Dugong Jadian

Assalamualaikum wbt

Pukul 5.30 dan 6.30 pagi tadi, tiga orang rakan serumah saya telahpun bertolak menuju ke destinasi masing-masing. Tinggallah saya, Wanie dan Emy saja. Dan di saat ini, saya tinggal berseorangan. Wanie dan Emy ke kelas. (Berita terkini: Wanie baru saja sampai. Ngehehe)

Saya membentang tilam lembek (baca: comforter) di atas lantai. Saya membawa turun buku dan membaca sambil meniarap. Gembiranya. Hari sedang hujan lebat di luar. Sejuk. Suhu hanyalah 3’C saja. Ni nak membebel sekejap. Kononnya sudah musim bungalah sangat. Sudah hujan. Siang lagi panjang. Tapi suhu tetaplah sejuk. Kadang-kadang, suhu di waktu malam masih lagi negatif. Ini sudah lebih dari pertengahan April. Daun masih belum berputik. Pokok semuanya masih gondol. Bunga apatah lagi. Aishh.

dscn3041

Kembali ke cerita asal. Saya teringat aktiviti saya di rumah ketika balik bercuti. Selesai mengemas rumah dan menolong Mak Tam memasak lauk tengahari, saya akan tersadai menjadi dugong di ruang tamu. Membaca novel-novel yang terkumpul tidak dibaca lagi. Kenapa dugong? Sebab bila balik Malaysia saja, mesti badan saya mencanak-canak naiknya secara horizontal. Kalau vertikal tak mengapa juga. Boleh jadi tinggi sikit, kan. Huhu. Bila emak dan adik-adik sudah balik, barulah ada susuk lain di rumah tu. Kalau tidak, berdugonglah saya seorang diri.

Hari ini, saya kembali menjadi dugong jadian. Sambil membaca, saya biarkan lagu-lagu lama berkumandang. Lagu R. Azmi, P. Ramlee dan lain-lain. Sungguh-sungguh buat saya teringatkan Kaklong. Ini semua lagu kegemarannya! Kaklong, rindu awak banyak-banyak!

Kalau tengah duduk seorang diri di rumah, saya mesti berimaginasi macam-macam. Termasuklah berangan menjadi hero seperti dalam cerita Home Alone. Tinggal seorang diri di rumah, lepas tu menyelamatkan rumah sendiri daripada dimasuki pencuri. Buat perangkap-perangkap licik, ikat-ikat pencuri tu dan campak mereka di tengah rumah. Nanti, bila emak dan adik-adik sampai, terkejut melihat ada orang penuh berlumur cat, muka separuh hangus kena aniaya oleh saya.

Tapi hakikatnya, bila emak sampai saja, saya akan merungut bosan duduk seorang diri. Kenapa emak sampai lambatlah. Kenapa tak nak keluar petang pergi ke Pasar Tanilah. Macam-macamlah saya ni. Nasib baik emak sangat penyabar. Siap boleh tahan telinga mendengar saya menceritakan tentang rancangan-rancangan TV yang tonton di sebelah paginya. Saya ni pun satu. Macam tak pernah tengok TV saja gayanya. Yang lagi seronoknya, emak sudah beli kuih siap-siap. Emak tahu anaknya ini seorang dugong jadian!

Haha. Berimaginasi memang menyeronokkan. Inilah yang saya lakukan bila sedang tersadai menjadi dugong di rumah. Jom jadi dugong hari ini! Jangan tidur pula sudahlah ya. Awak ada viva Khamis ni, Cik Sarah. Hore hore!

Nota 1: Ingat tak dulu saya ada sediakan list dari A sampai Z untuk subjek-subjek yang perlu saya cover untuk final of the finals Jun ini? Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. CUMA, Neurology dan Hematology yang paling saya tak cekap. Teruk lagi. Tapi masalahnya, saya tak suka betul dengan dua topik tu. Saya tak cerdik macam orang lain. Macam manalah mereka boleh absorb topik ni dengan senangnya. Aishh.

