Dunia Wanita Dewasa

Assalamualaikum wbt

Dua orang sepupu saya yang menuntut di UiTM Shah Alam masih berada di rumah sekarang ini. Hidayah dan Linda. Sem baru belum bermula lagi. Semalam saya mengajak mereka berdua duduk-duduk di buaian di hadapan rumah Tok. Bercerita itu ini. Macam-macam yang hendak dikemaskinikan dengan mereka. Kami membesar bersama-sama sejak kecil. Mereka berdua ialah anak sulung dan kedua Mak Tam. Kakak-kakak kepada Iman.

Baru bercerita sedikit, Tok Cik saya datang menjengah. Tok Cik adalah kakak Tok saya. Sebaik dia datang, dia sajalah yang bercerita. Bermula dari cerita tentang budak mati lemas di sungai yang baru-baru ini terjadi di Temerloh dan diungkitnyalah satu persatu kes mati lemas di sungai sejak dari yang boleh diingatinya di zaman mudanya dulu. Ya ampun. Bertahanlah kami bertiga melayan Tok Cik bercerita. Hidayah pandai melayan Tok Cik. Ada jugalah dia menyampuk menambah itu ini bila perlu. Saya pula hanya tumpang angguk dan gelak sajalah. Menyampuk sikit-sikit saja. Sebelum azan Maghrib, kami beransur balik. Saya menceritakan pada emak dan ayah tentang Tok Cik tadi. Emak dan ayah pun tumpang ketawa sajalah kerana sudah kenal dengan perangai Tok Cik ini.

Siang tadi, seharian saya duduk di rumah tidak keluar-keluar. Bila emak balik dari sekolah, emak mengajak ke Pasar Tani selepas Asar nanti. Saya katakan, saya mahu ke kedai kasut sekali. Mahu membeli sandal. Saya tidak punya sandal untuk digunakan. Emak bersetuju. Selesai Zohor, saya ke rumah Tok bertemu Hidayah dan Linda. Saya katakan mahu membeli sandal sekejap lagi. Terus laju saja mereka berdua menyarankan saya membeli kasut yang bertumit tinggi. Katanya: Kak Ngah, awak kena jadi macam perempuan sikit. Jalan janganlah ganas-ganas laju-laju sangat. Bila pakai high heels ni, awak akan control sikit. Jalan pun sopan je. Mak Tam yang ada di situ pun bersetuju. Katanya: Alah. Umur dah 23 dah pun. Apalah salahnya bergaya sikit. Untuk diri sendiri. Bukan nak menunjuk-nunjuk ke apa. Bukannya tak tutup aurat kan. Awak kan pakai stokin.

Kemudian Linda menyampuk: Kalau awak tak mula sekarang, nanti awak kekok untuk jadi macam orang dewasa. Saya bertanya pada mereka: Aik. Sekarang ni Ngah tak cukup dewasa lagi ke? Hidayah dan Linda riuh memberikan pendapat tapi pendapat Mak Tam yang lebih saya utamakan: Dewasa tu dewasah dah. Tapi kurang pandai melawa je lagi. Bukannya nak melawa beria-ia. Cukup untuk nampakkan diri awak tu bukan macam budak-budak je. Nampak matang sikit. Nampaknya, ada macam-macam lagi rupanya yang saya perlu baiki tentang diri ini. Saya kena berguru dengan budak dua orang itulah gayanya.

Apabila tiba di kedai kasut, emak menurunkan saya terlebih dahulu kerana emak hendak mencari parking. Sebaik emak masuk, saya berbisik pada emak: Emak, nak beli heels la. Respon emak: Ha. Eloklah. Takdelah nampak rendah sangat. Hahaha. Terkena saya. Saya tunjukkan satu contoh yang menarik minat saya. Emak kata: Macam ni ok lah. Bukannya tinggi tak ingat dunia. Cantik pun cantik.

