Dari Kerana Mata (iii)


Assalamualaikum wbt

Setiap pagi, aktiviti pertama saya sebaik bangun dari tidur ialah mengemas katil. Saya tidak suka katil yang berselerak dan tidak kemas tarikan cadarnya. Tetapi sejak dua pagi yang lalu, perkara pertama yang perlu saya buat sebaik bangun dari tidur ialah mencapai cermin mata di atas meja di tepi katil. Kemudian barulah saya meneruskan dengan aktiviti yang lain.

Sejak dua hari lalu, mata saya menjadi kabur dengan teruknya. Sehinggakan, tulisan yang berada 1.5 meter jaraknya dengan saya dalam keadaan saya memakai cermin mata amat susah untuk saya baca. Saya menyedari hal ini pada pagi Isnin lepas. Saya bangun dari tidur, memandang skrin laptop dan semuanya terlalu kabur. Mungkin perlukan masa untuk proses adaptasi cahaya. Saya mencapai cermin mata dan selepas 10 minit berlalu, keadaannya masih begitu. Puas saya kebil-kebilkan mata. Tetap juga tiada perubahan.

Saya memandang lantai. Tinggi rendah yang berbeza. Pandangan mata kiri jauh lebih dalam dan kabur. Selepas seketika baru saya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Di sebelah petangnya, saya menjenguk Wanie memasak di dapur. Saya mengadu padanya (ceh, saya ni manja betul dengan Wanie) bahawa saya tidak dapat membaca senarai barang yang dilekatkan dengan fridge magnet pada peti ais. Jaraknya hanya 1.5 meter atau kurang. Saya meminta Wanie menyebutkan apakah perkataan itu. Bacanya: Tepung Kentucky. Aduhai. Hanya selepas itu baru perlahan-lahan mata saya dapat menangkap bentuk-bentuk huruf yang ada.

Saya keluarkan kesemua cermin mata yang saya ada. Dua daripadanya memang saya selalu guna secara selang-seli. Yang ketiga pula adalah cermin mata ketika di tahun 4 dulu. Ketiga-tiganya tidak dapat membantu saya melihat dengan jelas dan selesa. Oleh sebab itu, hampir sehari suntuk saya pening kepala pada hari semalam.

Apa nak jadi ni. Makin teruk pula mata ni. Saya harap, kali ini ia bersifat sementara. Mungkin hal ini terjadi kerana pada hari Ahad lepas, saya bersama team saya mengadakan perbincangan selama 5 jam di dalam cahaya samar kerana menggunakan projector. Semoga mata saya semakin tahan lasak selepas ini. Ayuh, mataku! =p

Nota 1: Saya ke pasar selepas Maghrib semalam. Rasa macam tak nak masuk rumah semula. Suhu sejuk yang sangat nyaman. Sukanya~ Huhu.
Nota 2: Ada sesiapa boleh meneka di mana lokasi gambar di atas? =)

21 Responses to “Dari Kerana Mata (iii)”

  1. Shazwani Adnan says on :

    salam.

    ni wanie tak tahu kat mana, tapi macam bukan moscow. ni yang time ks bercuti summer lepas ek?

    *ks mmg suka manja ngan wanie, kn?

    Reply

  2. chi am says on :

    am da kate makan sayo makan sayo.. kalo mate rabun tu tak makan sayo la tu.. hihi

    Reply

  3. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    tu kat charles bridge ker?

    Reply

  4. Ainul Arina Madhiah says on :

    salam ks
    ks, tak nak gi try check mata ke? mana la tahu kot2 power mata naik ke?

    Reply

  5. haritz says on :

    Salam, anda mengalami mcm saya. Kalau terlalu terdedah pada projector mmg kelabu sikit mata kita lepas tu. Ada sedikit petua org2 tua kalau nak ikut la.Saya amik dari nenek saya dari Gelam kedah. Bila bangun pagi sebelum buka mata selawat dan berdoa “ya Allah berilah penglihatanku yang lebih baik dari semalam”.Mudah bukan.Nenek saya dah takder tp waktu umur 98 tahun boleh membaca Al-Quran tanpa kaca mata.

    Reply

  6. fathiyyah says on :

    senior sy kata kan kak,disebabkan sy melengah2 kan utk tukar power spek,sbb tu mata sy sangat mudah utk terkena ketumbit tu..

    huhu,akak belum tgk lagi mata sy bengkak mcm alien mcm mana

    mak saya selalu ckp ‘jaga elok-elok mata tu,sayang kalau buat tak endah je.thia punya mata cantik’

    cewah,sempat lagi sy ni.. hihi

    Reply

  7. jejakalkindi says on :

    mata kabur maknanya sarah kena berehat2 sikit…semoga cepat kembali normal, jangan kena tempah spek baru plk..

    err…x cam la..moscow ka tu..ataupun wein, praha ataupun sejauh capetown?

