Gadis Melayu-Muslim

Assalamualaikum wbt

Bagi yang berada di Malaysia, pasti biasa terdengar atau menonton rancangan realiti TV, Gadis Melayu, di TV9. Sebenarnya, kami yang di luar inipun ramai yang mengikuti perkembangan rancangan ini. Terutamanya budak lelaki. Haha. Maklum sajalah. Ramai yang comey-lotey terpilih sebagai 10 finalis Gadis Melayu.

Tapi saya tahu, sebenarnya ramai yang mengikuti kisah pencarian ikon Gadis Melayu ini sekadar hendak melihat apa yang mampu dan apa pula yang tidak termampu dilakukan oleh mereka. Lepas tu, borak-borak dengan kawan-kawan tentang apa yang ditonton oleh mereka dalam setiap episod terkini yang terdapat di laman rasmi TV9. Sah-sahlah ada yang puji itu ini, kutuk-kutuk sikit, komen-komen tentang macam-macam hal dan tak lupa juga sekadar hendak tahu siapa yang akan tersingkir bagi minggu itu. Padahal diri sendiri pun tidaklah tahu mana pun.

Saya mula menonton rancangan ini selepas dijaja-jaja oleh Farah, rakan sekumpulan saya, yang teruja melihat episod pertama siri ini. Tapi hanya selepas episod kelima, barulah saya mula menontonnya. Pada mulanya saya sekadar hendak tahu apalah yang diketawakan oleh Farah dan kisahnya ada pelajar lepasan Rusia (dari Volgograd) menyertai saringan di Terengganu. Saya tengok pun melompat-lompat. Tiada masa hendak menonton secara total dari prolog ke kredit. Tapi sekarang ni, saya pun sudah terbawa-bawa perangai budak lelaki yang menonton sekadar untuk melihat telatah mereka pada setiap minggu itu (ini minggu kedua saya menonton secara total).

Tapi, sejak menonton saringan lagi, saya sudah mula menjadi pengomen tetap tak bertauliah di sini. Huhu. Tapi disebabkan saya menonton seorang diri, jadi segala komen itu tak kedengaran di luarlah. Hanya di dalam hati saja (mengumpatkah saya?). Ada sekali dulu, saya sedang mengemas dapur selepas memasak dan Wanie masuk ke dapur. Saya pun memulakan topik Gadis Melayu ini. Biasanya, saya dan Wanie sekepala bab-bab rancangan pilihan yang ditonton ketika lapang.

Selepas kami mengeluarkan pendapat itu ini, begitu begini, saya pun berkata begini kepada Wanie: KS rasa, kamu ni jauh la lagi layak nak jadi Gadis Melayu. Wanie menjawab semula: Eh, apa la KS merepek ni. Tak kuasa Wanie.

Hehe. Saya melawak saja. Kalau ditakdirkan Wanie berada di Malaysia sekalipun, saya takkan benarkan dia menyertai rancangan itu (walaupun saya tak berhak melarangnya). Tapi pada mata saya, kalau hendak dibandingkan sepuluh orang itu dengan seorang Wanie yang saya kenal ni, kesepuluh-sepuluhnya pun kalah. Huhu.

Pada pendapat saya, hendak menjadi Gadis Melayu itu bukan pada luarannya saja. Bukan pada budi bahasanya, pakaiannya, komunikasinya, kebolehan memasaknya (ayam lada hitam tu punyalah senang, adeh) atau pada kehebatannya dalam seribu satu kebolehan yang lain, tetapi juga pada agamanya yang menyempurnakan keindahan seorang Gadis Melayu itu. Kalau kita sedar, jika sempurna agama kita, sempurnalah kehidupan kita dari kita membuka mata sehinggalah kita menutup mata semula. Agama kita menjaga kita dari setiap sudut baik dari segi budi bahasa, pergaulan, kesopanan dan segalanyalah.

