Resmi Hidup

Assalamualaikum wbt

Saya sengaja menyelongkar entri lama di blog lama saya. Saya hendak mencari sajak yang saya kongsikan di situ pada Disember 2007. Kenapa saya ingat ia entri Disember 2007? Sebab ada satu pelajaran hidup yang saya belajar dalam bulan itu. Sajak ini sudah lama saya tulis. Sebelum berlakunya peristiwa yang mengajar diri itu lagi.Saya kira ketika saya menlis sajak ini dulu, ada sesuatu yang saya baru belajar daripada kehidupan pada waktu itu. Jadi saya abadikan dalam bentuk sebuah sajak nasihat begini.

Resmi Hidup

Kalau di hulu sungai ribut laut terasa
padamkanlah pelita kejap
biar suram gelap
tapi terbakar tidak.

Kalau runtuh tanah yang berbukit
pasangkanlah tiang pondok
bertahan mungkin sehari saja
tapi jangan robohnya sekelip mata.

Kalau ada api yang marak panas
lari jauh-jauh, duduk diam-diam
sungguhpun api terpadam tidak
tapi sudah jinak dan hidang abu hitam.

Kalau ada hati dihulur dikongsi
jangan ambil seluruh, simpanlah separuh
terima dengan luhur dan akal
biar kenal budi, baru dikongsi kasih.

Tetapi saya kira saya silap. Saya teralpa dan pengajaran yang saya dapati dulu entah di mana saya cicirkan. Manusia tidak pernahnya lari dari masalah lupa dan alpa. Jadi saya kongsikan sajak ini di sini sekali lagi supaya andai saya lupa lagi, ada yang sudi mendekati untuk menyentap saya kembali.

Nota 1: Bagi yang tak memahami/menghargai sajak/sastera, paling habis jangan mengutuk. Masih ramai lagi yang memahami nilai dan pengajaran yang disampaikan melalui sajak. Kalau rasa memberi nasihat cara ini adalah kuno, saya rasa orang yang berkata tu tak jelas tentang etika dan nilai bahasa. Saya memang Melayu di Moscow. Saya bukan Melayu di Aussie. Yang penting saya tahu menghargai seni bahasa kita dan kiasan nasihat yang terkandung di dalamnya. Ada saya susahkan orang?

Nota 2: Ignorant~

15 Responses to “Resmi Hidup”

  1. menteil says on :

    owh? tak pernah pon menganggap sajak itu kuno…
    andai dihayati adalah seronok..

    mungkin kuno itu perlu diganti dengan klasik..
    lebih indah (mungkin)

    Reply

  2. haritz says on :

    Ini yang cantiknya org Melayu, sungguh beradap. Jika sesuatu yang nak sampai terlalu rumit atau terlalu sulit maka sajak dan guridam digunakan. Bukan setakat maksud, malah susunan bahasa juga indah. Mujur ada lagi org seperti Sarah yang mau menjaga dan menghargai sajak kita.

    Nota: orang Melayu kata biar mati anak jangan mati adat tp sekarang dah terbalik.

    Reply

  3. zool says on :

    Hm.. lama tak buat sajak kat blog..
    bila baca entri sarah ni terpk nak tulis sajak..

    hm. sajak sarah ni byk cerita pasal perkara jangka pendek ek..
    biasala tu..

    Reply

  4. chmod says on :

    bahang kepanasan sampai kesini bila baca nota 1 n nota 2…tarik nafas panjang2…lepasssss…ok..cool…

    Reply

  5. toped says on :

    sifat pendendam dan perli memerli sudah sebati daalam jiwa perempuan melayu agaknye.. heheh.. i never recall i said that sajak kuno, maupun tidak menghargai erti bahasa..

    alaa tak abes2 la dgn melayu la korang niee.

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh. Tahu pulak terasa. Ada saya kata tu awak ke. Siapa pemerli yang paling handal sebenarnya? Ungkit Melayu Moscow-Melayu Aussie. Apa saya ke yang memulakan semuanya? Agaknya sifat memerli dan kemudian buat-buat lupa dengan perbuatan sendiri memang sifat semula jadi dalam diri awak kot. Saya tak generalize kan pada semua lelaki. Kaji balik la siapa yang perli siapa dulu. Kot kalau terasa, saya nak kata apa kan.

    Oh. Siapa la yang kata sajak tu bukan caranya dah untuk zaman moden ni untuk menasihati. Dan bila masa saya kata semua ni tentang Melayu je. Awak je yang over react. Kat sini TAJUK UTAMANYA bukan nak bercerita pasal Melayu. Awak tu je yang perasan terasa melebih.

    Hey dude. Sorry sungguh lah. Ni kali pertama saya berbahasa kasar macam ni sekali dalam hidup. Hatta kalau saya nak bergurindam bersajak bersyair atau apa sekali pun, apa kesannya pada awak? Menyampah? Meluat? Ok. Kalau macam tu, tak payah baca. Tak payah singgah sini pun kalau rasa blog ni milik perempuan Melayu yang pendendam dan pemerli.

    Saya marah? Ye. Memang saya marah. Sebab awaklah orang pertama yang saya pernah kenal dalam internet ni yang paling kuat memerli dan kemudian pura-pura innocent. Kononnya pemenanglah. Siap sebar canang hentam pasal sajak je isunya sampai ke orang benua lain.

    Dan sekali lagi saya nak kata, apasal terasa ye dengan nota 1 tu? Saya tak sebut nama pun. Haha. Sendiri makan cili, sendiri rasa pedaslah. Oh. Tu peribahasa. Bukan sajak. Oh. Ye. Ayat akhir ni ayat perlian. Terima kasih.

    Reply

    chmod Reply:

    Diam adalah pintar. kalau anjing menyalak kat bukit,bukit takkan runtuh..

    Reply

    Sarah Reply:

    Tak kisahlah siapa anjing, siapa menyalak, siapa runtuh, tak payah masuk campur. Saya tak rasa awak perlu nak respon pun kat sini.

    Reply

    Yasir Tamizi Reply:

    Ha Ha Ha

    Reply

    toped Reply:

    eh eh..melatah emo.. bersabar laa..baru melayu.. hahahahahahahhahahahhaa

    Reply

    Sarah Reply:

    Kot ye pun saya emo, saya tak mati pun. Sibuk sangat buat apa.

    Reply

    wan suhana Reply:

    dear toped..
    awak adalah antara orang-orang melayu yang menjatuhkan maruah bangsa sendiri….

    Reply

  6. inah says on :

    ape beza melayu moscow n melayu aussie..sorry, akak tertinggal keretapi..anybody can explain it to me..

    ohhh..hi sarah!! 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Hi Kak Inah. 🙂

    Takde beza pun sebenarnya selagi kita tahu siapa Tuhan kita, siapa Nabi kita. Tapi ada orang memerlikan sajak saya pulak suruh tulis tajuk ala-ala macam tu. Takpelah. Saya dah taknak sebut apa-apa dah. Takde apa yang lebih, takde apa yang kurang pun walau kat mana pun kita berada. Kan Kak Inah kan?

    Reply

    inah Reply:

    hehehe..baru ingat ade perbezaan signifikan 😛 (mentang2 sibuk ngan statistik skrg ni!!)

    Reply

Leave a Reply