Nota 2: Tengahari ni ada latihan pingpong. Balik dari training, saya dan Wanie kena membeli sedikit stok makanan untuk cuti sehingga Rabu ini. Kan saya dah kata. Ini bukan holi-day. Tapi horrid-day. Disebabkan tiada yang bertugas memasak di rumah hari ini, kami akan makan di luar sajalah nanti. Kot… (Kemas kini: Wanie baru je bancuhkan saya sirap sprite limau. Oh, I love you berry-berry much, Wanichka!)

Nota 3: Emak, ayah, duit tak cukup untuk survive sampai ke games tu nanti. Sob sob sob.

30 Responses to “Dugong Jadian”

  1. Wanie says on :

    salam.

    haip.. haip..

    sirap sprite limau siap! any order? huhu :mrgreen:

    Reply

    ain_j Reply:

    nak jugak sirap sprite limau..!sini sangat panas..

    Reply

    Kasawari Reply:

    buat kan 2 gelas ek lagi.. 🙄

    Reply

  2. ain_j says on :

    oh KS..sila tipu otak anda supaya suka pada neuro n hematology. biar hati KS aje tau pasal tu..otak pula berkata sangat suka dan sangat senang. :mrgreen:

    Reply

  3. Amin Ahmad says on :

    kaulah sesatunya budak medic yg aku tengok penuh masa lapang 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Cakap biar berusul periksa.

    Reply

    Amin Ahmad Reply:

    itu compare dgn kawan2 medic yg dikenali la..

    Reply

    Sarah Reply:

    Setakat mana awak tahu saya sibuk ke tak? Saya rasa, kalau awak tak tahu keseluruhan jadual saya, perbandingan tu tak boleh dibuat.

    Reply

    Amin Ahmad Reply:

    alahai, bernada emo lak cik sarah ni.

    perbandingan saya atas kayu ukur saya, bukan kayu ukur cik sarah, ok?

    memang la budak medic sibuk, tapi pada saya cik sarah tidak sesibuk kawan2 saya dalam erti kata menggunakan waktu senggang untuk aktiviti lain yg banyak…

    hurm..

    Reply

    Sarah Reply:

    Saya emo la pulak ye? Saya nak membetulkan fakta je. Awak tahu ke macam mana kawan2 awak gunakan masa lapang diorang? Kiranya, disebabkan saya ni menulis blog, saya ni jauh lebih lapang daripada diorang? Mungkin diorang gunakan masa lapang diorang tu dengan keluar dengan kawan2 ke, pergi mana2 ke. Tapi saya takde semua tu. Jadi pada dasarnya, perbandingan pada benda yang relatif macam ni memang tak boleh dibuat sebab setiap orang, tak kira la medic ke, apa ke, ada cara yang tersendiri. Tak kisahlah pada kayu ukur siapa pun.

    Reply

    Amin Ahmad Reply:

    Alahai, sebab tu saya tulis kawan2 medic saya. Bukan kawan2 medic orang lain yg saya tak pernah tahu…

    Memang perbandingan itu relatif dan saya skopkan kepada yg saya kenal dan tahu saja..

    Adoi!

    Amin Ahmad Reply:

    Dan lagi 1, root kepada bidang pengajian saya ialah masa lapang. Bidang saya ialah Pengurusan Taman dan Rekreasi. Maka saya menilai dari pilihan saya. Saya tak tulis pun Sarah banyak masa lapang kerana blog kan? Saya maksudkan paten masa lapang Sarah itu penuh warna-warni berbanding kawan2 medic YANG SAYA KENAL. Itu saja dan tak perlu nak heret kepada kehidupan budak-budak medic yang saya tidak kenal dan saya hanya pernah dibayangkan sibuk, sama seperti orang lain yg ada kerja masing2 🙂

    Sarah Reply:

    Masa lapang yang warna-warni tak membawa maksud orang tu BANYAK masa lapang. Itu terpulang macam mana seseorang tu MENGURUS masa lapang dia. Ada orang rehat 1 jam tapi boleh buat macam2 perkara dalam 1 jam. Kalau ada orang rehat 1 jam tapi dia tidur, memang la nampak takde apa sangat yang dia lakukan.

