Saya Mahu Jadi Kajol

Assalamualaikum wbt

Jumaat yang sudah Rusia bercuti umum sempena Victory Day yang disambut setiap 9 Mei. Hari memperingati kejayaan Rusia menewaskan tentera Jerman. Sabtu juga cuti. Ahad pula ada kelas ganti bagi pelajar-pelajar yang punya kelas pada hari Sabtu. Saya tidak ada kelas pada hari Sabtu. Jadi saya telah berkurung di dalam rumah selama 3 hari dari Jumaat sampai ke Ahad.

Ahad tengahari, saya mula resah gelisah bagai hilang punca kerana sudah terlalu lama tidak jejak-jejak tanah. Memang terperuk di dalam bilik dengan buku-buku saja. Tetapi tengahari Ahad itu saya sudah mencecah tahap maksima kebosanan. Tahu apa yang saya lakukan?

Saya menonton Hindustan secara online yang bertajuk U Me Aur Hum sambil menelaah. Ceritanya memang bagus. Menepati citarasa saya sebagai pelajar perubatan. Babak tawa-tangis-tari memang tidak dapat dielakkanlah. Sudah resminya hidup Hindustan itu tidak boleh dipisahkan dengan 3T ini. Lagunya juga saya suka. Intro filemnya saja sudah ada lagu yang kena dengan citarasa saya. Bukan lagu yang ala-ala dangdut. Tapi ada sesuatu yang membuktikan saya ini terlampau bosan.

Saya menonton filem itu sehingga tamat (durasi : 2 jam 30 minit) walaupun tanpa terjemahan ke dalam Bahasa Melayu atau Inggeris! Saya pun tidak tahu macam mana saya boleh layan sehingga habis tapi yang pasti saya faham keseluruhan cerita. Kesimpulan cerita, sayangilah isteri anda selagi anda boleh menyayanginya. Cintailah kelebihannya dan cintailah juga kelemahannya.

Hehe. Saya sengal. Sekian.

p/s: Saya bukanlah peminat Hindustan sebenarnya. Saya pernah tengok beberapa filem saja secara penuh. Nah ni dengar lagu tema filem U Me Aur Hum lakonan Ajay Devgan dan Kajol. Saya bagi 9/10 bintang untuk keseluruhan cerita (Sebab kurang menari. Moleklah sikit kan. Kalau tak, saya bagi kurang daripada ini).

26 Responses to “Saya Mahu Jadi Kajol”

  1. faisal says on :

    Ya Allah sarah ni, dah betul2 boring ni..tengok cite hindustan tanpa ada subtitle,hahahhhaa…:) syabas bete..kikiki..sy kalau tak jejak tanah rase pening,hahaha

    Reply

  2. Anonymous says on :

    …. Kesimpulan cerita, sayangilah isteri anda selagi anda boleh menyayanginya. Cintailah kelebihannya dan cintailah juga kelemahannya.

    Itu adalah teori-teori dalam hubungan perkahwinan ..

    qsteam

    Reply

  3. Sarah Mohd Shukor says on :

    Acai:
    sy ‘paksa’ diri utk tengok sbnarnya. ptg ahad tu sy keluar jgk dr rumah. pegi kedai beli barang makan wkt tgh study. hehe.

    Qsteam:
    cerita hindustan mmg kaya dgn teori2 yg mcm ni kan.. terpulang pd kita nak tapis n amil yg mana kan.

    Reply

  4. WanHidayat says on :

    Hindustan???….i love kajol…hehehehe…..

    Reply

  5. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hidayat:
    oh. sy x boleh perasan. ini kajol yg real punya. hoho :p

    Reply

  6. Hasrul Halid says on :

    Hmmm…

    Syabbas bete.. apne bab ka naam rosyan karo!

    Kehkehkehkehkeh!

    Reply

  7. myfisol says on :

    haha…kalau bosan lagi layan cerita tamil plk okay!…ada dengar news dulu..citer Shivaji kot nama dia..kat India, kata best sgt sampai bakar2 panggung lagi..dahsyat tu..

    Reply

  8. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sengal!..
    oit ni ape sengal2 nie..
    mau jadi kajol ya…
    camtu awak kene guling2 la kat atas tanah..since awak pon lame tak jejak tanah kan, pegila guling2..jgn lupe bawak sekali radio besar bukak music hindustan..iPod pon jadila..janji awak guling ikut rentak iyer..
    sy lak dah puas guling2 kat hyde park last weekn, next week guling dalam rumah sudah..kalo dah cuace pon 40-46 celcius kan
    pasni saye yakin sarah akan jadi peminat hindustan yg ekstrem skali..yeay..sengal

    Reply

  9. one says on :

    wah…x sari kata,boleh cerap bahasa kehidupan laki bini..kira ni taraf tajul muluk Sarah..haha
    tak tergolek atas katil?

    salam

    Reply

  10. BasH says on :

    wow cik sarah layan hindi…xpa2 dak2 kisas ramai simpan minat2 terendam nie..kuang kuang.

    p/s: tringat lak dulu2 naik bas outing time kat kisas, ada senior2 gals..respek abis nie…driver pasang lagu cindai ..aik kaki dorg hentak2 layan cindai..kuangkuang..

