Jangan

Assalamualaikum wbt

Wahai pembaca-pembacaku sekelian, janganlah membuat spekulasi liar. Sumpah tiada apa-apa yang terjadi. Komen-komen kamu buat saya rasa hendak buang saja kedua-dua entri tentang kawan saya tu.

Ah. Tapi tak guna pun untuk saya huraikan. Untuk kawan-kawan yang betul-betul mengenali saya, kamu semua tahu siapa saya dan bagaimana orangnya saya ini, kan.

Lain kali saya dah tak mahu sambung cerita tentang kawan saya yang seorang ini. Banyak betul kesimpulan yang kamu semua buat. Bila saya baca cerita ini semula, sedikitpun tidak rasa yang berbunga-bunga, indah-indah atau manis-manis. Kawan adalah kawan. Noktah.

Tiada mood pula untuk kemas kinikan cerita saya dua, tiga hari yang lepas. Tunggulah bila mood datang semula, baru saya tuliskan. Sekarang saya sangat ada mood untuk mengemas bilik. Sedih pula bila melihat almari baju saya sudah kosong sekosong-kosongnya, rak buku di tepi tingkap juga sudah kosong dan berkilat. Cuma almari kecil di bawah meja saja yang masih ada beberapa barang di atasnya.

Nota: Sejak dua, tiga hari kebelakangan ini terasa asing dan sepi. Jenuh mencari apa ada dalam kepala dan hati.

33 Responses to “Jangan”

  1. Khairul says on :

    Kak Sarah… janganlah merajuk. Takde pun saya fikir yang bukan-bukan, tau.

    But well, some people just don’t get it that friendship does exist between people of different gender. Aish.

    Asing dan sepi ke. Mungkin sebab nak tinggalkan Russia kot, perasaan melankolik tu tiba-tiba hinggap. Jangan lupa ucap selamat tinggal pada bilik KS tu ye, saya buat camtu bila pindah rumah hari tu, hehe.

    Reply

    Sarah Reply:

    Terima kasih Khairul sebab kamu faham apa yang KS maksudkan.

    Pasal ucap selamat tinggal kat bilik, tu sah2 KS akan buat nanti. Huhu. Kalau bilik kat Malaysia pun KS buat macam tu jugak. Setiap kali nak balik sini semula, nak tutup je pintu bilik tu, KS akan usap dulu katil KS, lepas tu leak pipi kat pintu bilik. Baru tutup dan ucap: Nanti orang balik sini lagi…

    Hahaha. :mrgreen: :mrgreen:

    Reply

    Khairul Reply:

    Wah comelnye KS. Saya ingat saya sorang je jenis bercakap dengan bantal peluk dan CPU πŸ˜›

    Reply

    Sarah Reply:

    Apa?? Kamu bercakap dengan CPU? Hehe. Normal2. KS pun bercakap dengan periuk belanga kat dapur. πŸ˜†

    Reply

    hilman Reply:

    hahahahahah…..klakar je ayat “Nanti orang balik sini lagi…”

    Reply

    Sarah Reply:

    Tu la maksudnya ‘menghargai harta benda dengan semaksimumnya’. πŸ˜†

    Reply

    NoktahHitam Reply:

    That sounds awfully sad and cute. Same je mcm tinggal kete kt parking, bile tekan alarm, nanti die bunyi beep-beep. I’d reply “I love you too”.

    Reply

    Sarah Reply:

    Haah la. Betul jugak! Macam berbalas cakap je dengan kereta. Hahaha. πŸ˜†

    Reply

    NoktahHitam Reply:

    Tiru!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Anyway, since no one really wants to listen to what I say, it’d be much better to splurge my feelings on to Jenny. Good car, needs great bfs πŸ˜‰

    Reply

    Sarah Reply:

    Alaalala… Sedihnya bunyi dia… Hehe.

    Reply

  2. irmadilondon says on :

    aiyoookk..sarah dah kecil hati..
    maaf ya sarah kalau kami semua buat sarah terasa..
    maybe sebab lori gula terbalik kat entry lepas..tu yg semua org fikir dan baca sweet sangat..
    apa pun kita tunggu yg baik2 saja dr sarah.. πŸ˜‰
    selamat menghabiskan hari2 terakhir di moscow…

    sekali lg maaf ya sarah kalau komen lepas terlampau bergula…hihii

    Reply

    Sarah Reply:

    Hehehe. Kak Irma, takde la saya kecik hati k apa. Cuma nak kata, jangan la semua benda nak juruskan ke arah cintan cintun kawin mawin ni je. Huhuhu.

    Apapun terima kasih kak atas doanya tu. Dan memang saya sedang menikmati dan mengumpul sebanyak mungkin kenangan di Moscow ni untuk dibawak balik πŸ˜₯

    Reply

  3. Kak Cinta says on :

    Salam,
    Persahabatan itu kan indah :), comel dan manis yg akak maksudkan dari cara sarah menyampaikan cerita :). yang lain akak x nak buat spekulasi nanti kena jarum dgn DR.Sarah :p.