Hari ini, baru saya dapat melihat persepsi orang lain tentang kasut tumit tinggi. Bagi saya, saya kurang selesa bertumit tinggi. Memang tak reti. Memang cantik melihat orang lain pakai. Tapi saya sendiri tidak tahu apa pentingnya untuk saya pakai. Memang saya rendah saja. Tapi saya tidak rasa berkasut tumit tinggi adalah satu keperluan. Tapi setelah mendengar pendapat emak, emak saudara dan sepupu yang berdua itu, maka tadi saya dengan jayanya telah membeli kasut bertumit tinggi. Lebih tepat adalah sandal bertumit tinggi. Tapi tidaklah tinggi mana. Huhu. Tapi bolehlah buat saya memandang seorang kawan lama yang terserempak di kedai itu seperti gaya orang tinggi memandang orang yang rendah. Oh. Begini perasaannya! Hehehehe.

Apa kaitannya kisah tumit tinggi ini dengan Tok Cik yang di atas tadi? Sebenarnya, setelah membeli kasut itu, saya teringatkan Tok Cik. Tok saya selalu bercerita Tok Cik itu muda-muda dulu sangat cantik. Ramai yang hendak berkahwin dengannya. Sampaikan askar Jepun pun berminat. Dan pada petang semalam ketika mendengar Tok Cik bercerita, dia ada menyebut tentang dia dulu-dulu muda-muda pun pakai kasut bertumit tinggi dan bergincu bibir. Oh. Saya memang gelak besar mendengarkan hal tersebut. Tak sangka sungguh!

Macam manalah saya agaknya bila sudah tua nanti ye. Hehe.

22 Responses to “Dunia Wanita Dewasa”

  1. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    wah wah wah…
    sarah meninggi…tinggi pokok kelapak yer..
    ohyea, since awak dah ade heels nie, tak berani la nak sakat..takut nanti kene ketuk ngan awak..mesti heels yg 2-3 inches pastu tajam meruncing yg bleh tahap membunuh tu..heishh..ganas arr..
    aah..dorang dah sampai..tapi sampai laa tak habaq kat che’..menci arrr

    Reply

  2. Adzrul Ariff says on :

    iyer…family sy kat arab saudi, dah pindah sejak sy ke russia ni. anyway citer ni buat sy teringat time kecik2 dulu, masa tinggal berdua dgn mak saje (ayah keje kat tmpt lain). suka compare saiz kaki dgn mak, memang kalahlah sb umur pun 4-5 tahun. mmg takde kaitan dgn topic sarah tp saje nak jawab soalan sarah dari balasan komen yg lepas.

    Reply

  3. hantu_siang says on :

    assalamualaikum….
    mmmmm…..setelah saya dah explore semua photo awk dalam blog ni..saya setuju dengan kata mak awk dan org lain yang awk mention..betol mereka kata..penampilan kekadang menunjukkan keperibadian dan maturity seseorg. tapi setakat ini penampilan awk cukup baik dan tertutup auratnya.. :)…ye juga macam mane awk akan kelihatan masa awk pakai high heel nanti ye…hehehe *tgh pikir* -hantu siang-

    Reply

  4. AzahYgComel says on :

    Salam sarah! semoga sarah tak mengalami kejadian kaki terpelecok macam azah masa mula2 pakai heels dulu :D. siap tersangkut kat besi2 jaring atas longkang lagi. member yang tolong tarik :D. sampai sekarang pon kalau tak hati2 boleh terpelecok. dah la azah ni jenis cepat terjatuh :))

    Reply

  5. Nurmahani says on :

    salam sarah 🙂

    heeii best nye die dh balik msia. nnt tlg kirimkan alamt dan no tepon awak ke email saya yer nurmahani[at]gmail[dot]com

    sarah, bape tinggi awak? haha no offense, saya pon rendah2 aje. 15+cm. tapi saya rasa tinggi standard la kot.

    saya pon mcm awak, sangat tak reti + suka heels. saya sebenarnya tak minat sangat pada sandles atau kasut2 yang bertali2 cam orang pegi dinner ke..sungguh tak minat. saya lagi gemar kasut, tapi itu la, kasut terlalu formal utk sesetengah majlis kan? huhuh.

    ni nak kawen pon saya amik kasut jenis tinggi, tapi tumit nye rata. haha. senang saya nak berjalan2, tak lenguh2 mlm tu nnt 🙂

    take care sarah

    Reply

  6. 13may says on :

    eh! sarah dah ada kat mesia ker???

