Diari Seorang Guru (i)

Assalamualaikum wbt

Untuk entri kali ini, saya ada co-author dari Sarawak nun. Kali ini, blog ini milik Kaklong. Ini hasil nukilan Kaklong tentang pengalamannya berkhidmat di kawasan pedalaman. Setiap kali mendengar cerita Kaklong, saya tak habis-habis teruja. Ternyata apa yang saya bayangkan selama ini lebih kurang saja dengan apa yang Kaklong kongsikan kali ini. Oh ya. Gaya bahasa pun lain sikitlah ya. Kaklong ni menulis ikut suka hati dia je. Saya cuma kemas kinikan saja. 😆

dsc04524

1st pic – Tu la gambar boat dari Daro ke Sarikei aka express. Dari Sarikei ke Tg. Manis pun lebih kurang begitu jugalah botnya. Nampak tak ada budak perempuan meniti di tepi-tepi bot tu nak masuk ke dalam bot tu? So same goes to me. Hehehe. Dulu mula-mula gayat tapi lama-lama ok je. Nampak tak juga kat side sebelah kanan pic tu ada tempat parking speed boat. Hahaha. Jangan tak tahu. Tu la tempat parking speed boat. Speed boat kecik la dari yang express tu. :mrgreen:

dsc04527

2nd pic – Ini view dari depan hotel masa di Daro. Bosan ok tunggu lebih 3 jam petang tu. So snap jelah apa-apa yang patut. Dah la kena check out awal masa tu. Macam hampeh je kena duduk bawah pokok masa tu. Tu masa air surut. Gigihkan pakcik tu mengayuh sampan tengah-tengah panas. Huhuhu. Memang sangat panas masa tu. Rasa macam menyengat-sengat kulit ni. 🙄

dsc04530

3rd pic – Ini pula view dari dalam bot dari Sarikei ke Tg. Manis dah. Bot kami entah apa-apa la pulak bertawaf keliling kapal besar gabak ni. Ingatkan nak ambil anak kapal ke, ape ke. Tapi takde apa-apa pun. Masa tu ada jugak la terfikir kena hi-jack ke apa. Hahahahaha. Terpengaruh betul!!! <—- [Bukti Kaklong memang kuat berangan! Kahkahkah] Tapi sumpah, besar sungguh kapal tu. Tak tahu dia angkut apa entah. Saja je nak snap. 😉

dsc04532

4th pic – Haaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!! Inilah lantai rumah yang roboh tu. Bayangkanlah betapa seksanya jiwa raga bila kaki terperosok masuk dalam tu. Ni yang nak komen kat tuan rumah ni. Hahaha. Macam la berani!! Hehehe. Tak berani pun. Ini bukan disebabkan berat badan bertambah occay!! 😛 Memang kayu tu dah reput. Huhuhu. Sakit… sakit… 😥

Oklah. That’s all for now. Nanti tambah-tambah lagi ok. Lots of love from Jerijeh.

-Kaklong

Nota 1: Penat saya nak edit ejaan dia ni. Sabar jelah dengan Kaklong ni. Hahaha.

Nota 2: Perbualan sengal dengan Kaklong tadi (SMS)

Saya: Long, nanti Ngah guna email awak untuk update pasal awak ye.
Kaklong: Huhu. Ok. Guna jelah. Takde benda sangat tu.
Saya: Tapi Ngah bukan nak update sekarang. Karang-karang sikit. Ni nak tidur dulu ni.
Kaklong: Ok, ok. Kaklong pun nak tidur jugak ni.
Saya: Moh tidur, moh. Tutup lampu bilik cepat. Kipas arahkan ke Ngah lebih sikit ok.
Kaklong: Yelah. Yelah. Nanti pasang air-cond jelah bilik kita ni ye.

