Dunia Seorang Houseman Officer
Assalamualaikum wbt
Yeay!!! Akhirnya saya berkesempatan untuk menatap dunia saya kembali. Apa khabar dunia? Apa cerita raya kamu semua? Apa perkembangan terkini kamu semua? Serius saya katakan, saya memang tidak berkesempatan langsung untuk mengikuti perkembangan kawan-kawan semua. Urusan diri sendiri pun terabai, inikan pula hal-hal luar.
Mesti ada yang berminat hendak tahu kisah hidup seorang Houseman Officer (HO) kan? Kalau ikutkan, ada 1001 cerita hendak saya kongsikan dengan kamu semua. Terutamanya untuk pelajar-pelajar perubatan. Kalau boleh, saya hendak adik-adik semua tahu apa keadaannya dalam dunia pekerjaan sebenar nanti. Kalau boleh, saya tidak mahu ada yang kekok-kekok atau kena marah tak pasal-pasal dek senior-senior di jabatan masing-masing. Kalau boleh saya tidak mahu lihat pelajar lepasan luar negara dipandang rendah oleh pelajar tempatan. Kalau boleh, saya tidak mahu lihat wujudnya diskriminasi dan double standard antara para HO baru. Tapi manalah sempat saya hendak menceritakan segalanya. Jadi secara mudahnya, kalau berkesempatan, saya akan berkongsi pengalaman saya sebagai HO di sini.
Dalam tempoh tiga minggu ini, ada macam-macam perkara terjadi. Sejujurnya, saya sudah lupa kronologinya dengan tepat. Tapi tak kira. Saya nak cerita juga. Hahaha. Sifat gila kuasa di blog sendiri sudah kembali menjelma.
Selesai melapor diri di bahagian pengurusan, saya bersama Dr. K (Saya tak nak sebutkan nama watak-watak terbaru dalam hidup saya ni. Jadi saya sebutkan singkatannya sajalah ye) ditempatkan di Jabatan Perubatan. Selalunya kami akan sebut sebagai Medical saja. Ini posting pertama saya sebagai HO. Ada lima lagi posting yang lain. Ada sembilan orang semuanya yang melapor diri pada hari yang sama dengan saya. Hanya seorang saja yang saya kenal. Kebetulan kami dari universiti yang sama. Apabila saya dapat tahu saya ditempatkan di Medical, saya langsung tidak menolak. Tidak terfikir langsung hendak tukar suka sama suka dengan kawan-kawan yang lain. Bagi saya, ini permulaan yang baik. Bagi pelajar-pelajar perubtan, kamu semua mesti faham kenapa, kan. Medical adalah tunjang dalam bidang perubatan. Segala bidang lain pun pasti akan merujuk ke Medical atas pelbagai jenis komplikasi yang dihadapi pesakit. Jadi saya kira, ini adalah permulaan yang sangat baik untuk saya. Tapi tak dinafikan, inilah posting yang paling sibuk sekali. PALING SIBUK. Huhuhu.
Lima hari pertama saya di Medical, saya perlu menjalani tagging. Maksudnya, HO baru akan mengikut HO yang lebih senior untuk memantapkan diri dengan suasana baru di wad masing-masing, sistem kerja, prosedur-prosedur utama dan segalanyalah. Saya keluar rumah sebaik selesai Subuh (lepas Sahur) dan tamat dengan rasminya pada pukul 12 malam. Biasanya, saya hanya akan tiba ke rumah semula pada pukul 2 pagi. Huhu. Lima hari pertama tu terasa juga penatnya. Ketara sangat perubahan jadual harian. Jadi memang terasa penat. Tapi, saya sangat sukakan kesibukan dan kepenatan itu! Wahahahaa. Gila kerja saja bunyinya. Tapi saya kata betul. Saya sangat enjoy dapat bekerja. Saya enjoy dapat bertemu pesakit. Maklum sajalah. Kali terakhir saya bertemu pesakit ialah sebelum final exam yang lalu. Dah tiga bulan. Huhu.
