Bubur Liar Bukit Angin Kedai Khaidir

Assalamualaikum wbt

Ada sesiapa yang pernah makan bubur liar tak? Saya rasa mesti ada yang tidak tahu apakah itu bubur liar. Mungkin ada yang membayangkan rupanya seperti bubur lambuk tapi rasanya manis seperti bubur asyura. Mungkin juga ada yang fikir saya ni tersalah eja kot. Bubur liat jadi liar pula. Atau mungkin ada yang fikir, apa pelik sangat nama. Liar sangatkah buburnya? Kena dijinakkankah kalau hendak makan? Tambat dulu? Baca doa penambat hati dulu supaya kurang sikit liarnya? Huhu. Tidak tidak tidak. Tidak sama sekali.

Rupanya sekali lihat hampir sama seperti bubur chacha. Tetapi untuk menghasilkan ‘mee’ bubur itu, kita menggunakan tepung beras yang dilenyekkan pada acuannya dan jaluran-jaluran pendek seakan-akan mee itu akan jatuh ke dalam air rebusan. Maka terhasillah isi utama bubur ini.

Kuahnya pula dibuat menggunakan gula melaka bersantan. Jadi kuahnya berwarna coklat gelap. Sebagai penambah rasa, seperti biasa, santan segar bergaram disajikan berasingan. Siapa mahu boleh tambah sendiri. Siapa tak mahu, tak payah isi. Kalau saya, saya memang akan isi. Baru ada umph!

Kisahnya, dua hari lepas saya keluar ke bandar dengan emak untuk menguruskan hal-hal saya. Kemudian emak mengajak minum petang di R&R Bukit Angin. Sebelum tu mari nak cerita tentang R&R ini dulu. Sebelum wujudnya Lebuhraya Pantai Timur KL-Kuantan, jalan utama untuk ke Kuantan semestinya akan merentasi Temerloh terchenta ini. Hehe. Jika melalui jalan lama ke Kuantan, sudah pasti akan melalui simpang keluar ke bandar Temerloh. Jalan lama ini pun digelar masyarakat tempatan sebagai highway kerana dulu-dulu inilah highway yang digunakan untuk ke Kuala Lumpur mahupun ke Kuantan.

R&R Bukit Angin ini letaknya betul-betul di persimpangan jalan utama sama ada mahu menuju ke Kuala Lumpur, Kuantan atau turun ke pusat bandar dan simpang menuju ke Jalan Triang yang menjadi jalan utama menuju ke Serting, Gemas dan Muadzam Shah. Kedudukan R&R ini memang strategik suatu masa dulu ketika LPT masih belum ada. Sekarang ini, R&R ini masih beroperasi dan kebanyakan pengunjungnya ialah penduduk tempatan dan orang ramai yang masih berulang-alik KL-Kuantan menggunakan jalan lama.

Emak membawa saya ke sana untuk minum-minum dan membeli kuih untuk dibawa pulang. Kami terus menuju ke kedai kedua dari arah jalan masuk ke R&R tersebut. Nampak banyak kuih dan bubur disajikan. Sebaik ternampakkan bubur liar itu, saya melonjak gembira. Sudah bertahun-tahun saya tidak makan! Emak juga teringin sama. Kami pesan dua mangkuk bubur liar bersama dua ketul cucur udang. Apabila mula saja menyuap bubur liar itu ke mulut, fulamak, serius tak terkata sedapnya! Sangat sedap! Saya boleh beri markah penuh untuk bubur itu!

Saya tidak boleh makan benda manis sangat. Mudah sakit kepala. Tetapi bubur di kedai itu memang secukup rasa saja manisnya. Saya tak sudah-sudah memuji-muji bubur itu. Emak pun bersetuju dengan saya. Kata emak, memang payah hendak jumpa orang buat bubur liar dengan rasa yang molek begitu.

