Kami Bertemu Di Tanah Tsar

Assalamualaikum wbt

Kita undur sedikit masa kita ke hari kedua saya di St. Petersburg. Sedang kami semua menaiki hydrofoil menuju ke Peterhof, saya mendapat mesej. Pendek saja. Bunyinya:

Hi. I’m having a great time in Berlin. Will be in Moscow on the 24th at 5.10 pm (DME Airport). Hope you can make it.

Rasa hendak luruh jantung membaca mesej itu. Sebetulnya, ini kali pertama saya mendapat mesej daripada orang itu. Memang saya memiliki nombornya tapi tidak pernah berhubung melalui telefon sebelum ini. Saya membalas:

At last, glad to hear from you but never expected you will be here in 2 days time. I’ll be arriving at DME Airport from St. Pete on the same day at 4 pm. I can’t promise to be there. So sorry. I’ve guests waiting for me that day. Anything, just let me know once you’ve landed ok.

Sebetulnya, sebaik mendarat di Domodedovo Airport, saya agak pening kerana tidak cukup tidur. Sebaik saya menghidupkan semula telefon bimbit, saya mendapat mesej daripada Smoque (groupmate saya) menyatakan emak ayah Dyana dan Farhana telah sampai dan sedang menunggu saya di aras dua. Smoque kebetulan saja terserempak dengan mereka ketika hendak menjemput abang kepada Farah yang tiba dengan pesawat yang sama dengan mereka semua.

Saya bergegas mengambil beg dan kemudian mencari mereka semua. Sebaik selesai menguruskan tiket penerbangan domestik mereka ke Volgograd dan menghantar mereka ke hotel, saya terus menaiki shuttle van hotel tersebut ke Domodedovo Airport semula. Semuanya perlu cepat. Saya sudah terlambat untuk ketibaan yang satu lagi.

Auyun, Faiz, Nazlin, Aizat dan emak ayahnya telahpun balik. Beg saya juga diserahkan kepada mereka saja kerana mereka menaiki van yang disewa khas untuk ke hostel kami. Saya memeriksa telefon. Kosong. Tiada mesej. Saya terus menuju ke balai ketibaan. Saya memeriksa jadual penerbangan di skrin yang banyak tertera di situ. Penerbangan Lufthansa dari Frankfurt telah pun tiba. Saya sangat berdebar-debar pada waktu itu. Jadi saya meninjau dari jauh saja kerana tidak berani mendekati pintu penumpang keluar di balai ketibaan. Memang kelihatan ramai orang keluar di situ. Saya tidak pasti penumpang dari manakah itu. Tiba-tiba saya mendapat mesej.

I couldn’t make it. Sorry. Harapnya you tak tunggu since you have guests.

Alahai… Tak jadi ke. Saya sudah mengeluh seorang diri di situ. Penat-penat saya berkejar untuk menyempatkan diri saya dengan ketibaan yang ini pula, tiba-tiba baru hendak beritahu hal itu. Dalam hati saya tertanya-tanya juga kenapa tidak jadi? Terlepas flight kah? Tukar tarikh atau apa? Memang kusutlah kepala saya berfikir waktu itu. Dan yang paling utama, saya rasa kecewa. Terus saya balas begini:

Laa… Yeke. It’s ok. I wasn’t really waiting for you anyway. Hehe. So, when is your flight? Let me know the flight details ok. (Ada unsur-unsur menipu dalam mesej saya ni. Padahal memang saya tengah tunggu pun. Hahaha. Cover baik punya!)

Saya pandang sekali imbas ke pintu keluar itu dan kemudian saya terus berpusing untuk menuju ke arah aerotrain saja. Saya memang penat dan dengan perasaan kecewa ini, saya betul-betul rasa hendak balik dan tidur.

Tapi sebelum itu, saya ke kedai di dalam lapangan terbang itu untuk membeli air. Saya sangat haus berkejar ke sana ke mari. Selesai membayar 91 Rubles untuk sebotol Nestea (Sumpah mahal Ya Rabbi! Saya tak bazirkan walau setitis pun air tu sebab sayang mahal sangat. Huhu), saya terus berjalan arah laluan menuju aerotrain. Saya melintasi semula pintu balai ketibaan yang sedang sesak dengan pemandu teksi yang sedang menawarkan khidmat.

Tiba-tiba saya mendapat mesej. Dari dia. Katanya:

It was a joke. I thought you noticed me. But you didn’t. Sad.

