Sepetang Di Tepi Para

Assalamualaikum wbt

Semalam, hampir seharian saya sendirian di rumah. Ahli rumah yang lain ada exam dan pulang lewat. Paling awal yang pulang adalah Emy dan Diba. Itupun mereka terus tidur selepas pulang. Saya memang sangat bosan kerana rumah sangat sunyi. Saya mengambil kesempatan untuk membuat persiapan intensif untuk exam pada hari esok. Selesai solat Asar, saya menyarung tudung dan memegang sedikit nota di tangan. Gayanya seperti hendak keluar saja kan. Tapi destinasi saya dekat saja. Di tepi tingkap bilik cuma.

Saya menurunkan langsir dan duduk di atas para di tepi tingkap. Sehinggakan, Emy dan Diba tidak tahu ke mana saya menghilang kerana tiada di bilik. Sedangkan, saya tersembunyi di sebalik langsir yang diturunkan. Rumah saya di tingkat dua. Sengaja saya duduk di situ. Boleh membaca sambil mengambil udara petang dan melihat orang lalu-lalang. Ada dua insiden terjadi.

Pertamanya, saya melihat sepasang suami isteri berjalan. Dari jauh, saya rasakan yang sebelah kiri dan mengikat rambut itu adalah si isteri. Bila sudah dekat dan mereka berhenti berbual dengan kawan yang ditemui di tengah jalan, baru saya tersedar rupa-rupanya saya tertukar. Yang berambut maha pendek itu adalah isterinya dan yang berambut panjang dan mengikatnya itu adalah suaminya. Kebetulan, si isteri sedang merokok dan bentuk badannya kurus sekeping seperti lelaki, sekali imbas terus saya rasakan dialah lelaki. Saya tersenyum seorang melihatkan keadaan itu. Saya terfikir, kan Islam itu sempurna. Lelaki dan perempuan dapat dibezakan kerana batas auratnya. Kalau dia bertudung dan cara berpakaian yang berbeza, dari jauhpun sudah boleh tahu yang mana lelaki, yang mana perempuannya.

Keduanya, sedang saya membaca-membaca di atas para di tepi tingkap itu, saya terlihatkan 3 orang anak muda lalu di kawasan luar bangunan. Sumpah, ketiga-tiganya kacak dan bergaya! Saya toleh melihat mereka. Dalam pada saya seakan mengelamun itu, baru saya sedar salah seorang daripada mereka sedang melihat saya di atas itu. Alamak. Saya terperangkap pula. Saya cepat-cepat alih pandangan ke arah nota. Tapi saya sudah tersenyum waktu itu kerana saya sedar lelaki yang memandang itu juga sedang tersenyum. Aduh. Malunya. Mengelamun punya pasal, saya tidak sedar saya telah merenung orang agak lama, dan direnung semula pula. Alah. Saya tahu lelaki itu jauh lebih muda. Jangan tertipu dek rupa dan ketinggian. Kalau itu yang menjadi ukuran, budak 10 tahun pun boleh saya anggap lebih dewasa daripada saya kerana ketinggiannya. Saya rasa, lelaki semalam itu umurnya sekitar 19-20 tahun saja.

Semalam suhu panas. 24’C. Terik sangat. Itu sebabnya saya duduk di tingkap. Bila panas, mata tidak mengantuk bila dengan niat duduk di bawah teriknya. Tapi angin kuat. Dari dalam bilik, saya boleh mendengar angin menderu-deru. Putik kapas pun kelihatan kencang dipikul angin berterbangan di udara. Sepanjang duduk di tepi tingkap semalam, saya dapat dengar bunyi anjing menyalak bermain-main dengan tuannya di luar sana, bunyi angin menderu dan bunyi dedaun berdesir tak henti-henti. Alam ini tak pernahnya sunyi.

Mereka semua sedang berzikir. Berzikir tak henti-henti. Lagu-lagu alam ini indah kerana semuanya melodi zikir. Tapi saya? Selepas Asar tadi duduk di atas sejadah hanya membaca Ma’thurat ringkas dan zikirnya juga sekejap saja. Sungguh, saya rasa malu pada alam dan lagu-lagu zikir mereka…

Melihat jam, sudah pukul 8.45 pm. Hari masih terang-benderang. Saya turun dari para tingkap, menyangkut tudung dalam almari dan kembali ke meja. Saya ambil buku sajak saya. Saya melukis. Gambar laut yang luas terbentang.

