di Melaka nih sedang berpikir-pikir di mana agaknya Pak Putra ituh?
Reply
Salam..
Tahniah buat Dr Sarah..!
Reply
Moga dimudahkn dlm posting strsnya..
π best pula tgk akak skrg..hehe…
tumpg smgt akak
Reply
saalm..
mmg blog ni mmbri inspirasi kpd kami trutamanya medical stdnt..
hrp2 k.sarah dpt mnulis lbh bnyak tntg khdupan k.sarah sebagai seorang HO agar dpt lah kami yg junior ni tahu realiti sebenar khdupan kami slpas ini..
rajin2 lah kak update blog ekk..
]kecewa jgk apabila tiap2 hr slama 2mngu ni duk buka blog k.sarah tp kak x update agi..smoga trus success n dapat la ape2 yg nk dlm hdp ni..
doakn kami jg sbg perwira d medical school.. π
Reply
Yeay, da up date blog. Ape cerite hero jalanan? xde sambungan ke sarah?
Reply
Salam Dr. Sarah……
Wah, Tahniah…….
Nak tnye ckit…..yg “beratur” anak2 dara dalam gambar kat atas tu ape?????? Adakah menunggu g_l_r_n untuk d_p_n_n_??????
xbrani la nak sebut….takut Dr. Sarah mengamuk…..nnt habis pesakit jd mangse….. π π π jgn ambik hati….hanye bergurau…..
Reply
berderetnya anak2 darassss kat dlm pic akak tu! abeh lah nnt kena mengorat dengan jejaka2 kat sini hahaa. btw, akak comel lah sangat! π sweeeett sgtt.
dulu akak berisi sikit ke sampai kawan2 lama akak ckp akak kurus? WONDERING mcm mana lah rupa akak dulu :p tp takpe.yg penting manis ttp ada π
haih, being a doc mmg bz habis kan akak? nnt ada masa akak update lah life sbg seorang doc. best tau bc,. sebab kebanyakan blogger yg jadi doc ni, blog nya bersawang haha
Reply
moga ada ruang menebus kesilapan lalu.. heheh.. akak kat rumah ni.. jom bergonjengan! π
Reply
salam dr. sarah..
kcik btul dunia ni kan.. kbtulan zeti knl ngan shuhaimi & family.. umah parent zeti dkat ngan umah parent shuhaimi.. masa knduri belah laki sarah dtg x?
π
Reply
jgn tunggu doc.xperlu tebus.dia dh bpunye..xbaek kn ganggu hubungn org..kami knal psangan org itu..xsebaik doc tp dia ttp ade hati.xperlu bjumpa utk elak hati terluka..
Reply
Sarah Reply:
January 23rd, 2010 at 1:15 am
Sila jaga apa yang kamu nak suarakan. Kalau tak tahu apa cerita di sebalik cerita, lagi baik diam daripada bersuara. Saya rasa ini jawapan yang setepatnya yang boleh saya bagi. Kalau tak pasti asal usul cerita, jangan menuduh atau mencemuh.
Reply