OH MY GOD.

Dia tipu rupanya. Mana saya sangka yang mesej itu tadi hanya main-main. Saya mula gelabah. Saya pandang kiri kanan. Saya pusing belakang. Ramai sangat orang. Dengan pening kepalanya lagi. Saya memang tak cam sesiapa pun di sekeliling saya. Saya mendekati pintu keluar itu, tiada muka yang saya cam. Saya bergerak ke arah pemandu teksi yang ramai di situ. Tiba-tiba ada suara menyapa.

“Sarah.”

Saya memandang ke kanan. Ada seseorang yang berbeg galas belakang warna hitam, kemeja kuning cair dengan jaket hitam dan menarik sebuah beg berdiri di tepi saya. Dia tersenyum saja. Saya terkejut yang amat sangat ketika itu. Rasa macam tak percaya pun iya. Saya yang seperti sedang malu-malu, gelabah dan masih tidak percaya dengan mesej melawak tadi, terus terpaku saja di situ. Hendak senyum, tak boleh senyum. Hendak menyapa semula, tak terkeluar suara. Orang itu tidak lain tidak bukan ialah anak muda yang gigih, yang pernah saya ceritakan suatu masa dulu.

Saya berjalan mendekatinya. Perkara pertama yang saya suarakan bila yakin yang suara saya boleh didengarinya ialah:

“Aishh. Kalau tahu yang saya kena pranked tadi, tak kuasa dah nak tunggu ni.”

Dia ketawa-ketawa saja. Dan membalas:

“Eleh. Tapi sebenarnya memang tunggu pun. Dalam mesej sedap-sedap je kata tak tunggu.”

Huuuuuu. Saya dikenakannya semula. Siapa suruh menipu kan. Hehe. Akhirnya saya sudah mula rasa santai dan hilang segala rasa gelabah. Saya pun bertanya:

“Pukul berapa sampai tadi? Memang cam saya dari awal-awal tadi ke?”

“5.20 lebih kurang. I nampak you jalan dari situ tadi,” sambil menunjuk ke arah pintu keluar-masuk.

“Oh… Memang pun. Tadi saya pergi hantar guests yang saya bagitahu hari tu kat hotel. Dekat je. Tu sebab saya ingatkan tak sempat nak jumpa. Kena tipu pulak lepas tu. Sabar jelah.”

“I thought you noticed me. I was there,” sambil menunjuk ke arah tiang di hadapan pintu yang saya masuk tadi.

Agaknya, saya memang kalut ketika itu. Serius saya tidak sedarpun ada orang berdiri di situ. Dalam kepala saya ketika itu ialah mungkin dia sudah berlepas ke hotel atau ke bahagian penerbangan domestik kerana ketika saya tiba di balai ketibaan, jam sudah menunjukkan pukul 6.25 petang.

Maka, di situlah pertemuan empat mata antara kami. Setelah setahun lebih menjadi kawan email, inilah kali pertama kami bertemu secara rasmi. Saya terasa sangat kekok. Tak tipu. Saya sangat kekok dengan segalanya. Nak bercakap pun jadi tak reti. Nak berjalan pun rasa serba salah. Nak pandang pun rasa takut. Dengan jarak umur yang wujud antara kami dan statusnya yang layak untuk dihormati, saya terasa sangat kekok. Tapi melihatkannya yang cuba menghidupkan suasana, saya mula dapat menyesuaikan diri dengannya.

Dia dalam perjalanan menuju ke St. Petersburg (seperti yang saya ceritakan dulu). Penerbangannya menggunakan Aeroflot Shuttle Moscow-St. Petersburg adalah pada pukul 10.15 malam (Ke 10.45 malam ye? Saya dah lupa).

“Kita ada masa lagi kan? Jom minum dulu. There’s a lot to catch up.”

Saya membawanya ke aras dua. Ke Shokolodnitsa. Kami duduk berbual di sana selama sejam lebih. Kemudian saya membawanya untuk check in di aras satu dan selepas itu saya pun balik. Memang tidak lama mana kami sempat berjumpa tetapi tempoh sejam lebih itu terasa sangat lama bagi saya. Ada banyak perkara yang sempat kami bualkan. Dan ada banyak rahsia serta insiden-insiden yang tak tersangka telah terjadi selama ini.

Dalam tempoh sejam lebih itu, dia sempat mempelajari beberapa frasa-frasa mudah dalam Bahasa Rusia. Antaranya terima kasih, maafkan saya, hai, selamat pagi, selamat malam dan selamat tinggal.

