Dalam Dilema

Assalamualaikum wbt

Baru saja dua hari lepas saya kata saya tak pernah bercuti sejak mula bekerja ni. Alih-alih, semalam saya cuti mengejut dan begitu juga hari ini. Saya demam panas. Pakej lengkap dengan batuk-batuk, selesema, sakit tekak, muntah-muntah, kurang darah merah dan tekanan darah rendah. Daripada sehari, cuti saya ditambah lagi dua hari.

Tapi rasanya esok saya tetap akan pergi kerja. Bukan apa. Walaupun cuti, ramai betul yang telefon tak sudah-sudah. Sedangkan saya sudah memberitahu operator bahawa saya tidak bertugas pada hari semalam dan hari ini. Tapi tetap juga menderu-deru orang yang telefon.

Kalau ikutkan, nak saja saya tutup telefon. Nak rehat sungguh-sungguh. Tapi kalau tutup telefon, nanti hal-hal peribadi pula yang tergendala. Betullah kata senior-senior. Bila sudah mula bekerja, maknanya saya tiada kehidupan peribadi. Personal life. Nombor telefon semua doktor wajib diberikan kepada operator. Ada apa-apa, semua orang boleh menelefon operator minta untuk disambungkan terus kepada kami. Kadang tu, baru saja hendak solat di surau, ada panggilan dari hospital. Wajib angkat. Bila dijawab, rupa-rupanya dari Kecemasan. Minta datang untuk clerk case. Masalahnya ada dua oang lagi partner saya sebagai 3rd call pada hari yang sama. Di mana mereka? Terpaksalah saya bergegas solat dan kemudian berlari menuju ke Kecemasan. Berlari ok. Bukan berjalan laju-laju.

Walaupun saya masih MC pada hari ini, saya tetap ke hospital pagi tadi. Seminggu yang lalu, seorang pasekit saya telah dibenarkan balik tetapi dia sudah mempunyai temujanji untuk U/S HBS dan CT Thorax (malas pula saya nak terangkan apa dua benda alah ni =p ). Tarikhnya pada hari ini. Untuk CT Thorax, doktor perlu mengiringi pesakit. Jadi pagi tadi saya ke hospital untuk bertemu pasakit saya ini dan juga anaknya. Pakcik ni sudah menjadi pesakit saya sejak dia mula-mula ditahan di wad dulu. Jadi, saya sangat mengambil berat akan perkembangannya. Selesai semuanya tadi, baru saya bertolak pulang.

Kebetulan saya masih demam dan pening-pening. Saya singgah di Klinik Kesihatan Daerah saja untuk mengambil ubat muntah. Tapi tak pasal-pasal, ramai pula yang menghubungi. Tanya kenapa saya MC. Berapa hari saya MC. Dah beritahu specialist ke belum. Tadi kenapa datang hospital. Esok kerja ke tidak. Hari ni dah rasa sihat ke tidak. Petang ni datang kerja boleh ke tak. Ya Rabbi. Bercampur aduk perasaan saya waktu tu. Hendak saja saya marah kalau ikutkan rasa tidak sabar. Macam saya ini adalah seorang pesalah kerana bercuti sakit. Bukannya saya pinta-pinta sakit ini.

Saya sudahpun memberitahu specialist. Malah, specialist saya sangat mengambil berat atas apa yang terjadi ni. Iyalah. Dia risau saya H1N1 positif. Kalau ikutkan, MC saya masih berbaki satu hari lagi. Tapi nampak gayanya, dengan desakan bertalu-talu dari orang sekeliling, saya tetap akan pergi kerja juga pada hari esok. Memang secara peribadi saya hendak pergi juga esok sebab saya tidak betah duduk di rumah apabila teringatkan pesakit-pesakit saya di wad. Sampaikan termimpi-mimpi pasal mereka. Dengan emak ayah pun saya asyik bercakap tentang mereka saja.

Tapi asakan dari luar betul-betul buat saya rasa saya ni tiada hak untuk diri saya sendiri. Kadang tu bukan apa, saya rasa saya sangat kerdil di jabatan saya tu. Sampai saya rasakan, setiap yang saya buat adalah salah. Entahlah. Saya harap saya dapat buang perasaan yang begini secepatnya. Kalau tidak, saya tidak akan ada rasa yakin untuk bergerak dengan sendiri. Asyik rasa saya sedang buat salah saja.