Setakat yang saya kaji (terbukti saya ini seorang juri tak bertauliah yang sesuka hati memberi pendapat di sini), Aida dan Husna mempunyai kriteria yang hampir menepati ciri-ciri ikon yang dicari. Cumanya, mungkin akan lebih lengkap kriteria itu jika aspek muamalah (cakap Melayunya yang senang orang faham, bab-bab salam-salam dengan lelaki ni) dititikberatkan.

Mungkin ada yang kata saya konservatif. Tapi saya pernah mengikuti kursus asas ibadah sebelum ke sini dulu bersama Ustazah Fatimah Zahra yang terkenal itu di Port Dickson. Kalau kita betul-betul menghormati agama kita, orang lain akan menghormati kita. Contohnya bab bersalam dengan bukan muhrim. Sebenarnya, kita boleh mengangkat tangan seperti hendak bersalam dan meletakkannya di dada seolah-olah sudah menyambut huluran salamnya. Praktikalnya sila tonton dalam filem Kiamat Sudah Dekat ketika seorang lelaki menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Sarah. Begitulah caranya. Kalau kita belum cuba, kita tak tahu bagaimana hasilnya, kan.

Saya juga tak sempurna. Jadi saya cuba belajar untuk menuju ke arah kesempurnaan. Apa yang betul, kita praktikkan. Kalau tidak tahu, kita bertanya. Untuk calon-calon ikon Gadis Melayu, tanggung jawab kalian besar sebenarnya. Kalian akan jadi ikutan dan sebut-sebutan. Semoga tanggung jawab yang ada itu digunakan pada jalan yang sepatutnya untuk menjadi contoh Gadis Melayu-Muslim.

Dulu, saya menangis menonton filem ini. Hmm.

Nota: Ketika menonton Gadis Melayu episod 8 tadi, mulanya saya diam saja kerana menggunakan earphone. Tapi, ada satu part saya terkekek-kekek seorang apabila sotong kering yang hendak dimasak sambal terus digunting saja tanpa direndamkan ke dalam air dulu! Keras-ketung tu Cik Kak! Buah pelaga jadi buah pala. Udang geragau jadi udang garau. Adeh la hai. Apo nak jadi neh.

29 Responses to “Gadis Melayu-Muslim”

  1. Inah says on :

    hehehe..topik yg sama diutarakan dan dibincangkan di bumi adelaide..kami membuat konklusi yg malaysian malay men are keen to choose a girl based on physical rather than attitude and character and religious

    I guess..komuniti makin melupakan identiti gadis melayu..bukan hanya berkain batik, pandai memasak..a good malay girl would be someone who really can understand how to be a good muslim

    that is just my two cents

    😉

    salam aidiladha untuk my lil sis

    hugs!!

    ps: akak dah berjaya masak nasi tomato and dalca kamben semalam.. 🙂

    Reply

  2. KA says on :

    wah mestilah ks gadis melayu terbaik nya…
    mak aih sampai sotong kering pun x rendam…ni dah kes berat ni

    btw salam aidiladha

    Reply

  3. FaYiisya says on :

    kalo diikutkannya,KS ada ciri2 gadis melayu.kehkehkeh hehe

    Farey kat KL la skang.x skolah.kna kuarantin kat umah.kena penyakit gila internet.dari pagi smpai ke petang ngadap.muahahahah!
    balik penghujung julai ari tuh.x skolah sbab alang2 dah pun…lgi pun dah nak pindah umah lagi nih.(jadi org nomad daaa)

    Reply

  4. cikgu jawe says on :

    aku cuma suka GM minggu lps masa mrk ikuti kem ibadah. ayu bertudung gitu. minggu ni dh tanggal tudung semula 🙁 mana ntah airmata keinsafan mrk.

    aku rasa mak aku lg layak jd GM dr mrk semua. muahahaha!

