Catatan Di Hujung Minggu

Assalamualaikum wbt

Hari Rabu lepas, saya perlu membuat pembentangan ketika CME jabatan saya. Kiranya, Ketua Jabatan, semua pakar, MO dan HO berkumpul waktu itu di dalam bilik yang sama. Sebelum tibanya hari Rabu tu, setiap malam saya tunggang terbalik menyiapkan slide presentation. Punyalah tertekan. Saya buat setakat yang saya mampu saja. Tak kuasa saya nak buat sesempurna mungkin. Sudahlah penat balik kerja. Malam kena berjaga nak siapkan segala mak nenek powerpoint tu pula. Tertekan betul jiwa raga waktu itu.

Elok saja selesai pembentangan saya, malam itu selepas saja Maghrib, saya sudah tidur. Mana tidaknya. Malam sebelumnya itu, saya tidur sekitar satu jam saja. Sudah macam on call pula tapi berada di rumah. Memang mengganggu kualiti hidup betul rutin membuat pembentangan bergilir-gilir ni. Saya cukup tak suka betul. Tak tahulah kenapa. Saya memang tak berkenan bila kena hadiri mesyuarat itu ini sedangkan pada masa yang sama, di wad masih ada banyak kerja yang perlu diselesaikan oleh kami yang HO-HO ni. Yang atas-atas tiada hallah, kan. Suruh saja itu ini. Yang melaksanakannya siapa lagi. Jadi, bila masa telah diperuntukkan untuk hal lain hampir dua jam, sudahnya kena balik lambatlah petang itu. Huhu. Merungut macam mak nenek pula saya ni.

Tapi selepas habis giliran saya membuat pembentangan Rabu lalu, saya rasa MERDEKA. Lepas ini saya sudah tidak perlu serabut-serabut fikir perlu menyediakan powerpoint slide lah, perlu buat research lah. Tak kuasa betul saya. Huhu. Nampak sangat saya memang tidak boleh bekerja di bahagian R&D, kan.

Sekarang saya sudah dipindahkan lagi ke wad lain. Bukan lagi di wad tingkat atas. Saya sudah berada di wad ketiga untuk jabatan saya. Selepas ini, saya akan bertugas di periferi pula. Nampaknya, tempoh saya di Medical sudah tidak lama. Tinggal sebulan lebih sikit saja lagi. Selepas ini ke manalah pula saya. Tapi cuak sungguh ni. Ada final assessment. Matilah saya kalau dalam otak input macam setitis air laut saja. Ada potensi kena extend (dipanjangkan tempoh posting) nampak gayanya ni. T_____T Tapi nauzubillah. Harapnya segalanya dipermudahkan Allah.

Tapi Alhamdulillah. Sekarang ni, datanglah segala apa dugaan pun, saya layankan saja. Tak kuasa dah nak fikir-fikir sangat atau nak tertekan ke apa dengan semua tekanan luaran yang ada di tempat kerja. Target saya, saya kerja dengan senang hati, prestasi kerja saya baik, selesai semua kerja tepat pada masanya, setiap hari ada peningkatan, mesti belajar benda baru paling kurang tiga perkara sehari, balik dengan lapang hati, sampai rumah makan nasi dan lepas Maghrib terus tidur. HAHAHAHA.

Yang sebetulnya, baru tiga kali saya pernah makan nasi di kafe hospital. Selebihnya, saya memang makan nasi di rumah selepas balik kerja. Nasib malang, pernah saja balik rumah lauk yang tengahari sudah habis dan emak tak merancang hendak memasak untuk malam. Muncung masam kelaparanlah saya. Biasanya hal-hal begini terjadi di hari Jumaat. Tapi lepas itu ayah akan ajak keluar pergi makan atau beli masakan panas di luar dan makan ramai-ramai di rumah. Huhu.