Tapi lain pula keadaannya sewaktu sedang on call. Saya rasa lebih yakin walaupun berseorangan saja ketika itu. Walaupun letih, mengantuk dan segalanyalah yang lembik-lembik, tapi saya tetap bersemangat hendak melalui tempoh on call saya sehingga ke esok pagi dan kemudian menyambung tugas harian di waktu pagi di wad saya seperti biasa. Tiada perasaan serba salah menghantui saya. Tapi bila diapit oleh hal-hal luar yang menyesakkan, saya mula akan rasa goyah. Saya rasa tidak senang untuk bergerak dan membuat kerja. Entahlah.

Apabila membaca dilema yang diutarakan oleh Hakimah, saya sangat menyetujuinya. Hakimah ni kawan saya sejak di PASUM dulu. Dia kini berkhidmat di Melaka juga di Medical. Setiap apa yang diceritakannya, hampir semuanya saya rasai juga.  Cuma setakat ini, saya tidak pernahlah pula dimarah teruk-teruk atau kena maki hamun. Alhamdulillah saya masih terhindar dari bencana itu.

Tapi, perihal solat dan kesempatan bermesra dengan Tuhan adalah sangat terbatas. Sejak bekerja, saya biasanya solat Zohor sekitar 3 lebih. Untuk Asar pula, sudah pukul 6, baru sempat menjengah ke surau. Biasanya saya akan duduk rehat di surau sehingga Maghrib masuk. Tapi kalau dipanggil ke Kecemasan atau ada kes yang perlu di review di wad-wad lain, maksudnya Maghrib saya di hujung waktulah. Terlepas waktu pun pernah. Waktu itu saya di Kecemasan sedang menguruskan kes Epilepsy + Intracranial Bleeding 2′ to uncontrolled HPT (saya malas nak terang panjang lebar eh =p ). Kalut benar keadaan waktu itu. Bila keadaan sudah stabil, saya lihat jam, Masya Allah, sudah terlepas Asar rupanya. Dah nak masuk Isya’ dah pun. Saya meminta kebenaran daripada MO saya untuk berehat sekejap. Saya berlalu ke surau dalam keadaan penuh kesal.

Saya jelas duduk perkara ini jatuh dalam hukum darurat untuk kami semua dan ada rukhsahnya yang tersendiri. Tapi secara peribadi, saya tidak gemar dan terasa amat bersalah sekali kepada Tuhan. Mengaji pula, Ya Allahu Ya Rabbi. Selepas Ramadhan, saya tidak lagi berkesempatan menghadap Al-Quran setiap hari. Selang-selang hari. Itupun kejap saja. Besar sungguh dilema yang saya rasakan. Sebab saya berubah menjadi seorang yang lain sejak memikul jawatan ini.

Jadi, saya sangat memahami apa yang sedang Hakimah rasai. Semuanya serba-serbi sama dengan apa yang saya rasa. Mungkin kerana kami dari latar belakang yang hampir sama. Jadi apabila tersepit dalam situasi yang sebegini, rasa bersalah semakin menjadi-jadi. Saya pun nak berazam sepertinya. Walau sibuk yang bagaimana sekalipun, saya akan mengutamakan solat dan akan meluangkan masa untuk mengaji setiap hari.

Saya tidak mahu menjadi saya lain hanya kerana tanggung jawab yang sedang dipikul ini. Sedangkan, tanggung jawab ini sepatutnya menjadikan saya sebagai seorang pengumpul pahala yang lebih cekap mengatur dan mencuri masa.

Ya Allah. Cepat-cepatlah Kau buangkan rasa tidak selesa ini dari hati saya. Dan jatuhkanlah saya semula kalau ketinggian ini makin menghinakan saya di mata-Mu, Ya Tuhan.

Rabbi yassir wa la tu’assir.

Nota: Kalaulah saya boleh meminta-minta, saya tidak mahu bersuamikan seorang doktor dan tidak mahu anak-anak saya menjadi doktor. Hahaha. 😆

11 Responses to “Dalam Dilema”

  1. joe pg says on :

    Nasihat saya.
    Kalu takat pening dan demam amalkan makan herba cam herba HPA 😉 . Herba tiada kesan sampingan insya Allah.
    Maybe sarah bleh cite kesan sampingan ubatan konvensinal cam aspirin/panadol. Saya dapat maklumat pengambilan panadol jangka panjang boleh merosakkan buah pinggang. Betul ka?
    Kalu free carilah mana-mana perawat/ahli HPA yg boleh diagnosis tapak tangan. Kerap pening tu antara lain disebabkan kolestrol tinggi dalam darah. Jika dibiarkan boleh menyebabkan darah tinggi. Jari sarah jelas kemerah-merahan tak. Bukan setakat dihujung? Itu tanda kolestrol tinggi. Ilmy yg saya belajar. Wallahu a’lam

    Reply

  2. hawa says on :

    Ibu saya nurse. Alhamdulillah ketika ditawarkan pengajian ke PMC untuk jurusan kedoktoran, ibu menolak mentah-mentah. Katanya, “Mak taknak ada anak mak yang masuk medical line!”.