    Reply

  8. djambu puadovich says on :

    charles bridge, prague, republik czech…

    Reply

  9. Cinta says on :

    Salam Sarah,
    Amboi banyaknya spec, bole buka kedai spec lepas nie?hehehe

    Reply

  10. Sarah Mohd Shukor says on :

    Wanie:
    Hehe. Memang gambar summer lepas. Tak boleh ke KS manja2 dengan kamu? Kalau takde kamu, dengan sapelah KS nak manja2 sokmo? =p

    Am:
    Sarah dah makan la Am. Am je yang tak nampak Sarah makan. *geli eden eh

    Izu:
    Awak sangat cekap. Nanti saya buat kek ok! *hint ni =p

    Reply

  11. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ainul:
    Kalau ada masa insya Allah. Tapi spect baru sangat buat last august. Sayang la.

    Haritz:
    Terima kasih banyak2!! Pagi tadi saya amalkan doa tu. Insya Allah saya akan amalkan. Doa tu nampak mudah tapi saya suka. Bermakna. Terima kasih sekali lagi ye.

    Thia:
    Chalazion takde kaitan dgn hal ni. Chalazion jadi sebab ada duct tersumbat. Meibonian duct(ke KS salah eja ni?). Jadi, terbentuklah internal cyst tu. Ha. Jaga mata tu. Alang2 dah cantik, biarla cantik selamanya =)

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    Abg Fisol:
    Itu adalah Praha! Saya tak mau buat yang baru. Abis la duit saya ni. Saya tengah usha nak beli camera ni. Sangat memerlukan. Hehe.

    Yeop:
    Ya betul! Tepat sekali! 😉

    Kak Cinta:
    Huhu. Nak buek camano kak. Ada yang power complete sekali dengan astig punya. Ada yang lagi satu tu takde power astig tapi ada untuk malam punya. Ha. Tu yang jadi ada 2 yang saya selalu guna. Yang lagi satu tu yang lama. Yang lagi lama pun ada! =D

    Reply

  13. alone says on :

    haha

    *dah 4-5 kali tukar spek

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Alone:
    Huhu. Err. Boleh la geng ye. Saya dah berbelas kali kot *tukang perabih duit mak bapak =p

    Reply

  15. Khairul says on :

    ish ish KS. jaga la kesihatan mata eh, tak elok duduk dalam cahaya samar camtu (kalau saya, sure dah sakit kepala). fyi power spek saya dah berkurangan, hahaha.

    Reply

  16. фарина захари says on :

    kekaburan gmbr itu nmpk seperti gmbr 10taun sudah 😛

    nasihat seperti teman2 blogger yang lain..

    ish ish ish ish (pjg betul!) **sambil geleng2 kepala** Jaga kesihatan mata awak tu okay? 😛

    Reply

  17. cikgu jawe says on :

    sarah! kurangkan blog juga satu kaedah jaga mata. hehe

    aku baru je beli spek baru.

    ada petua org tua. pagi2 waktu embun masih menitis. sblm matahari terbit, ambil embun sapu kt mata. baca selawat.

    errr.. aku pun rabun juga maaaa.. hihi

    Reply

  18. Sweet Thinker says on :

    gambar diatas tentulah kat pasar. kan kamo ckp suhu sgt nyaman!

    Reply

  19. a.s.h.a.r says on :

    Sarah,

    Bro nampak gambar tu kabur pada jarak o.5 meter. Mata bro kabur atau gambar kabur…

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul:
    KS penah 2 kali je turun dalam masa 15 tahun ni 😐

    Fareena:
    Haha. 10 tahun sudah?? Maksudnya umur KS dah 33? Oh my! Sengaja KS kaburkan =p Nak kasi effect mata ni dirasai semua.

    Cikgu Jawe:
    Sini takde embun pagi cikgu!

    Sweet Thinker:
    Adeh. Keras pipi saya tahan senyum. Pasar lepasnya ye =D

    Bro ASHAR:
    Memang gambar kabur bro. Dikaburkan.

    Reply

  21. jejakalkindi says on :

    oo…nak tangkap DSLR lah ni ye…bagus. Bro pun tgh usha Pentax DSLR untuk k.mai kongsi ngan chor…

    sarah belilah Oly ataupun Pentax nanti boleh tukar2 lens ngan kami..hehe

    abg skrg dah establish grp "No Frills Photographer" ngan kawan2..kerja kami mudah, tangkap gambar dlm RAW, no editing + free editing course ( Adobe & Apple Aperture),gambar client edit sendiri.. lagi bagus rasanya ilmu editing boleh diguna seumur hidup..boleh charge murah lagi..itu niche kami

    Reply

Leave a Reply