Jangkitan Tisu Lembut
Assalamualaikum wbt
Baiklah, Sarah. Malam ni dengan rajinnya, silalah pergi menelaah tajuk Soft Tissue Infections. Macam manalah awak boleh hilangkan nota ringkas awak yang secotet tu? Di manalah awak tertinggal buku nota yang ada kulit keras warna-warni tu? Kan dah jadi satu kerja lagi nak buat semula.
Sebenarnya, lebih kurang dua minggu lepas saya sudahpun mempunyai satu nota peribadi yang lengkap tentang tajuk ini. Setiap hari, saya berhadapan dengan pesakit-pesakit yang mempunyai masalah ini. Jadi, saya sudah siapkan semuanya untuk dijadikan rujukan peribadi. Kebetulan tadi Ketua Jabatan saya menanyakan soalan ini kepada seorang lagi HO. Tapi entah ke mana perginya buku itu. Apa yang saya ingat, Alhamdulillah lah. Tapi apa yang saya tidak ingat, saya tidak dapat untuk merujuk kepada mana-mana sumber. Terpakulah saya diam mendengar Ketua Jabatan memberi penerangan. Terasa bodoh sungguh waktu itu.
Jadi malam ini, saya hendak khatamkan sekali lagi. Moga-moga ilmunya kekal sampai mati.
Adik-adik sekelian, sila mantapkan ilmu tentang Soft Tissue Infections. Realitinya, terlalu banyak kes yang akan kita temui dalam kehidupan seharian di Jabatan Orthopedic. Apa, ingat Orthopedic ni yang patah-riuk saja ya. Silap tu. Segala kes diabetic foot ulcer, abscess, necrotizing faciitis, cellulitis, thrombophlebitis dan gangrene pun termasuk juga.
Eh, sebelum menyambung studi, tiba-tiba teringat dua kes yang boleh memberi inspirasi dan semangat untuk diri sendiri. Sejak bertugas di Jabatan Orthopedic ini, saya telah diberikan tugasan oleh Ketua Jabatan saya untuk menguasai segalanya tentang diabetic foot care. Payah hendak saya huraikan di sini. Tapi pendek ceritanya, saya diberikan cabaran untuk memastikan dua orang pesakit saya di wad menjadi semakin baik. Untuk pesakit yang pertama, muda lagi orangnya. Baru 34 umurnya. Tapi sudah mengalami komplikasi ini. Sejak hari pertama saya diberikan tugas itu, saya membuat wound desloughing di dalam wad untuk kakinya itu. Dan esoknya sekali lagi saya buat. Fuyyo! Kakinya kini hanya memerlukan dressing menggunakan normal saline dan jelonet saja. Lukanya bertambah baik dan dagingnya semakin cantik. Alhamdulillah!
Pesakit kedua pula, seorang pakcik berumur lewat 50-an. Juga mengalami komplikasi kencing manis di kakinya. Saya diberikan cabaran yang sama. Pada hari saya diberikan cabaran itu, saya membuat wound desloughing di dalam wad. Lukanya saya rendamkan dengan larutan Hydrogen Peroxide dan kemudian saya sapukan dengan duoderm gel dan menutup keseluruhan luka dengan jelonet sebelum dibalut kembali. Alhamdulillah, dua hari selepas itu, pakcik itu sudah dibenarkan pulang. Lukanya sebelum balik adalah bersih dan cantik. Daging sudah merah saja. Tiada lagi nanah ataupun serpihan tisu yang tidak cantik berada di sekeliling luka itu.
Inilah kepuasan saya. Melihat pesakit bertambah sihat dan luka mereka bersih dan cantik. Cuma yang mencabarnya, saya sayu mendengar suara pakcik itu ketika saya membersihkan lukanya itu. Ubat tahan sakit sudahpun diberikan sebelum prosedur. Begitu juga dengan local anaesthesia. Tapi masih tidak cukup. Katanya:
“Tuan doktor, saya sakit takpe. Tuan doktor buatlah yang terbaik untuk kaki saya ni. Sakit ni hilanglah nanti. Tapi kalau hilang kaki, nanti tak dapat cari ganti dah.”
Aduh. Menyayat hati sungguh. Dan sebelum dia dibenarkan pulang, dia berkata:
“Kalau tak sakit-sakit hari tu, tak cantik lagilah jawabnya kaki pakcik ni, Tuan doktor. Terima kasih, Tuan doktor. Banyak pahala dapat tolong selamatkan kaki orang.”
Ah… Lagi sekali terpujuk hati saya mendengar kata-kata pakcik itu. Itu baru selamatkan satu kaki. Kalau selamatkan tangan, buah pinggang, hati, otak dan lain-lain, Subhanallah, banyaknya pahala!