Kebiasaannya di tempat saya ini, bubur liar disajikan ketika majlis cukur jambul. Ada seorang orang kampung saya ni, terkenal dengan panggilan Mak Tam Limah. Kalau kenduri di rumahnya, mesti ada bubur ini. Mak Tam Limah ni kiranya pakarlah bab-bab bubur liar ni. Buat pula secara tradisional menggunakan acuan besar untuk mee bubur itu, kawah air panas untuk merebusnya dan guna santan perah hasil pokok-pokok kelapa keliling rumah. Memang hebatlah Mak Tam Limah ni. Adik beradik Mak Tam Limah ni pun hebat bab-bab bubur ni termasuklah Mak Andak Peah. Mereka ni ketua-ketua bubur di kampung inilah kiranya. Yang lagi istimewanya, kalau kenduri di rumahnya, bubur liar ini mesti dipadankan dengan sirap selasih sejuk. Memang gabungan mantaplah. Aduh. Makan mesti bertambah punyalah. Buat kenduri orang macam kenduri sendiri pula. Nasib baik saudara-mara sendiri juga. Hehe.

Jadi petang tadi, saya mengikut emak ke sekolah adik saya di Temerloh Jaya. Dalam perjalanan balik, emak hendak membeli kuih dulu kerana ada tetamu hendak datang ke rumah petang tadi. Kami singgah di R&R itu sekali lagi kerana rumah kami dalam arah yang sama. Emak menyuruh saya turun dan pergi ke kedai hari tu. Beli kuih-muih serba sedikit dan bubur liar. Hehe. Sebenarnya saya yang mahu bubur itu. Beri saya makan tiap-tiap hari pun tak mengapa. Memang saya akan telan punyalah. Sedap!

Kebetulan pula, kedai kedua itu adalah kedai keluarga junior saya ketika di sekolah rendah dulu, Khaidir. Sejak hari tu lagi saya mencuri pandang budak tu [err, sila jangan amalkan perbuatan menjeling anak bujang orang]. Saya rasa macam kenal. Saya tahu dia tu satu sekolah rendah dengan saya. Sehinggalah tadi ketika hendak membeli itu, kami berteguran. Sah. Memang sah. Dia junior saya zaman sekolah dulu-dulu. Memang itu kedai makan milik keluarganya.

Jadi apa lagi. Sesiapa yang melalui jalan lama KL-Kuantan, marilah singgah ke R&R Bukit Angin, Temerloh. Simpangnya betul-betul selepas Jambatan Temerloh dari arah Kuantan. Cari kedai kedua dari jalan masuk. Kalau tak jumpa juga kedainya, tanya orang, kedai mana ada budak nama Khaidir bekerja. Hahaha. Kita kasi popular sikit Khaidir ni hari ni ya. Ada pelbagai bubur disediakan di situ. Tapi tolonglah cuba bubur liarnya. Percayalah. Memang enak, sedap, lazat sehingga anda rasa mahu datang lagi! Err, datang untuk makan bubur liarlah. Bukannya datang sebab hendak mencuri pandang wajah Khaidir ya.

Sampai saja di rumah, saya mengisi bubur ke dalam mangkuk besar. Maghrib tadi, masih berbaki sedikit lagi. Saya pun apa lagi. Macam biasalah, kan. Jadi tong sampah yang menghabiskan apa yang ada. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Hihik. Jadi, mari kita berkenalan dengan bubur liar.

DSC_0246

Inilah rupanya. Saya rasa kenapa namanya bubur liar kerana ketika adunan tepung beras yang separa pejal itu dilenyek di dalam acuan supaya turun ke dalam kawah air panas untuk direbus, ia turun secara terjunan bebas yang liar dan buas. Seakan-akan harimau jantan menerkam mangsanya. Aik. Apakah?

Nota 1: Selepas makan, kamu juga akan menjadi liar. Aummmm. :mrgreen:

Nota 2: Sudah lama saya tidak ucapkan ayat ini: Hari ini hari Jumaat. Hati saya wardah. Heheh. Ok sudahlah tu, Sarah. Dah tengah malam dah ni. Nak masuk Sabtu dah pun ok. :roll:

Nota 3: Tajuk tu diedit lepas mendapat cadangan daripada AKAK!

23 Responses to “Bubur Liar Bukit Angin Kedai Khaidir”

  1. Siti Noor Syazwana says on :

    KS, Manis sangat ke?? Kita tak suka manis sangat. Dah tu minum pula dengan sirap selasih..Terasa kat lidah manisnya ;p..
    Selalu kalau makanan dah manis kita suka air kosong saja..
    Tapi terasa nak cuba sebab memang suka bubur. Tak kira bubur apa pon…
    Tak sabar nak cuba.
    Kenapalah waktu praktikal di Kemaman dulu tak da singgah situ..

