Kuasa Redha Itu Hebat

Assalamualaikum wbt

Siapa kata saya tidak sebak atas apa yang terjadi. Sebak dan sedih sudah pasti. Cuma saya tak zahirkan dengan menangisi ini semua. Saya takut saya semakin tidak redha dengan apa yang terjadi. Jadi, diam dan bawa bertenang adalah yang sebaiknya. Malam tadi saya tidur agak lewat. Mulanya, saya kemaskinikan artikel bulanan untuk majalan persatuan pelajar. Seterusnya, sebaik saja urusan pembatalan kad menerusi talian khidmat pelanggan 24 jam Maybank selesai, saya cuba tidur tapi susah hendak lelap. Mata manalah yang mampu lelap kalau dalam hati dan kepala risau tentang banyak benda yang perlu dibuat. Saya bangun senaraikan atas sticky note saya apa yang perlu saya lakukan bermula hari ini. Selesai saya tulis semua, baru saya boleh tidur. Tapi tak lelap. 4.45 pagi saya sudah terjaga. Rutin hari ini pun bermula.

Saya online di awal pagi buta tu. Memang tiada orang sangatlah yang online waktu tu. Saya lihat handphone. Ada mesej daripada ayah mengatakan akaun Atiqah yang saya berikan nombornya pada ayah Maghrib semalam tidah sah laku. Tidak tahu di mana silapnya. Saya cuba membalas mesej tapi sekali lagi ada masalah dengan talian. Saya tak boleh menghantar mesej ke nombor Celcom pada waktu itu. Tapi, sebaik saya online, Kaklong terus menegur. Dia meminta saya cuba mendapatkan bombor akaun kawan yang lain supaya ayah dapat memasukkan duit untuk saya. Saya beritahu Kaklong, di awal pagi begitu, semua masih tidur. Nanti jika ada yang sudah bangun, saya akan mesejkan nombor akaun yang baru. Saya memang masih mengantuk pada waktu itu tapi memang tak boleh lelap.

Dan di kala itulah seorang kawan menegur saya di YM. Bermula dengan soalan-soalan asas tentang kejadian sehinggalah tentang kerisauan saya tentang credit book yang hilang itu. Saya terangkan padanya kenapa saya risau dan lecehnya urusan untuk mendapatkan semula ke semua tanda tangan para profesor dan doktor sejak tahun 1 dulu. Banyak masalahnya. Bangunan akademik untuk tahun 1 jauh letaknya dari sini. Tambahan pula, manalah saya ada masa nak ke sana pada waktu bekerja kerana saya sendiri terpaksa ke hospital. Lepas tu, jenuh pula hendak mencari semula profesor-profesor itu kerana mereka tak semestinya berada di bangunan akademik itu saja. Banyak halangan yang perlu dilalui. Sebaik saya menenrangkan duduk perkara yang saya risaukan ini, kawan saya ini pun menyatakan pendapatnya:

“Nak siapkan semula dapatkan tanda tangan semua ni bukan sekejap, kan. Makan masa 6 tahun semula.”

Saya terdiam memikirkan apa yang dikatakannya. Dan tiba-tiba saya tersenyum. Ya Allah. Saya jumpa hikmahnya di sini. Hikmah yang mungkin pada orang lain adalah sesuatu yang membebankan. Saya katakan padanya terima kasih kerana ayatnya telah menampakkan saya sesuatu. Suatu hikmah. Ya. Andainya saya perlu mendapatkan semula tanda tangan para profesor dan doktor saya, saya perlu menjejak kesemua mereka yang pernah memberikan ilmu kepada saya. Sejak 5 tahun yang lalu. Ibaratnya, saya masuk mesin masa ke 5 tahun lepas. Menjejak satu persatu. Kiranya, ini boleh jadi lawatan terakhir saya sebelum saya meninggalkan mereka untuk pulang tahun depan. Saya masih berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan bertanya khabar mereka buat kali yang terakhir. Ya. Saya terasa ini sesuatu yang pasti memberikan kelapangan hati buat saya. Saya suka melihat muka guru-guru saya gembira jika dilawati bekas muridnya, mendapat ucapan terima kasih daripada bekas pelajar dan yang seumpama seperti itu. Sebab saat itu pastinya dapat melahirkan rasa bangga dalam diri guru kita kerana telah mempunyai anak murid yang akan tamat belajar (walaupun sebenarnya anak muridnya ni macam lanun je orangnya). Dan dengan kata-kata daripada kawan saya ni, saya rasa sangat redha dengan apa yang terjadi.

