Gelaran Pangkat

Assalamualaikum wbt

Aduhai. Entri yang lepas tu saya merapu-merapu pun, habis semua orang melayan kemerapuan saya ye. Tapi ceria juga rasanya. Kebetulan saya memang tiada apa yang hendak dilakukan hari ini.

Semalam saya menelefon rumah. Saya ceritakan kisah kuah kacang 10 kg kepada ayah. Kata ayah, ayah pun ada menempah kuah kacang istimewa dari pakcik-yang-saya-dah-lupa-nama yang terkenal dengan kelazatannya. Selesa ini siapnya. Saya tanya, nak buat apalah sampai siap menempah kuah kacangnya. Kan boleh buat saja. Kata ayah, saja nak merasa sebab orang ramai sanggup menempah berkilo-kilo daripadanya. Saya bertanya lagi, makan dengan apa kuah kacang itu nanti. Dengan ceria ayah menjawab, dengan cakoi emaklah. Saja nak cicah-cicah. Ah. Ayah sengaja buat saya terliur. Saya suka betul kuih cakoi. Lagi gebu, lagi enak.

Saya meminta izin hendak berbual dengan emak pula. Saya mendengar ayah melepaskan telefon kepada emak dengan mengatakan: Nah mommy. Anak you nombor 2 pulak telefon. Tadi anak nombor 1. Haha. Mengada-ngada betul ayah nak bermommy-daddy pula dengan emak, ye.

Salam bersambut, saya terus berkata: Mommy, ni anak nombor 2 mommy dah call. Mommy tengah buat apa tu? Hah. Apa lagi, tergelak sakanlah saya dengan emak. Geli pula nak bermommy-mommy bagai seperti ini. Emak kata, sebelum tu, Kaklong ada menelefon. Saya dah agak dah begitu. Maklum sajalah. Hujung minggu kali ni, Kaklong tak balik ke rumah. Kaklong lagilah kaki gayut dengan emak. Gosip cikgu-cikgulah katakan! Haha.

Menyebut tentang isu emak-ayah, mommy-daddy, mama-papa, ibu-abah, umi-abi dan pelbagai varian yang lain, bagi saya, yang menjadi pilihan hati saya pastilah varian yang pertama: emak-ayah. Mudah saja alasan saya. Saya suka sesuatu yang melambangkan keluarga Melayu bukan campuran. Hehe. Mesti ada yang kata tak semestinya dengan bermama-papa, mommy-daddy semua tu melambangkan campuran atau ‘penjajahan’ kecil dalam keluarga. Memang bukan itu maksud saya. Cuma secara peribadi, saya suka sesuatu yang tulen. Saya suka apabila dapat memanggil emak kita dengan gelaran emak dan ayah kita sebagai ayah. Maksudnya jelas, maknanya mendalam dan pemiliknya juga kita ketahui siapa. Begitu juga untuk emak dan ayah saudara. Saya suka gelaran makcik-pakcik (Mak De-Ayah De, Mak Andak-Ayah Andak dan lain-lain). Saya tak gemar auntie-uncle semua ni. Serius tak minat. Macamlah bahasa kita tiada kata ganti nama yang indah untuk pangkat-pangkat yang berbeza. Selagi ada pangkat dalam bahasa kita sendiri untuk digunakan, pasti yang itulah menjadi pilihan saya. Apa yang jadi pilihan saya ini boleh diaplikasikan untuk semua bahasa tempatan kita termasuklah gelaran mak-pak, chek-ayoh, wak, yaie dan lain-lain. Ini cuma pendapat peribadi. Setiap daripada kita pasti mempunyai pendapat dan pilihan masing-masing, kan.