    ti aku tak le suka tgk GM tuh sbnrnya. tak tahan dgn gedik2 dia. huhu

    Reply

  5. AiRynnz says on :

    salam sarah…

    semuga sentiasa dilindungi oleh Allah selalu…

    akk x pernah sekali pun tgk gadis melayu ni..setakat tgk iklan dan dgr cite org…

    lau dilihat2 pencariannya cam lebih nak menonjolkan kecantikkan sahaja..rasanye lau di nilai betul2 x pernah la nak di anncounce2 nilah dia gadis melayu…sedangkan hakikat sebenar bukan begitu adanya………..

    ok sarah…gtg..
    akak rasa sarah pun layak menang lau sarah yg join 😉

    Reply

  6. Sarah Mohd Shukor says on :

    Sat sat sat. Jangan libatkan sy dalam kes ni. Sy tak mintak diri sy dinilai. Cuma sy nak ajak semua berfikir je. Sy cuma utarakan pendapat sy (yang konon-kononnya juri tak bertauliah ni) untuk difikir-fikirkan bersama =)

    Kalau mcm tu, baik sy senaraikan gadis-gadis Melayu yg sy kenal yg sy yg bagi sy bagus Melayunya dan bagus juga agamanya untuk gantikan finalis yg ada sekarang. Hehe. Marah la TV9 baca komen sy ni =p

    *Sy dah tak boleh study dah ni. Nak tidur dulu. Salam.

    Reply

  7. Anonymous says on :

    salam sarahhh =)

    heh. nadia tengok juge semalam. rumah ni lagi riuh jadinya. dengan mama, nadia, adik perempuan & abang nadia. semua bising menengok rancangan tu.

    nadia senyap je =p

    tapi ade satu part nadia terus jerit. Alahaiiiii. masak ayam lada hitam pun tak masak ke mama? waaaaaaaaaa. cemana leh lepas saringan ni. serius gile merah lagi ayam tu. cemana la tu ek.

    xpelah

    mungkin kelebihan mereka di tempat lain =)

    ** nadia dah mula suka dengan husna masa episod die datang umah husna. sebab husna mengaji sedap. suka denga =)

    ny

    Reply

  8. Anonymous says on :

    Apa tajuk cerita ni ye sarah? ini bukan kiamat sudah dekat kan? macam lain je pelakonnya.

    ke ade kiamat sudah dekat 2?

    ** sementara saya sedang mencari ketenangan diri. saya mahu menonton filem ini. saya cuma mahu senyummmmm! bersama yang tinggal disisi saya.

    wahhh.

    oh. saya tak mahu sedih2 =)

    ny

    Reply

  9. CriticalThinker says on :

    sarah, kamu da lame menang pertandingan tu saye rase.. tak percaye tanye pakcik din. *tak paham kenape sbenarnye ny muram

    Reply

  10. Cinta says on :

    Salam,
    Walaupun ada di Malaysia, tak pula tergerak hati nak tonton rancangan itu..meskipun dicanangkan teman yang berkerja di produksi TV9 sebab konsepnya tak berapa nak kena…nak cari gadis melayu ramai saja di mana-mana bumi Allah ini..tapi nak cari gadis melayu yang indah di mata Allah swt memanglah susah..akak juga bukan manusia sempurna tapi berusaha untuk menjadi lebih sempurna..semoga saja niat kita untuk ke arah kebaikan mendapat keberkataan dari Allah s.w.t…insyallah …amin..

    Reply

  11. Shazwani Adnan says on :

    salam.

    Hurm.. Wanie setuju dengan kak Inah kat atas tu. Sekarang ni, rata – rata apa yang wanie tengok semua cari ciri2 fizikal dulu. Cari yang cerah kemerahan, bibir merah basah, gigi tersusun cantik. Habislah wanita jawe macam kita ni KS. Huhu..

    Kadang2 bila dgr orang cakap tentang wanita, mesti yang perfect saja yang kita dengar. Jadi buat kita rasa ‘ah, kurangnya aku..’ Tapi apa yang selalu wanie fikir : Cukuplah apa yang Allah bagi pada kita. Mungkin ini saja yang terbaik dan sesuai dengan kita.