Ketika tagging, saya cuba sedaya upaya untuk memantapkan diri saya dengan segala sistem dan borang-borang yang perlu saya biasakan ketika bekerja di wad. Punyalah banyak borang itu ini yang perlu diisi. Untuk setiap prosedur, ada saja borang-borang tertentu yang saya kena ingat. Jenuh weh. Yang paling saya tak boleh lupa, hari pertama bermulanya tagging saya, saya bangun pada pukul 4 pagi semata-mata untuk membelek internet dan memeriksa segala shortform yang sangat banyak digunakan oleh doktor-doktor di Malaysia. Bagi HO lepasan universiti tempatan, mereka tiada masalah dengan hal itu. Tapi bagi saya, itu adalah masalah besar. Takkan semuanya hendak bertanya orang, kan. Jadi untuk tagging hari pertama itu, saya meletakkan target untuk tidak blur sangat dengan segala ringkasan yang ada. Sumpah saya kata, ada beberapa shortform yang langsung tidak boleh saya jangka apa maksudnya. Tapi bila sudah tahu, alamak, itukah maksudnya. Geram sungguh rasa. Huhu. Tapi tak mengapa. Masalah ini masalah teknikal yang boleh diselesaikan seiring dengan meningkatnya pengalaman. Jadi, jangan tensi-tensi ya kawan-kawan dan adik-adik yang akan menjadi HO suatu hari nanti. Hehe. Kalau mereka yang sebelum ini pun boleh, saya boleh, kamu semua nanti juga pasti boleh.
Selesai lima hari tagging, semua HO baru di Medical sudah mula on call. Sistemnya Every Other Day (EOD). Maksudnya begini. Saya keluar pagi ini untuk pergi kerja. Terus sambung petang dan malamnya dengan on call. Dan terus sambung keesokannya paginya dengan jadual kerja seperti biasa sehingga 5 petang. Sebelah malamnya, saya adalah post call. Tidak terlibat dengan sesi atas panggilan. Boleh berehat sepuas-puasnya. Tapi keesokan paginya, saya akan kembali bekerja, sambung on call, sambung kerja keesokan paginya dan hanya akan pulang di sebelah petangnya. Selang satu malam saya on call. Ini namanya EOD. Tak faham? Tak apalah. Tak payah nak faham sangat pun. Huhu.
Jadi, berlarutanlah EOD saya sehinggalah ke hari ini. Kiranya, saya keluar rumah dari awal pagi semalam, sambung malam tadi dan petang tadi baru balik. Malam ni saya post call. Malam ini boleh tidur puas-puas, bersosial dengan adik beradik atau makan banyak-banyak. Dan esok akan berulang semula rutin yang sebegitu.
Secara peribadi, saya memang tak ada masa yang spesifik untuk rehat. Sampaikan ada pesakit saya tanya saya begini: Doktor ni tak balik-balik rumah ke? Dah 3 hari saya kat sini, pagi petang siang malam saya nampak doktor ada kat sini. Huhu. Ya. Saya tak nafikan. Bertugas di Jabatan Perubatan adalah sangat sibuk. Lebih-lebih lagi jika sedang on call dan wad sendiri menjadi wad aktif. Wad aktif bermaksud wad itu menjadi wad yang menerima semua kes baru untuk hari itu bagi disiplin perubatan. Memang penat tak terkatalah. Mana nak urus kemasukan baru. Mana nak urus pesakit asystole. Mana nak buat CPR. Mana nak intubate. Bila sudah sibuk sebegitu sekali, perihal diri sendiri memang tak teringat langsung dah.
