Kisah Buku

Assalamualaikum wbt

Disebabkan semalam tidak dapat langsung untuk menghubungi keluarga, maka tadi terus saya menelefon emak di rumah. Tidak banyak yang dicelotehkan dengan emak kali ini. Topik hari ini berkisar tentang perkembangan adik-adik dan buku cerita.

Emak bertanya sama ada saya masih mahukan koleksi buku-buku cerita sewaktu kecil-kecil dulu. Saya bertanya apa yang hendak emak buat dengan buku-buku itu. Kata emak, emak hendak berikan kepala sekolah rendah saya dulu kerana banyak buku yang rosak ketika banjir yang lalu. Saya terus bersetuju saja. Tetapi kemudian, emak bercerita bahawa Kaklong ada menyuruh emak menyimpan beberapa buah buku yang dia sayang. Contohnya Maniam The Rubber Tapper.

Lalu emak bertanya sekali lagi, dalam banyak-banyak buku koleksi Enid Blyton yang ada di rumah, masih adakah buku yang saya mahu simpan. Baru saya teringat, saya ada beberapa buah buku yang sangat bermakna untuk saya. Saiznya hampir sama seperti buku-buku Enid Blyton cuma ini versi Bahasa Melayu. Saya mengingatkan emak supaya mengasingkan kesemua buku yang berkisar tentang Sekolah Seri Melur. Dari Tingkatan Satu di Seri Melur sehinggalah Tingkatan Lima.

Koleksi ini bermula dengan sebuah buku yang dihadiahkan oleh Makde saya sempena hari lahir saya yang ke tujuh pada 1992. Saya dalam darjah satu. Saya tahu buku itu ada sambungannya pada siri-siri yang seterusnya tetapi saya tidak meminta ayah belikan. Sudahnya, saya hanya mampu untuk memiliki tujuh buah lagi sambungan untuk siri itu ketika tahun 1997 (darjah enam).

Kebetulan saja ketika itu saya terjumpa buku-buku untuk siri itu dijual murah (kerana buku lama yang sudah tidak diminati) dengan harga RM1 sebuah. Beberapa tahun sebelum itu, saya ada menjumpai siri ini dijual di kedai buku di bandar saya itu. Tetapi harganya RM5.50 untuk sebuah buku. Saya tetap tidak mahu meminta ayah belikan. Jadi saya diamkan saja. Sehinggalah ketika darjah enam, saya ke sebuah kedai untuk menempah tanda nama baru untuk sekolah. Di sana, saya terlihat buku itu di rak buku. Harganya cuma RM1. Saya punyalah gembira.

Esoknya saya datang lagi ke situ untuk mengambil tanda nama yang telah siap dibuat. Saya membawa RM10. Untuk tanda nama itu, saya perlu membayar RM1.50. Dengan baki RM8.50 itu, saya memborong tujuh buah buku siri tersebut. Dengan baki RM1.50, saya pulang menaiki bas. RM10 yang saya bawa itu adalah hasil tabungan sendiri. Nekad saya sejak darjah satu itu akhirnya tercapai iaitu untuk membeli buku-buku sambungan yang saya miliki hadiah daripada Makde itu dengan duit sendiri. Saya puas hati walaupun mengambil masa bertahun-tahun untuk memilikinya. Oh. Sebak pula.

Tiba-tiba saya teringatkan dua buah buku cerita yang emak hadiahkan kepada saya dan Kaklong ketika kami darjah satu dan dua. Hadiah hari lahir. Ketika itu emak mengajar di Mentakab dan seingat saya emak membeli buku tersebut melalui promosi buku yang datang ke sekolah emak. Tajuknya ialah Anjing Yang Malang dan Rumput Di Tepi Pagar. Saya dan Kaklong selalu bergaduh buku mana satukah milik masing-masing. Saya menyuruh emak menyimpan juga dua buah buku ini kerana nilai sentimental yang dimilikinya.