    Yang saya maksudkan paling utama kat sini, kalau tak kenal seseorang tu, jangan sewenangnya buat kesimpulan. Yang awak kenal, ikut la macam manapun definisi kesibukan yang awak maksudkan. Tapi bukannya awak kenal saya, awak tahu saya tidur lama mana, bangun pukul berapa sampai buat kesimpulan saya ni penuh masa lapang.

    Saya nak membetulkan fakta je. Sebab perbandingan relatif tak boleh diguna pakai dalam kes ini. Sebab awak tak kenal saya macam awak kenal kawan2 yang awak kenal tu.

    p/s: Saya merujuk semula Rules of Befriending People No.1. TITIK.

    Amin Ahmad Reply:

    Betul la tu, sama juga awak tak kenal kawan2 saya.

    Yang saya nak maksudkan ialah awak guna masa lapang yang produktif.

    Memanglah jika nak membandingkan siapa pun tak boleh sebab banyak sebab banyak sebab untuk kita bezakan manusia – latar belakang, proses pembesaran dll. Sebab itu Al-Hujurat ayat 13 tekankan kepentingan lita’arafu.

    Cuma dalam konsep Sains Sosial, ada paten2 yg diterima sebagai keabsahan untuk diambil sebagai teori. Ia tidak bermaksud bahawa teori2 yg ada mewakili 100%.

    Mudahnya begini: ada rakan saya seorang doktor, keluarga call dan sms pun sukar nak dijawab, apatah lagi buat aktiviti lain. Ya, dia sibuk. Tapi darjah kesibukan dia mungkin beza dgn awak. Di tempat pertama, perbandingan saya bukan antara sibuk dan tidak sibuk. Saya juga sedang betulkan fakta bahawa perbandingan saya bukanlah untuk menunjukkan siapa bagus di sini. Saya hanya maksudkan awak berjaya guna masa yg ada dengan baik.

    Saya pula menggunakan konsep Team of Rival dalam komen di atas 🙂

    Sarah Reply:

    Sebab saya tak kenal diorang la saya sikit pun tak pernah nak bezakan, banding tarakan kehidupan saya dengan diorang. [btw, ada ke saya sebut saya relatifkan mereka dengan saya? Sejelasnya, hanya awak je yang buat macam tu kat dalam kes ni]

    Sekali lagi awak melencong. Membandingkan saya dengan doktor yang dah bekerja pun adalah silap. Skop pelajar dan dunia pekerjaan sebenar adalah berbeza. Please be noticed on that. Dan saya sikitpun tak cuba nak buat perbandingan siapa lagi bagus [kot kalau awak silap faham] tapi cara awak mengdefinisikan ‘sibuk atau tak’ dan ‘berfaedah atau tak’ adalah tak relevan. Saya bawa semula contoh orang yang guna 1 jam masa rehat tadi tu untuk tidur. Secara peribadi, untuk orang tu, itulah yang produktif untuk dirinya sebab lebihan masa yang lain, dia gunakan untuk buat benda lain yang jauh lebih padat dan sibuk.

    Saya rasa, dengan menjawab komen2 awak ni jauh lebih membuang masa saya. ‘Saya ni kan satu2nya budak medic yang penuh masa lapang’.

    Oh ye. Emosional dan defensif adalah dua perkara berbeza. Please be noticed on this fact too.

    Sarah Reply:

    Oh ye. Terpulanglah awak nak guna segala jenis teori pun. Segala team of this and that pun. Dalam dunia saya, saya berpegang pada those rules I mentioned before. And I’m aware of it if people do that to me.

