Sebulan Di Pediatrik

Assalamualaikum wbt

Saya ada sebut kan yang saya kini di Jabatan Pediatrik? Saya sangat suka berada di sini dan memang sangat kena dengan jiwa saya. Kerja memang sangat teruk. Round tiga kali sehari. Tak sempat makan, minum, tidur, rehat mahupun hendak ke tandas. Huhu. Tapi saya selesa berada di dalam dunia kanak-kanak. Sedahsyat manapun kerja saya sampai tak sempat hendak mandi jika post call, tapi bebannya tidak sama seperti yang saya lalui ketika di Medical dulu.

Saya teringat ketika musim sejuk tahun dua di Moscow dulu, saya dan Abang Khairil (Masih ingat pada entiti bernama Abang Khairil kan? Tak payah saya hendak perkenalkan lagi. Hehe) keluar mencari hadiah untuk kawan-kawan yang bakal diziarahi Abang Khairil di UK, di dalam metro kami disapa ramah oleh seorang makcik. Dia bertanya apa yang kami buat di Moscow itu. Apabila diterangkan oleh Abang Khairil bahawa kami pelajar perubatan, dia kelihatan teruja. Dia bertanya, apa bidang yang kami pilih. Kedua-duanya menjawab kami belum membuat keputusan lagi. Lantas makcik itu memberi cadangan. Katanya: “Jadilah pakar kanak-kanak. Banyak pahala (Dia tak lah sebut perkataan pahala. Maksud lebih kurang ayat dia macam tu lah) yang kamu akan buat. Kamu tolong dia dari kecil. Dia sihat. Dia jadi orang berguna. Dia buat baik pada orang lain pula. Kamu pun dapat pahala juga.” Sampai sekarang saya masih ingat apa yang diperkatakannya. Abang Khairil ingat tak? Hehe.

Dua minggu selepas melapor diri di jabatan ini, Ketua Jabatan saya membuat round mengejut di cubicle saya. Ada hampir 30 pesakit yang berada di situ pada waktu itu. Saya membentangkan kesemua kes di situ sendirian kerana dua lagi HO yang sepatutnya berada di situ juga telah MIA. Huh. Benci nak sebut. Sakit hati bekerja dengan bangsa tu. Asyik buat hal saja. Ok. Tukar mood. Baca dengan hati yang lapang semula. Apabila sampai saja ke pesakit yang terakhir, Ketua Jabatan saya bertanya: “Sarah, would you consider to become my MO in Paeds?” Dan saya pun tak semena-mena telah bertukar menjadi orang gagap. Huhuhu. Saya senyum-senyum dan membalas semula: “Tengoklah dulu boss ye. Insya Allah kalau ada rezeki.”

Dalam hati sebenarnya nak saja saya jawab: “Saya nak kawin. Saya nak ikut suami saya.” Hahahaha. Wah. Warna merah. Tu tandanya ayat serius. Hahaha~  :lol:

Nota 1: MIA = Missing in action.

Nota 2: Selepas sebulan berada di Pediatrik, seperti biasa, saya menghadiahi diri sendiri dengan buku sebagai tanda ‘Sarah, awak patut berehat’. Dan saya memilih ‘Tidak Secantik Husna’. Tak jemu saya membacanya.

Nota 3: Bulan Rejab ni. Jom puasa sunat semampu mungkin ye kawan-kawan.

14 Responses to “Sebulan Di Pediatrik”

  1. Abang Khairil (bukan nama sebenar) says on :

    ya, masih ingat lagi… =)

    Reply

  2. farahadila says on :

    salam sarah.

    mesti seronok bekerja dlm environment kanak2 kan? mereka itu terlalu suci. semoga anda berjaya menjadi pakar yg berjaya kelak.

    Reply

  3. diyana says on :

    🙂 Waaa, bestnya!!!!!!!!!! Sarah nak tanye sikit ye… Adakah diabetes dan darah tinggi biasa bagi wanita yang mengandung? Atau special kes je… TQ :mrgreen:

    Reply

    Wanie Reply:

    salam.

    kes tersebut banyak berlaku pada perempuan mengandung. seeloknya jumpa dgn pakar sakit puan akak. just my 2 cents. :mrgreen:

    **Segala details, kak doktor boleh jawab ok! :mrgreen:

    Reply

  4. akak says on :

    memandang wajah suci mereka menghilangkan segala kusut di jiwa..sgt best kalau dapat membelai mereka setiap hari..

    Reply

  5. anak singa dah besar says on :

    all the best menjadi doktor yg berdedikasi.

    p/s: the baby u’re holding likes u heaps! dia nampak macam teruja hehe.

    Reply

  6. Iskandar aka DR Bubbles says on :

    Salam,

    Sudah lama saya tidak menyinggah di blog orang Temerloh ini. 🙂 Moga-moga tulisan merah itu cepat-cepatlah menjadi kenyataan. Amin!

    Reply

  7. k.tikah says on :

    seronok kan dapat tengok baby dpn mata tiap hari..sarah, kak tikah doakan impian sarah jadi kenyataan… aroma bunga rampai ‘kalian’ dah terbau sejak knduri kak long tu..hehe..an evening di rumah atas bukit 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    “An Evening Di Rumah Atas Bukit”

    Menarik tajuk tu. Huhuhuhu~

    Ok. Melawak je 😉

    Reply

  8. enar says on :

    salam,rasanya banyak benar pahala doktor ni…harap sarah terus teruja dengan tugas.ingin betul berbual-bual dengan sarah tapi faham masa sarah yang begitu terikat.

    take good care

    Reply

  9. nhhas says on :

    Salam….
    ne lah entri palin ceria di baca untuk tahun ne… nak2 pulak ayat yang dikalerkan merah tadi… muga selamat…. take care…hihihi
    o yer, sarah, kalau nak order kek wat hantaran, can visit my blog ya….
    wat hantaran ke, door gift ke, or nak makan time raya ka…. jemput lah ya.
    readers yang lain juga dialu-alukan utk visit dan order…
    take care e’one…
    salam

    Reply

  10. thia says on :

    ks, tersentuh hati thia sangat2 bc entry ni

    doakan thia ks. thia tgh exam finals utk naik clinical year. huhu. kejap je kan kak

    really miss you, takkan boleh lupa ks call thia dulu. rindu ks sgt2

    Reply

  11. silent reader says on :

    ‘Tidak Secantik Husna’ sdh berada di rak buku saya… bacanya belom tahu hari lagi..

    Reply

  12. huntelaar says on :

    “Saya nak kawin. Saya nak ikut suami saya.”

    Salam,

    Aper maksud tu ?
    Kalau bakal suami awak nanti doktor jugak ?

    Reply

Leave a Reply