Jika Naif Tuntutlah Ilmu

Assalamualaikum wbt

Saya masih ingat lagi apa yang berlaku dalam ujian bulanan untuk kali pertama ketika saya berada dalam darjah satu. Saya bersekolah di sebuah sekolah swasta agama. Salah satunya ialah subjek Akhlak. Untuk ujian itu, semua soalannya objektif (seingat saya). Cuma soalan-soalannya semua ditulis dalam Jawi. Tulisan itu bukan masalahnya. Saya kira semua soalan-soalan yang ada ketika itu semuanya senang belaka.

Tapi, ada satu soalan yang sehingga hari ini akan buat saya tersenyum bila teringatkannya. Terutamanya ketika hendak tidur.

Soalan berbunyi: Kita disunatkan untuk tidur menghadap ke arah:

a) Sejadah     c) Kiblat

b) Dinding     d) Bantal

Kisahnya, sebelum saya berpindah ke rumah yang sekarang, saya dan keluarga menetap di sebuah rumah sewa sementara menunggu rumah kami siap dibina. Rumah sewa itu terletak berdekatan dengan rumah Tok. Di kaki bukit rumah Tok. Ketika itu saya di tadika. Rumah kami siap sekitar Ogos tahun itu juga.

Ketika di rumah sewa itu, saya ditempatkan sebilik dengan Kaklong. Katil kami saiz permaisuri kerana kami memang permaisuri emak ayah. Haha. Mengarut. Saya bersebelahan dinding dan Kaklong tidur di bahagian yang tidak berdinding. Di tepi katil kami ada ruang untuk solat. Tapi biasanya kami akan solat di bilik solat yang bersebelahan dengan pintu ke dapur. Kami kena solat di situ sebab emak hendak memeriksa bacaan dalam solat kami. Kalau salah, kena titik jari. Kalau betul? Bolehlah keluar cepat dari situ dan boleh tengok TV cerita Thailand bersiri ‘Mi Ek’. Menangis-nangis tengok cerita tu. Kalau sebelum tu dah kena titik jari sebab salah hafalan bacaan dalam solat, menangisnya tu lebih banyaklah, kan.

Kisahnya lagi, kedudukan bilik solat tu dari bilik saya hanya bersebelahan saja. Kiranya, di sebelah dinding tempat saya menyandar dari atas katil bahagian saya tidur ialah bilik solat tu. Arah kiblat di rumah itu lurus saja. Kalau masuk dari pintu utama, terus sajalah kiranya. Terus menghadap kiblat. Nak solat di beranda depan pintu rumah pun boleh juga kalau nak. Dari pintu utama juga boleh terus nampak ke pintu bilik saya.

Di dalam bilik, katil diletakkan secara melintang. Mesti penat kamu semua nak membayangkan segala rajah pintu rumah, arah katil, arah kiblat semua ni kan? Tak mengapa. Teruskan saja baca kalau larat. Bila katil diletakkan melintang dari muka pintu bilik, bermaksud arah kiblat juga sudah berubah menjadi di sebelah kanan saya jika saya berbaring. Dinding pemisah dengan bilik solat juga sudah berada di sebelah kanan saya.

Apabila tidur malam, emak terangkan dengan ayat lurusnya: Hadaplah ke kanan. Ke dinding tu. Jadi saya dan Kaklong yang masih kecil ni pun faham bahawa eloknya tidur kita tu ialah mengiring ke kanan dan menghadap ke dinding.

Dah dapat meneka apakah jawapan saya untuk soalan ujian bulanan subjek Akhlak tu? Ya. Jawapan saya ialah b) Dinding. Punyalah yakin saya menjawab soalan tu. Dalam hati saya waktu tu, saya terbayang-bayang kedudukan katil saya ketika di rumah sewa itu dulu. Terbayang-bayang keadaannya saya berbaring di atas katil saiz permaisuri zaman Puteri Hang Li Po tu. Memang yakinlah jadinya saya ni, kan. Padahal, keyakinan yang sesat lagi menyesatkan. Kalaulah emak tahu inilah yang saya bayangkan ketika menandakan jawapan saya itu, mesti saya kena titik jari lagi. Mana tidaknya. Emak mendidik anaknya tidur menghadap kiblat dan mengiring ke kanan. Yang saya percaya, tidur perlu mengiring ke kanan dan menghadap dinding.

Jadi selepas daripada ujian itu, saya dapat satu lagi ilmu. Tidur menghadap ke arah kiblat itu adalah sunat. Ada hikmahnya. Kalau-kalau kita mati dalam tidur, kita mati menghadap ke arah yang sepatutnya. Bersiap-sedia. Dan bila dah besar panjang, belajar pula bidang perubatan, saya dapat tahu pula hikmah tidur mengiring ke kanan.

