Tempat Jatuh Lagikan Dikenang

Assalamualaikum wbt

Minggu lepas dua orang adik saudara saya yang menuntut di UiTM Shah Alam bercuti selama seminggu kerana UiTM dikuarantin. Sudah lama kami tidak berpeluang mengunjungi jeti tempat kami selalu berkumpul sewaktu kecil-kecil dulu.

DSC_0194

Jadi sehari sebelum mereka pulang semula ke Shah Alam, saya dan Hidayah ditemani dua orang adik saya, Azizi dan Aiman, kami ke jeti kampung kami, berjalan-jalan di tepi jalan bawah bukit rumah kami dan sekitar kawasan sekolah di sebelah rumah kami.

DSC_0203

Suatu masa dulu, kanak-kanak di seberang sana sungai kawasan ini akan bersekolah di sekolah di sebelah rumah kami ini. Pengangkutan ke sekolah ialah bot. Disebabkan itu, jeti di hadapan sekolah itu sangat terjaga dan berjasa besar untuk anak kampung seberang itu.

DSC_0207

Tapi sekarang mereka tidak perlu menggunakan bot lagi. Bukan kerana sudah adanya jambatan. Mustahil tu. Nak letak berapa banyak jambatan pula kan untuk merentas Sungai Pahang di Temerloh ini saja. Tapi sebuah sekolah rendah baru sudah dibuka di seberang sana. Jadi, perkhidmatan bot sekolah juga sudah ditamatkan. Dan faktor ini, bagi saya, menjadi punca mengapa jeti itu kini terbiar dan penuh dengan semak.

Sayang sungguh saya melihatnya. Sebenarnya, jeti kampung saya ini sangat cantik. Dari jeti, kami dapat melihat pulau yang terletak betul-betul di tengah-tengah Sungai Pahang. Pulau Lebak namanya. Dari atas bukit rumah saya pun sudah boleh melihat pulau ini. Tapi dari jeti, permandangannya lebih jelas. Di tebing jeti juga ada didirikan tembok batu untuk mengelakkan tanah runtuh. Sekali lihat, rupanya seakan-akan pemecah ombak di kawasan pantai atau dinding empangan. Sayangnya sekarang ni, dengan segala semak samun yang ada, tembok batu itu langsung tidak kelihatan lagi.

DSC_0216

Kemudian kami mendaki bukit sekolah rendah di sebelah rumah kami itu pula untuk pergi melawat tadika kami dulu. Bagi Hidayah, di situlah juga letaknya sekolah rendahnya. Sebaik tiba di hadapan tadika, sayunya hati melihat keadaan Tadika Kemas Lebak itu. Rupa-rupanya bangunan kayu lama itu sudah tidak digunakan sebagai tadika. Bangunannya sudah uzur benar. Tadika pula sudah berpindah ke bangunan Pejabat Penghulu di sebelahnya. Nampaknya, tiada proses baik pulih dijalankan selama ini sehingga akhirnya bangunan kayu itu reput dimakan anai-anai. Tapi memang baguslah dipindahkan tadika itu ke bangunan baru. Demi keselamatan anak-anak yang belajar.

Kami balik ke rumah dengan menggunakan jalan belakang. Kami merentas kawasan rumah dan kebun orang. Sebaik sampai di depan rumah Tok, kami pun duduk makan rambutan gula batu sehinggalah kedengaran azan Maghrib berkumandang.

Indahnya bila dikenangkan semula zaman kanak-kanak saya membesar di kampung ini. Kenangan saya bersekolah di kampung hanyalah ketika tadika dulu. Sekarang, saya sudah tidak jumpa kawan-kawan tadika saya dulu. Tapi saya masih ingat nama-nama mereka semua. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat dan rakan-rakan bermain. Apa khabarlah kamu semua ya.

Nota 1: Dulu-dulu kalau kami tujuh orang perempuan ni turun ke jeti, mesti akan ada yang nak mengorat. Tahu-tahu sajalah perangai budak lelaki macam mana kan. Tapi sekarang ni, sumpah saya kata, orang kampung saya tak kenal saya dan kalau yang lelaki memang tak berani nak tegur-tegur saya tak memasal. Ngahaha. Adik saya report, dia kata ada kawan dia kata muka saya garang. Saya memang garang apa. 😎

Nota 2: Saya teruja bila tahu ada salah seorang kawan lama zaman tadika (dan sekolah menengah) saya dulu membaca blog ini. :o

8 Responses to “Tempat Jatuh Lagikan Dikenang”

  1. sinar_islami says on :

    tanah air..memori lama dikenang mmg indah..lucu lak kekadang..

    Reply

  2. firdee says on :

    seronok kan bila dapat ke tempat bermain waktu kecil dulu. saya juga jika ada peluang nak ke sabah semula. sudah 15 tahun saya tinggalkan bandar sahabat tu. khabarnya sekarang sudah pesat membangun di sana. nak tgk sekolah lama dan sekolah agama lama saya. ^^

    Reply

  3. pencacai tua says on :

    wah…seronoknye sg pahang…lame dah tak mandi sungai pahang…zaman kanak2 dulu balik kg mesti mandi sg pahang..duk kat atas jamban..indahnye.semuanye tinggl kenangan..tgk sg pahang skang,takut lak nak mandi…wakakaka

    Reply

  4. nadiah says on :

    seronok kan imbas memori lama. sekolah tadika nadia dah roboh. dah jadi highway DUKE dah pon. x sempat nak mengimbas memori. huhu =)

    Reply

  5. miji says on :

    wihiii..

    bile boleh rasa ikan bakar tepi sungai pahang tu yerk..
    dulu singgah kedai xbukak la plak..huhuhu..

    ~ tahniah ye dr orked ~

    :mrgreen: :mrgreen:

    Reply

  6. mince4am says on :

    tadika tu nampak rare.

    Reply

  7. ytmz says on :

    Eh tadika Kemas, kawan saya ada tertengok entry ni, katanya, macam Berek Polis Bukit Kepong je. Kesian Tadika Kemas, tak ada peruntukan. Tapi kenapa masih tak boleh klik untuk tumbesaran. He He.

    Reply

  8. one says on :

    terkenang semasa dulu.. pada tanah dan suasana, taulan kampung jua yg veteran ramai juga yg pergi tak kembali 😐

    Reply

Leave a Reply