Baiklah. Mari bancuh Nescafe dan sambung studi! Eh, eh. Saya belum mandi lagilah!!!
Kemas kini (1:54 am) Sebelum beredar, ini sedikit perencah tambahan untuk hari ini yang saya jumpa sewaktu membuat carian bahan-bahan bacaan dengan bantuan Encik Google. Dan inilah realiti yang saya jumpa dalam kehidupan di wad Orthopedic.
Nota 1: Tajuk entri adalah sangat lucu. Macamlah ada tisu keras lembut pula. Huhuhu. Ah, biarkan. Tisu lembut tu termasuklah kulit, otot, ligamen dan yang seangkatan dengannya. Tisu keras tu tulanglah. Huhu. Haa. Kan dah kata. Bahasa kita pun ada istilah yang cukup untuk menterjemahkan istilah perubatan ni walaupun bunyinya agak kelakar. Kalau tak percaya, cuba lihat pelajar-pelajar di Indonesia. Istilahnya kebanyakkannya menggunakan Bahasa Indonesia itu sendiri. Kan kan kan?
Nota 2: Opsss. Ada yang tak tahan tengok gambar-gambar tu ke? Hehe.
assalamualaikum wbt.
ks, bulan lepas wani kena ambil exam subjek trauma, orthopedic and disaster medicine. baru wani tahu betapa peningnya nak belajar pasal semua tu dalam masa 3 hari! tang mana patah, tang mana ada congenital malformations. sampai tempat exam, semua pun bercampur aduk! huhu..
tapi alhamdulillah semuanya dah berakhir. bulan ni wani busy lagi. paeds cycle.
hari ini snow turun semula.
Reply
Sarah Reply:
March 15th, 2010 at 11:43 pm
Time KS dulu pulak, mati2 KS study siang malam di saat kawan2 KS semua duk relax2 lagi untuk Ortho and Trauma sebab diorang dah tau dah pasal avtomat. On the exam day itself baru KS tau yang kami examted. But the point is, tak rugi kita study mati2 kan. Kita jugak yang dapat ilmu kan =)
Wanie, nanti meh datang kerja kat sini la. Best tau kat sini. Klang tak besttttttt =p
Reply
Wanie Reply:
March 16th, 2010 at 1:46 am
tapi temerloh jauh sgt la ks. nanti wani rindu =P
and im not planning to do my ho in klang hospital. huhu.. nk kena plan betul-betul supaya tak bercanggah nanti
tapi kalau dia nak suruh wani ke temerloh, wani ikut je. huhuhu
Reply
Lymph node – Kelenjar getah bening… 😉
Reply
Sarah Reply:
March 15th, 2010 at 11:41 pm
Hihihi. Imut!
Reply
salam Kak Sarah.
1. aiseh sy mcm nk nangis bc ayat2 pak cik tuh. T_T
2. dan ayat ini nmpk .. err .. seram? hahah –> ‘dagingnya semakin cantik’ ..
wu wu .. seram2. huhu.
Reply
Sarah Reply:
March 16th, 2010 at 12:07 am
Tersedak nescafe KS bila baca point ke-2. Huhuhu. Kamu ni… Semua benda seram ye. =p
Reply
arina Reply:
March 16th, 2010 at 12:12 am
uhuk. kesian nescafe akak. ekeke. xpe. sy akan belajar utk hadapi sume tuh nnti. tapi .. masih seram hahah. slmt minum nescafe hehe 😆
Reply
Sarah Reply:
March 16th, 2010 at 12:18 am
Yang seram bukan daging tu. Yang seram ialah di saat kamu nak buat wound desloughing, or dressing untuk patient, kamu kena dedeh2 daging dia, lepas tu korek2, lepas tu tengok nanah keluar dari celah2 daging. Kalau yang lagi untung, baunya pun lazat dan ada maggot. Ngahahaha! 😆
Selamat study!
Reply
arina Reply:
March 16th, 2010 at 12:23 pm
omaigod, Kak Sarah. smlm sy bukak, page ini clean .. tnpe bergambar. hari nih, omaigod. biskut di mulut hampir tersembur huhu. omaigod. omaigod.
okeh. description Kak Sarah .. buat sy makin seram. nih tangan dh gigil2 nih uhuhu.
Reply
😯 Emm Sarah agak ngeri sebenornye bile awk kate kena dedeh2 daging dia (mcm main masak2), lepas tu korek2, lepas tu tengok nanah keluar dari celah2 daging. bau satu hal. Tabik spring toinktoink kpd para Doktor yg berdedikasi!
Reply
Sarah Reply:
March 16th, 2010 at 12:31 am
Kekekeke. Awak nak ‘daging’ masak apa? Masak merah? Masak kicap? Ke masak nanah? Macam-macam ada. 😆
Reply
salam KS.
bila saya baca apa yg KS tulis rasa sangat banyak disadvantages sebab semua benda tu pernah hadam2 teori sahaja, rupa2 luka tu semua pun tengok dalam gambar je dan tu pun ingat2 lupa.
anyway, share pengalaman di sini untuk bakal2 doktor pun dapat banyak pahala juga insya Allah.