Apabila hidup sudah stabil begini, selera makan saya pun semakin menjadi-jadi. Sehari kalau tak dapat nasi, boleh kebulur saya dibuatnya. Saya tidak makan benda lain ketika seharian bekerja. Saya hanya membawa bekal sebotol air masak. Jadi saya sangat memerlukan nasi. Dan disebabkan terlalu letih, waktu makan nasi senja tu di rumah sambil menghadap Discovery Channel ke apa, saya boleh terlelap! Kadang-kadang tu, sampai kering jari baru saya tersedar: Eh eh, tertidur ke tadi? Hahahaha.

Tapi, setakat ni, masih tidak berapa ketaralah yang badan saya sudah naik semula. Huhuh. Seingat saya, sewaktu saya mengenakan jeans saya yang selalu dipakai ketika di Moscow dulu, saya kena belit tali pinggang sampai selilit setengah. Kena selit di bahagian belakang. Punyalah kerempeng rasa pinggang. Huhu. Jam tangan yang diketatkan sebelum kerja dulu, sangat longgar berputar-putar di pergelangan tangan. Maksudnya, tidaklah naik sangat lagi, kan. Maksudnya boleh makan nasi lagilah, kan. Hehe.

Entri hari ini sangatlah carca merba, kan. Semalam saya on call. Tengahari tadi, saya balik rumah terus makan nasi. Tapi tertidur pula ketika sedang makan. Selesai Zohor terus masuk bilik, turunkan langsir dan tidur. Cuaca pula mendung. Memang asyik sungguh tidur. Saya hanya terjaga sebaik emak dan ayah saya sampai dari Kuala Lumpur. Oh ya. Tahniah untuk adik saya, Adnan. Tak payahlah cerita dulu sebab apa tahniah-tahniah ke dia ya. Suatu hari nanti baru saya cerita bila sudah ada mood.

Oh ya. Hari tu saya ada mendapat pangilan telefon ketika di hospital. Nombor hospital sayalah. Saya terus menjawab sebab saya bertugas di Day Care pada hari itu. Rupa-rupanya ada seorang warga kerja hospital ini yang bertugas di bahagian operator yang mengikuti blog ini. Tanyanya: Doktor, bila nak update blog? Bila nak sambung cerita pasal Dr. A? Hahahaha. Nak tergelak saya waktu itu. Sebenarnya, dia menghubungi saya untuk menyambungkan panggilan dari bahagian Klinik Pakar kepada saya.

Hendak tahu cerita pasal Dr. A ya? Haha. Di saat saya ditanya tentang Dr. A tu, sebenarnya dia baru saja membelikan air untuk saya dari kafe. HAHAHA. Yang lagi parah, kami bertugas di wad yang sama sekarang ni. Hahahaha. Baiklah, baiklah. Tak payah tahu sangatlah pasal dia. Saya pun tak faham kenapa dikaitkan dengan dia pula. Sangat tak relevan, ok.

Kerana, tiada siapa yang relevan di hati saya buat masa ini. Adios.

Nota 1: Mahu mengemas bilik yang macam tongkang separuh pecah pula. Terkejut ternampak ada sawang kat tepi almari. HAHAHAHA. Perempuan jenis apa awak ni, Sarah. :mrgreen:

Nota 2: Sejak emak membeli kereta baru, rumah saya seperti mengalami lambakan kereta. Haha. Nak reverse kereta pun dah susah dah sekarang ni. Haiya.

9 Responses to “Catatan Di Hujung Minggu”

  1. Saffa says on :

    Target saya, saya kerja dengan senang hati, prestasi kerja saya baik, selesai semua kerja tepat pada masanya, setiap hari ada peningkatan, mesti belajar benda baru paling kurang tiga perkara sehari, balik dengan lapang hati, sampai rumah makan nasi dan lepas Maghrib terus tidur. HAHAHAHA.

