Aidilfitri Terakhir Di Moscow 1429H

Assalamualaikum wbt

Salam Aidilfitri. Sekali lagi tahun ini kami di sini menyambut syawal sehari lebih awal dari Malaysia. Kisahnya malam raya, saya menghadiri jemaah takbir di dua buah rumah. Di rumah budak perempuan yang membuat takbir hanya sesama kami saja dan selepas itu di rumah budak lelaki batch saya. Lepas takbir, ada makan-makan. Tapi saya tak jamah. Masih terasa kenyang berbuka. Selesai semua, saya balik ke rumah dan melihat seisi rumah sudah bersiap-siap dengan baju yang dah digosok cantik.

Bangun awal pagi, kami bersiap dan bergegas ke Kedutaan Besar Malaysia di Moscow. Kami tak mahu lagi terlewat untuk mengerjakan solat sunat Aidilfitri. Fatt, Wanie dan Mily menaiki teksi yang berlainan dengan saya, Pena, Diba dan Emy. Rupa-rupanya merekalah orang pertama yang tiba! Rekod sungguh. Awal kami serumah sampai. Kami ingatkan kami sudah lambat. Dan kisahnya, ramai sangat yang turun untuk solat di kedutaan. Ramai yang ada kelas atau lecture sebenarnya tapi sebelah paginya mereka masih berkesempatan untuk solat raya terlebih dahulu. Mantap. Memang meriah. Selesai solat raya, semua berpusu-pusu hendak menjamu selera. Saya dan angkatan pelajar tahun akhir berlenggang saja dulu. Bagi peluang kepada adik-adik. Dan sudahnya kami semua tak dapat makan. Hidangan yang disediakan pada pagi semalam tak mencukupi kerana pihak kedutaan sangkakan tidak ramai yang dapat hadir untuk solat raya. Sebelum bertolak pagi semalam, saya hanya minum setengah gelas nescafe saja. Huhu. Lapar memang lapar. Tapi kami semua yang tak dapat makan tu redha je. Hampir kesemua pelajar tahun 6 tak dapat makan. Selepas itu, semua pelajar pun balik tapi sebelah petangnya mereka pasti akan datang lagi kerana Rumah Terbuka Kedutaan Malaysia akan bermula pada pukul 4 petang.

Kami pelajar tahun akhir semuanya ke laman belakang kedutaan. Sesi bergambar sakan. Maklum jelah. Ada ramai yang berkamera gedabak-gedabak kan. Kesemua pelajar tahun akhir universiti saya berbaju raya berona emas. Itu tema kami se-batch kali ini. Untuk pelajar tahun akhir RSMU pula mereka berona merah terang. Itu tema pilihan mereka. Maka berkumpullah kami di laman belakang dan kemudian ke dewan utama untuk sesi fotografi bersama Dato’ Duta. Tepat jam 12 tengahari, sebuah bas khas pun tiba di laman kedutaan. Siapa boleh eka untuk apa?

Haaa! Kami pelajar-pelajar tahun 6 telah menempah sebuah bas selama 4 jam untuk membawa kami ke 3 destinasi utama iaitu Kremlin, Victory Park dan Moscow State University untuk sesi fotografi! Yeay! Sangat meriah. Sangat menggembirakan. Sangat menarik perhatian juga. Hehe. Sebaik sampai saja di Kremlin, kami semua dikerumuni oleh pelbagai bangsa di kawasan lapang di depan St. Basil tu. Semua sibuk-sibuk nak ambil gambar kami semua. Yang menggeramkan, ramai yang mengerumi itu berbangsa Tan Tan Tan tu. Entah Tarjikistan, ada Uzbekistan dan macam-macam Tan yang lain. Serius saya cakap, mesti gambar-gambar hasil sesi di Kremlin kurang memuaskan hati. Jurugambar yang bertugas (Paan dan Hazwan – pelajar tahun 4) pun tak berpuas hati. Ada juga pelancong Itali dan Perancis yang menyapa dan bertanya tentang kami. Siap nak bergambar bagai dengan kami semua. Huhu. Eksotik sungguh terasa diri semalam. Yang jadi tumpuan semestinyalah pelajar-pelajar perempuan yang berkebaya asli dan nyonya yang ala-ala diva gitu. Hehe. Sungguh ni. K-run, K-reen, Rodo, Lisa dan Syima memang diva habis semalam!

Destinasi kedua ialah Victory Park (Park Pobedy). Kami keluar dari bas tanpa memakai jaket dan PADAN MUKA kami semua sebab kawasan lapang tu ternyata sangat sejuk! Tapi disebabkan nak mendapatkan gambar-gambar yang cantik dengan baju raya masing-masih yang pelbagai fesyen tu, sangguplah jua kami bersejuk-sejukan menggeletar tak ingat dunia. Siap berpelukan lagi saya dengan Dayah sebab sejuk sangat. Huhu. Destinasi terakhir ialah Moscow State University (MSU). Kami diturunkan di tepi Moscow River dan kemudiannya di depan bangunan MSU itu. MSU terletak berhampiran saja dengan kedutaan. Sesi di sini dipercepatkan kerana semuanya sudah tak tahan sejuk. Kami semua terus pulang ke kedutaan untuk solat Zohor dan seterusnya menjadi antara yang terawal menyerbu makanan di Rumah Terbuka kali ini!

Saya jamah sikit saja. Sangat sikit. Air pun setengah gelas je minumnya. Lepas tu kami semua pelajar tahun 6 ni duduk-duduk berborak dan bergambar jelah kerjanya. Pelajar lelaki batch saya memang kaki kamera. Hampir kesemuanya. Seronok bertukar-tukar idea tentang fotografi dan mencuba jaya pelbagai teknik baru. Merepek-repek pun iye juga. Hehe.

