Barang Lepas Usah Dikenang

Assalamualaikum wbt

“Asal kapas jadi benang
Benang dipintal dibuat kain
Barang lepas usah dikenang
Sudah menjadi hak orang lain”

Pernah dengar lagu ini? Sangat mengalun jiwa. Rugi siapa yang tidak tahu. Saya suka betul lagu ini. Sudahlah pantun dinyanyi-nyanyikan. Dendangannya pula sungguh merdu. Memang terbaik!

Apa kaitannya lagu ini dengan entri ini? Tiada apapun. Saya cuma hendak kata kepada diri saya dan kawan-kawan semua, janganlah kita terkurung dan mengurung diri kita dalam lipatan sejarah. Apa yang sudah lepas, kita lepaskan. Memang bukan rezeki kita untuk memiliki sesuatu itu, kan. Mesti ada hikmah mengapa kita terpilih untuk berhadapan dengan kehilangan.

Jawapannya, kerana Allah hendak menggantikan yang hilang itu dengan sesuatu yang lebih baik.

Logiknya, pernah tak kita kehilangan sesuatu, kasut misalnya, yang dikebas orang. Tak terjejak lagi ke mana perginya kasut itu. Kita menangis selaut air mata darah sekalipun, takkan kita temui semula kasut itu, kan? Jadi adalah lebih baik kita meredhakan kehilangan itu. Pergi kedai kasut, beli sepasang yang baru. Mungkin tidak semahal, secantik mahupun berkualiti seperti yang hilang itu. Tapi pasti ada hikmahnya.

Akhirnya, kita berkasut semula. Bukankah ini jauh lebih baik daripada tidak berkasut? Kita menjadi lebih menghargai apa yang kita ada walaupun dalam serba sederhana. Dan lama kelamaan, kita sedar bahawa kisah kasut yang hilang itu adalah platform untuk kita mendapat sepasang kasut baru.

Dapat kasut baru, tidak gembirakah kita? Pastilah gembira, bukan? Paling kurang, kita ada satu kehidupan yang baru dengan kasut yang serba sederhana itu. Kehidupan dengan kasut itulah yang menggerakkan kita untuk meneruskan perjalanan ke hadapan.

Ada hikmahnya. Itu pasti. Benang yang sudah dipintal menjadi kain pun sudah tidak boleh kita undurkan untuk mendapatkan kapas kembali. Dicarik, koyak. Dibakar, hangus. Jadi, biarkan yang hilang itu hilang. Hargai apa yang ada seadanya. Sebelum ia juga turut hilang. Dan kita merana sekali lagi kerananya.

Sepatutnya pada hari ini, 9 september 2009, saya sudahpun bergelar isteri orang. Hahahahahahaha. Ini adalah ayat penyata yang paling kelakar pernah saya buat. Nak percaya, percayalah. Tak nak percaya pun tak mengapa. Sebab saya pun tak berapa nak percaya sangat dengan ayat penyata saya tu.

Tapi saya bersyukur, saya mengalami kehilangan. Maka saya masih belum berkahwin lagi. Maka saya boleh menulis entri berdoa kepada Allah yang lalu. Maka saya boleh bercerita tentang pertemuan dengan anak muda yang gigih tanpa ada yang perlu cemburu buta. Maka saya masih boleh menyebut-nyebut tentang Encik Anggur yang istimewa. Hahahaha. Banyak sungguh hikmah selepas kehilangan itu, kan.

Penutupnya sudah cukup menceritakan kesemuanya, kan? Jadi mari kita semua tidur.

Esok saya akan berkelana jauh. Kursus Induksi dan Kenegaraan untuk Pegawai Perubatan menanti saya di Pulau Pangkor. Maka saya dengan rasminya sudah kehilangan masa lapang saya. Ada hikmahnya.

Hikmahnya, saya akan menjadi sibuk dan hidup saya akan terisi. Kembali. Sekali lagi. Seperti dulu.

Sebelum masuk tidur, selamat hari lahir bekas Abang Pujaanku. Cewah! Hahahaha. Pergi tidurlah, Sarah. Merepek je tak sudah-sudah budak ni.