    Amin Ahmad Reply:

    takpelah cik sarah, saya bukan datang nak bertekak. saya rasa tak jadi isu apa pun sebenarnya. kawan saya yg doktor tu bukan sekadar masa baru jadi doktor, dari zaman belajar pun (walaupun hanya di Malaysia). dan bukan seorang, tapi beberapa orang.

    saya tulis di sana bernada emo, tidak bermaksud saya kata sarah emo dlm pengertian negatif. tak apalah, maybe sikap defensif yg cik sarah tulis tu tidak ada unsur emosi sebaliknya rasional tulen semata-mata.

    don’t get me wrong.

    saya selalu sebut orang yg sibuk ialah orang yg banyak masa sebab dia tak biar masa dia kosong tak terisi. dan dalam realiti belajar medic, cik sarah byk buat perkara lain dan saya bangga (in positive way) sebab itu bukti budak medic pun ada life macam budak lain.

    sebenarnya jika kita nak bandingkan perbezaan manusia, mmg tak ada yg 100% sama. mmg saya bandingkan secara umum, tp saya tak bermaksud 100% harus sama – itu sangat common sense.

    apapun saya minta maaf jika ia diambil secara negatif. untuk saya sebenarnya ia tak jadi isu pun. 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Apa-apalah Amin. Saya tak suka dibandingkan dan tak suka orang buat2 dah kenal saya banyak padahal baru tahu jalan cerita dan kisah hidup seharian di permukaannya je dengan memberikan satu kesimpulan tentang saya.

    Wallahu a’lam. Sila jangan komen selepas daripada komen ini. Tidak akan dilayan.

    Reply

    fuad Reply:

    salam……wah2……….semuanya best student….. ❓

    Reply

    Ana Irma Reply:

    Assalamualaikum wbt

    I’m silent reader of this blog 🙂 Followers since a year ago. sekadar melapangkan masa yang sedia sempit ini demi memahami kehidupan seorang gadis melayu di perantauan. Kita berada di bidang yang sama, sarah… 😉 saya setuju dengan maksud sarah bahawa dunia seorang pelajar perubatan memang sangat menuntut komitmen yang tinggi malahan jadual di atas kertas tidak relevan digunakan untuk menghitung masa kita yang habis di sisi patients. Belum dikira masa untuk study sendiri lagi…apapun, alhamdulillah, peluang kita beramal baik insyaALLAH sentiasa terbuka luas. Kelapangan kita hanyalah sela-sela masa untuk kita tidur dan sedikit masa untuk beriadah. Kita mungkin berkongsi hobi yang sama sebagai blogger…. 🙂

    Sedikit pandangan,

    Tulisan tidak akan pernah sama seperti kita mengenali sang penulis di dunia nyata. Ironinya, sarah menulis hampir setiap apa yang dia lalui, apa yang dia temui, apa yang dia rasa, apa yang dia kata dan apa yang dia fikir. Yang menyebabkan sebahagian besar dari rahsia hidup yang disimpan kemas bagi sesetengah orang; adalah sesuatu yang dijadikan titik pertemuan untuk merapatkan sarah dengan manusia-manusia lain yang wujud di dunia nyatanya..itu cara sarah,itu misi blog ini dan itu yang saya faham.. (maaf, jika saya tersalah anggap kerana saya hanya mengenali penulis ini lewat alam maya)

    Kepada Amin, saya tidak menemukan apa-apa yang tidak kena pada ayat saudara yang menimbulkan polemik di atas. Sebelum ayat2 saudara dibalas dengan nada sinikal (maaf sarah) , saya tidak terlintas yang pemilik blog akan menjawabnya dengan ayat2 seperti itu…ada rasa yang kurang ‘enak’ saya rasakan. Bukankah seorang Muslim itu sentiasa menjaga hati saudaranya, serta berhati-hati mengatur kata?