Ketika dalam perjalanan balik, saya termenung panjang. Saya terbayang-bayang semula pertemuan secara tidak sengaja setahun yang lalu. Tiba-tiba saya mendapat mesej. Comel sungguh mesej itu. :p

Privet Sarah. Spasiba for everything. Prastitye menya for the prank. 🙂

Pada pagi hari konvokesyen saya, saya menerima mesej ucapan tahniah daripadanya. Juga satu lagi mesej yang tertulis: DE

Pada 1 Julai pula, saya menerima satu lagi mesej yang hanya tertulis: AL

Bila saya tanya apa itu, dia kata itu teka-teki. Dan saya kena mencari jawapannya. Aduhai. Jadi kawan-kawan, marilah tolong saya menyelesaikan teka-teki yang tak cukup sifat ini. 😆

Kamus:

Privet = Hai, Spasiba = Terima kasih, Prastitye menya = Maafkan saya

Nota 1: Inilah kisahnya. Saya tak reti nak ceritakan macam mana. Dia seorang yang berhemah. Dia suka tersenyum. Dia tinggi. Dan dia kacak. 😉

Nota 2: Jangan tanya saya mana gambarnya. Saya kan tengah gelabah dan berdebar-debar. Takkan saya sempat terfikir nak keluarkan kamera pula kot. :mrgreen:

84 Responses to “Kami Bertemu Di Tanah Tsar”

  1. hilman says on :

    wah…mcm baca novel plak……. 😀 😀

    Reply

    Sarah Reply:

    Mungkin sebab cara olahan ayat saya kot.

    Reply

  2. yonna says on :

    waaa ingatkan x jadik jumpa. awat akak x snap pic dia T__T henpon akak takde camera kah?? waaahhh

    lukis sikit muka beliau. sumpah teruja nak tau niii

    Reply

    Sarah Reply:

    HP KS biasa2 je Yonna. Lagipun, macam kurang manis je nak snap gambar dia tak memasal. Huhuhu.

    Reply

  3. doyot says on :

    agree with hilman..mcm novel plak..sungguh chomeyll la kalian ini.hihihi.. 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Ayat saya skema sangat kot ni. Adeh. 😮

    Reply

  4. Haida says on :

    wah!!tahniah2…suke bace cte nii…hehe… 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Huhuhu :mrgreen:

    Reply

  5. hana says on :

    wah rasa seronok dengar cerita kali ini. seperti mertemu dengan ‘prince charming’. hu3
    alangkah indah jika bertemu jodoh dengan insan sebegitu. Ya Allah..temukanlah aku dengan orang yang abik-baik. Sarah, saya begitu mengkagumi awak. Alangkah bagus jika dapat bertemu dengan Sarah.
    Tahniah Dr. Sarah..anda juga adalah anak muda yang gigih!!

    Reply

    Sarah Reply:

    Seperti bertemu Prince Charming?
    Ermm. Saya tak rasa macam tu. Yang paling tepat, bertemu seorang kawan yang baik 🙂

    Reply

  6. kak epel says on :

    Ehheemmm…Pakcik Syukor…tengok Sarah nih..dia gi deting…hahahahaha..
    Oppss..maaf..terlebih excited namanya.
    Sarah, akak ada teka teki jugak…
    MDJ SMGI

    Reply

    Sarah Reply:

    Bukan dating la kak. Dia memang dah email awal2 mintak tolong waktu di airport bila dia sampai sini. Kebetulan memang saya pun baru sampai airport pada hari yang sama.

    Apa jawapan teka-teki akak ni ye? Saya tak dapat nak fikir apa2 sekarang ni.

    Reply

    Sarah Reply:

    Kak Epel, apa dia jawapan untuk MDJ SMGI tu?

    Reply

  7. hawa says on :

    ‘L’ tu macam utk Love je.. kan dah kate.. awak ni nak ikut jejak amy.. balik terus kawen! cepatla.. nak jalan2 kat temerloh ni.. makan tempoyak ikan paten.. yeh.

    Reply

    hilman Reply:

    ‘A’ = Aishiteru……

    kompang di palu………..