    Maaf, tak pernah2 Wanie komen sepanjang ni. Bila cakap pasal wanita, Wanie jadi terlebih excited pulak! hihi… Ye la, kan wanie ni observer!

    Reply

  12. chmod says on :

    Pemilihan calon suami dan isteri hendaklah dibuat mengikut hadis yang menyebut bahawa seseorang itu dinikahi berdasarkan kepada 4 kriteria berikut:
    i- kerana kecantikannya<–dunia je
    ii-kerana keturunannya<–dunia je
    iii-kerana harta / kekayaannya<-dunia je
    iv-kerana agamanya<–dunia dan akhirat
    so pilih la nak selamat dunia atau nak selamat dunia dan akhirat. sekian pendapat saya!

    Reply

  13. nono says on :

    Kelakar jugak pasal sotong kering tu tak direndam dulu dalam air… 😀 Saya tak tengok pun rancangan ni cik Sarah… 😛

    Betul la apa yang cik Sarah tu.. Apa2 pun agama itu yang menyempurnakan seorang perempuan..

    P.s: Pasal bersalam dengan bukan muhrim, saya masih kalah untuk menolak salaman tu.. Ish ish ish…. Bila nak yakin berani menolak nie.. **geleng kepala**

    🙂

    Reply

  14. acai says on :

    Emmmm apesal org tak pernah tengok rancangan tu,hehee…patutlah adik2 sume tengok..:) entahlah, kalau yang berlakon tu frank lampard ke, drogba ke, ballack ke mybe tengok kot,hahahahahaha…:P

    oooo, kiranya rancangan tu nak cari gadis melayu tulenlah ek? no komenlah..asalkan gadis tu boleh menghayati agama Islam sebenar dah bersyukur sangat kalau dapat,ceewaahh..perkara lain jadi perkara kedua..:)

    ooooo sotong kena rendam dulu ye? ingat bleh makan begitu saja?hahahahhahaa

    Reply

  15. Mazarina says on :

    ermmm…biasalah, stiap manusia punya kelemahan…kdg2 blajar dr kesilapan itu lbh bmakna utk dijadikn panduan…

    kite punya kelemahan juga…:)

    br 1st time dtg sini…salam ukhuwwah

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Kak Inah:
    Saya setuju dengan Kak Inah. Setakat yang saya dah jumpa dan kenal, hampir 90% melihat kecantikan luaran sebagai ukuran. Memang la ada je yang pentingkan agamanya, akhlaknya tapi cantik tu tetap nak jugak. Huhu. Mengenali Kak Inah, saya tahu Kak Inah tak berpura dalam menyatakan pendapat. In fact kalau Kak Inah ditakdirkan masuk GM, saya rasa Kak Inah boleh pergi jauh. Sebab kriteria GM tu ada pada Kak Inah: tak lekang baju kurung, pandai bawak diri, PANDAI tahap gaban. Hehe. Woo. Sana raya hari apa? Siap dah masak bagai dah ni. Dalca tu saya berkenan tapi daging kambing saya rasa saya allergic juga. Untuk raya ni, ubat saya tinggal stok 2 biji je dah ni. Sebab hari tu ada orang masa pai daging tapi tak bagitau tu inti daging. Kembung pipi eden sekejap. Jadi mak panda terus =p

    Khairul:
    Sana raya bila? Ahad ke Isnin? Eh, jangan nak kaitkan dengan KS. Kalau gelak pun nampak gigi lagi, tu bukan GM tu. huhuhu. Sedangkan Rasulullah tersenyum pun tak nampak gigi, ni kan pulak kalau gelak sampai nampak gigi. Memang tak layak langsung

    Farey:
    Haa. Ni lagi sorang. Jangan kaitkan KS plak ye. KS takdek kaitan. Haha. Oh… Maksudnya kamu tunggu sem depan bukak la ye? Pindah mana pulak dah ni?

