Penat

Assalamualaikum wbt

Sekarang jam dah menunjukkan pukul 3 pagi. Saya masih berjaga untuk menyudahkan kerja-kerja rumah. Selepas itu buka laptop untuk menghantar email berkaitan kerja ke JKNP Kuantan. Sambil itu saya mengepam susu untuk stok Izz Zamani. Siang hari pula bekerja macam biasa dan saya sekarang sedang passive oncall selama hampir 40 hari berderet. Fuuuuh~

Penat. Memang saya penat. Penat sangat. Kalau ikutkan rasa nak mogok sebab penat. Penat ulang-alik sana-sini lagi. Penat kerja. Penat uruskan keluarga. Penat oncall. Kalau ikutkan hati, memang boleh patah semangat.

Tiba-tiba saya teringat kisah sewaktu saya tingkatan 3 di SMA Al-Khairiah Temerloh. Dalam masa seminggu lebih, saya sibuk dengan bahas, syarahan dan bola jaring. Tak lekat di rumah pun sebab terpaksa keluar ke daerah-daerah lain bersama pasukan sekolah. Selesai semua perkara dalam masa seminggu lebih itu, saya sibuk semula dengan bahas peringkat negeri.

Jadi, pada suatu hari tu, saya meluahkan rasa hati saya kepada cikgu bahas saya, Cikgu Zaiton (I miss you, cikgu!). “Cikgu, saya rasa penat sangat.”

Nak tahu apa cikgu saya buat?

Dia datang dari belakang saya, tepuk saya di bahu kiri dan berkata:

“Cuba fikir, awak penat sebab awak fikir awak buat semua ni untuk siapa? Kerana apa? Kalau awak fikir awak buat dan cuba harungi semua ni sebab awak nak berjaya, bila awak kalah, awak akan rasa berganda-ganda penat. Kalau awak menang, awak akan rasa hilang penat tu sekejap je. Tapi kalau awak buat semua ni sebab awak tahu orang lain perlukan awak, awak akan rasa kepuasan tu bila hasilnya tu menyenangkan dan menggembirakan mereka semua. Kalau berkorban tu boleh membahagiakan, kenapa pilih untuk tidak, kan?”

Sekejap tadi, saya rasa nak menangis bila teringatkan kata-kata Cikgu Zaiton. Antara kesemua pilihan jawapan yang ada, saya pilih yang terakhir.ย Saya yakin, dulu, ayat terakhir itu juga yang menajadi pilihan saya.

Ok. Nak tidur dah. Esok nak bangun awal pagi untuk siapkan bekalan makanan Izz, gosok baju,ย pergi kerja, oncall, mengepam, ………. And the list goes on...

This is just a self reflection for myself. Stay strong, Sarah. You just need to be so. Even when you cry loud inside despairing your tiredness, you just need to stay strong.

Selamat 8 bulan, Izz Zamani. Mama dan ayah sayang Izz!

Nota:ย Malam ni, blog ni kembali menjadi dunia saya macam dulu-dulu. I just like it to stay that way. ๐Ÿ˜‰

10 Responses to “Penat”

  1. nawwar hanifah says on :

    nice =) sy suka ayat yg last tu dgn kata2 cikgu kak sarah.

    sy pun prnh melalui rasa penat yg sama pastu kwn sy pujuk sy dgn hadis ni:

    “narrated Abu Hurairah ra that The Prophet pbuh said: he, who helps to remove the hardship of another, will have his difficulties removed by Allah in this world and the hereafter. (hadith muslim)”

    =D

    Reply

  2. rohani hashim says on :

    Salam Dr. Sarah, padat aktiviti Sarah. Insyaallah akan membahagiakan.

    Reply

  3. Leen says on :

    Salute dr sarah! Saya ibu pd 2 ank,girl 2 thn n boy 7 bln, mmg penat tp sy buat semuanya sbb rasa bahagia, mcm hipokrit kan,tp sbnrnya mmg betul2 seronok.. Bila diorg tido rasa sunyi n x sabar nk penat semula bila diorg da jaga. Love them so much

    Reply

  4. azra ain says on :

    Kak ngah,
    Jangan menyerah kalah! Jangan putus semangat!
    Izz Zamani comel betul.

    Reply

  5. nuha says on :

    KS,
    stay strong ya. ๐Ÿ™‚
    Izz Zamani penguat mama dia. ๐Ÿ˜‰

    Reply

  6. senyuman manis says on :

    Selamat hari raya sarah..semoga terus tabah dan ceria dalam bekerja..comel sgt Izz.. ๐Ÿ˜›

    Reply

  7. Nabihah Lokman says on :

    Yeah, Sarah kuat!

    Thanks for the sharing ya… Motivated baca entry ni lepas ada dugaan di pejabat siang tadi ๐Ÿ™‚

    Reply

  8. ali says on :

    all the best lah sarah

    Reply

  9. lck says on :

    gambar2 anak2 memang pengubat keletihan.. ๐Ÿ’ก

    Reply

  10. Aleeya says on :

    comelnya baby….

    Reply

Leave a Reply