Menurut emak, kesemua edisi Sesame Street dan The Owl Family (koleksi ensiklopedia kanak-kanak seperti Sesame Street yang berkulit keras) tidak akan diberikan kerana sudah uzur benar keadaannya. Mana tidaknya. Dulu-dulu waktu kami kecil-kecil, kami dipaksa membaca buku-buku ini. Kalau hari Sabtu emak terpaksa ke sekolah, balik dari sekolah emak akan bertanya buku mana yang kami sudah baca. Sudah habis pun, kami akan ulang baca lagi. Inilah latihan kami dulu-dulu untuk memahirkan Bahasa Inggeris. Adik-adik sekarang sudah lain. Bukan macam zaman kami tiga beradik yang teratas. Punyalah kena kawal, kena paksa baca macam-macam. Tapi seronok sungguh kenangan itu.

Dan yang terakhirnya, saya menyuruh emak menyimpan buku bertajuk Ito The Green Alien. Inilah buku yang paling bersejarah dalam hidup saya. Kalau Kaklong menyuruh emak menyimpan buku Maniam The Rubber Tapper kerana dulu dia menangis-nangis ketika dipaksa membaca buku itu, saya lain pula ceritanya. Dulu saya lebih suka membaca buku Sherlock Homes. Waktu itu baru tadika atau darjah satu. Tak padan dengan umur. Buku budak-budak yang nipis-nipis saya ketepikan. Jadi saya dipaksa membaca buku Ito The Green Alien. Saya memberontak. Nak tahu apa yang saya buat sebagai tanda protes?

Saya lari dari rumah. Saya lari ke rumah Tok saya. Dan sebenarnya, rumah Tok saya cuma terletak 200 meter saja dari rumah saya. Hahaha.

Apa-apapun, saya sangat sayang kesemua koleksi buku yang pernah Kaklong, saya dan Nan miliki sejak kecil dulu. Termasuklah koleksi buku sirah yang ayah belikan dulu-dulu. Zaman adik-adik di bawah kami, koleksi mereka sudah sedikit lain. Sudah ada ensiklopedia sains yang lebih cantik dan canggih. Tapi persoalannya, adakah adik-adik saya yang lain betul-betul memanfaatkan apa yang mereka miliki itu? Setiap kali balik bercuti, saya mesti tarik Aiman dan Azizi duduk di ruang tamu bersama saya semata-mata untuk mengajak mereka membelek-belek buku-buku yang emak ayah belikan untuk mereka. Sudahnya, tinggal saya seorang saja yang ralit dengan segala info menarik yang terdapat di dalamnya. Tentang pelbagai eksperimen. Memanglah menarik, kan. Mereka pula sudah ke depan TV menonton Sponge Bob dan The Blue’s Clue.

Adoi. Dilema susahnya kanak-kanak zaman dulu dan sekarang berbeza, kan? Emak, sila suruh Adam, Azizi dan Aiman baca apa yang Ngah ceritakan ni. Biar mereka sedar sikit susah senang kami ni dulu-dulu macam mana. Bukan sesenang hati boleh meminta itu ini dan sanggup bersusah menyimpan duit belanja semata-mata untuk memiliki sesuatu buku itu dengan duit sendiri. Ngah ingat lagi. Nan dulu-dulu pun menyimpan duit belanja sendiri untuk membeli siri Detektif Conannya tu.

Oh ya. Selamat bertemu kembali untuk kawan-kawan dari blog lama saya. Maaf lambat memaklumkan. Semoga kita dapat menyambung ukhwah di sini pula ya. Mari berkenalan semula.

Hai. Saya Sarah. Siti Sarah Mohd Shukor. Saya masih saya yang sama cuma telah berpindah rumah dan berjiwa lebih gagah. Jangan harapkan apa-apa daripada saya. Saya menulis sebagai teguran dan kenangan untuk diri sendiri. Apa yang baik harap dapat dikongsi bersama dan apa yang tidak baik diteguri. Oh ya. Sekarang saya seorang pengabai yang tegar. Jika ada yang cari pasal dengan saya seperti dulu, saya tidak teragak-agak untuk membela diri. Kan saya dah kata. Saya kini berjiwa gagah kerana saya adalah Sarah. Marilah perkenalkan diri kamu pula ya.