    Reply

  11. fathiyyah says on :

    salam kak sarah..hehe..dah lama sgt tak tgk hindustan..sy suka gandingan shah rukh khan ngn kajol..kajol ngn ajay kurg hangat la..(diorg suami isteri kan?) hurmm..
    haah nk exam dah pun, tidur dgn buku je memanjang..semakin berdebar nk exam..huhu takut!!
    jarang nampak jejak akak kat blog sy..akak sibuk kot..hehe
    k kak,take care!

    Reply

  12. hawa says on :

    setuju dengan bash!

    update my blog url please.. thanks!

    Reply

  13. faisal says on :

    dgr2 balik cam best jelah plak lagu tu sarah,heheh..

    Reply

  14. Rynn Cowbra says on :

    sarah,jum kite guling2 kat bukit.
    mesti sonok. hahak!

    sarah neh,mst sgt2 bosan sampai tengok cter xde subtitle pon bole tahan.

    lawak la sarah neh.

    *hugs*

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Bro Hasrul:
    aaa… tak aci. tak aci. sy x faham 🙁 cuma sy rasa mcm ada nama rosham je. huhu.

    Bro Fisol:
    aaa… tidak. bro perli sy ni. huuhuu. kalau tamil sy tak layan bro. tak faham haram sepatah pun :p

    Izu:
    oit oit. sy takde la sengal sampai tingin nak guling2. tp kan izu, kalau awk guling2 atas katil dlm bilik je, makin naik berinci2 la gini. huhu. dah la nanti jumpa mama. kena pampered siang mlm. abis la awk. lepas tu nnti misti awk sengal2 nak berdiet. main suka itu ini. hoho. suka hati sy. time tu sy pak dh bersenang lenang kt msia 😉 eh, sy ada gmbr baru dgn fizy. ada masa nnti sy upload. hehe.

    Reply

  16. Sarah Mohd Shukor says on :

    Oneib:
    erk..tajul muluk sarah? apakah? sy tak sentuh katil dh lebih dr 24 jam dh oneib. ni lepas asar ni wajib la sy tido. kalau tak.. huuu…

    Bash:
    1st sekali, sy sbnarnya dh mula confuse nak panggil awk apa ye. nak panggil bash je ke. atau bro bash ke. atau abg bash ke. sbb awk batch sama dgn abg wan zukhrie, mukhriz, rohaidzad, kak anisa anuar, kak zahariah semua tu kan? abg wan tu sy panggil abg wan. hehe. yg psl puteri kisas layan lagu dlm bas tu, tu x pelik tu. sy pun penah je tgk dgn mata sndri. hehe. tp cindai? adeh. tu zaman tu punya taste la tu kan. huhu

    Thia:
    aaa.. ks suka sgt kajol dgn ajay. kalau shah rukh khan plak dgn juhi chowla. comel je diorg. hehe. thia, sorry… akak mmg kurang menjenguk blog kwn2 sgt. ks ada menjenguk tp x tinggal jejak. sorry ye.. 😐

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hawa:
    hai hawa 🙂 hihi.. tak lama dh kan majlis nurul *hehe..tak masal ckp psl majlis org plak :p * sy pn stuju dgn bash! ok hawa. link akan sy update kan 😉

    Acai:
    sy dgr first time dh jatuh cinta dh dgn liriknya *wink* ni cuba dgr lagu Taubat by Opick yg autoplay ni plak. pun best. lagu tema dlm Bella yg kt TV3 tu. hehe. sy ni mcm promoter lagu plak

    Rynn:
    rynn, jgn x sangka tau. kadang2 tu bila sampai time bengong sy, mmg sy akn buat benda yg sy pun x jangka. hehe. mula2 yg ajak sgt tgk hindustan was pena my rumet tu. tp sudahnya dia duduk kt meja dia. sy pun layan je la sorg2. hiks 🙂

    Reply

  18. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sarah..
    bagus la awak bersenang2 di msia…sbb mase tuh awak la pulak yg berinci2 naik..yess…revenge terbalas indirectly.
    sy tekad tidak makan bertambah2 di doha nanti.
    selamat berguling2 di atas katil lpas asar nnt yaa..
    cepat upload pic ngan pizy..kerinduan same die..asik2 BZ jer kat YM..takut sungguh ngan student neh..dulu sy student gak..tp kool aje 😛

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    eheh. rajin plak sy balas terus komen ptg ni. bru je sudah solat. tp sy mcm ni la izu. klu dh penat sgt, dh nak dekat 32 jam tak tidur2, sy akan jd hilang penat bila lepas solat. jd segar. ni dh duduk menekun kt meja smula dh. sy kt msia mmg mkn byk tp beraktiviti pun byk. so, compensate la. gain tenaga byk, guna smula pun byk. hehe. jd, awk takkan nmpak sy bertambah dgn jayanya. ok. gmbr dgn fizy sy akan upload dlm next entry. ada gmbr meor skali (x-KP n debater seratas). aish.. berlagaknya dia ye. kool la sgt konon :p