Kamu semua jangan layan sangat otak saya yang tak ketat skru sangat ni. Hehe. Apapun, saya ikhlas menujukan ucapan itu untuknya. Ruginya, dia tidak tahu kewujudan diri saya di alam maya ini. [Dengan harapan dia tidak pernah Google nama saya macam yang kamu-kamu semua pernah buat] :mrgreen:

Nota: Check list Ramadhan – Tadarus dah jauh mana? Tarawikh ada tinggal tak? Ada buat Qiamullail tak? Yang wajib berzakat dah berzakat ke belum? Ada bersedekah tak? Kita tanda mana-mana yang dah selesai ye. Alhamdulillah.

41 Responses to “Barang Lepas Usah Dikenang”

  1. firdee says on :

    selamat berinduksi ya :mrgreen: . yeay! dah bayar zakat semalam πŸ˜†

    Reply

    firdee Reply:

    eh, pertama kah? fes taim nih. huhuhu ^^

    Reply

    kaklong Reply:

    Sapakah Firdee ini ye??? Anda meng’add’ saye kat FB.

    Reply

    firdee Reply:

    salam,
    saya salah sorang membe blog nye sarah ^^.

    Reply

    Sarah Reply:

    Rodong Temerloh ni. Hehe

    Reply

    Sarah Reply:

    Huhu. Macam kena berebut nak jadi yang 1st ye :mrgreen:

    Reply

  2. hanisah says on :

    selamat datang ke perak! πŸ˜‰
    bawa balik ikan bilis & sotong kering byk2 ke pahang~ hahahaha πŸ˜›

    Reply

    Sarah Reply:

    Huhuh. Balik nanti nak beli sotong gul tu banyak2. Sedap! :mrgreen:

    Reply

  3. kak Tikah says on :

    090909 dah tak jd, 101010 masih ada.. πŸ˜‰ selamat berinduksi dik…

    Reply

    Sarah Reply:

    Tunggu la tahun depan pulak kan. Kalau tade jugak tu, tunggu tahun depan lagi satu. Kalau takde jugak, tunggu yang lagi satu nun pulak πŸ˜†

    Reply

  4. en.tat says on :

    Positif dengan setiap situasi, itu yang terbaik.

    Selamat berinduksi n mula bekerja.

    Reply

    Sarah Reply:

    Mari positif2 kan hidup kita! Hoyeah~

    Terima kasih Tat!

    Reply

  5. me says on :

    Selamat berinduksi & selamat menempuh alam pekerjaan … semoga tabah mengharungi segala dugaan

    Reply

    Sarah Reply:

    Terima kasih Kak Masyitah πŸ™‚

    Reply

  6. Mr Architect says on :

    Lama saya tidak “melawat” Dr Sarah. Ntah camana hari ni terklik pulak. Nukilan yang sangat hebat. Sekarang saya faham kenapa Dr Sarah suka dengan Nur Kasih.

    La Tahzan! sebenarnya setiap yg Dr Sarah alami adalah merupakan warna-warni kehidupan. Dan saya yakin, orang secantik dan sepintar Dr Sarah tidak sukar untuk mendapatkan jodoh. Mungkin Pulau Pangkor bakal menjadi saksi.

    -Mr Architect-

    Reply

    Sarah Reply:

    Lama tak nampak awak jugak. Ke mana awak menghilang ye. Hehe. Apa kaitan entri ni dengan cerita Nur Kasih? Saya tak faham pulak.

    Erm. Saya datang sini cari ilmu, bukan cari kekasih. Hahahaha. :mrgreen:

    Adakah saya boleh memulangkan doa yang sama untuk awak jugak? Kalau ye, selamatlah semuanya dalam mencari penyempurnaan agama ye Mr. Architect.

    p/s: Saya sebut kat kawan baik saya ni pasal reader yang bernama Mr. Architect. Dia kata: Waaaa! Ada arkitek jadi kawan awak ye. πŸ˜‰

    Reply

    Mr Architect Reply:

    Kebelakangan ini saya agak sibuk. Saya handle projek berkaitan doktor jugak…sebuah hospital swasta. Oleh kerana projek dalam fasa pembinaan, kena monitor kerap sikit. Lagipun buat hospital bukan mcm buat bangunan lain. Kalau dalam Peraturan Lembaga Arkitek, hospital dalam kategori pertama..iaitu paling tinggi fee dia..sebab kerumitan dia juga tinggi.