    Reply

  7. a.s.h.a.r says on :

    datang KL nanti
    bolehlah bergaya dgn kasut baru
    org KL semuanya mahu tinggi2
    setinggi menara KL nya yg tinggi

    saya org Bangi, bukan KL
    kasut bukanlah tumit tinggi…

    Reply

  8. BasH says on :

    Salam sarah,
    dah abis study ek….heheh tahniah2…sy skrg tinggal tokcik sorang je..tok2 lain smua dah meninggal..
    tapi maklong pun kalo org jumpa mesti igt tok saya..padahal mak sedara..maklong umur dah 70an..tp alhamdulillah still sihat n kuat..

    *zahariah kenal ler yang sorg lagi tu tak pasti la plak..

    Reply

  9. f u x a n e says on :

    hahaha…
    i understand your situation to be a high heels newbie. welcome to the club! i’m not ready to wear those heels yg mak saya belikan too. it feels like, “wow! dewasanya saya~”. but once dah pakai, the confidence level will be different.
    Wear what ever that comforts you.
    🙂

    hihii.. kirim salam kat dayah. lama x dengar citer beliau 😀

    Reply

  10. one says on :

    selalu tanya budak pompuan,apa fekdah pakai heels,jalan xleh laju kalu nak cepat,pastu bunyi2 lagi,sampai ofis pakai capal gak..

    haha,kalu cite dengan nenek sedara bab cantik zaman dulu mmg xleh blah..

    di mata,memang tak nampak cam orang besar,tapi sekali berbual..

    Reply

  11. nadia yuna says on :

    salam sarah,
    uhuk uhuk uhuk..
    ececece.. dia da ade heels nih..
    =p

    nadia ni dulu2 suka juga pakai high heels.. la neh da tak pakai da
    sebab last year naik moto gune high heels, tejatuh kat trafic light..
    nak letak kaki, kaki terpele’ot!
    hah.. amek.. tegolek jeee

    malu..

    dari sejak itu
    saya dah insaf.
    trauma kot =p

    heheh

    tp apa salahnya sarah mencuba2.. feminin tu =)

    Reply

  12. akak says on :

    wahh..Sarah dah pakai high heels.. :D. Akak sampai sekarang pun tak pernah pakai..hehehe..Kalau Sarah jumpa kat luar mesti Sarah ingat budak-budak nak gi pasar je..hehehe. Mana taknye..bertudung tak pernah ade istilah nak ikut gaya semasa, nak bermake up malas pastu pakai sandal gi keje..hahaha.. Selalu kene marah ngan mak akak..

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua 🙂

    Izu:
    hihik. meninggi apanya :p heels tu tak sampai 2 inches pun :p hehe. tp nampak la matang skit. sy sblum ni suka kasut full cover. tak kenan sandle sgt. susah nak gerak. tp ntah la. mcm terpujuk dgn kata2 mak sedara tu. huhu. oh. selamat dh sampai ye. alhamdulillah. nnti kalau sy pegi bangi singgah sana jgn marah ye. lalala~

    Adzrul:
    oo.. di arab saudi rupanya (same case dgn izu yg di atas ni. family nya di doha. hehe). sy suka compare kaki dgn kakak sy dr dulu. hehe.

    Hantu Siang:
    oh. maksudnya awk setuju sy ni pakai high heels? hehe. sbb sy mmg rendah. tu sbb diorg suruh pakai. tgk la mcm mana. klu x selesa ni nanti, misti sy cari flat sandle mcm biasa 🙂

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Azah:
    oh azah. terima kasih atas peringatan tu! sgt berguna utk sy yg tak memahami keadaan ni. hihi. tp harapnya tak la. kasut sy tak runcing tajam pun. cuma tinggi skit je. tp mana la tahu boleh guna nasihat ni bila dh berhajat nk guna heels yg tinggi n tajam :p atau, kot2 nnti ada org bg hantaran heels yg mcm tu kn. hihihi :p