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    Mak cikgu Mak Dara Melayu. Huhu. Dah takleh la nak bertanding jad Gadis Melayu. Kekeke. Memang yang minggu lepas yang paling best. Sesi muhasabah tu saya sendiri pun nangis bila sebut mak ayah semua tu. Tapi Alhamdulillah Aishah dah pakai tudung sepenuhnya semula =)

    Kak Airynnz:
    Eh eh. Akak blogging semula ke? Ya Allah. Nampak sangat saya dah termissed banyak benda. *Sebenarnya saya suka tengok profile pic akak sebab muka akak macam Dian Sastrowordoyo dalam AADC tu* Hehe. Ooo. Akak tak penah tengok lagi eh? Hehe. Takpe. Tak rugi pun tak tengok. Dan pendapat akak tu betul. Sebab kalau ikutkan, wanita Muslim tu tak boleh terlalu memperagakan diri di khalayak dan yang paling penting bab-bab tabarruj dalam kecantikan tu dah terover plak dalam GM tu. Erk. Jangan kaitkan dengan saya. Saya kan Mak Panda. Takleh dikaitkan dengan GM. Hehehe.

    Sarah:
    Hah. Bangun dah awak ye. Sila basuh bilik mandi pagi ni. Kasi puas hati.

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Nadia:
    Haa. Tu satu hal jugak tu! Menggeleng jelah saya tengok part tu. Lagi satu yang saya tak tahannya, bila bawang pun nak kena timbang-timbang. Aduhai. Orang dulu-dulu haram jadah la nak jumpa penimbang segala bagai ni. Kalau 60g tu dalam 3 ulas bawang merah saiz sederhana la cik kak oi. Nampak sangat tak biasa tu. Huhuhu. Ups. Melebey sudaa =p Saya suka Husna sebab dia banyak ciri GM yang bagus tapi dari segi praktikaliti bertudung dan ketrampilan (termasuk komunikasi), Aida lebih ke depan. Aida bertudung sentiasa tutup dada. Husna pernah ada tudung dia dinaikkan sikit. Mungkin kehendak producer. Tapi dua-dua tu menjaga aurat denagn baik. Terutamanya bab lengan tu. Hand sock! Hehe. Erm. Tu memang cerita Kiamat Sudah Dekat. Saya ambil part yang Fandi dan Sarah berdoa dan solat mengharapkan benda yang sama tu je.

    Am:
    Statement sangat tak benar. Saya pun tak pasti kenapa dia macam tu.

    Kak Cinta:
    Hehe. Tu la jugak yang saya fikir. GM yang tulen tu bukan yang ada dalam rancangan tu tapi nun yang sedang laksanakan tanggung jawab dia kat luar sana. Tapi harapnya yang menang tu nanti dapat membawa semula imej GM dengan sebaiknya supaya GM sekarang sedar apa istimewanya diri mereka. Ada seorang kawan saya dari Vietnam dan lagi seorang dari Nigeria. Diorang kata, antara 3 bangsa utama di Malaysia ni (sebab kat sini ramai budak Malaysia), pelajar perempuan Melayulah yang paling lawa. Tadaaa! Tak perlu seksi meksi segala. Dengan imej kita yang tersendiri pun kita dah cantik sebenarnya. Tapi kalau agama pun cantik, lagilah bertambah cantik. Hehe.

    Reply

  19. KA says on :

    salam ks…
    mana ada ttp rasa ks lg layak 🙂
    hmm…raya isnin, moscow?
    syg sy x sempat rasa masakan ks….huhu 🙁

    Reply

  20. Sarah Mohd Shukor says on :

    Wanie:
    Mungkin sebab cara kita fikir hampir sama, kita ada life yang hampir sama jgk kan. Komen utk Wanie sama macam yg KS jawab pada Kak Inah =) Kalau Wanie observant, KS plak ignorant. Hehhe.