10 pagi tadi, saya ke rumah mayat lagi. Dalam perjalanan, saya sudah boleh mesejkan nombor akaun yang lain kepada ayah saya. Akaun Fatt, roommate saya. Di sana, rakan-rakan daripada group 3 bertanyakan laporan saya untuk autopsi hari semalam kerana saya ada menyalin semuanya (tapi dengan tulisan yang hanya saya seorang yang faham, mereka nak pinjam semalam tapi kasihan, susah sangat nak baca alfabet baru yang saya wujudkan itu). Saya ada menawarkan laporan yang akan saya kemaskinikan malam tadi tapi sayangnya laporan semalam itu telah hilang bersama beg semalam. Sebaik mereka mengetahui, ramai pula yang kasihan dengan saya. Haish. Buat saya terharu sajalah mereka semua ni. Saya bertanya kepada mereka andai ada yang tahu prosedur yang perlu dilalui jika kita kehilangan credit book. Justin menerangkan, tak perlu pergi menemui semua lecturer pun. Pihak Deans akan keluarkan senarai duplikasi kesemua keputusan exam yang telah diduduki dan akan menulis kenyataan rasmi dalam credit book yang baru bahawa buku yang lama telah hilang. Selesai. Ya Allah. Leganya saya mendengarkan itu. Doa saya dimakbulkan. Betapa Allah permudahkan segalanya. Dan kuasa redha itu ternyata hebat.

Tak lama saya di rumah mayat. Hari ini hanya bincangkan laporan kes saja. Selesai semua, saya terus balik. Saya tak boleh merayap ke mana-mana. Hari ini saya seorang pendatang asing tanpa izin di sini (PATI). Saya tak punya sebarang pengenalan diri. Saya hanya boleh membuat pengenalan diri baru Isnin ini di Deans. Malah, saya jauh lebih teruk daripada PATI di Malaysia. Setidak-tidaknya, mereka ada duit. Tapi saya sebatang kara. Dalam perjalanan balik, saya berniat untuk meminjam duit housemate saya untuk membuat duplikasi kunci rumah. Mereka semua junior, jadual kami berbeza. Senang Isnin nanti jika masing-masing keluar ke hospital dan pulang pada waktu yang berlainan. Sebaik sampai di rumah, Fatt, Pena dan saya menghabiskan masa bersama dengan memasak. Buat Roti Jala. Lagi 3 orang keluar. Sepanjang memasak, saya asyik terfikir-fikir tentang segala barang yang hilang itu. Semuanya. Yang masih mengganggu fikiran pastilah tentang credit book itu. Selesai memasak, kami menghabiskan masa masing-masing dengan cara yang tersendiri. Saya terasa mengantuk tapi tak boleh tidur. Selepas Zohor, saya baru saja hendak menyidai baju yang baru siap dicuci, tiba-tiba ada ketukan di pintu rumah. Ada orang datang. Tetamu buat saya rupanya. Saya bersiap bertudung dan keluar menemuinya. Pak guard bangunan ni. Dan dia memegang segenggam barang di tangannya.

Guard: Ada seorang perempuan datang tadi dia bawak barang-barang ni. Dia jumpa atas jalan kat tepi jalan sana. Awak punya kan?
Saya: Ya Allah. Spasiba! Ya. Semua ni saya punya. Terima kasih banyak-banyak.
Guard: Tadi dia kata, dia ada nampak beg warna coklat gelap kat dalam tong sampah di tepi pintu gerbang tepi jalan sana. Tapi dia tak ambil. Dia kata kosong. Tapi dia kata, kalau awak rasa nak tengok beg tu, pergilah ke tong sampah besar kat pintu gerbang tepi jalan sana. Mungkin ada apa-apa yang saya nak tengok.
Saya: Haah. Beg coklat gelap tulah beg saya. Ok ok. Saya pergi tengok terus lepas ni. Terima kasih banyak-banyak!