    Nurmahani:
    waa… bestnya dgr pasal persiapan kawin. ntah bilalah sy plak nak kawin ye. huhuhu. awk dh pun nak ikut jejak nurul-haikal kan 🙂 sat lg sy emailkn pd awk. btw, psl kasut ni, sy pun mmg prefer kasut yg full cover. flat shoes. sbb sy jenis jln laju meribut tak igt org. hehe. klu berheels ni, kena bersopan santun skit la kan. sy beli sandle ni utk guna di msia ni je la. kt mscow nnti pakai sport shoes mcm biasa smula la. org kata ntah apa je kan umur dh nak masuk 24 pakai kasut camtu lg. tp dh tu yg sesuai utk kehidupan yg hectic kt sana kn. layan je la. sy x kesah pun apa org nak fikir. sy rasa awk pun mcm sy kan. oh. sy pun 15+ je. klu di msia, sy selalu rasa sy ni normal je. standard org pmpuan melayu la kan. tp di moscow ramai sgt yg tggi yg buat sy rasa sy rendah sgt. even di kalangan stdnt msia kt sana pun sy antara yg terendah. tu yg buat sy rasa rendah diri skit. selalu je dikenakan sbb sy ni x mcm umur sy. terasa jgk kdg2.. tp x luak pn kan diorg kata kita apapun kan 🙂

    May:
    haah may. sy dh sampai selasa lepas. sy balik penang nnti sy nak pasembur 1 ok! hehe.

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Ashar:
    alamak. terkena plak sy! hehe. sy tinggal di Kampung Lebak yg terkenal dgn jolokan KL. agaknya tu sbb sy terkena penangan penyakit org KL yg nak berheels. hehehe. tp jgn silap faham tau. kasut sy ni tak tinggi mana pun. seciput je 🙂

    Bash:
    sy tak abis lg. ada setahun lg. ni balik cuti je. insya Allah thn dpn sy grad 🙂 sy masih ada semua tok pmpuan je. yg laki dh takde dh. tp klu campur tok sedara sume, uishh.. ramai lg adik beradik tok2 sy yg masih ada. alhamdulillah diorg dipanjangkan umur. dpt la sy dgr mcm2 cerita diorg 🙂 ala.. rugi… awk x kenal yg sorg lg tu ye. yg sy mksdkn yg sorg lg tu la sbnarnya. hehe. will tell u more abt her later!

    Azreen:
    haa.. exactly! itu la yg akak rasa bila pakai smlm tau. wow. dewasanya sy. hehehe. hri ni x sentuh plak kasut tu. so dh hilang sat perasaan kedewasaan tu. esk nak keluar. jd kena pakai. maka perasaan perasan dewasa tu misti akan dtg smula. heheh. alamak. siang td ada je jumpa dayah borak2 kt buai tp terlupa plak nak sampaikan salam. dia tu skrg jd org yg fokus gila2 dgn study dia. dia x kesah langsung psl hal lain. mklum je la. budak engine. huhu. dia kata nak beat sume bdk laki course dia. kamu tu je la dayah tu mcm mana kan. hehe.

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Oneib:
    betul3. klu cite dgn mak2 sedara n tok2 sedara zaman muda mudi diorg, amboi la hai.. mmg kita yg muda ni kalah la. diorg lg la hebat. tambah plak yg sempat zaman afro. dgn bell bottom jeans nya. huhuh. lucu2. sy berkasut ni bukan utk tujuan sampai keje. tie cuti gini boleh la sy mencuba kasut mcm ni. time ke kelas, n di hosp, jgn harap sy pakai kasut gini. menyusahkn nak gerak laju2 ke sana sini je. “di mata,memang tak nampak cam orang besar,tapi sekali berbual..” ni rujuk pd siapa ni?