    Fuhh. Nasib baik dengar cakap mak.

    Bukan nak keep your motivation down. Tapi saya pun sama Sarah, kadang-kadang pukul 4 baru angkat takbir untuk solat Zohor!

    But.. being a doctor.. is sooooo COOL! 😎

    Pity us! *sigh*sigh*

    Reply

  3. akak says on :

    Semoga urusan Sarah lepas ni dipermudahkan oleh-Nya. Mungkin Sarah masih baru di alam realiti seorang doktor..agaknya susah untuk menyusun semuanya untuk tidak menjadi sekompleks ni. Insya Allah..akak yakin Sarah cukup kuat utk hadapi dilema ni..sebab Sarah salah seorang yg telah ‘dipilih’ oleh-Nya untuk berjuang di bidang ini untuk agama. Teruslah berjuang!!

    Reply

  4. Hazreen Rashid says on :

    salam Dr.KS.

    all the best moga tabah dan cekal sentiasa. kene ada muka tembok kan kalo nak jadi doktor nie. tak tau la muka saya ni dah cukup tembok ke belom.
    bila baca ni cuak la plak. moga2 dipermudah semua urusan.

    Reply

  5. azizah says on :

    saya doakan sarah dan semua rakan seperjuangan dipermudahkan dalam segala urusan yang mencabar ni.
    bersyukurlah banyak2 kerana diberikan nikmat menjadi seorang doktor. bukan mudah menimbulkan rasa peduli terhadap manusia. apatah lagi nak berkorban kepentingan diri untuk orang lain.
    susah payah sarah insya allah berbaloi-baloi.. 🙂

    Reply

  6. Areefah says on :

    Assalamualaikum…
    Kepada sarah harap awk bekerja dengan tenang dan tidak terlalu tergesa-gesa.Harap awak bersabar dengan ujian ini…amin

    Reply

  7. Kak Azura says on :

    Terbalik pulak dengan akak…akak yang selalu meminta-minta agar salah seorang anak akak nanti menjadi seorang doktor. Yalah konon-kononnya untuk menyambung cita-cita maknya yang tak kesampaian…
    maknya ni…cita-cita je tinggi dulu…tapi sekolah tak pandai pun….sekarang ni kerja cokia jer…syukurlah nasib baik ada kerja….hehe

    Reply

  8. ainul arina says on :

    ganbatte ks!

    semoga dipermudah dan diterangkan allah dalam segala urusan.

    Reply

  9. firdee says on :

    salam sarah,
    dalam hidup ni memang kita perlu banyak berkorban dalam banyak perkara. mungkin peringkat awal ni kot sarah mcm ni. tapi saya tak tau la. MUNGKIN sbb sy tidak berada di dalam bidang sarah.

    rasanya kalau sarah bersuamikan bukan doktor, si suami tu perlu lah seorang yang sangat memahami sarah dan sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat penyabar dengan kerjaya sarah. jika jadual sarah seperti skrg dan sudah punya suami pasti si suami terasa mcm “bujang” aje ^^.

    apa pun, moga semuanya akan kembali OK di masa mendatang. membaca perihal xtvt harian sarah menyedarkan saya yang ada lagi org yg lebih sibuk dan penat dari saya. sbbnya saya ingat saya dah bizi sangat dah. hahaha ^^.

    take care ^^.

    Reply

  10. Ytmz says on :

    Yup, I heard someone is calling me? Hehe, perasan.

    Reply

  11. abid_sakina says on :

    salam kak sarah..

    ingat lg x aiman anak pkcik ismail,kwn abah sek.sains dlu? yg dtg umah kt temerloh ri 2.. bru hr ni smpat singgah lama kt sini..
    apepun, didoakan akak tabah n terus kuat mnjalani hidup skarang..mmg slalu dgr,waktu2 cmni mmg byk dugaan nya..jd kena lah terus semangat..

    segalanya ada hikmahnya..bekerja dgn ikhlas..moga Allah sentiasa permudahkn segala urusan.ameen..caiyok~!^^

    Reply

Leave a Reply