Seingat saya, dua hari terakhir berpuasa, saya sempat balik berbuka di rumah. Kebetulan semua adik beradik saya sudah berkumpul di rumah. Pukul 6.45 petang saya memecut balik. Sampai sebelum pukul 7. Terbaring sekejap di depan TV. Kemudian berbuka puasa beramai-ramai, saya berkejar untuk solat Maghrib dan kemudian terus bergegas balik ke hospital. Pukul 8 malam, saya sudah kembali berada di dalam wad. Fuh. Waktu berbuka pula, saya hanya lalu minum air. Makan dah tak lalu langsung kerana kepenatan.
Begitu juga selepas hari raya. Walaupun sudah tidak berpuasa, saya tidak jumpa masa yang sesuai untuk turun makan di kafe. Sudahnya, sampailah keesokannya harinya selepas selesai on call, barulah saya makan. Itupun bila sudah sampai ke rumah semula, baru saya makan. Pernah sampai 48 jam saya tidak makan apa-apa. Setakat minum air masak saja. Fuh. Hypo habislah rasanya. Maka disebabkan itu, selepas sebelas hari bekerja, saya kebetulan termenimbang berat badan. Makanya, dalam masa sebelas hari, saya telah turun 5 kg! Muahahahahha. Baju-baju saya semuanya terasa longgar. LONGGAR yang SANGAT LONGGAR. Kahkahkah. Tak payah nak diet-diet. Badan saya dah sekeping dah ni. Dalam masa seminggu ni pun saya tak makan apa sangat. Saya rasa mungkin dah turun lagi 2-3 kg kot.
Cerita raya saya. Saya tidak cuti pada hari tersebut. Ha. Sejak mula bekerja sehinggalah ke hari ini, saya langsung tidak pernah bercuti. Sabtu ke, Ahad ke, raya ke, tak ke, semua saya kerja. Huhu. Sampaikan kadang-kadang saya terlupa hari itu hari apa. Tapi pada tengahari raya lalu, specialist saya memberi saya masa rehat tengahari yang agak lama. 2 jam setengah tu adalah lama bagi saya. Hehe. Saya pun apa lagi. Terus cabut balik rumah. Beraya bersama keluarga, bergambar sikit-sikit buat kenangan, pergi ke rumah Tok saya dan dua buah rumah saudara terdekat berhampiran dengan rumah, kemudian saya balik rumah dan tidur. Hahahhaha. Tak bermakna sungguh! Ada ke patut pergi tidur pula. Tapi memang saya sangat penat. Malam raya tu saya balik ke rumah pada pukul 2 lebih. Pukul 6 pula saya dah berada di hospital semula. Selepas Zohor baru saya bangun dan terus pulang ke hospital. Sepatutnya saya akan habis kerja pada pukul 12 malam tapi sekali lagi, seorang specialist yang lain pula dengan baik hatinya menyuruh saya pulang awal. Jadi, pukul 6.30 petang saya sudah mula memandu pulang. Tapi tiada makna juga. Sampai saja rumah, mandi-mandi, terus tidur. Muahahaha. Sampaikan, ada saudara yang pulang beraya di rumah Tok pun tidak sempat saya jumpa. Mana tidaknya. Saya keluar hari masih gelap. Orang masih tidur. Balik pula sudah tengah malam. Orang pun dah tidur semula. Tapi yang seronoknya, saya masih dapat duit raya! Wihiii. Kan bagus jadi orang yang tak bergaji lagi ni. Hehe. Tapi siaplah tahun depan. Kopak poket nak kena bagi duit raya kepada adik-adik saudara. Huhu.