    Nadia:
    sy rasa awk dh cukup tinggi dh. tak pakai heels pun ok je. hehe. tp apa yg jd kat awk mmg trauma la. kalau sy drive pun, sy tak suka kot kalau pakai heels. tak cekap jd nya kaki ni nanti. sbb tapaknya kan licin skit. kalau pakai kasut yg full cover lain la kan. senang je. hehe. tp tu la. tgh cuba utk memfemininkan diri skit. hukhuk :p

    Akak:
    ala akak. sy bru nak cuba2 je ni tau. sy mcm akak jgk sbnarnya. hihi. ni klu x selesa dlm masa percubaan ni, sah2 sy pegi beli kasut lain. secepat mungkin! hehehe :p

    Reply

  17. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sarah, kat LV tu sandle..so bedasarkan hujah awak, TAK BEKENAN sangat..hahaha…bagus2..heels awak je la kite gunekan utk ketuk kepale. kool tak?
    nak g visit? wah wah wah..taula tempat kendurinye dekat je.. bleh jer..mama pon tau yg die bakal expect my frens…pizy yg 1st kot, sbb next week die kat kajang. bleh je visit..emi pegi kan kenduri tu?so jemputla datang betandang..nak tau tak,mama sy tak penah ajak sy betandang umah die mse pindah bangi n jugak doha.kawan2 yg diajaknye..tak ke disisihkan tuh..heishh.. syarat datang betandang, jgn suruh die masak..jgn amik pic..nanti anak die jeles

    Reply

  18. fattnieniey says on :

    ks beli heels??
    wow,ader kemajuan ni. bole la lawan emy!
    kikiki.
    saya pon setuju ngan pendapat Mak Tam and sepupu2 ks.
    kalau tak skrg,bile lagi kan?
    kite pon bukannye makin mude.kiki
    pape ntah saya ckp.
    chaow!

    Reply

  19. faisal says on :

    Slm sarah
    Amboi byknye entry sampai sy tertinggal byk ni..mentang2 sy bizi awk bersenang lenang kat umh,hahahah..:) alaaa makcik, lenkali suh je sarah ni pakai kasut tumit tinggi skit..:) biar dia dapat rase pandangan org2 tinggi ni,hahahahhaa..:P acai pun pakai tumit tinggi sarah,hahaha..tapi tinggi capal tu jela..:) itupun dah tak selesa kalau jalan jauh2,huhu

    Reply

  20. Ainul Arina says on :

    ks, kalau nak tinggi guna heel leceh la.. tak biasa kang terjelepok, malu jer.. hehe.. ainul cadangkan pakai kasut yang rata je tapi yang tapak dia tinggi gila tu… hahahah.. baru bleh upgrade ketinggian tanpa mengalami kegayatan pakai heels.. hehe.. apa-apapun, good luck in becoming new lady-like… ^_^ aura-aura doctor ayu dah nak keluar la ni yer… hahahha

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    haha. psl LV tu lupakan je la ye :p oh. pasal ke bangi tu, singgah ke tak tu tgk dulu la. sy mmg dh janji akn jumpa amy wkt kenduri tu nnti. sy takkan buat awk jealous dgn cara tu. klu nak buat awk jealous, ada cara lain yg lg best tau :p huhu

    Fatt:
    iyup! hehe. tu la. kita ni hidup semakin meningkat usia. kena pandai2 la mematangkn diri kan. lawan emy? maksudnya dr segi ketinggian atau sbb dia pn ada beli heels jgk? muahaha. mati la insensitive :p

    Faisal:
    bukan sengaja nk update kerap2 tp sbb bosan x de benda lain yg sy boleh buat kt rmh. pg2 je rmh dh kosong dh. ala.. kasi can la sy nmpak lebih tggi skit. huhu. tp sure sy akn beli yg flat shoes jgk. sbb sy ni jenis jln mcm ribut. berheels mcm ni, jgn harap la kn :p

    Ainul:
    aura doc ayu? hoho. merepek je. bukan ayu. matang skit je. hohoho :p

    Reply

  22. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    heiiii…
    u better tell me wuts de approach??
    no no no..
    i do hv to prepare wit de shield..
    sarah..cepat gtau..
    kalo tak..tau la sy komplot ngan amy.
    betul nehhh

    Reply

Leave a Reply