Disebabkan kami berdua saja anak perempuan dan kami ni anak rantau di rumah tu, jadi bila dah besar-besar ni kami dikongsikan bilik. Sekarang bilik kami kosong sajalah sebab dua-dua tiada di rumah. Tapi bila kami berdua ada di rumah, nak tidur malam je, mesti ada yang mengeluh sebab kena bangun dari katil untuk menutup lampu. Kaklong tak suka berkipas sangat. Yang saya pula, tak suka berselimut sangat dan menggunakan khidmat kipas untuk mengelakkan gigitan nyamuk (erk… saya alah dengan gigitan nyamuk!) Bilik kami tiada air-cond lagi. Boleh pula masing-masing buat lawak sengal dalam SMS tadi. Macamlah nak tidur dalam bilik yang sama, kan. Padahal jauh beribu batu. 😆 Oit orang di sana, orang di sini rindu sama orang di sana. 😎

11 Responses to “Diari Seorang Guru (i)”

  1. Nisa Dearie says on :

    haha, angan-angan korang memang tak sudah!
    menarik pic kaklong…saya rindu sangat dgn kamu berdua!!

    btw, nak pasang air-cond? as if u guys will be sleeping together utk jangka masa yg lama…macam kene rebut je bilik tu nanti, huhu 😆

    take care~

    Reply

    Sarah Reply:

    Haha. Tak kira. Orang yang kawin kena pindah bilik lain. Nampak gayanya that room and THE BED will remain be mine for a few more years. Oit. Awak pun nanti dah takleh nak tidur bilik tu dah. Awak kena tidur bilik solo jugak dah.

    Huhuhu~

    Reply

    Nisa Dearie Reply:

    hahaha, nak gak berhimpit dgn korang bila balik lebak nanti…
    he can sleep with the boys…biar kenal rapat sket dgn keluarga Sya :mrgreen:

    few more years? huhu, i hope that i will not be that long…a year maybe?
    hehe~

    Reply

    Sarah Reply:

    Eleh. Yela sangat. Tengok2 awak yang taknak berenggang dengan dia nanti. 😆 Erm. Orang di Lebak tau ke pasal awak ye?

    I bet u’ll get your status changed in 1 year time. 😉

    Reply

  2. inah says on :

    heheheh..sarah mungkin kena visit ur kak long :)..akak pun plan nak visit abg long kat mukah bila balik bercuti nanti :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Saya memang ada niat nak ke sana. Nak rasa sendiri semua benda yang dia cerita kat saya. Sebab… macam best!

    Reply

  3. haritz says on :

    lama tak jengok kemari. Orang nama kaklong mesti jadi cikgu pastu kena posting serawak, sama ngan kaklong saya hehehe 😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Tu la. Saya ada 3 orang lagi kawan, semuanya Kaklong. Seorang posting di Sarawak, dua lagi di Sabah. :mrgreen:

    Reply

  4. MK says on :

    Moh kite.. haha rindunya loghat Pahang.

    Saya ni bukan pekat sangat Temerloh nye (mak tak bagi, dia orang Nogoghi), dan biasanya bila pergi tempat orang, bahasa tu la yang saya ikut. Perkataan ‘moh’ tu je yang tetap lekat di mana-mana, selalu terlepas waktu saya blaja di Penang dulu, hehe.

    Bahasa Sarawak? Um.. apa ye. Kitak samak! :p

    Reply

    Sarah Reply:

    KS kat rumah cakap bahasa biasa je, Khairul. Dengan Tok barulah guna loghat pekat sikit. Hehe. Dengan adik beradik bahasa biasa ni je.

    Kitak sik cuti kah? Kamek cuti sampei Isnin. 😆

    Reply

  5. wolfis black says on :

    pergh..kerja cikgu yang mengajar di pendalaman adalah memang tiada tolok bandingnya terutamanya dr segi pengalaman kalau nak dibandingkan dengan mengajar di pusat bandar yang serba serbi senang dan lengkap

    Reply

Leave a Reply