Kalau nanti saya sudah punya anak, saya suka gelaran emak. Sebab saya nak rasa apa yang emak saya rasa bila saya waktu pelat-pelat dulu mula memanggilnya emak. Entah-entah waktu itu saya menyebutnya ‘mamak’, ’emok’, ‘mok’ dan entah apa lagi. Saya nak rasa gembiranya tatkala pangkat emak itu disebut. Saya hendak ketawa bila dia nanti pelat macam saya cuba menyebut perkataan emak itu. Bagi saya, emak dan ayah itu adalah 2 perkataan yang sangat bermakna dan takhtanya jauh lebih tinggi daripada raja dalam hati saya.

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah diriku dan kedua orang tuaku dan Kau limpahilah kasih sayang-Mu sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku kecil.

Info: Kuih Cakoi juga disebut sebagai Kuih Kocok atau Pak Tunku. Ha. Pilih mana suka. Kalau di rumah, saya sebut Kuih Kocok. Dengan Tok Lebak, saya kena sebut Pak Tunku. Tapi dengan Tok Penang atau dengan ayah, saya kena sebut Cakoi. Layan sajalah. Bendanya sama je pun. Hehe.

Nota: Saya rasa, semakin saya meningkat umur ni, semakin saya manja. Jika dulu, saya yang akan menelefon rumah setiap minggu. Tapi sekarang, selang seminggu, emak dan ayah pula yang akan menelefon saya. Pernah juga saya musykil. Apakah Kaklong ada memberitahu rungutan tak berasas saya kepada mereka? Pernah suatu hari ketika balik bercuti yang lalu, saya merungut bengong-bengong kepada Kaklong. Saya katakan: Awak tak aci, Long. Kalau awak nak cakap dengan emak ayah, awak miss call je. Nanti ayah atau emak akan call awak semula. Ngah mana adanya macam tu. Sesungguhnya saya sengaja cari pasal dengan Kaklong waktu tu. Mana taknya. Kalau saya tak timbulkan isu ala-ala gaduh begini, malam-malam cuti sebaik dia sampai ke rumah, lepas Isya’ saja, terus dia nak tidur. Tak faham betul saya dengan kakak saya tu. Huhu. Bila adanya isu-isu begini, dia mestilah nak puaskan hati saya supaya tak berkecil hati, kan. Jadi, puaslah dia cuba menerangkan itu ini. Tapi penyudahnya, dia mati kutu sebab saya sengaja diam je. Yang dia pula, tak hingin nak memujuk. Geram je, kan? Hehe. Dia terus tarik bantal tutup muka dan tidur. Saya pula? Huh. Tarik laptop dan online. Inilah gaduh-gaduh sayang namanya. Kalau tak, takkanlah bila dia jauh dari rumah, dia mesej kata rindu kat saya. Huhu. Long, I lap you tau!

15 Responses to “Gelaran Pangkat”

  1. Nadia Yuna says on :

    i lap u tooo

    hehehe. nadia cam sgt biasa saje dengan i love u yg disebut dengan i lap u =p

    pasal pangkat keluarga ni,
    nadia pun x paham sgt
    ikut je mane org panggil,
    hok tu la yg nadia panggey

    tapi combination panggilan utk my parent cam pelik skey. Kitorang panggil ” mama-bapak “, hehehe. bapak pasai mai dr pineng kot. panggilan mama tu tak tahu la plak mai dr mana.

    ** nadia nak anak2 nadia nanti panggey nadia ‘umi’ =). umi..umi, ohoh berangan pulak =p

    ** nadia pun selalu misscall2 je, tp jarang mama call balik. last2 call sendirik. selamatlah leh gune account voip mymy yg free call tu. hehehe.

    Reply

  2. cikgu jawe says on :

    salam sarah:

    woooo gelakkan aku ye. hehe

    dlm keluarga aku, panggilan utk org tua mak-abah. tapi bila anak2nya dh ada anak masing2 guna gelaran sediri. ada umi, mama,bonda pun ada. hehe

    dr cerita sarah, kak long lbh suka berdamai dr timbulkan kontroversi. sbb tu dia cuba menerangkan situasi dn beri penjelasan. sifat anak sulung gitu le. pemimpin kpd adik2nya dn lbh byk mengalah. cara cikgu juga begitu. mcm aku gak. hehe

    jom puasa 6 sarah! hehe

    Reply

  3. shazwani adnan says on :

    salam

    Emak & Abah jadi pilihan keluarga Wanie. Tapi sama dengan kes Cikgu Jawe, lepas kahwin, semua anak – anak sedara Wanie panggil Mak Abah dorg dgn macam2 panggilan.