Saya bersiap untuk keluar rumah. Sejuk. Jadi harus berkot. Fatt menemankan saya. Kami ke raja segala tong sampah yang tingginya hampir 3 meter. Fatt betul-betul buat saya terharu. Dia panjat tangga menegak yang ada pada tong itu untuk melihat puncaknya. Terima kasih Fatt. Walaupun tidak menemui apa-apa, cukuplah kami buat syarat yang kami sudah mencari di situ. Kami ke tong sampah di tempah yang dimaksudkan pula. Saya ada menemui sebuah beg coklat tapi itu bukan beg saya. Sungguhpun saya tidak menemui apa-apa, saya sudah cukup bersyukur dengan apa yang saya sudah dapat semula dan saya yakin, beg beserta purse dan kamera saya memang sudah hilang. Tak mungkin benda berharga begitu tidak dihajati oleh orang itu.

Balik ke rumah, saya masih ada wudhuk dan azan Asar baru saja masuk. Saya terus solat Asar dan saya melakukan sujud syukur sekali. Kemudian saya mesej ayah memaklumkan hal ini. Alhamdulillah. Barang yang saya telah dapat semula ini sesungguhnya betul-betul membuatkan saya lega.

Mahu tahu apa yang telah saya dapat semula? Kad pelajar, kad metro, kad hostel, kunci rumah dan credit book saya! Ya. Credit book saya juga dipulangkan semula. Saya pohonkan senang dalam urusan mendapatkan credit book yang baru, tapi Allah hadiahkan saya penyelesaian yang jauh lebih mudah daripada apa yang saya sangka. Saya tak perlu berbuat apa-apa. Segalanya masih dalam keadaan yang baik. Tak basah, tak kotor. Allah benar-benar telah memakbulkan doa saya. Isnin ini, saya cuma perlu mendapatkan kad pengenalan diri sementara (spravka) di Deans. Boleh percaya tak, itu saja yang perlu saya lakukan kini. Itu saja!

Dalam hati dan di mulut saya memang tak henti-henti saya memanjatkan rasa syukur. Betapa kuasa redha dengan ujian Allah itu sangat hebat hikmahnya. Saya yakin ini semua memang bukan kebetulan tapi memang ada sesuatu yang Allah hendak saya pelajari. Konsep redha, berbaik sangka dengan-Nya dan tidak berputus asa. Inilah yang saya pelajari daripada ujian ini.

Semalam, saya ada berkata kepada Ika sebaik sudah menguis-nguis sampah di tong sampah kedua. Kata saya, saya tak mahu menangis. Kalau saya menangis, nanti saya akan rasa marah dengan apa yang terjadi. Rasa tak redha dan nanti saya akan cepat putus asa dengan apa yang akan saya cuba usahakan. Jadi, saya menahan diri saya daripada menangis dan saya cuba sebaiknya untuk berlapang dada dengan ujian ini. Setiap kali teringatkan hal ini, saya katakan, saya perlu redha. Ada bahagian saya yang perlu saya bersihkan daripada terus menjadi milik saya. Dan ya. Saya redha.

Dan awal pagi tadi, saya ada katakan kepada kepada kawan saya tu, saya mungkin akan menangis suatu hari nanti apabila segala urusan dan susah-payah untuk mendapatkan kembali tanda tangan untuk credit book itu selesai. Dan ya. Sebaik saya mendapat semula credit book saya itu, dalam sujud dan doa solat Asar tadi, saya menangis. Menangis gembira dan terharu dengan belas ihsan Allah untuk saya.

Betapa kuasa redha itu hebat.

45 Responses to “Kuasa Redha Itu Hebat”

  1. thia says on :

    Alhamdulillah..
    akak sudah tak apa-apa..lega sangat hati saya..
    akak jaga diri yaa

    Reply

  2. Nadia Yuna says on :

    Alhamdulillah.
    Alhamdulillah.
    Alhamdulillah.

    Again. I'm Proud of u sarah

    & of course, i've learn something =)

    Reply

  3. cikgu jawe yg comel says on :

    kak ngah! jaga diri. ekekekeke!

    syukurlah sglnya tlh berakhir dgn baik. doa sarah dn mak bapa sarah juga tlh dimakbulkan Allah.

    lps ni hati2 ya. blh berlatih futsal dgn tenang. hehe

    Reply

  4. akak says on :

    Ya Allah Sarah. terkejut akak baca entri Sarah. Alhamdulillah Sarah tak ape dan semua kesulitan telah dipermudahkan olehNya dengan cara yang terbaik. Akak kagum Sarah mampu hadapi semuanya dengan tabah & lulus ujianNya dengan cemerlang. Alhamdulillah.. Sukarnya nak hadapi semua tu kalau akak di tempat Sarah. Tapi nyata Sarah memang hambaNya yang terpilih utk menghadapi situasi ini. Jaga diri baik-baik..