Dari segi kehidupan peribadi, ada banyak kelebihannya saya bertugas di sini. Yang paling utama, baju tudung labcoat saya semuanya ada orang basuhkan. Huhuhuhu. Dengan tidak malunya saya mengaku bahawa saya tidak sempat hendak menguruskan makan pakai saya sendiri. Nasib baik ada emak dan Mak Tam. Mereka berdualah yang membasuhkan baju-baju saya. Memanglah guna mesin basuh tapi sepatutnya itu semua saya sendiri yang uruskan. Tugas saya setiap hari hanyalah mengemas bilik tidur dan membuka tingkap bilik sebelum ke hospital. Bila balik, tingkap sudah ditutupkan, baju-baju yang sudah dilipat bersusun di atas meja saya. Sayangnya, budak bertuah seorang ni takkan sempat nak susunkan semula baju-baju berlipat itu ke dalam almari. Hahaha. Sudahnya, sampai tiga, empat hari baju-baju itu bersusun tinggi di atas meja dan katil. Katil saya pula, separuhnya dipenuhi nota-nota. Hanya sebahagian saja yang saya gunakan untuk tidur. Nasiblah katil besar. Kalau katil single, manalah saya nak letak nota-nota tu. Hahahah. Yang pastinya, nota-nota tu hanya sempat saya baca tiga, empat ayat saja. Lepas itu, nota tu yang baca saya.
Alam pekerjaan memang berbeza. Saya dapat rasakan saya semakin matang. Jauh berbeza daripada saya yang dulu. Banyak perkara yang memerlukan saya membuat pertimbangan dengan sebijaknya. Kawan-kawan sekerja adalah kawan-kawan nyata yang ada di depan mata. Kawan-kawan yang jauh di mata, fuh, memang susah untuk dihubungi selalu. Saya minta maaf kepada kawan-kawan yang ada SMS saya tapi saya tak sempat nak balas-balas lagi. Ampun banyak-banyak ya.
Oh ya. Staff nurse ramai yang memanggil saya Budak Kecik. Kata mereka, saya ni kecil sangat. Sampaikan, pernah sekali tu, time saya on call, saya tinggalkan lab coat di wad dan turun ke kafe. Pakcik Kafe tu ingatkan saya ni anak orang mana entah yang datang hendak membeli air. Aduhai. Muka saya tak macam budak-budak kot. Saya ni cuma pendek je lah.
Dan sebenarnya saya rasa sangat bertuah dapat berkhidmat di tempat sendiri. Dalam tempoh hampir sebulan ini, saya sudah sempat merawat bekas ustaz saya sendiri ketika di SMA Al-Khairiah dulu, emak kepada cikgu saya di AL-Khairiah, emak kepada kawan lama saya yang sudah hampir lapan tahun tidak saya temui, ayah saudara sepupu saya sendiri dan beberapa orang lagi yang saya kenali.
Sejujurnya, saya ni berjiwa sentimental. Ada banyak insiden di hospital yang membuatkan saya terkebil-kebil menahan air mata daripada jatuh. Contohnya, melihat kasih seorang emak yang menjaga anaknya yang menghidap Panhypopituitarism. Setiap kali hendak mengambil darah anaknya, emaknya mesti menundukkan kepala. Dia tidak mahu melihat anaknya dicucuk. Dia memang tidak cakap kepada saya bahawa dia tidak sanggup melihat hal itu tapi saya sangat sedar akan hal itu. Terkesan betul hati saya. Lagi, saya dapat melihat kasih adik beradik yang menjaga emak mereka yang terkena serangan Angin Ahmar. Berak kencing makan minum emak mereka dijaga dengan sebaiknya. Tersentuh betul hati saya melihat kesepakatan adik beradik itu.