    Maksudnya boleh makan nasi lagilah, kan. Hehe. 😉

    Suka betul Saffa dengan statement-statement KS ni. 😛 KSarah.. Penatnya kerja HO ni… Saffa yang baca ni pun rasa macam “Ya Allah. Tak sanggup!” Hehehe

    Musykil betul Saffa macam mana KS boleh tertidur masa makan nasi? =.=”

    Reply

  2. azizah says on :

    🙂 🙂 😆

    Reply

  3. akak says on :

    Dah jadi mcm robot dah adik kita ni sorang.. :mrgreen: Takpe..semoga semua terus dipermudahkan..Insya Allah 😉

    Reply

  4. Adz Ariff says on :

    Saya pun cukup x suka kalau time presentation…pastu superiors tokok tambah itu ini bincang itu ini sampai meleret ke perkara yg tak berkaitan…kita HO-HO ni pulak terkenangkan kerja yang berlambak kat wad sambil berkira-kira selambat mana la balik untuk hari tu. Cukup tak best. Lagi parah kalau belum buat round petang. Tempat saya kerja ni…lepas round bukan maksudnya habis, tapi kena pulak angkut semua folders-folders patient, duduk depan computer, and type balik semua dalam progress note patient. Lepas tu baru balik. Itupun kalau takde bloods nak kena ambik ke ape. Sambil buat notes tu berdoa je takde patients yg tetiba terjadi sesuatu yg tidak diingini. Heheh.

    Dalam O&G..kekadang kalau tgh orang buat presentation saya boleh terbayang, “Dah beranak ke belum patient ni? Os (jalan) dia dah bukak besar mana dah?” Heh.

    Tertido sebelum sempat basuh tangan…adatlah tu. Saya kadang tu, sambil makan depan laptop…tau2 tersengguk depan laptop, tangan tak berbasuh. Nasib pinggan tak jatuh je.

    Selamat makan banyak nasik, Sarah. Hahaha. Kerja kita ni memerlukan kita banyak makan. Dah jadi MO baru boleh slow down bab makan tu kot. Selera makan saya sendiri dah naik macam orang sumo punya selera gamaknye. Sekarang saya rasa kena puasa sunat…untuk kurangkan makan, kurangkan belanja duit and dapat pahala dlm masa yg sama. Hehe.

    Reply

  5. chi am says on :

    biar menjadi robot. asal elok menjadi pendamping. pertama cantik kedua pandai. bergaji mahal lagi tambahan hahha

    bergurindam pula di tengahari 😉

    Reply

  6. ieda says on :

    ok la jg masa HO boleh duduk rumah..akak dulu duduk quarters.makan pun dr kantin hospital..tu pun kdg2 tak sempat…makan food patient jer setakat mengalas perut.berat mmg turun masa HO tp la ni dah mencanak naik..nk kena diet la plk.

    belajar banyak2 masa HO ni sb dah jd MO nti u r on your own esp if ur sent to periphery/smaller hosp without specialist…much more amazing moment will be waiting there. 😉

    Reply

  7. Natasha A.Hadi says on :

    Salam Sarah!

    “Tapi Alhamdulillah. Sekarang ni, datanglah segala apa dugaan pun, saya layankan saja. Tak kuasa dah nak fikir-fikir sangat atau nak tertekan ke apa dengan semua tekanan luaran yang ada di tempat kerja. Target saya, saya kerja dengan senang hati, prestasi kerja saya baik, selesai semua kerja tepat pada masanya, setiap hari ada peningkatan, mesti belajar benda baru paling kurang tiga perkara sehari, balik dengan lapang hati, sampai rumah makan nasi dan lepas Maghrib terus tidur. HAHAHAHA.”

    **enjoy what it is Sarah!!
    saya pun getting stronger each with what is a head and present!
    kalo nak dikirakan hati yang fragile ni, maunya hari2 nangis(^________^)hehe
    all the best Sarah! 😉 😉

    Reply

  8. hakimah says on :

    ayoh sarah…pengalaman awk dgn saya sama aje….

    ape yg awk cerita dlm entry kali ni, semua pon berlaku dekat saya hahaha

    cuma…sy belum present kat CME lagi…sbb xsempat, huhu.

    mmm…kem salam kat Dr A hahahaha

    setuju dgn kata awk, betul…buat masa ni…mmg tiada sesiapa dihati kita

    Reply

  9. muaz says on :

    haha. adoi…sampaikan staff di hosp pun nak tau cerita pasal doktor A ni. haha.
    x tahan betollah. 😛

    Reply

Leave a Reply