Pukul 6, kami bergerak bersama-sama menuju ke rumah Kak Zah, Pengarah Tourism Malaysia di Moscow. Dia menjemput semua pelajar tahun 6 ke rumah terbukanya. Memang kami rapat dengan Kak Zah ni. Sampai di sana, sudah ramai juga pelajar tahun 6 yang lain sudah tiba terutamanya pelajar Cina dari Hostel Kahovs. Makanan banyak sangat. Tapi, satu jenis pun saya tak jamah. Saya hanya menyudu sikit saja puding dari mangkuk Syima. Saya hanya minum air teh susu je. 2 kali pula tu. Huhu. Kat rumah Kak Zah ni tak sah kalau tiada yang berkaraoke. Gempita dibuatnya. Budak-budak rumah saya tak datang ke kedutaan waktu sesi Rumah Terbuka kerana mereka ada majlis makan-makan di rumah kawan mereka. Dan mereka tiba di rumah Kak Zah pun dah pukul 8 malam dah. Selesai Maghrib, saya dah mula rasa penat dah. Pandang kiri, pandang kanan, pakat-pakat dengan pelajar tahun 6 yang lain, maka sekitar 9.30 begitu kami pun berangkat pulang. Saya sampai di rumah lagi 5 minit ke pukul 10 malam.

Wah. Raya kali terakhir di Moscow inilah raya terpanjang yang pernah saya lalui. Dari awal pagi sehingga malam. Dan sepanjang 6 kali menyambut Aidilfitri di Moscow, raya kali terakhir inilah yang paling meriah, penuh kenangan dan menggembirakan. Semalam saya berkepit je dengan kawan baik saya, Nadia. Suaminya Alif ada kelas sehingga tengahari. Saya yakin, tiada seorang pun pelajar tahun 6 yang tidak gembira pada hari semalam. Serius, saya akan rindukan awak semua!


Nota 1: Farah, Faisal, Meor, Smoque, Fizi, Azam, Eza, Baiz, Dayah, Mus, Rodo, Syima, Auyun, K-run, K-reen, Aizat, Pil, Mubin, G-lid, Asrul, Faiz, Nazlin, Posto, Lutfi, Nadia, Lisa, Ain, Munir, Al, Zahir, Zharif, Jetman, Anip, Farid, Che’ Din, Anul, Amin dan Jas,sengaja saya tulis nama awak semua supaya saya takkan melupakan awak semua sampai bila-bila =)

Nota 2: Semoga perjalanan keluarga saya pulang ke Penang baik-baik saja insya Allah.

p/s: Gambar-gambar yang ada ini dari kamera saya. Hasil sesi fotografi saya belum ada lagi. Nanti tengoklah kalau rajin saya kemaskinikan semula.

9 Responses to “Aidilfitri Terakhir Di Moscow 1429H”

  1. cikgu jawe says on :

    salam aidil fitri sarah.

    kenangan beraya kali terakhir kt moscow gayanya ye. bergambar sakan korang..

    takpe.. thn dpn beraya kt kehijauan malaya le pulak. dn ada yg gi sarawak kot. hihi

    sbhgn student final year tuh aku dh nampak ada aura pengantin.. hehe

    Reply

  2. sarah mohd shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    gi sarawak? sy faham maksudnya secara tersurat je. tersirat2 tak main naa. hehe takdek maknanya. sy taknak keje di sarawak. muahaha. mmg dh ada yg kawin dh pun. 5 pasangan dh kawin. ada sorg dh tunang. lain2 sume dh ada pasangannya dh kecuali budak2 3pmpuan JPA uni sy. maintain je 6 thn single mingle pringles.

    Reply

  3. hafiz238 says on :

    ni satu idea yang menarik. Boleh dicadangkan pada tahun depan πŸ™‚

    Mesti pengalaman ni sukar dilupakan pada masa depan. lagi pun, bukan senang nak kumpul satu batch.

    Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.

    Reply

  4. shazwani adnan says on :

    salam.

    KS, terima kasih sebab letak gambar kita satu rumah sebagai pembuka tirai sesi kongsi gambar kat sini. Rindu nanti dengan KS.

    Reply

  5. MNN says on :

    salam aidilfitri sarah!! πŸ™‚ enjoy your last day beraya di Moscow yer!! πŸ™‚ sanggup berbaju kurung dikesejukan Moscow!! salut lah!! πŸ™‚

    Reply

  6. CritiCalThinKer says on :

    wah.. sonok sunggo kamu ya sarah.. suda mau pulang ya.. bagus.. habisi pengajianmu dengan cemerlang ya!

    *

    kadang2 lebih enak di malaysia..

    Reply

  7. akak says on :

    Seronoknya bergambar sambil beraya ye..Itulah saje nanti kenangan yang ade kan..lepas nie semua akan bawa haluan sendiri..dah sibuk dengan kehidupan masingΒ²..All the best Sarah..tak sabar nak tengok Sarah posting pasal graduation day pulak..hehehe.

    Reply

  8. kylex says on :

    Salam Aidilfitri untuk cik Sarah yang berada di Moscow..Maap Zahir & Batin dipinta sekiranya ada salah & silap spnjg perkenalan dalam dunia baru ini πŸ™‚

    Reply

  9. ibnu marzuki al firdaus says on :

    tajaan apa, spt @ spc mara?

    Reply

Leave a Reply