Dengan rakan-rakan sekerja pula, oh, merekalah pemberi semangat untuk saya terus kekal meneruskan profesyen sebagai seorang pegawai perubatan. Kalau hari ini saya menerima kata-kata rangsangan, esok saya pula yang memberi semnagat untuk kawan-kawan yang lain di jabatan ini. Tidak kira Melayu ke, India ke, Cina ke, kami rapat dan saling membantu untuk memantapkan diri masing-masing. Tiada kiasuism. Alhamdulillah. Dan saya sangat suka jika on call sebagai 3rd call bersama Dr. R. Wallaweh. Dia seorang MO yang sangat best! Memang penat dan banyak kerja diarahkannya. Tap[i Dr. R sangat menjaga perasaan saya dan mengajar mana-mana yang saya tidak tahu. Saya sangat hormatkan Dr. R. Bak kata akak-akak nurse di wad saya, saya ni adik Dr. R. Tak boleh buli-buli saya. Nanti Dr. R akan marah. Hahahaha. Dan tak ketinggalan, mestilah ada insiden-insiden dimarah dan menangis. Muahahahhaha. Mestilah, kan. Ini lumrah. Kalau saya tertekan atau geram pun, semuanya disebabkan oleh seorang saja. MO di wad saya tu. Dr. P. Tak tahulah kenapa, semua orang dibalunnya setiap pagi. Bengang betul jadinya. Semua orang lain adalah tidak sempurna. Cara dia saja yang sempurna. Tak kisahlah awak HO ke, MO ke, pakar ke, dia suka membebel tak berhenti-henti. Nasib baik dia bukan orang Malaysia. Jadi apa yang dibebelkannya saya tak ambil pusing langsung dah. Hahaha.
Kebetulan, ada Dr. D yang sangat prihatin. Dia menceritakan kepada saya apa yang pernah dilalui oleh HO lain sebelum saya. Kena baling fail, kena herdik depan pesakit. Kena halau. Huhu. Tu lagi seram. Paling kurang, saya hanya kena dengan dia sebab ubat untuk pesakit yang di withold telah diberikan juga kepada mereka. Itu bukan salah saya pun sebenarnya. Waktu itu ada kesilapan teknikal di antara pertukaran shift malam ke pagi. Maklumat tidak lengkap. Jadi ada yang terlepas pandang akan hal itu. Dan tak pasal-pasal saya pun kena balun. Balunlah nak balun apapun. Malas saya nak ambil pusing dah dengan bebelan dan marah-marah dia yang tak pernah sudah itu. Hahaha.
Dan, erm, saya masih pelik, kenapa ada seorang doktor itu kelihatannya seperti kurang senang untuk berbual dengan saya. Tapi dengan orang lain dia sangat mesra dan murah dengan gelak tawa. Tapi bila dengan saya, jadi kaku dan dingin. Adakah saya nampak terlalu serius untuk didekati sebagaimana dia mendekati kawan-kawan yang lain? Hmm. Kita tunggu jawapannya dalam siri yang lain ya.
Daa~ Malam ni saya nak keluar makan dengan adik-adik saya. Dari petang tadi saya berjanji dengan mereka. Sayangnya kakak mereka ni memang suka tidur bila tidak kerja. Kahkahkahkahkah.
Nota: Saya sangat suka gambar raya keluarga saya tahun ini. Selepas 6 tahun, akhirnya ada kembali gambar raya sekeluarga yang sempurna. 😉
salam sarah,
mmg ramai tertunngu2 dan ternanti2 entri ini.bayangkan sis yg baru balik shoot dgn penat yg amat2 sanggup meluangkan masa tanpa meninggal sepatah ayat pun.semunya nak tau perkembangan sarah sebagai seorang doktor kat msia ni 🙂
masa ayah sis admit ritu,sis n mak pon heran.bila tgk2 kekadang doc2 yg sama ada e siang n malam.terpikir jugak.tak balik ke mereka.pas baca cerita saya ni baru la paham.well done sarah sbb berjaya menempuhi hari2 mencabar as a new gov servant 🙂
Reply
Sarahhh!!!!!..Rindu rasenya dengan doktor baru ni sorang. Tahniah..rasenya Sarah dah bermula dengan amat baik. Abaikan Dr.P..yang lain Dr K, Dr.D & Dr.R (banyak betul singkatannya.. 🙄 ) semuanya unsur² positif yang membuatkan Dr.S kita ni happy dengan keje dia walaupun hobi barunya sekarang tido.. Semoga terus sukses ye Sarah dan jadik ‘budak kecik’ yang paling disayangi kat situ.. 😛
Reply
salam sarah,
akhirnya kamu mula menaip di sini semula. nampaknya kamu memang seronok dengan kerja kamu sekarang. moga terus seronok untuk mencurah bakti kepada orang yg memerlukan.