    Saya tidak layak untuk menulis bagi pihak pembaca blog ini secara keseluruhan, tetapi itu persepsi saya. Blog ini ramai pengunjungnya, ramai pemerhati senyap, ramai pula yang rajin mengomentarinya. Komentar saya ini mungkin kurang kena tempatnya..Tetapi, percayalah sarah..anda sentiasa menjadi tumpuan (mungkin), semoga lebih berhati-hati menilai setiap komentar yang singgah dan lebih matang meningkah..

    Maaf sekali lagi

    Reply

    Sarah Reply:

    Pada penilaian saya, ayat dia ada maksud yang tersendiri. Itu cara saya menilainya dan saya tak suka kesimpulan orang tanpa tahu keseluruhan cerita. Dan terpulang atas saya macam mana nak berdepan dengan komen macam ni. Awak mungkin tak tahu tapi saya dah berdepan dengan komen macam ni berkali-kali.

    Kalau sebelum ni saya back off, diam je, tapi dah banyak kali orang datang dan komen yang buat saya kurang senang. Saya defensif untuk diri saya ikut cara saya. Saya menulis bukan untuk please other people. Kalau saya rasa saya ‘dipersoalkan’, saya rasa saya patut untuk menjawab semula.

    Ini saya yang sekarang. Saya bukan saya yang dulu. Kalau ramai orang lain baca, saya nak buat apa. Dah tu, takkan disebabkan nak menjaga hati orang, saya makan hati di tempat sendiri.

    Saya tahu balasan ni tak sepatutnya berbunyi begini tapi saya cuma nak jelaskan, saya bukan orang yang kena jaga hati orang lain je. Hati sendiri, siapa nak jaga. Saya simpan seorang?

    Terima kasih sebab prihatin. Tapi saya ada cara saya sendiri. Saya dah tegaskan awal-awal lagi dalam blog ni. Saya takkan biarkan saya dilayan macam saya dilayan di blog lama dulu. Kalau mereka rasa tak suka baca, tak suka apa saya buat, menyampah ke apa, nak bandingkan dengan orang lain, tak payah baca. Lagipun ini blog peribadi. Bukannya blog ilmiah pun.

    Reply

  4. raihani says on :

    salam

    kak,teruskan usaha(nasihat klise).tinggal beberapa bulan lagi je untuk akak balik mesia-menabur-bakti kepada KAMI semua.
    insya-ALLAH, usaha akak akan diberkati.

    Reply

  5. Kasawari says on :

    Salam dik Sarah,

    badan naik mencanak canak secara horizontol.. 😆 😆 😆 aduhai.. lawak sungguh ayat itu… he he..

    ermm mesti la.. dalam byk2 subjek. mesti ada 2 atau 3 subjek yg kita tak dapat masuk, harap sarah dpt masuk secara pelan2 ya..

    Reply

  6. fuad says on :

    Salam…fuh orang lama punya tulisan…macam2 fil ye…. 😯

    Reply

  7. one_nash says on :

    kenapa perlu kita layan orang yang tak sealiran dengan kita.Jangan buang masa dan jadilah diri sendiri yang terbaik.Hidup cik sarah!!

    Reply

  8. Cinta says on :

    Bertuah sarah ada teman seperti wanie :)…

    Reply

  9. Cinta says on :

    opsss…lupe pula…dan wanie beruntung dapat sarah 🙂

    Reply

  10. awan says on :

    salam sarah…

    legaaaaa… akhirnya dapat juga saya cari sarah. itupun melalui blog en acai. kena cari blog acai dulu, baru dapat cari sarah… huhuhu…
    😀 😀 😀

    Reply

  11. Kasawari says on :

    nak mencari burung mata putih.. terlepak kat entri ni lagi. he he..

    Bravo Cik Sarah!!!

    Reply

  12. riyana says on :

    wah still sejuk ke kat sana. mcm terbalik la ngan japan sini. musim bunga tapi panas nya dah macam summer.mmg suhu br 20C tapi siriesly bahang dia cm summer. erm…

    Reply

Leave a Reply