    Shamsul:
    Alahai. Kami bukan bincangkan tentang calon isteri =p

    Nono:
    Mungkin diorang tak biasa guna sotong kering untuk dibuat sambal kot. Hehe. Mungkin sekarang awak tak boleh lagi elakkan, tapi doa2lah satu hari nanti ada kekuatan untuk menolak =) Saya pun ada kelemahan saya sendiri tentang sesuatu. p/s: Salam kenal 😉

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Acai:
    Aishh. Awak memang. Kalau bab2 bola je terus la semuanya awak tahu. Huhu. Saya harap macam tu la jugak. Biarlah yang menang tu dapat jadi contoh yang terbaik untuk budak Melayu perempuan sekarang ni. Erm. Kalau sotong kering yang besar tu je kita rendam dulu Acai. Nak bagi lembut dulu. Kalau terus digunting2 dan masak, memang liatla jawabnya =p

    Mazarina:
    Saya teringat komen daripada salah seorang tenaga pegajar dalma rancangan tu. Katanya, patutnya yang terpilih jadi 10 finalis tu dah tahu macam-macam tapi sebaliknya diorang kena diajar dulu untuk menahukan diorang tentang keperihalan dunia Melayu ni. Yang saya cuba maksudkan, kalau macam tu, tak jauh bezalah diorang tu dengan ramai lagi yang tak terpilih sebab orang lain pun ramai je yang tak tahu lagi pasal pakaian tradisional dan lain2. Yang paling penting rasanya bab memasak kot. Huhu. Lucu nengoknya. Tapi tu la. Ni proses untuk diorang memantapkan lagi diri la kot. Kita semua memang tak sempurna tapi kita boleh belajar menuju ke arah kesempurnaan. p/s: Salam kenal.

    Khairul:
    Aish kamu ni. Sini pun Isnin jugak rayanya =)

    Reply

  22. Fly says on :

    assalamualaikum..tahniah blog yang menarik dan dapat berkongsi bersama pendapat2 kamu itu

    Reply

  23. ytmz says on :

    Cadangkan pulak Gadis Malaysia, haha pasti jadi semacam Ratu Cantik, Gadis Melayu-bungkusan baru makanan jajan gantikan Ratu Cantik, mungkin. Iklan nya menarik.

    Reply

  24. snm says on :

    saya rasakan, GM ni spt lakonan..x blh ke klu letak camera kt mana2 sudut? bia peserta GM x tau ktne kamera. so dr ctu kte blh nmpk true colours masing2. heheheh :p

    Reply

  25. sakura ^^ says on :

    kita sependapat! =)

    sy xsuke part salam ngan lelaki yang bukan muhrim (akak, yg ni muhrim or mahram? komfius..). kalau kita perhatikan rancangan kt dlm TV, jrg yg menjaga part ini..jika ada, susah untuk dijumpai. kdg2 sy terfikir, mungkin mereka ni xtau mcm mana caranya utk membalas apabila seorang lelaki menghulurkan tangan untuk bersalaman. tp kalau dlm rancangan ni, macam x rasional je tekaan sy tuh..huhu~ 🙁 *sedih nengok*

    Reply

  26. 13may says on :

    hehhe hehhe…

    saya tak penah tengok pun rancangan tuh….mcm tak berkenan…

    Salam Aidil Adha 🙂

    Reply

  27. Anonymous says on :

    konon2 salam itu budaya indon..
    huhu..tinggi pekerti mereka..
    ada motivater(fazrul ismail) dulu cerita, masa dia grad dia buat mcm org jepun, dari jauh dah tunduk, sebab chancellor tu perempuan.
    uhu, kirenye di mana ada kemahuan di situ ada jalanlah kan?
    =)

    Reply

  28. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    gadis melayu kene reti masak yg tak pedas jugak..baru sy kategorikan gadis melayu.

    Reply

  29. nadzunix says on :

    salam kenal …

    sangat2 sependapat dengan sarah 🙂

    GM yang tak nampak seperti GM.nad ikut dr awal episod sampai la ni, tapi tu r ,mcm hipokrit lak depa semua ni 🙂

    apepun blog ni mmg best 🙂

    Reply

Leave a Reply