saya juga bizi selepas raya tapi tidaklah sebizi kamu sampai tiada masa rehat. lepas raya banyak pulak kerajaan nak tukar pc baru ^^. pc di hostital temerloh tiada tarikhnya lagi untuk saya ke sana. mungkin bulan ni kot.
ok lah sarah. moga terus sukses ya ^^.
Reply
salam KS
seronok baca entry ni walaupun panjang berjela-jela.. orang kata dapat tidur walau sekejap pun waktu HO ni mmg satu nikmat.. jadi, tidurlah selagi ada masa 😉
Semoga KS cemerlang dunia akhirat
Reply
teringat kt KS arini, n try bkak blog KS..
mcm best je ble bace pengalaman KS ni, nmpk la KS dh matang sket..
tp mcm sdey, lps ni x bley la nk wat lawak sangap ngan KS, sbb KS dh jd DR. 😳
x sbr nk keje ble bace ape KS tls, tp ye la, berat mata memendang berat lg bahu yg memikul kn?
p/s–> msti lame dh x follow nurkasih kn??
Reply
KAK SARAH! RINDU! 😀
Sibuk nya, kalau Saffa… Ermm.. Tak sesuai! =.=”
😮
Reply
angah,
seronok bc entri ni, mcm biasa..
hehe, cuba bayangkan kalau dijodohkan dengan doktor juga..
macam tu lah yg berlaku pd kakak maa.. hihi.. mmg rumahnye huru-hara la jugak..
kdg maa yg tolong kemaskan umah dia.. ish ish..
tapi x pe, semua tu pengalaman.. dan asam garam hidup, kan..
suka jugak gambar raye angah tu.. sejuk je tengok.. sbb low light kot.. hehe..
moga terus tabah ye angah..
ikhlaskan hati, insyaAllah semuanya akan jadi manis.. 😉
Reply
Itulah sebabnya saya salute doc, kerana sanggup berkorban masa utk org lain. Masa my atuk sakit, my fren was a doc yg jaga dia kat icu, mmg betul hari2 ada muka dia either on call or on duty, just like cerita sarah. Tapi beberapa hari terakhir sblm atuk meninggal tak nampak dia .. rupanya dia keguguran anak pertama .. Itulah pengorbanan doc sampai kesihatan sendiripun kdg2 tak sempat nak tgk. Akak salute Sarah yg committed, tapi nasihat akak, jgn lupa makan dik, dunia perubatan & masyarakat amat2 memerlukan Sarah. Bring s’thing utk makan kalau tak sempat pergi cafe i.e roti selain air suam.
Selamat Bertugas Doktor Sarah. Hope one day akak boleh jumpa Sarah 😆
Reply
juling mata saya baca, panjang giler 😆
Reply
Salam Sarah..
Wah ..dah berpindah ke dot.com rupanye hehe..lama tak bual ehh
Selamat hari raya, Maaf zahir dan batin…
Jaga diri ya….
Reply
Salam sarah,
Selamat bertugas dengan baik sarah!! sy tahu awk boleh sesuaikan diri dalam apa keadaan sekalipun. Awkkan makhluk byk alam,hahaha..waduh waduh, gimana sih mau ketemu si dia sarah kalau bizi manjang 🙂
Takpelah, mula2 memang kelam kabut camtu. Nanti dah lama bolehlah sesuaikan diri dan lebih terurus hidup 🙂 yg penting jaga kesihatan. jgn kurus sangat, nanti tak comel. Sebab tu lah sy taknak kurus sangat,hahahah.
Hidup baik2 sahabat..
