Pada Hari Ini
Assalamualaikum wbt
“Ya Allahu Ya Rabbi Ya Fatahu Ya Alim Ya Rahmanu Ya Rahim…”, ucap Sarah sebaik terjaga dari tidur tadi. Ditolehnya ke jam dinding yang tergantung di kepala katil. Sudah pukul 5.30 petang. Hampir dua jam dia tertidur rupanya.
Oh. Tak kuasa saya menulis cerpen apatah lagi novel. Saja menunjukkan kekesalan yang teramat sangat kerana terlelap selama dua jam tadi. Malam tadi saya tidak cukup tidur. Berniat hendak bangun sedikit lambat sebelum ke hospital pagi tadi. Tapi dua jam sebelum itupun sudah terjaga. Tensi sedikit. Muka pun kelihatan separa membara semangat di jiwa. Ohoh. Sungguh ni. Abaikan perenggan yang tidak membina minda ini. Orang baru bangun tidur memang mamai. Laptop pun dirasakannya seperti plasma TV yang boleh dibuat untuk menonton Eurovision’09. Sudahlah, Sarah. Sedar diri sikit. TV di rumah ni dah berapa bulan tak bersentuh.
Disebabkan esok kumpulan saya tidak ada kelas kerana kami telah tamat posting kami pada hari ini (diawalkan sehari), maka saya hendak mengambil peluang malam ini untuk membaca blog kawan-kawan. Tahukah anda wahai pembaca blogku sekelian, saya tidak pernah tertinggal sebarang kemaskini terkini daripada kamu semua. Terima kasih kepada Google Reader yang banyak membantu menguruskan capaian terkini ini. Ewah.
Jadi, saya hendak menerjah ke blog Acai melihat gambar-gambar terbaru yang diambil di beberapa majlis pertunangan dan perkahwinan baru-baru ini. Apakah rupanya wajah baru blog Diya. Saya sangat hendak tahu kenapa Diya hendak berkahwin dengan seorang doktor. Dan kenapa akhirnya emak ayah Diya tidak menamakan Diya dengan nama Maisarah. Dan saya juga hendak cuba menjadi pengomen pertama di entri Saffa. Alaaaaaaaaa. Yang ini mesti tak sempat. Saffa ni popular. Orang berderet hendak menyerbu entrinya yang terkini. Ilmu apa Saffa pakai ni, Saffa? Hehe. Blog Chika pun mestilah saya hendak baca. Sebenarnya semuanya dah baca. Memang tergelak seorang diri dibuatnya. Tapi ni nak pergi mengomen pula. Hidup tidak berseri jika tiada entri baru dari Chika. Ewah~
Saya juga ada menyimpan hajat untuk mengomen di beberapa entri lama di Noktah Hitam yang menarik minat saya tetapi terpaksa dipendamkan selama ini kerana tidak cukup masa. Saya hendak menyakat seorang tetamu di blog Yasir yang gayanya macam syok-sendiri-datang-blog-orang-buat-macam-blog-sendiri. Eh, terseksa jiwa sungguh kalau bertemu dengan orang begini, tidakkah begitu? Ampunkan saya, Yasir. Awak tak bagi pun, saya nak mencuba juga kali ini. Sinis-sinis mesra? Ayuh kita. Dan tidak dilupakan, pastilah saya hendak meng-ehem-ehem-kan diri saya bertapa menatap berita kawan saya, si anak muda yang gigih itu. Mahu tahu blog dia? Oh. Hukumnya haram. Halal untuk saya saja. Hahaha.
Seperkara lagi, saya hendak mengulang tanya sekali lagi. Ada tak pembaca blog ini yang bernama Hafizan? Kalau lepas ni tetap tiada respon daripada sesiapa yang bernama Hafizan, saya anggap orang ini tiada dan soalan ini tidak akan diulang lagi. Aik, bukankah mengulang sesuatu perkara itu hukumnya sunat sebanyak tiga kali? Seperti membasuh anggota ketika berwuduk? Tapi tak apalah. Buat yang harus dua kali saja sudah cukup. Teballah muka saya hendek menempel di blog sendiri bertanyakan kewujudan orang bernama Hafizan seperti melukut di tepian gantang (peribahasa ni buat main Regu mesti seronok, susah orang nak teka peribahasa ni).