    Reply

  5. kylex says on :

    salam..

    alhamdulillah,dah jumpa sume brg2 cik sarah 🙂
    Setiap kejadian pst ada hikmahnya kn..Serius sy ckp, sy tersentuhla bc entri ni,mcm nak nangis jgk pun ada,huhuh :p

    Sy dah bljr lagi sesuatu drpd cerita KS ni,tq..Semoga segalanya selamat dan dipermudahkan untuk KS,AMINN 🙂

    Reply

  6. Ainul Arina says on :

    sudah nyata Allah tak pernah tinggalkan hamba-Nya kan? Tambah-tambah hamba yang sangat yakin akan bantuan dari Dia. Siapa yang berbaik sangka pada Allah, pasti Allah makbulkan sangkaan mereka. Subhanallah.. Alhamdulillah la ks, semua dah setel. ^_^

    And the most impportant thing, many people have learnt something from your post. Including me… See how it really meaningful??

    Reply

  7. a.s.h.a.r says on :

    Betapa kuasa redha itu hebat
    Allah Maha Penyayang Sarah
    Syukur padaNya dimudahkan urusan
    Betapa hebat tanda sayang Allah itu

    Reply

  8. Dr Amad says on :

    Salam ks..

    Kebetulan pula semalam usrah kami ada duk bedah dan kupas ayat al-ankabut:2-3..

    Satu ayat peringatan dan penyejuk jiwa bagi orang beriman.Ujian hadir itu kerana dua sebab,mungkin Allah mahu naikkan darjat atau hapuskan dosa.Yang pasti ujian diberi Allah tanda Dia cayang banget sama kita…

    Cuba bayang kalau Allah kata” lantak kome le nak wat ape,nak wat maksiat ke,dosa ke…sampai masa aku azab”…

    Dia bagi juga ujian nak ingatkan kita…Dia cayang ks la..insyAllah

    Reply

  9. k.lin says on :

    Salams Sarah,

    Alhamdulillah.. segala puji hanya untukNya..

    ujian bukan saja untuk menguji kita.. malah mengukuhkan keimanan kita.. dan menjadikan kita lebih kukuh personaliti

    tahniah sarah.. optimis sangat!!! way to go sista.. 🙂

    Reply

  10. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    yeay..alhanmdulillah allah permudahkan sedikit demi sedikit urusan awak…

    Reply

  11. CritiCalThinKer says on :

    aku tidak pasti kalau memang ada orang sebaik kamu di atas muka bumi ini.. tapi jika memang kamu yang pertama, alhamdulillah.. aku syukur dunia masih belum nak kiamat..

    Reply

  12. CritiCalThinKer says on :

    tahniah sarah kerana menjadi kamu!

    Reply

  13. Pemburu says on :

    takziah atas berita kehilangan barang2 tu.
    Harap kak sarah x kisah sy linkan blog ini ke blog sy ye. thx…

    Reply

  14. Only me says on :

    Terima kasih. Terlalu banyak yang akak belajar dari perjalanan hidup sarah. Walaupun perjalanan hidup akak lebih panjang, tapi pengalaman dan perjalanan hidup kita semua berbeza, kan…

    Reply

  15. Anonymous says on :

    alhamdulillah……

    Reply

  16. chmod says on :

    salam doc sarah…
    alhamdulillah…segala pujian bagi allah…allah maha berkuasa..allah test kita…sama ada kita nie sorang yang redha dengan apa yang di test atau suka merunggut…sudah pasti sarah adalah seorg yang sabar dan redha dengan ujian yg diberi..kamu seorang yang cukup tabah…saya bangga dengan kamu…

    Reply

  17. jurnaldaie says on :

    Assalamualaikum…saya faham perasaan orang yng hilang beg atau dompet. Saya baru alaminya isnin lepas. proses yang remeh dan memerlukan kos yang agak tinggi bagi saya amat menguji kesabaran. Tapi pada saya, itulah kehidupan. banyak yg kita perlu belajar dalam kehidupan. Ada hikmahnya setiap yg berlaku. Mg awk menjadi insan yang tabah dalam mengharungi hiudp…teruskan perjuangan di bumi Rusia…
    Umat Islam menanti kejayaan awak…

    Reply

  18. ChaiReeL AziZee says on :

    bersyukur ke hadrat ilahi sbb jumpa balik barang2 tu…sy yg mengikuti pengembangan secara tersembunyi..hehe..pun agak terkejut..besar sungguh kuasa tuhan kan…mmm..

    today..i’m learn something from this event..