    Wanie kalau merajuk, kakak2 wanie tak makan saman. KEna pujuk diri sendiri sebab dorg tak sedar pon kalau dorg dh terkecik kn hati wanie. Sebab tu Wanie seorang yang kuat!

    Reply

  4. sarah mohd shukor says on :

    Salam buat semua =)

    Nadia:
    umi! umi! :p
    nadia, evoip tu la yg sy maksudkn kat entri ni. hehe. ada mymy punya, senang la awk yek :p

    Cikgu Jawe:
    hehe. adat la cikgu. bila masing2 dh berkeluarga, masing2 mesti ada pilihan masing2 kan. hah. kakak sy mana ada berdiplomasi sgt. dia berkuku besi. haha. sgt diktator orgnya :p bab2 jd pemimpin kpd adik2 tu boleh la jgk. tp, kdg tu sy yg kena jd pemimpin dia. tension betul sy. huhu. kalau nak buat keputusan beli barnag ke apa, dia suka cakap gini: ish, kaklong tak tau la ngah. awak pilih la. geram je tau. kita suruh dia pilih, lain pula jadinya. hehe. oh ye. dia selalu timbulkan kontroversi tau. tmbh2 plak, dia kan cantik orgnya! (^^,)v

    Wanie:
    tu la. sudah2nya kena pujuk diri sendiri je la kan. sama la kita ni wanie. huhu. tu pasal kita mcm ni kan! hehe.

    Reply

  5. faridmw says on :

    salam.. tersenyum bila baca entry ni.. bahagia tul keluarga awak.. heheheh semoga berbahagia selalu…

    Reply

  6. cikgu jawe says on :

    salam sarah:

    ehehe.. kak long awak baik tau. aku tahu. hihi. awak pun baik. yg tu acai tahu. 😉

    dia kena mcm diktator sbb adik2nya lah terpaksa dia jd mcm tu kot. lagi2 adik pompuan dia manja sgt2. hehe. mungkin kak long awak sesuai jd guru disiplin. blh le ganti tempat aku kalau dia kebetulan posting KS ni lah.. hehe

    aku juga garang dgn adik2 masa kami bujang2 dulu. garang mcm api. demi kebaikan mrk. lbh2 lagi adik2 aku semua pompuan. pernah tampar adik sbb keluar rumah mlm2… hehe
    tapi bila memasing dh berkeluarga, adik2 sgt rapat dgn aku. hehe

    tapi bab kak long awak cantik.. err.. semua org tahu. hehe

    Reply

  7. snm says on :

    sarah..sarah
    u light up my day!:D
    sbb entry ni remind saya pd childhood saya. saya salu tuka2 panggil nama mama saya. sbb terikut2 dgn kwn2 kt skolah. kejap pgil Umi, kang esok plak pgil Ibu, nnt lusa tuka pgil Mak. Last2 pgil Mama smpi la ni. skrg saya tiba2 rse klaka klu bakal2 menantu Mama saya nk pgil Mama..heheheh

    anak2 sepupu saya pgil saya Aunty Lin..gile poyo bunyi nye kan?last2 saya suh pgil Cik Lin aje..mula2 nk suh pgil Cik Kak Lin :p sbb sepupu saya x kira yg dha tua, dh beranak pinak pgil saya Kak Lin. tp mcm leceh jek..