Reply
Sarah Reply:
March 16th, 2010 at 12:42 am
Salam Hazreen.
Memang kat sana tak banyak jumpa. Diabetic control in Moscow is handsomely controlled. Bukan macam orang kita. Kat sini, dah la banyak predisposing factors yang lain. Tak compliant dengan OHA ataupun insulin injection. So dextrostic is poorly controlled. Hygiene pun kurang baik. Melioidosis pun banyak. Ni semua makin menerukkan keadaan.
Owh anyway, kamu memang hensem. Huhu! 😎
Reply
Salam ks
Puas baca cerita ks…
Tak berani lagi kot nak cuci2 ni…
tgk surgery dan video bab2 nanah ni sudah…tapi praktikal blm…
Moga saya kuat!!!
Reply
salam..
sarah!
betul2 tentang istilah tu:)
*nak gelak pun ada*
kalau comel di sini sama dengan banyak cakap:) 😉
Reply
air mata bergenang bila tgk gambar tu.
tapi bukan sedih.
tapi rasa mcm nak pengsannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!
kenapa akak pos gambar2 tu?? especially jari tu? ya allah.nk pitam. nak pengsan T__________________T mcm hotdog yg selalu yonna mkn.selalu yonna belah2 mcm tu.
OMG.tak boleh tidur tak boleh makan lepas ni.mesti terbayang
HAHAHAHHA.ok nak muntah dah.
terima kasih utk info beserta gambar x-files ni T_______T
Reply
gmbr ketiga tu kenapa mcm tuuuuuuuuuu?
huhuhu scarynya.sy rasa sy membuat pilihan tepat dgn hanya deal dengan machines. huhu.
Reply
gelinya ks. mcm manelah ks boleh tahan hari-hari mgadap benda ni. 😐
Reply
sarah..dah buat O&G belum? kat labour room pun best jugak… 😆
Reply
scary nyaaaaa gambar2 tu. ni la salah satu sebab saya kagum sangat dengan doktor2 ni. memang bertabah habih la. haih2. mmg lemah tgk gmbar2 camni, lebih rela tak tdo bermalam2 melukis pelan di studio. -_-.
Reply
Salam KS,
Masa kitorang form 5 dulu, selalu bukak Rotten.com. Dalam tu ada macam-macam gambar ngeri keluar darah terburai semua macam dalam post ni.
Konon nak test power layak jadi dokter ke tak.
*Hnss hnsss hnsss*
Menghempus nafas berat.
Take care 😎
Reply
euwwwwwwwwww…. gambar yg ketiga tu… masya allah….. x tahan nak tgk!!!!! ya ampun!! serius.. xtahan .. dihris2… tak tahan!!
Reply
em assalamualaikum, kak sarah.
my name’s farah. please email me eh. i wanna ask u abt studying in russia. byak nak tanya ney(:. so kalau tak keberatan, please and thank youu.
em, tp paling curious skali, do u hav to learn how to read, write, and speak russian language to b studying there?
please email, it would mean a lot. thank youu.
ps:im an spm 2009 leaver(:
Reply
uish…mmg trsentap gile time tgok gmbo tgn tu…..cmne erk leh jd cm2….. ❓
Reply
salam sarah
lama dah tak menjengok rumah awak.semoga sehat hendaknya..:)
apapun akak rasa nak terpengsan tgk gambar2 dlm entri ni 😕 .no wonder la Allah bagi kerjaya lain kat diri ni..
Reply
klu kt indonesia. diabetic foot cm makanan harian. fuh. bau diek. takkan lupe sampai bila pown .ngee =p , tetapi selera makan tetap lancar
Reply
Walau pun untuk mengeluarkan tisu yang sudah busuk mengapa jari-jari itu dikelar sebegitu?
Bolehkah dijahit semula?
Reply
Woho gambar-gambar tu tak boleh blah. Meremang setiap kali ditonton. Oh tidak. Zuppp. 😯
Reply
Saya sangat suka gambar no 3! walaupun agak ngeri, tapi tetap jugak nak tengok!
Reply
Kak Ngah,
Gambar tangan tu kenapa dagingnnya macam kena hiris-hiris?
Itu disebabkan kencing manis juga?
Reply
gambar tu memang tak tahan tengok. 😯
Reply
wah..mmg mencabar kerjaya doc ni…:) dlu mmg nak jd doc..jd cikgu je..
Reply
salam kak sarah,,,yang bahagian tangan tu kenapa yer??? macam sosej kena potong plak…
Reply