    Reply

  19. Mohd Hazreen Rashid says on :

    Alhamdulillah…

    orang yg baik akan sentiasa ditolong oleh Allah…
    jumpa balik benda2 tu, dan dpt pengajaran n hikmah pula…

    takpa2, nnt dah kerja beranak pinak bleh citer benda2 ni kat anak beranak…

    Reply

  20. snm says on :

    Hamdallah hamdallah hamdallah
    Salam Sarah..
    Saya di USJ ni. beraya rmh aunty. ingt nk baca kt rumah tp rs nk klua airmata bc entry ni, trus respon pd sarah. serah padaNYA 100% infiniti, insyaAllah dipermudahkan. Happy dgr sgl nya berakhir dgn baik 🙂 smga hari2 Sarah sentiasa wardah (selain dr hari Jumaat ;p)

    Reply

  21. snm says on :

    sarah..cecepat tukar status kt sblh ni. x mo mode sedih yek.

    Reply

  22. ytmz says on :

    Dah boleh happy yale-yale.. girang gembira ya =)

    Reply

  23. sarah mohd shukor says on :

    Salam buat semua.

    Thia:
    terima kasih thia. kamu pun. jaga diri ya =)

    Nadia:
    terima kasih nadia. ats segalanya. semoga awk pun kuat. dlm nak selesaikan tesis awk tu ye =) muaah!

    Cikgu Jawe:
    terima kasih ye cikgu ats doa n kata2 semangat dr cikgu. ye. mak ayah n keluarga sy byk membantu sy. eii, cikgu tak aci. cikgu gi terjah blog fareena. tp tu bukan cerita rasmi lg tau cikgu. hehe.

    Reply

  24. sarah mohd shukor says on :

    Akak:
    terima kasih banyak2. sy pun tak sangka sy boleh sekeras n seteguh ni utk kali ni. semoga ada la sesuatu yg bermanfaat yg dpt dikongsikan drpd cerita ni insya Allah =)

    Kylex:
    eh eh. jgn la nangis. tak macho dah nanti. hehe. smga dpt ambil apa2 yg baik drpd cerita ni ye.

    Ainul Si Adik Kecik:
    ainul, terima kasih banyak2 =) sgt2 terma kasih. tu la pengajaran terbaik yg ks dpt: berbaik sangka dgn Allah. insya Allah ada sesuatu yg baik tersedia utk kita. insya Allah… =)

    Reply

  25. sarah mohd shukor says on :

    Bro ASHAR:
    terima kasih bro. ye. hebat sungguh Allah tunjukkan kasih sayang dia. ada mcm2 cara dan sy dipilih utk merasa kasih sayangnya dlm bentuk ujian. Alhamdulillah, penyudahnya baik.

    Fahmi:
    terima kasih fahmi. ye. ayat tu. terima kasih sgt2 =) insya Allah, kalau kita letak Allah di depan segalanya, Allah pun sentiasa ingat dan sayang kita =)

    Kak Lin:
    sy optimis ke kak? kadang tu, sy ni la org yg terlalu cepat gelabah dgn kemungkinan yg bakal dtg. cuma utk kali ni lain skit. sgt lain. kak lin, semoga akak sihat2 aje ye di sana =)

    Reply

  26. sarah mohd shukor says on :

    Izu:
    izu, terima kasih banyak2. sangat2 terima kasih. sbb sy tau awk ambil berat tntg hal ni. terima kasih sgt2 atas email awk tu. tp sy mmg takde masa lg nak balas email skrg ni. sgt takde masa. sungguh ni. awk antara org yg sy tak lupa tiap2 kali sy nak menulis di blog ni. sungguh ni. bukan sbb nak bodek duit raya aje to mmg sbb awk sorg kawan yg sgt best!