Nota 1: Saya teringat-ingat kenangan dipaksa membaca buku-buku Bahasa Inggeris dengan kuat oleh emak dulu-dulu. Kalau salah, kena tegur. Huhu. Malu seh kalau salah. 😛

Nota 2: Gembira akhirnya saya tidak perlu merahsiakan lagi tentang blog ini. Selamatlah untuk semuanya ya! 🙂

43 Responses to “Kisah Buku”

  1. diya says on :

    tiba2 diya pun rasa gembira jugak kak sarah! hehe. [utk nota kedua 😀 ]

    huhu. kebanyakan buku yang KS mentioned tu, pernah dengar dan pernah baca. macam Tingkatan Satu di Seri Melur. dan buku 5 sekawan, pernah baca tak KS?

    Reply

    Sarah Reply:

    Buku 5 sekawan, 6 Penyiasat, 7 Penyiasat dan banyak lagi buku Enid Blyton yang KS ada. Ayah KS sangat rajin belikan buku cerita untuk kitorang dulu2.

    Diya, terima kasih sangat2 tau. Diya memang memahami KS 🙂

    Reply

    diya Reply:

    hehehe. no worries. diya cuma takut KS bosan je dok baca komen diya. at least, dengan bertambah pengunjung pasni, taklah KS bosan lagi dah. hahaha 😛

    Reply

    Sarah Reply:

    Takde nak bosannya Diya oi. Hehe 😉

    Reply

    khairul Reply:

    buku 5 sekawan best2 sgt….
    tp masa saya kecil dulu byk masa tertumpu dgn buku komik…so bykla buku komik sy beli…lebih2 lagi nenek saya rajin belikan utk saya….contohnya doraemon =P

    neway ks, welcome back (okaeri – japan, x tahu dlm bhs russia)…giler rindu dgn penulisan ks…huhuhuhu

    Reply

    Sarah Reply:

    KS dah agak dah. Mesti ramai yang geng baca 5 sekawan semua ni. Best kan kan kan 😀

    Eceh. Rindu la sangat. 😛

    Reply

  2. syzn says on :

    wah kak sarah dh kembali =)
    kenapa lmbt bgtau psl blog nih?? ker sy yg ketinggalan??
    hu3 =(
    banyak nk tny kat kak sarah…
    tp nanti lah…
    apa pun…
    selamat!
    =)

    Reply

    Sarah Reply:

    Blog ni pun baru je lagi. Apa yang kamu nak tanya ye? Musykil pulak KS. Hehe.
    Selamat selamat 😀

    Reply

  3. menteil says on :

    kepada syzn rzki..
    lambat ar k0 nie.. haha…

    kenapa baru skang baru boleh gtau eh?
    alamak.. aku pon ada yang tertinggal kot.. hehe..

    chaiyok2 sarah..
    mari berjiwa gagah..
    pedulikan mereka2 itu.. huhu..

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh. Menteil kenal dengan Syzn eh? Actually hari tu saya nak elakkan daripada stalker hampeh yang follow saya macam psycho tu. Tapi dia dah jumpa pun. Tak guna dah pun nak sorok. Buat orang sakit jiwa je stalker tu. Huhu.

    So, sekarang nih, mari kita berjiwa gagah. Saya mahu segagah Menteil. Huahaha 😀

    Reply

    menteil Reply:

    sebok ar komen bawah nie.. haha.. memang kenal dia pon.. lupe ar dari mane.. FYI, dia pon ada blog.. konon2 segan nak letak link.. ceh!

    ah! pedulikan si hampeh tu.. anggap jer umpama kuman2 kecil yang sikit pon tak membawa virus pada si doktor nie.. hehe..

    dah ada hosting sendiri kan? banned aje IP address si hampeh tu.. biar langsung tak dapat masuk sinie… habis cerita..

    yup! menteil memang gagah.. tak dinafikan.. kah kah..