    Reply

    Sarah Reply:

    Bukan laaa Hilman….. 😐

    Reply

    hilman Reply:

    Sori klu sye buat Dr Sarah marah……

    Takbir di subuh hari
    Memecah hawa pagi
    Kini ku terkenangkan
    Terkenangkan kampung sendiri

    Ampun maaf dipinta
    Dari segala dosa
    Hulur tangan bermesra
    Bersalaman kita bersama……
    oooopppppppsssss……xblh bersalam…..dosa…… 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Confirmed L is not for Love. Alaa Hawa. Kalau nak makan ikan patin tempoyak, tak payah nak tunggu kenduri kawen. Time biasa2 ni pun banyak. Lagipun orang kawen tak hidang lauk ni. 😆

    Reply

  8. nadiah says on :

    eheh.

    berbunga-bunga saya membacanya

    =p

    Reply

    Sarah Reply:

    😐 😐 😐 😐 😐 😐

    Reply

  9. Diya says on :

    At last kan. Hehe. So sweet =D

    Reply

    Sarah Reply:

    😐 😐 😐 😐 😐

    Reply

  10. Saffa says on :

    Bila nak buat nasi minyak jangan lupa jemput Saffa! 😀

    Reply

    Sarah Reply:

    Hmmmmm… 😐

    Reply

  11. waa says on :

    serius cerita ini sangatlah comel! 😀

    Reply

    Sarah Reply:

    🙂

    Reply

  12. kaklong says on :

    Huk3 org temerloh kah?? Hensem kah??

    Reply

    Sarah Reply:

    Dia dah pindah KL semula dah sekarang ni. Hensem tu subjektif la Kaklong. Tapi untuk mata Ngah ni, yes he is. Hehe.

    Reply

  13. kak izz says on :

    angah,

    sebetulnye waktu angah ckp (kat plurk kot) angah tgh menanti seseorang tiba, kak izz dah boleh agak dah siapa. sebab mmg kak izz follow crita anak muda yg gigih tu, kan angah de mention dia akan gi moscow.. hehehe.. so dah bleh rasa, tu pasti dia yang ditunggu! waaaa.. blind date ye!

    agaknya DE + AL tu = DEAL kot?
    hehehe..ape yg deal ye..? hmmm.. misteri nusantara gak ni.. :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Kak Izz ni cekap betul la. Tapi demi Allah saya tak terfikir pasal word DEAL tu. Saya terfikirkan benda lain. Huhu. Takde apa yang nak di deal kan kot. :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Actually, it wasn’t a blind date. He asked for help to sort things out at airport. Memang payah airport di Russia ni. Huhu. Since I was there at the airport at the very same day and time, why shouldn’t I, right? Hehe.

    Pasal deal ke apa tu, entah la. Saya pun tak tahu. Nanti dia tak busy nanti sure dia akan bagitau jawapannya. :mrgreen:

    Reply

  14. inah says on :

    amboi2..berbunga2 hati sarah ye..i wish for the same kat adelaide airport ni…hahahaha :mrgreen:

    apekata sarah yg mai jenguk akak :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Waaaa. Saya dah baca entry Kak Inah pagi tadi. Hoping for the same to happen eh? Phewwit. :mrgreen:

    Reply

  15. Sis Ilham says on :

    Sweet..

    Macam dalam filem/novel plak.. 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Mana ada sweet pun. Kena prank tu. Takde sweet2 dah. Hahaha. 😆

    Reply

    Sis Ilham Reply:

    Kalau tak kena pranked, maybe jalan ceritanya berbeza pula kan? Actually ni semua kenangan. Esok-esok bila Sarah baca semula entri ni…mesti Sarah akan sengih sorang-sorang =D

    Reply

  16. chi am says on :

    no wonder sarah lama tak singgah.. 😕

    Reply

    Sarah Reply:

    Saya sangat busy Am… 😕

    Reply

  17. me says on :

    .. so sweet sarah. betul mcm novel..

    Reply

    Sarah Reply:

    Mana ada sweetnya kak… 😐

    Reply

  18. akak says on :

    Ehem..ehem.. :mrgreen: No comment la.. 😉 Hati akak terasa berbunga-bunga la pulak..siap ade butterfly lg.. :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Haaa. Akak pun nak kena ni. Nantilah saya cerita lagi satu cerita ye. Mungkin malam ni ke. Ok? 😉

    Reply

  19. tisya says on :

    wow…so sweeeeeeeeeeeeet…………..mcm best aja…mcm hero idaman malaya..so Sarah..amacam?s

    Reply

    Sarah Reply:

    Amacam apa? ❓

    Reply

  20. pencacai tua says on :

    kalau dah jodoh tak kemana kan…percaturan Tuhan terlalu indah..