18 Responses to “Sepetang Di Tepi Para”

  1. myfisol says on :

    salam..

    ooo..study sambil jeling2 orang ye dan kat tepi para lagi tu…mesti kondusif persekitarannya…

    bro semalam study sambil jeling2 org jgk..hehe..tgk orang bermain bola..euro 2008, holland vs italy..tapi rasanya ilmu masuk sikit je, tak bulih concentrate..lebih2 lagi bila italy kalah 3-0..

    Reply

  2. niaarasis says on :

    eh, nk exam pn sempat die mlukis2. hehe.. takpe, janji hati tenang 😀 all the best for exam k.

    Reply

  3. Ainul Arina says on :

    ha…! udah kantoi.. tu la.. ngelamun lagik.. 😛 hehe.. kat sini pun kitaorg selalu terkonpius dengan budak2 nyer… sekali usyar ingatkan dah besar, rupanya masih kanak-kanak lagi.. yang perempuannya pun dua kali lima.. nasib baikla baju seragam diaorg memberitahu diaorg ni masih budak.. bergayanya kalah kita yang dah university nih… jangan tak tahu tau, sini semua wanita arab wajib ada at least maskara, gincu, bedak, krim, n celak dlm beg diaorg.. mekap itu wajib.. padan la ramai yang cun sgt.. pernah skali tu ainul ditanya kenapa tak pernah diaorg nmpak ainul bermekap time masuk toilet? diaorg hairan ngan bdk2 malaysia.. smpaikan ada yg ingat kami mekap hanya utk suami di rumah jer. kat luar malas mekap.. huhu… smpat jadi teladan gitu.. ^_^ padan la ramai muka cun giler.. suhu 24oC..? sedapnyer.. belah asia panasnya sudah berbahang.. adeh, taktaula summer ni camner..dahla wajib ke university time tuh.. hurm, betul la ckp ks.. islam itu mudah dan memudahkan.. kat sini belum pernah lagi jumpa orang camtu.. cumanya yang kami selalu nganga tengok bila perempuan bertudung pun ada yang merokok..

    p/s: baca post ks ni, teringat plak time duduk apartment semester lepas, nama je tingkat satu tapi tinggi gak.. pastu selalu ngintai org buat apa kat luar.. hehe… sekarang dah tak leh sbb tinggal kat rumah biasa yang sebijik-sebijik camtum ngan rumah depan. kiri kanan belakang yang ada cuma pokok je… huhu.. mengusyar pokok je la kalau duduk beranda tu..

    Reply

  4. faisal says on :

    Sarah ni kalau bosan boleh je nak buat buku pasal human behavior,hehehe..:) macam2 diperatinya kalau bosan..sypun suka tengok manusia sarah (kalau sy ada masa lapang)..slmt study dan menempuh exam walaupun dalam cuaca panas..panas sangatlah tu sarah..24’C malam kat sini agaknye,hehehe..meh kita sama2 berzikir bersama alam ini..

    p/s : errr..mana gambarnya..nak tengok,hehee

    Reply

  5. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    hahaha..
    sarah, saye rase awak ‘study’ dengan ‘tekun’ la di tepi tingkap tu.. cayalaaa…bleh bagi A+..

    24’C tu tak panas OKAYYYY… cube kene cam sy hari tuh..menangis2 dibuatnye.

    melukis? sarah reti melukis? ker meloret sarah? jgn marah…ini hanyelah bulian utk org nak exam..bg cheer sket..chill k??

    Reply

  6. BasH says on :

    begitu la kan kalu time study..kadang2 termenung sendiri…kadang tersenyum sorang2..kadang2 terpekik sorang2..biasa buat tu…hikhik.. tak truskan bertekad cemerlang ya..moga tenang trus menghadapi ujian2 yang mendatang..ujian di kertas mahupun dalam hidup..hikhik..

    Reply

  7. Hasrul Halid says on :

    Uhhh… bestnyer….!

    Reply

  8. Rynn Cowbra says on :

    wuuu.

    kat sini sgt panas lew,sarah. bkn mengeluh tapi bkata cuma.

    kuar rumah,mate dok terkenyit2 jek sbb cahyer mentari sgt terik.
    sampai silau mate. huhuk!

    sarah shayang,study molek2 oke.!

    muahxx!

    Reply

  9. Silent Reader says on :

    itulah lukisan alam….