Dapat mengelakkan heart and lung congestion. Situasi di mana jantung kita overload atau dilimpahruahkan dengan kitaran darah yang lebih banyak dikembalikan ke jantung ketika kita berbaring. Disebabkan kita mengiring ke kanan, proses melimpahruahkan darah ke jantung yang terletak di sebelah kiri akan terbantut. Lung congestion pula ialah situasi paru-paru kita menjadi terlebih lembap gara-gara heart congestion tadi. Paru-paru yang lembap boleh menyebabkan kita batuk dengan teruk dan semput nafas dengan teruknya di waktu malam. Sebab itu, eloknya kita tidur dengan meninggikan sedikit paras kepala daripada dada.

Hidup ini untuk terus belajar. Kalau kecil-kecil dulu penuh dengan ajaran sesat yang kepala sendiri tafsirkan (sampaikan saya pernah percaya tak gosok gigi sebelum tidur boleh mengundang lipas datang menggigit bibir sedangkan faedahnya adalah untuk kebersihan mulut dan mengelakkan caries gigi), tapi semakin kita membesar, semakin kita penuhi diri kita dengan ilmu.

Tolabal ilmu minal mahdi ilal lahdi. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

Dulu saya naif. Emak mesti terkejut membaca pengakuan saya yang satu ini. Emak nak titik tak jari Ngah bila Ngah balik nanti? 😉

Nota: Bila menyebut tentang rumah sewa kami tu, saya akan teringat dua peristiwa. Nan terkena kejutan elektrik yang teruk di tangannya dan kisah saya dan Kaklong belajar masak nasi sehingga terbakar tikar getah di dapur pada umur 6 dan 8 tahun.

27 Responses to “Jika Naif Tuntutlah Ilmu”

  1. Wanie says on :

    salam.

    kah.kah.kah.

    Lawak sungguh! Makcik, titik saja tangan Kak Ngah ni. Ada g jawab dinding! Huhu..

    *Kalau dulu ada jawapan tingkap, mesti wanie tanda tingkap!*

    Reply

    Sarah Reply:

    e) Tingkap!

    Huhu 😀

    Reply

  2. Amin Ahmad says on :

    lawak la sarah 🙂 tapi itulah…

    Reply

    Sarah Reply:

    Tapi apa ye?

    Reply

    Amin Ahmad Reply:

    Naifnya zaman kanak2 🙂

    Reply

  3. shaoran says on :

    Hehehe..Mcm2 kenangan kan zaman kanak-kanak dulu..Memang geli hati bile ingat balik kenangan dulu2..hehe..:D

    Reply

  4. diya says on :

    KS, diya macam takleh tangkap pulak maksud mak KS dengan titik tangan tu. huhu

    explanation bilik KS ngan kaklong macam lebih kurang aje bilik diya ngan nana. permaisuri katil, diya tidur belah dinding, adik belah takde dinding, kepala menghadap kiblat, tepi katil ada bahagian untuk solat. sama kan =D

    dan diya ada habit, mesti kena sentuh dinding kalau nak tidur. turun temurun habit dari mak. ayah cakap, mak ngan anak pun sama je, tidur kena sentuh dinding. sejuk dan nyaman gitu. hahaha.

    p/s-thanks for sharing hikmah tidur mengiring ke kanan. suka aje diya baca bab2 sains yang KS explain =)

    p/s-mesti KS pelik kan, diya ni mengadap laptop 24 jam ke, asyik menyibuk kat sini je dia. haha. memang “keje” diya banyak guna laptop [software] pun KS. plus, sem ni tak banyak kelas. banyak keje persendirian. huhu.

    p/s-satu ni dah lama nak cakap. web KS ni sangat lah senang nak loading. even connection lembab like cipan pun still boleh connect ke sini. so, no wonder lah diya selalu menempek kat sini. hehe. sori lah ye KS.

    Reply

    Sarah Reply:

    Hehe. Ada2 je Diya ni ye. Titik tangan tu maksudnya ketuk hujung jari. Kira macam kena denda la 😉 Titik tu maksudnya ketuk. Diya tak tau eh maksud lain untuk titik tu?

    p/s 1: tu sebab KS suka menulis dalam BM. Supaya KS dapat kongsikan ilmu sains ni dengan orang Melayu dengan lebih jelas.

    p/s 2: Ye. KS faham tu. Orang bidang ni boleh kawin dengan komputer kan 😉 KS punya life pun banyak dengan laptop kalau tengah cuti. Tapi ni la last day KS boleh bermanja dengan laptop. Lepas ni, no way. Hehe.