Reply
Salam Sarah
akak tertunggu tunggu entry Sarah ni , tau …
5kg dalam masa 11 hari , wow ….
Reply
salam sarah
mcm mana??? penat kn??? kimah da alami semua yg sarah alami…mmg sama kita…start posting medical…xpe..alhamdulillah setakat ni da blajar byk sgt benda…
kimah kene berazam satu benda aje…satu aje azam yg kmah akan cuba capai mulai skrg…
iaitu…
kimah nk dekatkn diri kepadaNya..
akui…sejak mula bkerja…terlalu bz sampai terabai semua tu…hati jadi xtenang..
doakan kita sama2 tabah alami semua ni..dan jadi doktor yg baik
Reply
salam..
Huh..panjangnye entri nie…tapi tetap baca juga..selamat berkerja…
Reply
kebetulan sy juga tgh postin medikal.
tp sy 4th year medikal student cuma.
di universiti tempatan. 🙂
sudah lama ikuti dunia sarah.
sy suka.
terima kaseh.
hadapi segalanya dgn senyuman. 😉
Reply
saya mempunyai anak yang baru menjadi ho,memang kesian melihat keadaanya yang tidak terurus makan dan pakaianya oleh tidak punyai masa bagi dirinya sendiri.baru baru ini beliau tertinggal penyata gajinya didalam seluar yang hendak dibasuh.amat terkejut melihat gaji yang diterima berbanding dengan beban yang digalas,terutama item yang dinyatakan sebagai imbuhan elaun perumahan sebanyak rm7.50 dan item ini juga ditolak dalam bahagian debit penyata gaji tersebut[debit-dudok asrama hospital].kemana harus diajukan bagi mendapat kepastian atas imbuhan elaun perumahan ini? adakah kesemua ho yang baru bertugas diberi jawatan pegawai perubatan gred ud41.berharap sangat sesiapa yang membaca tulisan ini dapat membantu dan memohon maaf mengunakan dunia sarah sebagai luahan hati seorang ibu.
Reply
Sarah Reply:
October 6th, 2009 at 11:39 pm
Memang semua HO yang baru memulakan tugas menyandang jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41. Gaji juga adalah sama untuk semua melainkan jumlah elaun yang diterima untuk on call. Jumlah untuk elaun on call adalah berbeza untuk setiap orang bergantung kepada on call yang dilaluinya. Tentang elaun perumahan, saya tak tahu apa2 sebab saya tak tinggal di hostel/kuaters hospital. Setakat yang saya tahu, kawan2 saya yang tinggal bertiga serumah adalah lebih sikit potongannya berbanding tinggal berdua mahupun seorang dalam sebuah rumah. Lebih dari tu saya tak pasti.
Reply
Dunia HO mmg byk cabaran kan.. Sy penah tgk, bukan setakat HO, tp MO pun kene marah jugak dgn consultant.
Selamat berbakti, Dr Sarah 😛
Reply
boleh tak mendapatkan maklumat banyak mana imbuhan elaun perumahan [gross sebelum debit] bagi gred ud41?jika sekiranya grednya sama, besar kemungkinan imbuhan elaun perumahan serupa disemenanjung sahaja ia adalah berbeza bagi sabah serta sarawak[ini adalah andaian sahaja].adakah ho yang tidak tinggal diasrama akan dikecualikan menerima imbuhan elaun perumahan?.kadangkala melihat ho dengan tugas mereka nak senyum pun ada, nak tergelak pun jadi,nak menangis dalam senyuman pun iya,apakan tidak pernah melihat ho digegaskan dari rehatnya bekejar merawat pesakit dan penjaganya menunjokan beberapa ekor nyamok pada ho yang ditangkap dari kediamanya.pesakit dibenarkan pulang[demam biasa]satelah menerima ubatan dari wad a&e pada 1400hrs.untok semua ho syabas kerana ikhlas mengalas tugas.