Ayuhlah. Ayuh kita membaca. Membaca apa? Membaca blog. Sebelum itu, Selamat Hari Lahir sekali agi untuk ayah yang tersayang. Ayah, emak belanja ayah tak tadi? Ngah dah plan dengan emak suruh treat ayah di sebuah restoran on the way to Kuala Lipis tu. Kalau mak tak buat, bagaimanalah agaknya emak membalas budi ayah memasak Mi Bandung Special di hari ibu yang lalu.
Nota 1: Maafkan saya kerana memang sudah agak jarang dapat meninggalkan komen di blog kawan-kawan. Final exam saya sudah dekat. Itulah yang menjadi keutamaan saya buat masa ini sehingga sebulan dari sekarang.
Nota 2: Tahukah anda, dua bulan dari hari ini, saya sudahpun berada di Malaysia. Orang putih kata, back for good. Balik untuk kebaikan atau untuk diperhambakan pula? Haha. Tak payah jawab. Simpan dalam hati untuk dirasakan sendiri sudah cukuplah, Sarah.
Nota 3: Tahniah untuk Kaklong yang bergraduasi untuk kali yang kedua dalam hidupnya pada hari ini! Erk… Kaklong sudah dua kali konvo, saya ni sekali pun belum lagi. Masih mahukah kalian menghantar anak belajar bidang perubatan? Hakikatnya, anak anda akan tamat belajar lambat daripada rakan sebaya yang lain, dia terseksa hampir 5-6 tahun dan anda akan mendengar anak anda mengeluh kesah tentang pelbagai kesengsaraan hidup di sepanjang tempoh itu. Semoga Allah merahmati kalian yang berniat murni ini. π
Kak Sarah~~ cepat la balik… wuwuwu.
Reply
Sarah Reply:
May 14th, 2009 at 6:44 pm
Oh. Baru publish seminit dua, kamu dah terjah. π―
Sangat tak sabar nak balik! Wiii~
Reply
Nak senyum sorang-sorang.. . Study molek-molek ye. Akak pun tak sabar nak tunggu orang moscow balik nie. Nak kasi hadiah ape ye?..ermm.. π
Reply
Sarah Reply:
May 15th, 2009 at 12:56 am
Bukankah sepatutnya orang jauh yang membawa balik hadiah? Hehehe. Akak belanja saya nasi dagang di KT nanti sudah la. Eh, sungguh ni. Saya nak gi jumpa Akak! Wiii~
Reply
Dua bulan lagi.. pejam celik pejam celik nanti dah dua bulan! π
Reply
Sarah Reply:
May 15th, 2009 at 1:04 am
Pejam celik pejam celik, tengok2 tengah duk busy kat hospital dah. Fuh. π
Reply
nampak gayanya diya kena tanya mak ayah jugak kenapa tak jadi menamakan diya dengan nama Maisarah
p/s-ngaaa diya pun teringin nak jadi 1st commentator blog saffa! tapi, pasrah ajelah mengenangkan internet connection sekarang. sorry saffa =(
Reply
Sarah Reply:
May 15th, 2009 at 1:05 am
Memang pasrah. Ramai je yang lain dah serbu dulu. Huhu.
Reply
Sama la kite sarah, saya 6 thn gak, tp sy x amek medic pun, huhuhu…Alhamdulillah ni tunggu masa utk konvo je..tp konvo Sarah lagi cepat kut..since lagi 2 bln awk di sana.. π
Reply
Sarah Reply:
May 16th, 2009 at 10:53 pm
Saya dah baca dah entri2 pasal hari2 terakhir di UM. Tak lama lagi, saya akan rasai mcm tu jugak la kan. Saya patut tukar ayat tu jadi macam ni: pertimbangkan untuk ambil medic atau TESL. Hehe. Memang 6 thn ye course awak?
Reply
Lina Reply:
May 19th, 2009 at 8:41 pm
Aah, Sarah..start 16 jun 2003, ni abes final paper 4 may 2009..dlm 6 thn la kan??
huhu..
Reply
*droll*
nampak ada nama kuala lipis dekat situ. π
Reply
Sarah Reply:
May 16th, 2009 at 10:53 pm
Haah. Kakak KS konvo di sana. π
Reply
bakal doktor rupanya.
baguslah..doktor kat malaysia pun kurang.
blaja baikΒ², good luck π
Reply
Sarah Reply:
May 16th, 2009 at 10:54 pm
Insya Allah. Sebulan je lagi tinggal.