    Critical Thinker:
    CT, siapa kata sy baik? sy ni dengar lagu rambu ramba tu jgk. sy ni, kadang tu huha huha jgk. sy ni, keras kepala dan degil jgk. byk lagi ‘the other side of me’ yg awk tak nampak. tp kiamat tu ibaratnya dh di depan batang hidung kita je skrg. org baik bukan kayu ukurnya, kan. tp sy syukur sbb sy masih kekal sbg sy. NA, jom! =)

    Pemburu @ Muaz:
    terima kasih muaz. ye. takpe. ks tak kisah. belajar molek2 deh kt sana =)

    Reply

  27. sarah mohd shukor says on :

    Kak Suraya:
    sy pun ada belajar sesuatu drpd perjalanan hidup akak. memang sesuatu. akak sgt tabah. salam utk dania aisya ye =)

    Anon:
    Alhamdulillah.

    Chmod @ Shamsul:
    terima kasih banyak2. sy ni bukan la setabah atau sesabar ni. kadang tu, ada batasnya yg sy tersimpang jd meraban ntah apa2. cuma utk ujian kali ini, Allah betul2 nak ajar sy sesuatu. Alhamdulillah. sy yakin ramai yg turut dpt belajar sesuatu drpd apa yg terjadi.

    Reply

  28. sarah mohd shukor says on :

    Jurnal Daie:
    oo. ada hilang dompet ye baru2 ni? semoga ada penyelesaian ye utk masalah tu. apa2pun, terima kasih!

    Chaireel Azizi:
    alhamdulillah jumpa dah. tinggal 1 benda je nak buat esk. harap mmg semua dpt belajar sesuatu drpd apa yg terjadi ni =)

    Hazreen:
    ye. nanti kan, ks cite kat anak cucu ks apa yg jd kt ks ni. lepas tu ks siap warning diorg jgn la hantar anak cucu ks tu ke rusia. huhuhu :p

    Reply

  29. sarah mohd shukor says on :

    Falin:
    Alhamdulillah. sy pun tak tahu knp kali ni sy lain. mmg Allah nak sy belajar drpd semua ni kot. Falin, semenjak 2 menjak ni, bukan Jumaat je sy wardah. boleh kata setiap hari. sbbnya, Dia dan dia sentiasa ada =)

    Yasir:
    terima kasih yg teramat sgt. awk jelas dan faham kenapa, kan. insya Allah, sy takkan lupa sampai bila2. yale-yale? jom =)

    Reply

  30. chmod says on :

    salam doc sarah…
    cepat2 tunaikan tag yang di tag oleh nadia..hehehe..tak sabar nie..nak tengok gambar sarah nie..cepat..cepat…cepat….

    Reply

  31. one says on :

    salam
    alhamdulillah
    saya yakiiin sangat sesuatu yg baik akan berlaku

    anyway thanks,utk perpektif

    Reply

  32. MNN says on :

    syukur alhamdulillah segala-galanya selamat. 🙂

    Reply

  33. mfadlimusa says on :

    Sarah,

    Bertapa kecilnya diri saya berbanding Sarah..

    Semoga Allah sentiasa pelihara kehidupan saudari disana.

    Reply

  34. nickynykos says on :

    SALAM SARAH,
    SUNGGUH TERKESAN ENTRY INI DI HATI SAYA.MEMANG BETUL, ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI HAMBANYA SEKIRANYA HAMBANYA TIDAK MAMPU..DAN KISAH AWAK INI BUKTINYA…
    ALL DA BEST SARAH…

    -SILENT READER-

    Reply

  35. ieya says on :

    salam sarah. i’m just a silent reader.tp sgt terkesan ketika sarah bhenti blogging. and only today, br sedar yg sarah dh buat comeback. ya, kuasa redha sgt hebat. tp sygnya, saya kini masih tidak mampu utk redha, even until today, after more than a year, for one hurtful tragedy that had happen in my life, that has taken 3meaningful soul away from me.and it was all my mistake.and i guess, by not being fully redha,that’s d reason why, i’m still not fully recover emotionally.go on blogging sarah, for it mean so much for some people.

    Reply

  36. nOnnie_sayang says on :

    salam. Subhanallah. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jika kita sujud dan meminta padaNya, nescaya tidak ada yang mustahil. Syukur KS mendapat rahmat dan hidayah dari kejadian ini.