    Reply

  20. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    sy rajin terus mengomen sbb hari ni tak kuar g site.hanye teperuk di ofis mengadap screen n it makes me sengal sket…prefer field work than desk work..
    pendebat2 berkumpul yer..
    takpe2…nnt sy organizekan debate competition utk malaysian yg study abroad..ntah bile la tuh kan.. hadiahnye, makan..fizy mesti sgt suke n sarah lagi la suke makan..i know that..n kene suruh khaliz makan byk jugak..biar kembali sperti dulu >:)
    leklek la belaja sarah..
    teruk2 belaja nnt exam bukan masuk smue pon 😛

    oh ya, sy pon lame tak mengupdate..sbb asik text aje buhsan…pics nye tak dpt2 lagi..sengal

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Izu:
    waktu awk komen, sy sudah rebah atas katil dh kot. hehe. sy lelap smpai maghrib dh pertengahan waktu. bgn solat n berjaga la smpai skrg ni (almost subuh here). biasalah. work field mmg akan buat kita rasa lg productive kan. silalah kumpulkan debaters tu sume. hehe. tringin jgk nak jumpa yg lain2 tp surely i’ll keep my mouth shut la kan. sy lain dh skrg ni :p sy ni kira study relax2 jgk la ni cik izu. tu sbb mula awal. klu dh hujung2 bru nak mula, yg tu lg la parah jawabnya 😐 ok. gmbr dh upload 😉

    Reply

  22. one says on :

    Salam, Jumaat nan indah..
    Sarah ni memang kuat..latihan tidur tak cukup buat bakal doktor pakar cum YB,insya Allah

    Reply

  23. Ainul Arina says on :

    ks, rasanya ainul tahu apa yg bro hasrul cakap tu….

    syabbas bete = tahniah anak pompuanku

    apne babka naam rosham karo tu tak sure.. tapi apne babka naam tu ‘nama bapak kamu’ rasanya… rosham tu tak sure either nama org or any frase in hindi. karo tu lebih kurang macam ‘KAN?’.. ha.. cenggitulah… pendek kata, bro hasrul kasi ayat tanpa tujuan.. hanya meniru semata-mata.. 🙂 sori yer, kantoi..!!!

    hehe.. miss hindi movie.. asyik layan bahasa arab je skrg.. hindi lama tak upgrade.. huhu… 😛

    paling tak leh lupa pasang telinga dgr org india sembang kat zoo last year.. haha.. tetiba je jadi penterjemaah bahasa kat makcik gerai.. org india tu nak air tapi takde duit kecik.. hehe… teruja dan terkesima…

    Reply

  24. Hasrul Halid says on :

    Sebenarnya saya belajar frasa tu dari seorang rakan india. Orang Hyderabad.

    Maksud tepatnya adalah..

    ‘Tahniah anakku, engkau telah menaikkan (memberi sinar) nama bapakmu ini”

    Kehkehkehkeh!

    p/s Ainul, actually phrase tu selalu digunakan oleh bapak kawan saya ni dalam nada menyindir. Macam orang kitalah jugak, kalau buat salah apa-apa, mak bapak cakap.. “haaa!!! pi la buat lagi” Yup! bukan depa suruh buat pun, cumanya ‘reverse psyco’ aja. Dan saya tak main copy aja tau.. orang belajor laa… Awwww!!!!!

    Reply

  25. Ainul Arina says on :

    opss.. hehe.. alamak, sori la bro.. mana saya tahu.. main agak jer.. oo.. rosham tu menaikkan ek? ok2.. new vocab for today..

    tapi apa kaitannyer menaikkan nama bapak dengan post tengok cerita hindi? konpius kejap.. tu pasal sy bajet bro kasi ayat tanpa tjuan.. hehe.. gurau je..

    apa lagi ks, sila lah balas ayat bro hasrul.. eh, alamak lupa plak.. citer yg ks tngok mana ada subtitle.. heheh.. ala, taram je tarukk. kata ks paham gak jalan citr.. bajet je la mana2 yg sesuai.. ^_^

    Reply

  26. Sarah Mohd Shukor says on :

    Oneib:
    hehe. kuat gagah perkasa 😀

    Ainul:
    hehe. kamu pn tau jgk ye sikit2. x sangka betul. actly yg pasrt ada rosham tu, bro hasrul nak refer ke dia la tu. hehe. sbb muka dia mcm rosham nor tu! huhu

    Bro Hasrul:
    huuuu.. mmg terer hindi rupanya! tabik spring la. hampir tepat jgk apa yg ainul teka ye. tp yg x tahannya part rosham tu. nak jgk letak tu. hihik.

    Reply

Leave a Reply