Berebut Hati

Assalamualaikum wbt

Allahumma salli ‘alaa saidina Muhammad wa’ala aalihi wa ashaabihi ajma’in.

Semalam di hospital segalanya kelam kabut. Dari A sampailah ke Z. Kalau wujud huruf lain selepas Z, pastinya kelam kabut juga keadaannya. Daripada 10 orang sekumpulan, hanya 5 orang yang datang. 5 lagi? Missing in action. Tapi memang rugi betul siapa yang terlepas sesi seminar semalam. Doktor yang mengajar itu kacak sungguh. Ini pendapat rakan-rakan sekumpulan sayalah. Mari kita lihat aksi mereka:

Ketika menganalisis CT Scan:
A: Mak aih. Wanginya doktor ni. Aku nak jadi isteri dialah.
B: Eh, mana boleh. Aku nak cop dulu. Kau lambat. Aku dah cop dalam hati dulu.
A: Shuh. Shuh. Aku yang duduk tepi dia ni.

Setelah selesai mendapat penerangan di meja:
C: Huih. Aku tengok A dengan B, korang memang teruja habis tengok doktor tu. Huyyo. Rebutlah korang ye.
A: Eh, mestilah. Kalau kita tak tunjuk, nanti dia tak sedar.
B: Aku blushing gila tadi. Kau sedar tak, doktor tu asyik tenung aku je.
(memang A dan B duduk bertentangan dengan doktor itu)
C: Ala. B, kau kantoi dengan aku tadi. Aku nampak apa kau tulis kat note kau. Kantoi!
B: Apa kau nampak?
C: Kau tulis yang pasal anastomosis tu jadi lain! Patutnya Gastroenteroanastomosis. Kau tulis shortform jadi pelik gila. Gastroentero then hujung tu gambar love (heart). Hahaha!
Kami: Ha?!! Huh. Direct flirting! Mak aih B.
S: Aik, kenapa kena ada love? (Biasanya kami gunakan simbol love sebagai pengganti perkataan heart)
C: Innocent gila kau ni S. Tu flirting la tu.
S: Perlu ke gitu sekali? Huhu.

Dalam perjalanan ke metro:
A: Aku tak boleh fokus waktu dia mengajar tadi. Aku duk asyik fikir ke lain.
B: Aku memang tak fokus langsung. Aku tengok je muka dia.
A: Korang nak tahu tak apa aku imagine? Aku terbayang, kalau aku dah duduk dengan dia, mesti aku hari-hari belajar Anat (Anatomy) balik semula. Sure aku jadi hebat gila macam dia tadi. Hahaha.
Kami: Euuuuwww. Jauh gila berangan!
F: Aku nampak satu je tadi. Muka dia macam Alex Grey’s Anatomy tu. (Jujur ni, saya memang tak kenal dan tak tahu muka Alex dalam cerita Grey’s Anatomy. Saya tak ikuti)
C: Eh korang, korang. S diam je. Takde bagi komen apa-apa pun pasal doktor tu. Entah-entah dia pun ada hati kat doktor tu.
S: Saya ni ada ke hati kat dalam ni? (Sinikal)
C: Ha! Kalau kau takde hati, kita tunggu esok. Kalau doktor tu bagi hati dia dekat kau, kau dapatlah satu hati! Seronok gila tengok cerita berebut 1 hati ni. Hahahaha! (Gelak sungguh-sungguh!)
S: Huh. Tak kuasa kome weh!

Erm. Hari ni Hari Jumaat. Penghulu segala hari. Banyakkan berselawat ye buat Rasul Junjungan kita. Setakat maklum balas yang saya dapat daripada kawan-kawan sekumpulan malam tadi, mereka semua akan hadir ke seminar hari ini awal-awal. Semuanya nak tengok muka doktor itu! Ha. Kita tengoklah ye apa akan jadi hari ini. Huhuhu. Sesi cop-mengecop akan bertambah dengan bertambahnya jumlah doktor dari kumpulan saya yang hadir. Hehe. Tambahan pula, hari ni kami akan bincangkan topik tentang Kanser Hati. Ha! Hati siapalah yang akan berkanser sebaik balik dari hospital petang nanti ye dan hati siapa pula akan berbunga-bunga =)

7 Responses to “Berebut Hati”

  1. snm says on :

    mcm zmn saya study jek sarah :p
    kebetulan pula pensyarah yg mengajar course kami semua lelaki. dan tua.

    tp masa skolah pun dasyat juga :p skola rendah tau, bkn skola menengah..huuuuu~~~

    Reply

  2. nOnnie_sayang says on :

    hahaha.. mcm2 perangai. anyway terhibur baca gelagat para doktor ni. Nnt bila balik msia, waktu bertugas jgn berebut patient handsome dah lah ye, adik2 semua!
    ks tak de hati? ada sbenarnya tu tapi dah kena curik!

    Reply

  3. Pijah says on :

    kak sarah.
    nak tengok muka doktor tu boleh?
    hehe 😀

    Reply

  4. CritiCalThinKer says on :

    alahai.. saya juga pernah melalui keadaan itu.. iya pada masa itu..tapi saya sebagai doctor itu! kwang3! (perasan gurau2)

    Reply

  5. tiang purnama says on :

    salam..
    hehhee
    apa kata tukar watak doktor kacak tu jadi doktor cute lagi manis..ha..agak2?

    Reply

  6. sarah mohd shukor says on :

    Salam buat semua =)

    Falin:
    dalam kes ni, sy tak terlibat tau. sy pihak berkecuali 😀

    Kak Nonnie:
    hati sy masih belum dicuri lagi kak. hehe. masih selamat menjadi hak mutlak mak ayah 😉

    Pijah:
    hehe. kisahnya hari ni, kami bersidang bersama doktor lain. bukan doktor kacak tu. tapi dia ada masuk dlm bilik kami berkumpul tu. dia senyum. baru hari ni ks nampak kekacakan doktor tu letaknya di mana. ketinggiannya. hahaha :p

    Critical Thinker:
    mari fikirkan situasi ni. dlm kes di atas ni, apa pendapat awk kalau watak2 A dan B yg berebutkan doktor kacak tu ialah lelaki? pernah tak duduk dlm situasi mcm ni? huhuhu.

    Tiang purnama:
    erm, sy kurang faham. tp kalau doktor kami yg pmpuan mmg sume cantik2 manis2. yg tua pun terserlah lg manisnya tu. hehe

    Reply

  7. TiangPurnama says on :

    erk..sebenarnya saya bayangkan andai saya dan jejaka2 yg menjadi studentnya,dan lecturernya….ahhh rosak la fantasi kalu yg tua2 Cik Sarah

    Reply

Leave a Reply