Isu Hujung Minggu Ini
Hari Rabu lepas, Ustaz Fazdi, ustaz saya ketika di KISAS dulu menegur di YM. Sempatlah bertukar khabar sedikit sebanyak dengan ustaz. Saya baik dengan ustaz. Tapi, antara topik yang tak boleh lari dari ustaz ialah tentang kahwin. Jenuhlah saya nak menjawab soalan tentang bila hendak kahwin. Kata ustaz, umur sedang-sedang saya ni dah patut mula fikir tentang masa depan. Betul tu. Memanglah sudah patut mula berfikir tapi nak fikir macam mananya. Bukannya ada orang yang boleh saya fokuskan atau tumpukan untuk difikir-fikirkan. Macam-macamlah.
Dalam perjalanan balik dari hospital sebaik habis elektif hari Khamis lepas, saya bercerita panjang dengan Encik Kasut-Hitam-Berkilat, Nazlin. Dia pun sama saja. Tanya tentang perancangan masa depan saya dan adalah beberapa perkara lama yang kami ungkit-ungkitkan dan kutuk-kutukkan bersama. Hehe. Dia pun sempat memberikan pandangannya tentang kahwin dan berpasangan ni. Haish. Macam-macamlah. Bagi saya, orang lain nak fikir, fikirlah. Nak diajak saya berfikir sekali, tak payah dululah. Buang masa untuk saya dalam situasi saya yang sekarang ni untuk berfikir soal masa depan. Soal ini sangat tak berpenghujung untuk orang macam saya ni.
Tadi, ada seorang junior saya datang ke bilik. Chao Yi. Oh-ho. Saya dengannya ada banyak persamaan dan kesekepalaan. Tadi dia bertanyakan satu soalan umum kepada saya, Fareena, Fatt dan Wanie: Why don’t men fall for her though she has what other women have. Saya pun terdiam mendengarkan persoalan yang ditimbulkannya. Selepas itu ada jugalah kami membincangkan topik itu. Paling habis yang dapat saya cakapkan, kerana sekarang dia di sini dan sangat terhad pilihan yang ada. Takkan nak tangkap muat saja kan. Selepas itu, ada banyak lagi teori yang dikemukakan oleh Chao Yi. Orang jenis alfa dan betalah, tentang konsep persamaan dan pertembunganlah. Aduhai. Macam-macam. Selepas berteori, dia bercerita tentang beberapa kisah cinta dari manga online yang dibacanya pula. Saya ni pendengar setia. Maka, duduklah saya hampir sejam melayan segala yang diceritakannya. Bukan setakat mendengar tetapi juga memberi respon yang baik. Huhu.
Tapi penat sungguhlah malam ini. Saya marathon menyiapkan semua kerja yang patut saya serahkan hujung minggu ini. Seperti biasa, saya sangat sibuk di setiap hujung minggu. Mari lihat jadual saya:
Sabtu: Pagi nak submit article untuk website IMAM-RSC, petang ke RSMU (yeay!!!), malam ada kuliah Kesihatan Wanita yang saya akan kelolakan (macam pakar sakit puan je bunyinya, huh). Alhamdulillah. Bahan dan persediaan untuk aktiviti hari Sabtu dah disiapkan.
Ahad: Pagi ada usrah naqibah. Tengahari ada discussion bersama Russian Medical Team (RMT), petang lepas Maghrib berhajat nak keluar mencari barang sedikit tapi bergantung pada keadaan dan kelapangan.
Inipun masih ada benda yang belum selesai. Saya tak dapat nak fit-in kan usrah bersama ahli usrah baru saya lagi. Penuhnya hujung minggu saya. Macam manalah saya tak berstatus seperti di FB saya tu. Khairul Zainal, sekarang kamu dah dapat jawapannya kan?
Soalan lazim saya: Bilalah saya akan mendapat hujung minggu yang normal semula.
Hmm. Kepala saya berdenyut kencang dari tadi. Selamat malam dari Moskva yang dingin.
[5.13 pagi] Ralat: Saya ralat betul membaca komen yang memaksudkan saya ni mungkin ’emosional’ kerana isu kahwin-kahwin ni. Sikit pun tak dan saya lagi ralat bila dikaitkan dengan ‘terburu-buru’. Langsung tak ok. Kenapa apa yang saya tulis kebelakangan ini selalu disalah tafsir? Ni nak beritahu. Saya lagi suka hidup macam ni daripada pening kepala dengan masalah cinta, lelaki yang entah apa-apa dan komitmen yang bukan dua-dua pihak boleh beri dengan sebaiknya. Ha. Sekarang baru ye saya emo. Peduli apa. Blog saya. [Sesungguhnya muka saya berkerut seribu bila terbangun dari tidur sekejap tadi dan membaca komen-komen yang ada. Kecewanya saya.]