Erk. Kami yang kat sini memang tak ingin pun duduk sini. Memang nak balik Malaysia. π
Reply
Salam Alaik
Selalunya ikut blog ni secara senyap. Hari ni tibaΒ² teringin nak mengomen. Suka baca citerΒ² di sini. Teringin berkenalan dgn sarah. hoho..
All the best for ur final exam. Buat yg terbaik.. π
Chaiyokk!!
Reply
Sarah Reply:
May 16th, 2009 at 10:55 pm
Salam Insyirah.
Terima kasih sudi singgah ke sini. And thanks for the doa π
Reply
Alamak, cambest a blog ni! π
sy link kak sarah ok π
Reply
Sarah Reply:
May 16th, 2009 at 10:56 pm
Alamak, apa yang best nya tu Lisa (eh eh. Nama Lisa ni macam nama cousin KS la) π
Reply
akak..kejap je dua bulan tu..
hehe..kot2 la blh jumpa lagi..tapi alamak..akak bukan student dh la kan tym tu
so kena belanja tau..belanja durian kat perkmpgn org asli lagi pun ok gak..haha..
all da best akak..
tetarik ngan pesanan terakhir tu…pk la molek2 sblm memilih perubatan..hehe..sokong..jeles ja tgk org lain dah prac dah keje..tapi bersabarlah…
Reply
Sarah Reply:
May 16th, 2009 at 10:58 pm
Sha, haah. Memang kejap je dah dua bulan tu. Oh. Nanti bukan panggil Dr. Tapi panggil Puan. Huhuhu. Ok ok. Kidding je
Insya Allah, ada kelapangan dan diizinkan Allah, KS pun nak jumpa dengan semua kawan2 hari tu. Dapat pergi melawat POS Raya sama2 pun macam best kan. Time tu, KS belanja makan limau bali Ipoh mali! π
p/s: Ujian yang lebih lama maksudnya Allah nak didik kita lebih. Dah habis nanti kita akan rasa: eh, macam pejam celik pejam celik je 6 tahun ni kan. π
Selamat berimtihan!
Reply
sinar_islami Reply:
May 16th, 2009 at 11:07 pm
haha…ks..hampir terbuka rahsia tu..orait juga DR+PUAn..cumel tu..ahaks..
wah..best ni..tak sbr nk makan limau bali.. π
ps::betul kata akak..Allah nk didik kita..syukran mengingatkn..mga 6 thn yg bakal sha harungi ni..manis dan penuh nostalgia..doakn kami smua disini..slm imtihan jga utk akak..final dah tu.. π
Reply
Salam sarah,
Ni sarah, sy mau berkenalan bleh,kekekekek..:) ramainya peminat awk sekarang ni,hihi..waaa, bestnya jadi orang pertama yang awk singgah,ceewaahh*perasan. Terima kasih sahabat..
Sarah, sy ada seorang teman bernama Hafizan tapi anak dia dah 3 orang tau,hehe.. nak berkenalan gak ke?kekeke..Sarah, sekembalinya ke Malaysia jangan lupa janji awk nak blanje sy ye..jangan buat2 lupa tau,hahaha..
Reply
Sarah Reply:
May 16th, 2009 at 11:01 pm
Salam Acai.
Eceh. Nak berkenalan konon ye. Nak banding blog saya dengan blog awak dulu, awak jauh lebih popular tak ingat dunia Acai. Erk… Pasal kawan awak tu, oh, takpe la Acai. Nanti dia saya ban, susah la pulak kan. Dudu bawah kategori ‘rimas’ jugak nanti. π
Ye. Saya sangat ingat. *gaji pertama dah kena fikir untuk Acai dan isteri. Hohoho*
Reply
sarah..lagi 42 hari π
kita kan sedang hitung tarikh yg sama π
Reply
Sarah Reply:
May 16th, 2009 at 11:01 pm
Tapi saya tak dapat datang majlis awak. π₯ Tapi Wanie kata dia nak pergi. Jeng jeng jeng. π
Reply
salam sarah,
pembaca blog ini yg bernama sishoney pun ada nie *wakakaka* dah lama sis xmasuk sini.maksud sis,skang ni sis sudah jrg2 dpt masuk sini.kdg2 rindu pulak kenangan zaman blogger tegar dulu.sbb boleh dikatakan selalu masuk ke blog kengkawan utk cerita,motivasi,ketawa dll.
sarah,
wah lagi dua bulan balik malaysia,bila sampai ke penang.jgn lupa hubungi sis ek.
