Sebulan
Hari ini genap sebulan insiden barang-barang saya dicuri. Ini bermakna, genaplah sebulan saya mendapat sumber kewangan penuh daripada emak dan ayah saya.
Sewaktu mula-mula dihantar ke sini dulu, pelajar-pelajar tajaan JPA dan MARA hanya menerima 200 USD untuk perbelanjaan sebulan. Saya pernah ceritakan di sebuah entri khas dulu tentang hal ini. Kisah bagaimana kami hidup cukup-cukup makan saja dengan duit yang ada. Itu 5 tahun dulu di mana kos hidup tidaklah setinggi sekarang.
Tapi setakat ini, sepanjang sebulan saya bergantung sepenuhnya kepada bank emak ayah saya yang punya, saya hanya membelanjakan RM600 saja dan masih lagi berbaki. Serius. Saya pun tidak tahu bagaimana saya boleh hidup dalam keadaan begini. Tapi hakikatnya, saya bukan jenis orang yang makan di luar. Atau kalau diajak pun buat masa ini, saya lebih selesa menolak. Jangan harap saya hendak membazirkan duit saya sesuka hati. Saya pun bukannya jenis yang sukakan makanan ringan atau makanan sampingan seperti biskut dan kudapan yang lain. Bila teringin sangat saja baru saya beli. Untuk sarapan, siapa yang mengikuti blog saya sejak dari dulu lagi akan mengenali tabiat saya yang suka bersarapan dengan roti kosong dicelupkan ke dalam nescafe panas. Makan nasi sekali saja sehari. Lain-lain waktu, saya jarang mengunyah. Rusia ini lain. Musim sejuknya lebih lama daripada musim-musim yang lain. Kalau banyak makan, kadar glycogenolysis lebih rendah daripada kadar glycogenesis. Nanti makin gemuk pula kalau tidak diiringi senaman yang cukup.
Tadi sedang saya menjamah nasi, baru saya sedar ayah ada menghantar mesej. Tanya ayah: Duit ada lagi ka? Saya jawab: Ada berlebih lagi ni. Boleh guna hingga Jumaat depan. Dalam hati saya berkira-kira, kalau tidak berbelanja, memang boleh bertahan sehingga Jumaat depan. Tapi tadi saya singgah membeli ayam dan sayur kerana hari ini giliran saya memasak. Saya beli ayam seberat 1.3 kg. Harganya ialah 170 rubles! Sekitar RM24! Kebetulan ada Rodo dan Maryam bersama saya di kedai itu tadi. Makcik kedai memberitahu kami bahawa pada hari esok dan Isnin, harga ayam akan naik lagi. Hmm. Apalah nasib kami di sini. Harga melambung-lambung naik. Yang paling pasti, setiap kali masuk tahun baru, tarif baru untuk segala benda akan bermula. setiap tahun begini. Harga barang naik. Begitu juga harga top up kad metro, pas bas bulanan dan segala yang lain.
Kadang-kala, bila kita dalam kesempitan kewangan dan terpaksa berjimat semaksimumnya, barulah kita betul-betul menghargai susah-payah ibu bapa kita membesarkan kita selama ni. Seperti situasi saya sekarang, saya rasa tak sanggup hendak meminta pada emak ayah. Kalau sudah terpaksa sangat, barulah saya minta. Kasihan emak dengan ayah. Anaknya dah besar panjang ini pun masih perlu ditampung macam adik-adik lagi 🙁
Kalau saya sambung senarai saya tentang times that my parents stood up for me mesti saya akan menangis. Satu hari nanti saya pasti akan sambung. Ada banyak lagi yang saya hendak kenang semula susah-payah emak dan ayah sepanjang membesarkan saya.
Nota: Kesimpulannya, Moscow ini sangat mahal. Ya. Maha mahal.
“times that my parents stood up for me”
terima kasih emak dan ayah
tak tertanding kasih mereka.
Reply
bila dh keje dn menyara keluarga ni, baru le tahu peritnya mencari duit. jd sarah, jimat2 le ye. bkn awk sorang mak dn ayah kena sponsor. adik2 yg lain pun kena ada bahagiannya. huhu
Reply
yela sarah. even saya bkn breadwinner in my fmly, tp skrg kna blaja buat mcm tu. dlu saya selambe x hirau adik2 :p skrg kne tye pd 2 org yg jauh tu: bt pahat & lumut. dh la 2-2 x dpt full loan pljaran.saya ckp, result prekse bagus, br up ckit duit. klu x, jgn harap:p td br je dgr mak ayah saya discuss nk belikan adik saya lappy. kesian katanya..aduhaaii..
Reply
agak perit juga tu bila duit tak berapa cukup untuk tampung kos sara hidup ni.
Kena plan elok2 dan doa dimurahkan rezeki yer.
Reply
hurm, pernah mengalami situasi yang sama terpaksa mintak bantuan wang dr Malaysia… -_- takpe2 akak.. nanti bila ada duit, blehla bayar balik.. smoga dimurahkam rezeki
Reply
kak sarah! akak ni memang jenis orang baik2 la kan? pandai berjimat, nak tolong ibu ayah selalu.. kan? *tunggu dimarahi (sarah marah bila dipuji)
semoga murah rezeki sekeluarga!
Reply
sememangnya bila teringatkan jasa ibu dan ayah mesti kita jadi sebak.bila mak dah tiada (ayah meninggal masa saya nerumur sembilan tahun) baru terasa sangat betapa tak puas dan tak cukupnya saya membalas jasa beliau…rasa terkilan dan sayu sahaja.
Reply
hurm..cukup ka sebulan 200 usd?
huhu..cam sikit ja
nengok student mesia kat negara lain siap leh gik travel sana sini,beli gadgets mahal laks tue!
Reply