    Reply

    syzn Reply:

    cis!
    diam kamoo! sebok jah…k.sarah dh tau ah aku ada blog n dia pn tau aku segan nk kasi link…kan k.sarah kan?? 😉
    (tapa2…1 day…sy akan bg link tuh kt akk yer)

    aaa…harap tunjuk ajar dpd k.sarah…
    mcmmn eh nk letak link2 blog org laen kat dlm blog kt?? yg mcm k.sarah buat kat ‘Rakan Sarah’ tuh…harap tunjuk ajar! 🙂

    p/s~ oh yeah!
    menteil gagah!
    wahahai~
    😛

    Reply

    Sarah Reply:

    Macam mana nak ajar ye? Erm. KS pun cuba jaya je. Sebab ni guna WP, so boleh buat separate pages macam tu. Ada page untuk about me, nak contact, untuk links. Nak ajar pun tak reti macam mana. Tengok di bahagian admin, korek2 sana sini, jumpa la macam mana nak buat. Hehe. Sorry, info tak membina langsung.

    Reply

    Sarah Reply:

    Tu la pasal. Saya memang nak ignore je orang hampeh macam tu. Dah belajar dah macam mana nak ban IP add orang. Ngahaha. Lepas ni jadi apa2, siap je la orang tu 😀

    Reply

    syzn Reply:

    kepada menteil…
    ceh!
    cemmano blh jmp lk menteil nih kt sini…siap bg nm penuh ‘syzn rzki’ lg…hohoho, anda pn apa kurangnya, LAMBAT jugak! hahaha 😛

    kepada k.sarah…
    sekarang agk sibuk k.sarah…
    harap sabar…
    xdek yg seyes…
    🙂 dun wery~

    Reply

  4. raihani says on :

    salam

    selamat kembali!

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Raihani.

    Selamat datang ke dunia saya yang baru 😀

    Reply

  5. yonna says on :

    yeay!!!
    kakak dah ade rumah baru!!

    jgn pindah2 lagi ek

    *hugs*

    Reply

    Sarah Reply:

    Huhu. Insya Allah tak pindah dah lepas ni. Setia pada yang satu. Ewah~

    Reply

  6. Nad says on :

    KS, waah. Mesti bayak kan koleksi buku KS 😉 Suka betul baca koleksi Seri Melur tu. Ada je idea luar alam budak-budak tu kenakan orang.

    Dah menekun dengan buku, orang panggil pun lambat berjawab. Hehe. Kalau bagi buku dengan nasi, agaknya rela lagi pilih buku 😛

    Reply

    Sarah Reply:

    Wah. Kamu tau ye koleksi Seri Melur tu? Teruja KS tau ni. Betty budak nakal tapi KS suka rambut panjang dia tu. Huhu. Maria ke apa ye nama watak utama budak baik tu? Ayah dia doktor. Hehe. Sukanya cerita tu!

    Yang benar,
    Ibu Nasyra 😉

    Reply

    Nad Reply:

    Adoii. KS! 😀
    Aminkan kat sini lah.
    “Amiin..”

    Reply

  7. Dr Amad says on :

    Waa…buka blog baru xda nak bgtau saya.Tup-tup dah ada dua tiga article.KS kejam…bgtau mak saya…waaaaa

    Reply

    Sarah Reply:

    Ni dah bagitau dah *lariii

    Reply

  8. hakimah says on :

    assalamualaikum..

    sarah..ngeee…alamak, sy pon baru je tau pasal blog ni. ketinggalan la sy ni..hahahaha..pepon, seronok sarah berbelog…

    sarah..takut2..doakn kejayaan kami ok..

    Reply

    Sarah Reply:

    Kimah, saya baru je menulis kat sini. Takde apa yang tertinggal pun. Huhu.

    Fokus fokus. Semoga Allah mudahkan kita semua 🙂

    Reply

  9. MK says on :

    Tu lah, adik2 yang kecil selalu dimanjakan, tak macam yang tiga teratas tu kan. Kalau tanya Abah saya dia cuma jawab, “Entahlah, Abah pun tak reti nak marah dah…”

    Eh, dulu saya selalu baca Enid Blyton tu sebagai Grid Blyton, hahah. Tapi buku dia memang best, fantasi. Skang ni dah besar, tak bleh nak fantasi2 dah.