    Reply

    Sarah Reply:

    Hmmm… 🙄

    Reply

  21. hazreen rashid says on :

    salam.

    tu dia cerita dok ada, memang baca skrip novel melayu lah. boleh difilemkan nie. anyway tahniah DR KS. kalo kenduri kat malaysia ni jangan lupa kan saya.

    ABC

    GHI

    haa ni pun kod saya tak mau pecahkan ke? hehehe.

    Reply

    Sarah Reply:

    Alaa… Mana ada apa2 la Hazreen. Kamu ni macam tak kenal KS je. 🙄

    ABC, GHI —> Jeng jeng jeng! 😛

    Reply

  22. irmadilondon says on :

    salam dr sarah…
    lama tak tinggalkan komen sejak dr kes kasut sekolah dulu..
    cepat masa berlalu..sarah dah grade pun..

    haaii..kalau la betul dia orangnya..hihii
    ( akak jd minah bond malam ni..wakakaka…)

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Kak Irma.

    Takde apa2 maksud pun cerita ni. Akak jangan fikir melalut2 eh. :mrgreen:

    Reply

  23. Kak Cinta says on :

    Salam…
    Dua perkataan khas untuk entry ini “Manis & Comel” 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Saya patut senyum atau neutral ye?
    Mungkin saya patut senyum.
    🙂

    Reply

  24. acai says on :

    Salam sarah,
    ehem ehem..:) nantikan kalau kita jumpa mesti kat nota kaki awk cakap : Dia seorang yang gelap, buncit dan byk cakap,hahahahha..

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Acai.

    Nasib baik awak tak komen banyak. Tu maksudnya awak faham saya. Terima kasih!
    SELAMAT HARI LAHIR!
    Nanti nota kaki saya akan berbunyi yang pelik2 jugak kot. Huhu.

    Reply

    Khairul Reply:

    Is there by any chance we share the same birth date? Wah. Excited plak.

    Reply

    Sarah Reply:

    Yup. I have 3 friends celebrating birthday on July the 8th. 🙂

    Reply

    Khairul Reply:

    Wah wah. Lagi nak dua orang? Kalau ada blog nak pegi wish. Suke.

    Reply

    Sarah Reply:

    Yang lain takde blog la. Kawan2 zaman sekolah dulu. Hehe.

    Reply

    Khairul Reply:

    Ok. Sampaikan wish saya pada diaorang, kerana berjaya lahir pada hari yang sangat best 😛

  25. Noi says on :

    Oh ni lah AL yang kat plurk to ek.. rupanya ks pon tak tau ek apa maksud dia ❓ Hahahaha.. noi lagi le tak tau……

    p/s: Apsal pagi ni langsung tak dapat plurking ek..asyik network error.. it is just me or…………………
    Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~!!!!!!!! 😐 😥

    Reply

    Sarah Reply:

    Hahaha. Tu la dia. Saya pun tak tau lagi Noi.

    Oh. Plurk ada problem ye pagi tadi? Memang saya tak sedar langsung. Tidur awal, bangun lambat. 😆 😆

    Reply

  26. Nad says on :

    Uhuh. Comelnya cerita dia :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    😐 🙄 🙂

    Reply

  27. Fisol says on :

    dramatik sungguh cerita ni..x sabar nak tunggu episod seterusnya.. 🙄

    Reply

    Sarah Reply:

    No more next episode. 🙄

    Reply

  28. hakimah says on :

    salam sarah…

    sweet……hehehehhhee..sarah, saya mcm da terdengar bunyi kompang la terngia2 kat telinga ni,…heheheh

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Kimah.

    Eiii…. Mana ada la Kimah oiii. Dalam kepala saya duk fikir pasal interview, induksi, BTN, posting, kerja, kerja, kerja….

    🙄

    Reply

  29. MIMI ZUZU says on :

    suwit..
    aku pun terasa mcm baca novel
    huhu

    Reply

    Sarah Reply:

    Takde sweet pun Mimi.
    Mungkin sebab ayat saya yang skema jadila cerita ni macam ni. 😆

    Reply

  30. Laily Wahab says on :

    😳 haaaaaa Dr Sarah….rasanya macam you’re going to have ur Mr Right kot…seronoknya baca citer tu…mmg betul cakap kengkawan tu..terasa macam baca novel pulak….akak rasa laaa..DE + AL = DEAL 😎 (complecated meaning,maybe life deal between u n him?)mana tau ntah2 Pertemuan di Tanah Tsar menjadi landasan untuk penyatuan dua hati…hanya Allah yg maha mengetahui….don’t worry,insyaAllah perkara bakal terjadi….hopefully….Aminnnn! 😛

    Reply

    Sarah Reply:

    Alamakkkkkkkkkk!