    So bila ada ruang masa yg terluang, sy merayaulah dalam alam maya ni. Berkenaan dgn cerita Nur Kasih tu, saya pun tak pernah tengok cuma kadang2 masa sahur tu tertengok juga ulangannya.

    Cari Ilmu dan cari kasih orang kata sambil selam minum air. Kirim salam kat kawan baik Dr tu, bukan sekadar arkitek aje kawan Dr..silap2 Menteri pun ada. Arkitek itu hanya profession, hakikatnya saya ni manusia biasa sahaja. Tidak ada beza dengan pemandu teksi, guru dsb.

    P.S: Dah tengok Khairy Jamaluddin berlakon sebagai pemandu teksi? http://www.15malaysia.com klik METER.

    Reply

  7. ainul arina says on :

    assalaaaaamualaikum!

    ni lagu apa eh? macam sedap plak pantun dia.

    susah kan sebenarnya nak ‘jangan pandang belakang’? kalau tak kuat, mesti payah nak jalan ke depan bila rasa macam menyesal-menyesal nih. Tapi bila dpat banyak sokongan, itu pdorong utama nak survive. Tambah-tambah kalau keliling kita semua ceria sokmo, selalu gelak n melawak, takdelah nk teringat benda2 lama dah.. ^^

    090909? Haha.. KS, nak tahu, ainul siap dah alarm tau tarikh keramat nih.
    Dimana janjimu dulu? hahahaha…. habis kena delete balik 090909 nak kene pergi temerloh… =p kalau tak kita dah boleh date dah hari ni… kankankan? hehe..

    saya pun teringin nak jumpa kakak sayang ni jugak. Ate jom ler kita ngeteh bila2 mau? itupun klu tempoh sbulan tak habis lagi.hehe.. bak nombor, nnti ainul buzz-buzz. ^^

    opss, ramadhan kareem~ selamat berinduksi!

    p/s: masih meneruskan plan mahu guna nickname doktor yang takmau kasi org kenal? haha..

    Reply

    Sarah Reply:

    Huhuh. KS ingat kat sajak mana kita discuss pasal ni dulu. Tamsilan Rindu, kan? πŸ˜‰

    Nanti KS emailkan nombor fon KS k. KS nak balas treat kamu hari tu. Dah lama berkepam bawak balik dari Moscow. Huhuhu.

    p/s: Macam boleh diteruskan je idea tu. Muehehe. Kat sini, orang asyik panggil KS Dr. Farah je. Tadi pun, sampaikan penceramah pun panggil KS Dr. Farah. Adeh la.

    Reply

  8. Bro Fisol says on :

    betul2..bila dapat kasut baru, harus jugak ingat..”berjalan mesti ke depan, bukan ke belakang”…

    selamat berinduksi dan menempuh alam pekerjaan.. πŸ˜›

    Reply

  9. haritz says on :

    watpa nak kenang2 yan dah lepaskan,cari aja penganti :mrgreen:

    Reply

  10. missn says on :

    salam…sarah
    setuju sangat.setiap perkara ada hikmahnya.benda yang lepas jangan dikenang. apa yang penting sentiasa bersyukur.
    πŸ˜† selamat menempuh alam pekerjaan ye dokter.. πŸ˜‰

    Reply

  11. Kak Cinta says on :

    Salam,

    Semoga baik-baik saja :), selamat berinduksi :), dan sama-sama lah kita berdoa pada Allah untuk diberikan kekuataan. “Barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang merana jua…”

    Reply

  12. miimie says on :

    buat aper terkenang2 benda lepas kak sarah..sorang pergi seribu menanti kak sarah nati..amin…selamat berinduksi kak sarah…melalui pengalaman sy, induksi pun salah satu tempat untuk mencari jodoh..hehehe..semoga cepat bertemu jodoh kakakku…:)

    p/s: antara kak sarah n kak timah saper dulu yer.. πŸ˜†

    Reply

    Sarah Reply:

    Ehem ehem. Adakah itu bermaksud kamu jumpa si dia itu waktu pergi induksi? Mimie dah kantoi. Hoyeah~ :mrgreen: πŸ˜†

    Reply

  13. hawa says on :

    sarah, nurul dah bersalin. baby gurl. sangat comel!
    rase macam cepat sungguh masa berlalu kan?
    awak dan saya bila lagi ye?