    😉

    Reply

  10. dr muthiah says on :

    salam,
    hihi
    macam2 akak nih..
    akak da sehat?

    moga berjaya dlam exam…

    -adikmu,volgograd (gmex)

    Reply

  11. k.i. says on :

    ahaaa….mengelamun!

    Reply

  12. nOnnie_sayang says on :

    sesekali memandang x salahkn? tp memandang smpi kn pandang tu dh jd lain. 1 peringatan supaya lepas ni kalu nak pandang, jgn lama2. takut diri sendiri dr renungan.. hehehe… jgn amik ati!

    Reply

  13. cikgu jawe says on :

    kalau le aku pemuda tuh. pasti aku juga terfikir. apa kena anak dara tu bertenggek kt tingkap malam2 buta nih. hehehe

    aku juga, bila aku bosan kan.. aku akan melukis atau buat sajak.

    Reply

  14. one says on :

    bestkan termenung menikmati indahnya alam maya..untungnya dia tu..

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua. Sorry lambat. Sangat bz 2-3 hari ni.

    Bro Fisol:
    huuu.. jgn salah sangka tau. sy jeling skit2 je. terik sgt ptg tu. x boleh nak pandang luar lama2 :p takkan nak study pakai shades plak kan 🙂

    Iza:
    sy mmg gini. bila abis baca 1 bab, ada je la benda lain yg mmg totally lain dr medic yg sy buat 😀

    Ainul:
    lain kali ks boleh upah kamu je utk tolong update kn utk ks. hehe. ks kt sini sbnarnya duduk hostel tp sistemnya mcm apartment. serba serbi mcm rumah. tak rasa hostel pun. oh. minah arab skrg ni dh rasa yg merokok tu mengunggulkan lg diri diorg kot. tu sbb merokok tu jd mcm benda yg membanggakan bg diorg kot. psl suhu plak, kt sini kalau dh above 20’C, bg ks ni dh cukup panas dh sbb kt sini kn sejuk terlalu lama 🙂

    Faisal:
    haa.. nnti kita buat proposal buku sama2 ye :p kita tgk ada tak yg nak beli/baca teori yg dtg dr kajian kita yg semestinya ikut-suka-hati-kita je falsafahnya kan 🙂 24 tu dh kira panas kt sini sbb rusia ni kan terlalu lama berada dlm sejuk berbanding musim bermatahari terik mcm ni. tambah pulak, teriknya tu, ya rabbi.. mcm x leh nak bukak mata :p erk.. gmbr biasanya sy upload kt blog yg sajak tu 🙂

    Izu:
    yeay. dpt A dr cikgu Izu. eh eh. tiba2 sy teringat kt cikgu izu yg waktu sy tadika dulu tu (still remember the story abt her?). ye. sy tau la doha tu lg la panas. cuma utk rusia yg sejuk lg lama dr panas ni, 24 tu kira dh panas tau. hehe

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bash:
    terima kasih bash! skrg tinggal lg 1 paper je. yeay! oh. terpekik terlolong tu takde la plak sy try lg. tp buat benda2 gila yg lain, penah dh kot. huhu~

    Bro Hasrul:
    best usha2 org :p alaa.. org tu lg la best dpt panjat gunung. jealous. x mo kawan 😐

    Rynn ku sayang:
    ada sorg kakak di sarawak pun bgtau yg kt sana sgt la terik. so, awk bergaya dgn shades awk yg vogue tu tak? hihi. thnks rynn! tinggal lg 1 paper je dh 🙂

    Silent Reader:
    oh. awk sgt dapat baca apa ada dlm kepala sy 🙂 itulah ayatnya!

    Gmex:
    alhamdulillah dh sehat dh. akak mmg gini gmex. mcm2 je la akak buat time exam gini. hihi. all the best utk kamu n the rest 🙂

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Abg Khairil:
    mcm tak kenal je lg sy ni mcm mana :p berjangkit dr sape ye. huhu~

    Kak Nonnie:
    heheh. lucu plak sy baca komen akak. tu la kan. silap sy ari tu terlebih menung smpai tak sedar apa yg jd 🙂 hihi

    Cikgu Jawe:
    cikgu, 8.45 tu mcm pukul 6 ptg je kt msia. masih terang benderang lg. hehe. skrg maghrib masuk pukul 10.15 pm. wah. jd, rajin2 le letak sajak cikgu jgk. kenan sy nak bacanya 🙂

    Oneib:
    rezeki… 🙂

    Reply

  18. one says on :

    :I? hehehe

    Reply

Leave a Reply