    Reply

  8. snm says on :

    lg satu kan sarah..cakoi tu ada nama lain tau kt dlm fmily abah saya dia Muo..nak tau apa?
    Jamal Kunto
    klaka kan?hahahahah 😀
    haritu balik kg kebetulan makcik saya buat cakoi..lpstu abah saya masuk dapur dia ckp..”wahh ada Jamal Kunto.” pakcik2 yg lain pun pgil cmtu gak..hahahahaha 😀 rupanya cakoi tu dipanggil Kunto..masa zaman abah saya kecik2 dlu, cakoi ni dibuat oleh seorang pakcik bernama Jamal. tu sbb dpt nama Jamal Kunto..hihihihi:p mkn dgn smbl kacang..sedaaappp…

    Reply

  9. kylex says on :

    salam..

    saya pggl umi dan abah jer,sng sket..kuih cokoi?kalo tmpt sy pggl pak tongkoi,heheh..malaysia mmg pelbagai kn 🙂

    Reply

  10. akirasuri says on :

    Huhu..

    Marilah meniru cik ati, kami panggil Emak dan Bapak.. Nostalgik kan panggilan kitorang? 😀

    Sarah!
    Kad raya dah sampai.. Hijau gitu..
    Ok, cik ati akan selalu senyum ek 🙂

    Reply

  11. sarah mohd shukor says on :

    Farid:
    setiap ahli dlm sesebuah keluarga tu bertanggungjawab utk membahagiakan keluarganya =)

    Cikgu Jawe:
    aish cikgu ni. tak abih2 lg dgn acai dia tu ye. udah2 le tu cikgu. sy mana ada manja cikgu. kami 2 org je pmpuan. kalau cikgu tny la kat mak ayah sy, sy jamin diorg kata sy ni lg ‘keras’ n ‘tegas’ n ‘berdikari’. hehe. kami yg pmpuan 2 ni tak keluar mlm klu bukan dgn mak ayah atau ditemani adik2 lelaki. baik x kitorg ni cikgu 😉 huhu. fakta kakak sy seorg yg cantik tu mmg tak boleh disangkal lg tau!

    Falin:
    Ya Rabbi. ada2 je la awk ni falin. awk mcm jadikan mama awk tu sbg eksperimen pulak yek. hehe. sy ada anak saudara dah. sebelah penang la. disebabkan jarang sgt jumpa (n ada yg baru je kenal padahal umur budak tu dh 20 dh thn ni), so diorg kadang2 tu terpanggil sy Kak Sarah je. tp bila dh diperkenalkan dek sepupu2 sy tu, baru la tau yg tu anak2 diorg. so, terus kena switch nama jd Mak Ngah Sarah. Huhu. Jamal Kunto tu namanya mcm sejenih kuih yg telah diberi nama oleh P.Ramlee =p unik amat namanya. hehe.

    Reply

  12. sarah mohd shukor says on :

    Kylex:
    sy rasa kan, sy mungkin salah eja kot. sy rasa nama kuih tu Pak Tongkol kot. sbb kalau tak silap sy, ada yg sebut tongkoi mcm awk jgk. hehe. sy rasa betul sy silap ni =p

    Cik Ati:
    yeay. dh sampai dh. Alhamdulillah =) alamak cik ati. kantoi abis org baca ni tau psl warung tu. haha. sy sent email hari tu ke hotmail cik ati. nanti sy hantar ke gmail plak ye. tp tunggu mlm skit. ni ada hal ni. hehe.

    Reply

  13. kylex says on :

    Pak Tongkol@i,itu nama pggln dari utara..Kan KS pun asal utara sket2 @ byk2 ye,hehe 🙂

    Reply

  14. fizz says on :

    saya pon setuju yg no satu..sbb panggilan mak ayah mmg panggilan yang melambangkan kelaurga melayu..lgpn mmg panggilan tu yg sy guna…

    Reply

  15. hermes handbags for sale says on :

    Euro handbag can be a business supplying the particular traditional Hermes.
    ber sensuality of the brand to the masses via this partnership with Avon. When choose
    the texture, you can choose leather, hemp blends, well-made fabrics and so on.

    Reply

Leave a Reply