    P/s 3: Oh yeke? Laju eh? Maybe sebab KS tak letak apa2 widget pun lagi. Saja nak keep clean and tidy. Terima kasih Diya sebab baca komen Diya ni macam melepaskan resah yang KS tengah rasa. *eceh. resah la sangat* 😛

    Reply

    diya Reply:

    honestly, memang tak penah dengar istilah titik tu. kalau titik = noktah, tahulah jugak. huhu. tak tahu pulak titik = ketuk =P

    Reply

    Wanie Reply:

    salam.

    serupa macam titik serai la kan? ketuk batang serai tu. agak2, kalau titik tangan, ada ke macam titik serai? hahaa

    Reply

    Sarah Reply:

    Haah! Macam titik serai tu la 😛 Ketuk ketuk ketuk. Memang sakit la kan. Huhu.

    Reply

  5. kak izzah says on :

    hihihi.. kelakar la sarah.. tapi itu tandanya kita benar² dengar cakap orang tua kita, kan? =)

    Reply

    Sarah Reply:

    Tapi dulu2 melawannya pun banyak jugak 😉

    Reply

  6. Yasir Tamizi says on :

    Amannya entry ni. Oh tentang Ilmu. Ok. Hadap dinding ini malam.

    Reply

    Sarah Reply:

    Ilmu. Iman. Amal. Moto sekolah menengah dulu. Dinding tu sejuk kan? Tingkap kena tutup. Nanti ada yang lain pulak masuk. 🙂

    Reply

  7. MK says on :

    Dulu, saya suka menghadap ke dinding sebab tak banyak benda boleh pandang. Jadi, takde la terbayang bukan2.

    Tapi bila menghadap ke dinding, terfikir yang bukan2 lak ada kat belakang, wuhu.

    Kak Long belajar masak umur 6 tahun? Waow. Saya umur 7 tahun… belajar makan. Umur 21 tahun, belajar masak. Sayalah kanak-kanak Dumex. Harharhar.

    Reply

    Sarah Reply:

    Eh eh. Sama la kita! KS pun bila dah waras akal sekitar darjah 5-6 macam tu, KS tak suka menghadap dinding. Sebab nanti terasa ada benda kat belakang pulak. Huhu.

    Waktu kitorang belajar masak nasi tu (nasi je la), KS yang umur 6. Kaklong pulak 8 tahun. Kitorang belajar memasak sebab waktu emak kerja jauh. Balik petang. Mula2 takde pembantu rumah since ayah KS ada ladang dekat dengan rumah je waktu tu. So kitorang ni berdikari la 🙂

    Reply

  8. judin says on :

    menghadap dinding? saya tak kisah pun hadap mana2. asalkan tmpt yg dihadap tu gelap. takde la silau mata time nak tido. hehehe. wanie nk hadap tingkap? ee seramnya. dibuatnya menjelma benda2 yg tak sepatutnya kat tingkap tu, tak pasal2 histeria memalam buta. haha.mengarut sungguh saya ni.

    Reply

    Sarah Reply:

    Hadap dinding tu kebetulan je sebab kiblat kat arah tu waktu tu. Hehe.

    Judin, jangan pandang tingkap apatah lagi laman belakang hostel tu. Takut ternampak apa2 je nanti 😛

    Reply

  9. Fathiyyah says on :

    salam ks,
    sy sudah ada di Cairo! hari tu kan,sebelum bertolak ke syria ke mana ntah,sy ada la try2 call akak..tp tak berangkat.Faham aje,akak mesti sibuk masa tu..

    hihi..mujur sy jumpa website akak ni.sy ingat akak berhenti menulis terus
    take care kak

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Thia. Actually, KS ada beritahu URL ni di Plurk tapi kamu tengah busy exam kot waktu tu 🙂 Pasal call tu, semalam ke? Semalam memang KS tengok ada nombor luar call KS. Dua kali kalau tak silap. Tapi KS tengah di dapur waktu tu. Sorry ye.

    Reply

  10. Nad says on :

    KS, kecik2 dulu Nad pernah tanya kat nenek. Macam mana orang boleh berlakon dalam TV? Nenek cakap, dia masuk kat dalam TV ikut belakang TV. Nad percaya bulat2. Sampai Darjah Empat kot, baru tahu kisahnya sebab nampak orang shooting tepi jalan. Huhu.

    Reply

    Sarah Reply:

    Wah. Hebat la nenek kamu boleh jawab macam tu. Maksudnya imagination dia power sebab boleh mengecilkan orang masuk dalam TV tu 😉

    Reply

  11. kaklong says on :

    tp sekarang i baru nak blaja masak semula… hahah tak minat la masak2 neh… aiseh..

    Reply

    Sarah Reply:

    No worries Long. U always succeed in everything do no matter how late u start it 😉

    Reply

  12. haritz says on :

    alahai sarah camtu lak yer, biasa lah bila kita kanak2 kita lebih tulus dan lurus. Kalau saya pun pasti jawapan pun camtu gak hehehe 🙂

    Reply

  13. djambu says on :

    haha…yakin je ngadap dinding…tp sy rasa sarah dpt 99% dlm ujian tu. sbb satu tu je yg salah. 😛

    Reply

Leave a Reply