    Kak Laily pun baca blog ni? Malunya……!!! Shhhhh… Jangan cerita ke Auntie2 lain. Huhu. Malu saya nanti.

    Kak Laily, dia ni memang kawan saya je. Takde lebih, insya Allah. Deal ke, tak deal ke, saya tak terfikir sampai ke situ lagi. Ada banyak lagi benda lain yang saya nak fikir sekarang ni.

    Uuuu…. Saya malu lagi ni sebab Kak Laily baca cerita ni. Hehe 😳

    Reply

  31. Laily Wahab says on :

    InsyaAllah,u can trust me,Dr Sarah! I won’t tell any other aunties! X yah la rasa malu ngan kak Laily ni.(anggap la akak ni cam akak Sarah)….at least u can learn something from the incident happenned n the msg given. Whatever it is,stay cool n leave it to Allah…semoga Allah tunjukkan seribu kebaikan ekoran dari peristiwa itu! Kak Laily doakan semoga Sarah sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah. Aminnnnnn!

    Reply

    Sarah Reply:

    Leave it to Allah 🙂

    Thanks Kak Laily for being a lovely sister to all of us here!

    Reply

  32. muaz says on :

    ini seriously boleh buat novel. 💡

    Reply

    Sarah Reply:

    Hahaha. 😆

    Reply

  33. riyana says on :

    comellnyaaa.. teringin gak nk tgk camne. hihi.

    Reply

    Sarah Reply:

    Comel sikit je kot. Lain2nya jadi best sebab bertemu seorang kawan yang tak pernah ditemui sebelum ni 🙂

    Reply

  34. Wanie says on :

    salam ks.

    selamat pulang. Bagus lah dah jumpa. Kalau harap kat Malaysia, dah lama kawan pun tak jumpa2.. hehe..

    Bz ks ek.. Semoga selamat sampai ke Malaysia. Boleh la kita jumpa2.. Ks tau number Wani kan? Keep in touch ok! Miss You :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Wanie.

    Rindunya kat kamu!!!

    Tu la. Akhirnya KS jumpa dah dia. Tapi kamu pernah kan tengok gambar dia kan? Hehe. Sebijik je muka dia dengan dalam gambar. :mrgreen:

    Wanie, KS tak sempat lagi cari Vijay nak tanya yang pasal kamu tanya tu. Sorry sangat2.

    Reply

  35. Zaim says on :

    i knew u’d dictate it down.
    nice knowing u. nice meeting u.
    solve the puzzle.
    dont get caught cheating me in sms again.
    my eyes are everywhere. =]
    have a pleasant journey back home.
    the nation is waiting for u.
    see u again soon.
    u deserve a good treat from me.

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh no!!! You are finally here. But what’s with the name? Hehe.
    You said there will be a few more clues. Where are they? I’ll give up if you keep them hush off just like this. A treat? I want mee sup kaw kaw that you mentioned last time. Keep in mind ok. Nice knowing you too. Nice meeting you too.

    Reply

  36. ain says on :

    Lambatnye br koi bc entri ni..tp smbil tersenyum2 bace entri aok yg hebat ni..bleh wat crite ganti Nur Kasih ni 😉

    Reply

  37. Dunia Sarah » Blog Archive » Namanya Uzair says on :

    […] Sebulan setengah sebelum raya puasa menjelma, saya menerima email daripadanya. Khabar terkini yang mengejutkan. Dia hendak berhijrah. Secara total. Dia dan ibu ayahnya akan berhijrah ke Oman selama dua tahun atas tuntutan urusan perniagaan ayahnya. Tersenyum saya membaca email itu. Panjang lagi huraiannya. Salah satunya termasuklah menuntut saya membelanjanya mee sup terbaik di Temerloh yang pernah saya ceritakan padanya ketika pertama kali berjumpa di Moscow dulu. […]

  38. ICEHOTEL says on :

    Hello There. I found your blog the usage of msn. That is a very well written article.
    I’ll make sure to bookmark it and come back to read
    extra of your helpful information. Thanks for the post. I will
    certainly comeback.

    Reply

Leave a Reply