    Reply

    Sarah Reply:

    Tau tau tau! Dee mesej Dyana and Dyana terus bagitau saya Wihiiii! Kita semua dapat anak sedara dah lagi sorang!

    Hai Cik Hawa, soalan tu awak patut tanya kat diri awak je la. Awak yang dah kawennya. Saya belum lagi. Hahaha. :mrgreen:

    Reply

  14. Sarah says on :

    Uishh. Saya sambung nanti2lah jawab komen2 ye. Tak sempat pulak. Ramadhan dah masuk fasa ke-3. Nak mengaji banyak2 untuk khatamkan Quran.

    Adios amigos dari Pulau Pangkor. πŸ˜‰

    Reply

  15. Motivasi Kerja says on :

    Bukan mudah mengalami kekecewaan kemudian nak jadi normal balik. bagi saya ambil sedikit masa. tapi kalau sarah dapat lalui semua tu dengan tabah alhamdulillah. Pengalaman lalu jangan dijadikan belenggu memadailah sekadar sempadan untuk membina laluan kehidupan yang baru.

    Reply

  16. djambu says on :

    selamat bertugas, selamat hari raya…cuma bukan selamat pengantin baru je…hehe

    Reply

  17. 13may says on :

    dam dam dumm…bunyik mercun πŸ˜€

    selamat hari raya πŸ™‚

    Reply

  18. shahkang says on :

    Salam ziarah kak sarah πŸ™‚

    Entri ini berbaur kekecewaan nampaknya ya kak. Namun amatilah baik-baik pasti temui sesuatu haruman positif dalam setiap pergelutan hidup.

    InsyaAllah

    Reply

  19. sue says on :

    salam kak sarah..
    tak boleh nak cakap apa-apa..
    entri sangat best!
    salam aidilfitri kak sarah πŸ™‚

    Reply

  20. ain says on :

    semoga bertemu yg terbaik!

    Reply

  21. Ray Ban Sunglasses says on :

    Excellent weblog here! Additionally your site loads up very fast!
    What web host are you the usage of? Can I get your associate link for your host?
    I want my web site loaded up as quickly as yours lol

    Reply

  22. Fake Ray Bans UK says on :

    I simply couldn’t leave your site prior to suggesting that I actually enjoyed the standard information an individual supply on your visitors? Is going to be back incessantly to investigate cross-check new posts

    Reply

  23. エルパス かごバッグ 2013 says on :

    magnificent points altogether, you simply gained a emblem new reader.

    What may you suggest about your submit that you made a few days ago?
    Any certain?

    Reply

  24. 1000 laina says on :

    Howdy I am so excited I found your blog page, I
    really found you by mistake, while I was browsing on Bing for something else, Nonetheless I am here now and would
    just like to say many thanks for a incredible
    post and a all round thrilling blog (I also love the theme/design), I don’t have time to look
    over it all at the minute but I have book-marked it and also
    added your RSS feeds, so when I have time I will be
    back to read much more, Please do keep up the awesome b.

    Reply

  25. delhi international movers and packers says on :

    Howdy! Quick question that’s entirely off topic. Do you know how to make your site
    mobile friendly? My blog looks weird when viewing from
    my iphone. I’m trying to find a template or plugin that might be able to fix
    this problem. If you have any suggestions, please share.
    Cheers!

    Reply

  26. luxurios vans sk8 in niedrig preis says on :

    Howdy! I could have sworn I’ve visited your blog before but after browsing through a few of the posts
    I realized it’s new to me. Nonetheless, I’m definitely delighted I came across it and I’ll
    be book-marking it and checking back regularly!

    Reply

  27. LV(γƒ«γ‚€Β·γƒ΄γ‚£γƒˆγƒ³) 貑布 says on :

    Hi would you mind letting me know which web host you’re working with?
    I’ve loaded your blog in 3 completely different internet browsers and I must
    say this blog loads a lot faster then most. Can you suggest a good internet hosting provider at a honest price?

    Thank you, I appreciate it!

    Reply

Leave a Reply