Jubah Graduasi
Assalamualaikum wbt
“Aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku”
Entah terkena tiupan angin mana, di telinga saya asyik terngiang-ngiang bait-bait lagu Tercipta Untukku ini. Bila saya dalami maksudnya, wah, indahnya lirik. Entah kenapa saya baru menyedari ini semua. Sebelum ini saya tidak berapa menggemari lagu-lagu cinta melankolik sebegini. Dengar tu dengarlah juga tapi bukannya menjadi genre pilihan.
Untuk kisah hari ini, pertamanya saya hendak mengucapkan selamat hari lahir untuk rakan serumah saya, Diba. Semalam, sempat kami serumah meraikan ulang tahun Diba yang ke-22 ini. Saya buatkan kek pisang bercoklat untuknya. Atas permintaanlah kononnya. Dah hampir sebulan saya tak membuat sebarang kek. Melepas gian jugalah kiranya malam semalam.
Hari ini saya telah meleburkan USD150. Ada sedikit menyesal tapi selebihnya adalah gembira. Menyesal kerana saya menukar sejumlah Ruble yang banyak kepada USD kerana nilai USD masih tinggi. Saya agak rugi di situ. Tapi gembira kerana ia digunakan untuk membayar jubah graduasi nanti. Hip hip hooray! Untuk menempah jubah itu, ketinggian diperlukan. Saya mengukur ketinggian saya. Percaya atau tidak, dalam tempoh 6 tahun ini, saya hanya bertambah 2 cm saja. Pendeknya saya.
Ingat tak saya ada menulis tentang misi saya untuk cuti yang masih berbaki dua hari pada minggu lepas (sebelum sem baru bermula)? Alhamdulillah. 2 daripada 3 misi saya telah disempurnakan dengan sekelip mata dalam satu malam saja. Dengan rasminya, saya meletak jawatan daripada 2 jawatan yang saya sandang. Saya lakukan dengan drastik sebab saya tak mahu dipersoalkan. Untuk satu lagi jawatan, baru saja saya berniat hendak menghubungi pihak tertentu untuk menyatakan hasrat saya, tiba-tiba saya menerima SMS yang melibatkan saya dalam hal tersebut. Nampaknya, untuk yang satu ini, Allah belum izinkan untuk saya mengundur diri. Tapi saya harap saya dapat melepaskan semuanya secepat mungkin. Allah lebih tahu kenapa.
Nota 1: Saya masih demam. Di saat ini, hidung saya maish berdarah kerana panas badan. Takpa na cek. Sat lagi kita mandi malam kasi sejuk badan. Huhu.
Nota 2: Seorang kawan saya di sini terlibat dalam kemalangan. Semoga Layla cepat sembuh.
percaya atau tidak, thia pun suka lagu tu 😀 tapi suka gitu2 aje ye..kite kecik lagi,tk paham bait2 kata semua tu..
haha…
waaaaaaaaaaa…nak bergraduasi jugaaa..
Kamu tu baru tahun 2 la Fathiyyah..
ish2..
hihi..
Selamat Malam KS! 😛
Reply
Sarah Reply:
February 19th, 2009 at 11:23 pm
KS tak suka pun cuma kebetulan selalu je terdengar lagu ni. Dan baru sedar je lagu ni ada lirik yang best.
Reply
suka la lagu itu. suka jugak.
Happy Belated Birthday to ur friend. 🙂
Dan semoga semua okay untuk kawan kamu yang accident itu.
And for you, pls get well soon yer. 🙂
Reply
Sarah Reply:
February 19th, 2009 at 11:25 pm
Thanks Cahaya. Masih demam lagi tapi makin elok dah.
Reply
mahal nye gown sarah.. 🙄
Reply
Sarah Reply:
February 19th, 2009 at 11:25 pm
Takde apa yang murah di Moscow ni Am.
Reply
alahai, rindunya masa graduasi dulu. 😳
Reply
Sarah Reply:
February 19th, 2009 at 11:25 pm
Alahai, ruginya Kak Ngah tak pergi time tu 🙄
Reply
salam ziarah dari morocco..teruskan perkongsian saudari..
“Saya lakukan dengan drastik sebab saya tak mahu dipersoalkan.”
erm, ALLAH bagi amanah kepada orang yang layak kan?
apa2pon, gud luck! 😉
Reply
Sarah Reply:
February 19th, 2009 at 11:26 pm
Allah juga lebih tahu kenapa saya buat semua tu. Thanks anyway.
Reply
akum cik sarah..forensic menarikkn..hehe..
tp i bet kes kt sane lg dasat2 dr pe yg kitorg nmpk kt msia…
yana wat forensic 2wks ago…mmg best~
br tau kewujudn kumpulan2 yg scary kt lua sane…
bangi pn leh thn rupanye…hahahhaha…
tp Allah tue maha melindungi hamba2Nye kn kn..doalaa byk2 =)
Reply
Sarah Reply:
February 19th, 2009 at 11:28 pm
w’salam Liyana. Forensic memang best kan. Saya dengar cerita Nisa hari tu pun dah tau best nya pengalaman korang di Msia. Saya pun 2 minggu je. Betul apa awak cakap tu, kena banyak dia untuk elakkan kita daripada musibah yang kita tak tau bila2 je boleh jadi kat kita. Scary gila tengok orang kena bunuh dengan macam2 cara. Tu belum pasal rogol dan lain2 lagi tu kan.
Reply
bila k.sarah nk grad?? 🙄
Reply
Sarah Reply:
February 19th, 2009 at 11:28 pm
Ada la berapa bulan lagi. Hehe.
Reply
wahh.. dah tempah jubah.. seronokkan masa dpt try jubah tu… mesti lebih bersemangat nak tamatkan pengajian.. insya-allah sarah akan tamat dengan cemerlang..
talking about lyric, saya ni jenis yang tak pernah nikmati setiap baris ayatnya.. tak pernah perasan pun samada touching ke tak.. hehe.. unless kalau melodi dia dah menangkap kalbu, barulah tengok ke liriknya.. maka jadilah macam cik sarah ni, lagu tu dah berkurun lama dah, baru nak perasan ke’jiwangan’nya.. haha..
Reply
Sarah Reply:
February 19th, 2009 at 11:30 pm
Tu la pasal Kak Aizal. Tak sabar nak try pakai pulak. Hehehe. Untuk saya, saya memang utamakan lirik dulu kalau nak suka sesuatu lagu tu. Lirik tak best, saya reject la lagu2 tu. Macam lagu ni, kenapa saya tak pernah sedar liriknya best ke tak sebelum ni sebab saya tak pernah suka sangat lagunya. Sebab dengar muziknya je dah tau ni lagu cinta melankolik gitu. Huhu. Jadi, saya tak kaji liriknya. Tapi bila terdengar dan terdengar lagi, baru terfikir nak belek liriknya. Aiseh. Indahnya susunan ayat dia. Hehe 😉
Reply
[…] ada ceritakan tentang tanggung jawab saya untuk Intervarsity Game tahun ini kan? Dan ingat tak saya ceritakan bahawa saya meletak jawatan untuk dua jawatan saya baru-baru ini? Ya. Salah satunya ialah jawatan […]