Reply
Sarah Reply:
May 16th, 2009 at 11:04 pm
Salam Sis.
Saya subscribed pada blog baru sis tapi tak pernah lagi tinggal jejak kat sana. Sorry sis. Memang busy la sekarang ni. Dulu2, nak baca cerita tentang Penang, blog sis la yang jadi pilihan saya. Lepas tu kita berkomplot mengenakan Acai sebab kita MU, dia Chelsea. Hihi.
Insya Allah sis. Ada peluang kita jumpa satu hari nanti ye π
Reply
ks!! rindu!!
cepAt la balik ea??
nak mintak ks blanje gak la boleh??
hhihihihi..
dah lama tak sembang ngan ks..
Reply
Sarah Reply:
May 16th, 2009 at 11:05 pm
Ain!!! Rindu jugak! KS dengar Ain sakit baru2 ni. KS harap Ain ok sekarang ni.
KS belanja aiskrim beli kat kedai merah, nak? Huhuhuhu.
Jangan marah! Lama dah tak kacau2 Ain π
Reply
Sana sini baca blog ada saja blogger sebut Saffawati.com dengan SarahShukor.com.
Kejap lagi Chika nak ubah nama blog jadik Shika.com (Ceh nak jugak S)
Terharu sangat tak tahu nak cakap apa dah. Boleh ada nama kena sebut dalam blog hebat Sarahshukor T_________T
Dalam blog yang Sarah sebutkan, blog Diya dan Saffa adalah dua blog di mana penulisnya dianggap ‘rakan blog’ Eceh.
Reply
Sarah Reply:
May 16th, 2009 at 11:09 pm
Chika, bila bukak je email tengok ada komen awak, saya teruja macam ada artis yang bagi komen. Hati jadi bunga2 gitu. Huhu. Erk, nama Shika adalah tidak sesuai dengan awak. Chika tu dah cukup perfect untuk awak π
Adeh. Blog ni mana ada apa yang hebat pun. Tumpang terharu pulak awak cakap macam tu. Padahal blog ni kosong hambar tiada kisah percintaan di musim bunga. Hehehe.
Thanks Chika sudi singgah sini. π
Reply
wah! beshnyer dh nk grad. jeles2! hihi
all the best!. wuu, nanti nk posting kt sepital mana sarah?
π
Reply
Sarah Reply:
May 16th, 2009 at 11:10 pm
Takpe takpe. Tahun depan awak pulak π
Erm, posting mana tu rahsia dulu la. Hehe. Nanti2 baru saya cerita eh. Hehe.
Reply
Salam Sarah..
memang kadang kala sibuk sangat kan sampai tersempat nak beri komen pada blog rakan2.. namun kesibukan itu tidakler membuat kita terlupa langsung nak melewat blog mereka kan..
ermm tak lama lagi nak pulang ke tanahair ya.. Kasawari nak tunggu ler kat airport.. ha ha
Reply
Sarah Reply:
May 16th, 2009 at 11:10 pm
Salam Bro.
Klau tunggu kat airport, kena bawak sepanduk bro! π
Reply
Kasawari Reply:
May 17th, 2009 at 12:11 am
Kasawari nak buat sepanduk tulis.. “Glory glory Man United…” ha ha.. MU juara EPL..
Reply
Tak ngape sakat orang, sakat lagi, sakat tu gurau senda, haha biasanya cik Sarah membiarkan sahaja orang sebegini, tapi lain pulak cik Sarah di sana, boleh pulak sakat balik, ajak kawan-kawan lain sakat ahmadfaiz kamu itu, haha.
Reply
Ohoh. ramai tunggu sarah balik ni. =)
** tak sabar nak membuat ‘date’ dengan dr. sarah. huhu. bestnya ada dr. di depan nama. uwaaaa. nak jugak. =p **
Reply
nama2 blog yg akak sebut tu mmg dah gah kt blogsphere ni π hehe
selamat pulang kembali π
mane tau ade rezeki boleh gath,.
nnt yonna buat sepanduk sarahsyukor.com π
ehehe comel je
Reply
We’re a bunch of volunteers and opening a new scheme in our community.
Your website provided us with helpful information to
work on. You have done a formidable task and our entire group shall be thankful to
you.
Reply
If some one wishes expert view regarding blogging after that
i advise him/her to visit this webpage, Keep up the fastidious job.
Reply