Reply
Salam KS,
Rindunya kat KS. Seronok dan kagum membaca cerita KS ni. Saya pun nak jadi passionate dalam kerja, macam KS juga, insyaAllah.
Macam2 karakter dalam hospital eh, itulah yang jadi menariknye tu kan.
Selamat maju jaya dan jangan lupa jaga kesihatan diri 🙂
Reply
nak follow….tapi ta boley…..btw,i’m a nurse and i know mcmana life seorang HOs….stress giler2….sampai ada yg bunuh diri dengan IV KCL saja…seriously said.
Reply
salam..
oh, sgt srnok bce crita kak. sgt eksaited wlopon pre-clinical un x habes lg.. insya Allah, lg 5 tahun, bole join akak kt ward..
kak, nk tnya, ape web utk cari medic abbreviations yg akak pkai tu?
Reply
Sarah Reply:
May 18th, 2011 at 3:29 am
Salam Nash.
KS dulu2 guna website ni: http://www.medicalmnemonics.com
Semoga dapat membantu 😉
Reply
best baca blog ni…dlu nak jd doc tp xkesampaian…hehehe..
Reply
saya pon..dulu dari kecik impian nak jadi dok tapi x kesampaian. 😥
hehe.sekarang amek dietetics je..
kak sarah, tak boleh follow ke blog ni?takde button follow pon? T________T
Reply
Can i get more details about houseman shift system ?
please give me the working hours ?
Regards,
shiva
Reply
Sarah Reply:
March 14th, 2012 at 9:38 pm
Hi Shiva.
I only worked in shift system merely 3 months during my housemanship. Then, I already my HO training, become MO and was transferred to another hospital. I don’t know how is the current shift system going on. I mean, in term of the working hours, but in term of work definition, there is no oncall for HO anymore. I’m sorry I can’t help you to explain further on this. Plus, different hospitals practise different working hours.
Reply
Dr Sarah what the differece between UD41 & U41 interm grade ?
The reason i`m asking because some MO stamped in Medical Leave certificate with UD41 and some doctors stamped with U41.
Can you explain me the differeces and which is true ?
I hope you will reply me as soon as possible ?
Reply
Sarah Reply:
March 14th, 2012 at 9:34 pm
UD 41 is the certified grade for House Officer. For MO, their certified grade is UD44 and the longer the MO serves, the grade is UD48.
Reply
aiman Reply:
March 15th, 2012 at 6:51 pm
Dr based on your info a house officer work for UD 41 when housemanship.
After their complete the housemanship, their need to undergoes two year goverment compulsory service as a MO.
When undergoes two year goverment compulsory service as a MO , what is the grade ?
Dr can i know the salary details when work as a House Officer ?
Reply
Sarah Reply:
March 16th, 2012 at 12:30 am
Now, it’s 3 years compulsory service for MO. For the 1st 3 years of MO-ship, the grade is UD44. After that, if no bad record in service, the grade is increased to UD48. But if any of the MO further their study to do specialization, then, after graduated from Master program, their grade is UD52.
I’m sorry. I can’t tell you the salary details. Even with my siblings, I have never shared about it yet. 😆
Reply
excited bace kisah dr ni.. tak sabar nak kerja tapi takut pon ade. padahal lambat lagi nak graduate..hihii
Reply
Assalamualaikum. Hari ahad ni, anak pakcik akan memulakan housemanshipnya di hospital sultanah bahiyah aloq setaq. Pakcik harap dia setabah Dr Sarah jugak. Mau kalu Dr Sarah ada di hospital yg sama, tolong-tolonglah motivasikan dia sama. trima kasih doktor.
Reply
salam, sy fresh graduate medical dari indonesia n insya allah akan masuk housmen xlama lg.. kalau bleh mntk kongsikan Short forms yg digunakn waktu housemen supaya sy lbh lancar pada hari2 pertama,… kalo boleh la.. tme kasih
Reply