    Melakonli ya? sayang tinggalkan memori sarah di bumi Tsar? take care dan nikmatilah hari-hari terakhir di sana dengan penuh bahagia….senyum tau πŸ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Kak Cinta.

    Don’t worry kak. Komen akak tak menjejaskan saya pun.
    Haah. Dah terasa sedih dah ni. Beberapa hari je lagi tinggal… πŸ˜₯

    Reply

  4. inah says on :

    alahai sarah dearie..tapi komen akak tu betul tau..ape kata sarah yg mai sini..serius..tak tipu..bukan ajak2 ayam :mrgreen:

    melankolik ek..agak2 akak pun akan menghadapi perasaan yg sama lagi 2 tahun..utk masa ni..gambate!!! :mrgreen:

    pelok cium dr kak inah πŸ˜‰

    Reply

    Sarah Reply:

    No worries Kak Inah. Saya faham maksud Kak Inah. Dan sikit pun tak terjejas dengan komen tu. Hehe. :mrgreen:

    Yup. Saya rasa Kak Inah pun akan rasa yang sama 2 tahun lagi πŸ˜‰

    Reply

  5. Diya says on :

    “Untuk kawan-kawan yang betul-betul mengenali saya, kamu semua tahu siapa saya dan bagaimana orangnya saya ini, kan.”

    =)

    P/s-Jawapan KS untuk komen diya ngan Kak Nadia, buat diya tersenyum. Hoho.

    Reply

    Sarah Reply:

    Hihihi. Diya sedar ye. Bagus betul. No worries. Both of the comments didn’t affect me that much. πŸ™‚

    Reply

  6. Saffa says on :

    Haha.. Kak Sarah! Minta Maaf! πŸ˜›
    Okay okay.. πŸ˜›
    Yup! “friendship does exist between people of different gender.” =)
    Sebenarnya, Saffa ada banyak kawan baik lelaki berbanding perempuan. =________=”

    Reply

    Sarah Reply:

    Hihihi. πŸ™‚

    p/s: Saffa, tinggalkan alamat kamu kat email KS ok. Jeng jeng jeng.

    Reply

  7. NoktahHitam says on :

    Pardon if I’m among those people who asks a lot or speculate this fictitious story. I’m sorry. Don’t get mad ok.

    You’ll be leaving soon, hence emptiness overwhelms your heart though you are still there. You know, when I left Kuala Kangsar, I cried for weeks πŸ˜‰

    What you’re missing is your busy life style, laughters and fun times.

    Reply

    Sarah Reply:

    You call this fictitious? It is not. It really took place here in Moscow. Sorry if I didn’t get what you mean.

    Indeed, very true. I miss my busy student life so much!

    p/s: I said HORRAY when I left KISAS because raya puasa was approaching. Haha.

    Reply

    NoktahHitam Reply:

    No doc, I meant fictitious speculation. Pardon my English, it’s getting rustier πŸ˜›

    ps: I left Kuala Kangsar the first day of Ramadhan. It’s still amongst the saddest day in life.

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh ok. Sorry for the misunderstanding. πŸ˜€

    Reply

  8. Mokhtar says on :

    Salam sarah. Amat kagum dngan anda.
    Tulisan anda memang membawa inspirasi.
    Nanti saya nak jemput sarah untuk tulis buku.
    Itupun jika sarah tak keberatan.

    Semga terus memberi inspirasi. πŸ˜‰

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Mokhtar.

    Tiada apa yang nak dikagumi. Saya menulis kerana kenangan dan hendak berkongsi pengalaman hidup di sini dengan keluarga dan kawan-kawan. Harapnya apa yang baik dinilai baik dan menjadi teladan untuk yang membaca. πŸ™‚

    p/s: Tulis buku? Errr… Macam tak layak je.

    Reply

    mokhtar Reply:

    eh.. apa pulak tak layak.
    potensi sarah mmg besar.
    jika sarah berminat mungkin kt boleh berbincang.
    tapi sy berbesar hati utk kerjasama dgn sarah.

    belum cuba belum taukan, sudah cuba baru tau…. πŸ˜‰

    Reply

    Sarah Reply:

    Alamak. Saya tetap rasa saya tak layak dan tak bersedia ke arah tu.

    😳 😳

    Reply

    mokhtar Reply:

    baik2, takda mslah πŸ˜‰

    Reply

  9. Kasawari says on :

    meh sini tolong kemaskan hu hu.. πŸ˜†

    Reply

    Sarah Reply:

    Dah siap kemas dah. Heheh. :mrgreen:

    Reply

  10. Noi says on :

    Biasalah tu,kalau bercakap lebih sikit tentang seorang kawan lelaki..mula lah orang lain fikir kita ada hati.. hiihii (selalu kena camtu)

    Sonoknya mengemas….!!!
    Noi suka kemas kemas ni..meh la tolong kemas (konon le)

    Reply

    Sarah Reply:

    Ngehehe. Tu la pasalnya Noi. Agaknya saya kena tukar status saya jadi ‘not available’. Hahaha. πŸ˜†

    Reply

Leave a Reply