    Reply

  37. Nisa says on :

    Alhamdulillah…
    Eventful betul hidup ngah kat sana…thou menguji kesabaran, it’s something that colors ur life =)

    Reply

  38. a.s.h.a.r says on :

    saat kita diuji begini
    melalui ujian, dan
    berakhirnya dengan penyudah yg baik
    kekadang rasa malu amat padaNya
    pada diri yg kurang bersyukur.

    moga pemeliharaan Allah
    untuk Sarah sepanjang masa

    Reply

  39. sarah mohd shukor says on :

    Shamsul:
    erm, tak buat tag tu kot.

    Oneib:
    alhamdulillah. dh settled dh semua.

    MNN:
    Alhamdulillah. dh settled dh semua. pasal bank card, mak ayah sedang uruskan di msia. thanks MNN!

    Reply

  40. sarah mohd shukor says on :

    Bro. Fadli:
    terima kasih byk2. eh, silap tu. sy ni yg lg kecik sebenarnya. sgt la kecik. hehe. apa2pun, alhamdulillah semua dah selesai dh td.

    Nickynykos:
    terima kasih nicky. betul tu. Allah takkan bg ujian kt kita kalau Dia tau org tu tak mampu bertahan. terima kasih sudi membaca di sini.

    Ieya:
    1stly, terima kasih sudi membaca blog ni. 2ndly, alhamdulillah dh selesai dh semua hal sy kt sini. 3rdly, tentang apa yg awk rasa not being redha with what had happened in ur life for He has taken away 3 meaningful souls in ur life, i recently had read something abt redha. 1 man asked his friend, why did he found it’s hard to forgive n forget what had happened in his life, and for that, he felt sick inside, felt unsatisfied with life n felt like questioning Him why He did this to him. Then, his friend answered, u felt sick inside because u’re so selfish to ur self. u keep the memory n keep blaming urself n thats why He tests u even more. u should forgive urself 1st then He will handle the rest. once u let the memory go, u’ll find urself feel better. just dont be too selfish on urself. it hurts u more. hmm. i found these words are true. Ieya, dont blame urself. forgive urself 1st then u can forget it. insya Allah, they are resting there in peace. sedekah Al-Fatihah utk mereka selalu ye.

    Reply

  41. sarah mohd shukor says on :

    Kak Nonnie:
    terima kasih kak. harap yg lain pun tangkap sesuatu drpd apa yg sy alami ni.

    Nisa My Dear:
    hmm. though it’s hurtful, but i found the beauty behind it all. i may look weak n pitiful, but i gain energy from the lesson i learned. sya, ngah ni asyik kena uji dgn mcm2 je kan? ….

    Bro ASHAR:
    terima kasih bro atas doa tu.

    Reply

  42. Abdul Hayyi bin Salim says on :

    Alhamdulillah dapat balik semua barang2 penting tu.. 🙂

    Reply

  43. nadia-ady says on :

    hmmm…sebenarnya semua masalah pun tak akan jadi masalah kalau kita fikir hikmah di sebaliknya kan? means kita try solve dan tidak hanya nangis n sebarang tindakan yg tak munasabah.tapi tu la perkara yg paling susah nak buat sebenarnya.tambah2 lagi kalau masalah yang agak berat dan memang menguji kesabaran.huhu

    Reply

  44. 'sNatasha.M' says on :

    Assalamualaikum sarah,

    Kita mungkin tak pernah berkenalan secara semuka tapi saya jumpa blog kamu dari kawan saya.

    Menitis air mata saya baca blog kamu. Kamu sangat hebat sarah…

    Saya diuji baru-baru ini dan saya menangis.

    Betul kata kamu. Kalu kita menangis, kita akan rasa cepat marah dan nak putus asa.

    Saya belajar sumthing dr kamu.

    Terima kasih sarah.

    p.s: Nama kamu sama seperti nama adik saya =)

    p.s.s: Salam Perkenalan.

    Wassalam.

    Reply

  45. sarah mohd shukor says on :

    Hayyi:
    alhamdulillah =)

    Nadia-Ady:
    ye. betul tu nadia. tu sbb kita kena sentiasa optimis n yakin Allah akn bantu kita.

    Natasha:
    terima kasih sbb sudi singgah sini. sy harap, sesuatu yg kita semua belajar drpd apa yg jd dlm hidup kita dpt kita guna sampai bila2. oh. kirim salam pd adik awk ye =)

    Reply

Leave a Reply