    Reply

    Sarah Reply:

    Eh, haah kan. Kita ni sama je. 3 yang teratas tu perempuan, perempuan then lelaki 🙂

    Reply

  10. chi am says on :

    saye suke bace “tidurlah Sayang”..

    Reply

    Sarah Reply:

    Iqra’ Bacalah Sayang tu awak baca jugak tak Am? 😀

    Reply

  11. kaklong says on :

    Maniam The Rubber Tapper la ngah…

    Reply

    Sarah Reply:

    Maniam? Wahaha. Mak yang sebut Muthu semalam. Ok. Akan dibetulkan nanti 😛

    Reply

  12. Nonnie says on :

    dik sarah sayang.. bertemu lagi kita ye..
    moga dengan adanya ‘rumah’ yg baru ni dapatlah kita kekalkan hubungan alam maya kita ni dan berkongsi segala ilmu, perasaan, kisah hidup sebagai panduan dan kenangan di masa akan datang.

    all the best for your new home!

    Reply

    Sarah Reply:

    Insya Allah Kak Nonnie 🙂 And thanks for the wish!

    Reply

  13. Fisol says on :

    salam..

    Abg kecik2 dulu x banyak membaca, byk main je…gamaknya sebabkan kawan2 x suka membaca jadi terikut sekali..cuma majalah “Bujal” ada le..hehe…berbeza ngan k.mai, enid buyton semua tu dia ada..

    Tapi syukur Alhamdulillah budak2 kat rumah ni xde masalah untuk membaca, semoga berterusanlah hendaknya…kalau kami keluar rumah sekali sekala, kedai buku mesti ditujui..

    lama sarah x jenguk kami ye, rasanya sarah dah lupa..

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Abg. Fisol.

    Saya ada je menjenguk ke sana. Tapi saya memang takde masa. Tapi saya tak miss semua update. Saya subscribe An-Nafis di Google Reader saya. Latest entry tu pun dah baca dah. Huhu. Tak sempat nak merayap banyak. Ada banyak tanggung jawab lain nak dikejar.

    Baguslah diorang semua pun dah mula jadi ulat buku macam Kak Mai. Mommy borek, anak rintik. Hehehe 😀

    Salam untuk keluarga di Jitra!

    Reply

  14. inah says on :

    sarah..semua buku sarah adalah kegemaran akak!! kita punya taste yg sama :)..teringat dulu x banyak duit untuk membeli buku sendiri..ayah rajin bawa kami ke perpustakaan..sejak dari kecil 🙂

    melentur buluh biarlah dr rebungnya..kan sarah 😀

    enid blyton, hardy boys, seri melur, 5 sekawan, tidurlah sayang..gosh..those were the days 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Haha. Saya dah agak dah ni. Kita punya taste sokmo la sama kan 😉 Saya pun selalu ke perpustakaan dari kecik lagi. Siap jadi ahli teraktif lagi tu. Huhu.

    Ehem ehem. Kak Inah dah ada anak nanti, lentur2 diorang jadi macam maknya waktu kecik2 dulu ye 😉

    Reply

  15. ain_j says on :

    wah..saya pun suke koleksi seri melur tu…dulu cikgu sampai marah sbb pinjam ensiklopedia tp wat muke xreti nak pulang…eh…ensiklopedia cam tak bole pinjam je(library skola mcm library sndiri)…hoho
    all the best kak sarah! enjoy bace cte forensic medicine akak..cam tgk CSI plak 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Ya Rabbi Ain. Kamu usung ensiklopedia library bawak balik rumah?? 😯 Huhu.

    Reply

  16. akukopi says on :

    pengabai tue apa? 😯

    Reply

    Sarah Reply:

    Pengabai tu seorang yang ignorant. Seorang yang mengabaikan. Yang tak kisah. Bahasa ciptaan sendiri kot. 😆

    Reply

  17. Kampanye damai Pemilu Indonesia 2009 says on :

    Very nice information. Thanks for share………

    *blogwalking nich….mampir ke tempatq yach..*

    Reply

Leave a Reply