    Reply

    Sarah Reply:

    KS suka yang kurang manis. Macam yang di kedai KS pergi tu, memang tak manis sangat pun. Sedang2 aje. Kalau tak, dah lama KS terlentang sebab sakit kepala sekarang ni. Wana, orang kenduri biasanya memang hidang sirap atau teh tawar la sayang oi. Hihihik :mrgreen:

    Reply

    Siti Noor Syazwana Reply:

    hahaha… Kita bayangkan bukan di kenduri. Tu yang merepek.Tapi sekarang air sirap kenduri kawen dah macam air gula je…. Manis melenting!

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh yeke. Kalau jual kat kedai memang bergula la airnya kan. Hehe. KS dah lama tak pergi kenduri minum air sirap selasih. Orang banyak hidang air oren je. Nanti KS kawin KS hidang air sirap selasih dengan barli. Hahaha.

    Reply

    Siti Noor Syazwana Reply:

    Hehe, kalau KS jemput boleh la merasa air siirap dan barli di kenduri KS ;p

    Reply

  2. akak says on :

    Ni first time time dengar nama bubur nie… hihi..Tajuk entri kene tambah sket Bubur Liar Bukit Angin Kedai Khaidir.. :mrgreen: Promosi bubur sekali ngan tuannye..

    Reply

    Sarah Reply:

    Eh, ye tak ye jugak kan Akak. Sekarang jugak saya tukar tajuknya. Baru ada UMPPPH! 😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Yeay! Dah edit dah sikit tajuk tu. Mekasih Akak kasi idea best tengah2 malam ni. :mrgreen:

    Reply

    akak Reply:

    tak pasal² si khaidir tu glamour malam nie. :mrgreen: ..Macam² la Sarah ni..

    Reply

  3. haritz says on :

    Bubur liar, aduh kang nak makan pun lari dari mulut hehe :mrgreen:

    Reply

  4. firdee says on :

    masakan panas di situ sedap2 juga…walaupun lambat menunggu tapi berbaloi bila makan rasanya enak banget ^^

    Reply

  5. Sis Ilham says on :

    Salam Sarah

    First time dengar bubur liar. Rasa pelik dgn namanya. InsyaALLAH kalau lalu highway tu, bleh singgah R&R Bukit Angin, Temerloh. Nak juga cuba sebab Sarah promote habis-habisan ni. Memang sedap sgt ke? Hehe.

    Reply

  6. hilman says on :

    Salam…

    Saya terlewat baca….sepatut nye sarapan pagi kat kedai ni…xde rezeki lg kot…. 😉 😉

    Reply

  7. DarkArtz says on :

    first time dengar nama bubur liar……….
    sedap sangat ke???

    Reply

  8. Ksu says on :

    Akak tk suka makanan manis.. tp membaca cerita sarah membuatkan akak cam terliur.. ishh..ada ker camtu?

    Reply

  9. koi.. says on :

    salam
    sbtu ni jmpt dtg umh er..

    Reply

    Sarah Reply:

    Eh, ni sungguh aok ke ni? Alamak. Sabtu ni kitorang sekeluarga takde kat Lebak. Ada mende weh kat rumah aok Sabtu ni? Buat bubur anak Kak Ngah ke? Uwaaaa… Bestnya bubur liar!!

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh ye. Saya terkejut ni aok baca blog ni rupanya. Mana aok jumpa ni? Malunyaaaaaaa…

    Reply

  10. riyana says on :

    first time dgr bubur liar. cam menarik je. nnt kalo pegi umah makcik kt temerloh bleh la singgah mkn ni. :mrgreen:

    Reply

  11. koi.. says on :

    nape x pcya hehehe
    haah kndri ank kak ngh…

    Reply

    Sarah Reply:

    Haah. Terkejut sikit la. Macam mana la aok boleh jumpa blog ni. Segan saya dibuatnya.

    Reply

  12. yaya says on :

    slm..bubur liar org negeri lain panggil pe ek?separuh nyawa dok terangkan kt dak2 ni pasal bubur liar

    Reply

    Amy Reply:

    Bubur ni mmg pemes kt pahang.. Ade yg panggil bubur lior (loghat pahang ler). Ade panggil bubur cirit burung, bubur cacar..
    Xla terlampau manis, ikut tukang masoknye ler.. Kome suke buat time pose ngan slalunye time majlis cukur jambul budok..

    Reply

Leave a Reply