Lihatlah Persamaan, Kesampingkan Perbezaan

Assalamualaikum wbt

Semakin menginjak usia, semakin ramai orang yang kita temui. Rupa pelbagai paras. Tingkah pelbagai ragam. Walaupun ada yang nampak sama, hati di dalam tiada siapa yang tahu. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Inilah fitrah kehidupan. Tidak semuanya sentiasa murni dan berniat baik.

Namun sejujurnya saya terkilan dengan sesetengah orang yang suka mengelas-ngelaskan orang lain berdasarkan fahamannya sendiri dan membolehkan wujud jurang antara mereka. Mungkin apa yang saya katakan ini masih tidak jelas. Jadi saya sertakan contoh orang yang sebegini.

Contohnya dalam satu komuniti itu, mereka memilih kawan-kawan berdasarkan pemahaman agama mereka. Jika tidak mencapai tahap yang mereka inginkan, orang itu akan dikelaskan bersama dengan satu kelompok yang tahapnya dikatakan lebih rendah. Bagi dia dan rakan-rakan yang dikatakan faham dengan mantap tentang semuanya ini akan bergerak bersama. Bagi saya, memanglah satu kewajipan untuk kita bergerak secara bersama-sama atau erti kata lainnya bersama jemaah tapi dengan tindakan mengelaskan orang lain dengan alasan sesetengah orang itu tidak faham dan dituruntarafkan dan bermacam-macam istilah lain, itu salah.

Penapisan mungkin patut dibuat tetapi bukanlah berbentuk zahiriah. Luaran tidak menampakkan warna sebenar seseorang itu. Dan jika pengelasan dibuat berdasarkan sifat luar saja, secara tidak langsung jurang itu akan jelas kelihatan. Lantas, mereka yang berada dalam kelas yang bawah ini akan merasa diri mereka diletaktepikan dan tidak membwa kepentingan dalam komuniti tersebut. Lantas, mereka akan lebih membawa diri.

Sungguhpun kelompok di atas tidak dengan umum mengiyakan pengelasan ini, namun ia dapat dirasai. Mereka akan terus aktif sesama mereka, bergiat sesama mereka. Justeru itu, apa akan terjadi dengan kelompok yang di bawah? Sudahlah dikelas-kelaskan, kini dipinggirkan pula dalam aktiviti-aktiviti kelompok di atas. Bukankah ini akan menyebabkan yang jauh bertambah jauh, yang rosak bertambah rosak.

Saya pernah melalui sendiri situasi ini. Kasta komuniti yang faham agama dan telah memodenkan gerakan mereka tanpa taktik yang betul. Yang buat jurang terlihat dengan jelas dan kelas-kelas ini dipandang dengan persepsi yang berbeza. Saya pernah diletakkan dalam kelas di atas. Tapi saya kurang bersetuju dengan cara pengelasan dibuat. Lain ideologi, orang itu ditolak tepi. Lain fahaman, orang itu dikemudiankan. Lain sifat luaran, orang itu diturunkelaskan. Dan apabila ada orang daripada kelas atas bergaul rapat dengan kelas yang lain ini, mereka turut dipandang lain. Lain yang bagaimana? Mereka turut dipandang teruk. Dipandang sebagai orang yang tidak betul-betul faham lagi dengan tanggungjawab mereka.

Saya melihat perkara ini begini. Jika semua yang baik-baik diliputi hidup bersama krim-krim pekat manis yang lazat, sampai bilalah kita boleh lihat seluruh komuniti itu merasai kelazatan krim itu. Kenapa tidak diratakan krim-krim pekat ini agar seluruh komuniti merasai manisnya, lazatnya dan cantiknya krim itu.

Seperti yang saya sebutkan tadi, saya pernah merasai pengelasan ini. Yang pada awalnya diletakkan dalam kelas di atas. Tapi saya tetap meneruskan hubungan baik dengan kawan-kawan dalam kelas yang di bawah yang dicipta golongan itu. Bagi saya, hubungan baik dengan semua perlu diteruskan. Jangan libatkan soal siapa lebih baik dan siapa yang kurang. Saya melihat, dengan mencampuri kawan-kawan yang dikategorikan sebagai lupa agama atau kurang menitikberatkan soal agama adalah suatu kemestian. Cuba bayangkan, jika kita hanya bergaul dengan orang yang dikatakan sama taraf dengan kita, siapa yang hendak membantu membetulkan kelas yang satu lagi? Dan sekiranya kita berada bersama-sama kelas yang satu lagi, kita mesra dengan mereka, boleh bawa berbincang dengan mereka, boleh melawak bila perlu dan boleh dengan lapang hati menegur jika kita tahu mereka berbuat salah.

Bagaimana dengan kelas yang di atas? Mereka jumud melihat yang di bawah sebagai kurang elok dan wujud jurang kemunikasi dan pergaulan antara mereka. Sudahnya apa? Yang dibawah kurang hormat pada yang di atas dan kepimpinan mereka juga selalu dipertikaikan. Berkomplot, berpolitik, mempunya varian mereka sendiri dan hanya terkepung dalam kelompok itu saja. Inilah tafsiran daripada orang lain terhadap mereka yang di atas. Ini silap. Ini tidak sepatutnya terjadi.

Yang di atas sepatutnya cuba meletakkan diri mereka dalam kelas di bawah. Supaya dapat memahami dengan lebih apa yang sedang berlaku dan mengesan di mana puncanya masalah jika benar mereka melihat rakan-rakan ini perlu diubah. Jika mereka masih keras dan kaku dengan pendapat dan cara mereka berfikir, sampai bila-bilapun mereka tidak akan dapat masuk dalam kelompok rakan-rakan ini.

Ingat. Tidak bermaksud dengan kita mencampuri mereka bermakna kita mengikut dan menyetujui mereka. Sebaliknya dengan berbuat baik dan mencampuri mereka membawa kelebihan kepada kita. Kita dapat memahami di mana punca masalah dan boleh menjadi tempat rujukan bagi mereka. Jika kita tahu apa yang mereka rancangkan, kita boleh menjadi orang yang cuba bertolenransi dan memberikan buah fikiran dan nasihat kita tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Tapi jika jurang sudah wujud, bolehkah ini semua dilaksanakan?

Jangan terus-terusan menghakimi orang lain kerana perbezaan yang ada. Lihatlah pada persamaan yakni kita sebagai sesama Muslim agar kemashlahatan yang bersifat umum dapat dipelihara. Bermain dengan api tidak semestinya terbakar. Lumrahlah jika terasa bahangnya. Sebab itu pastikan kita sentiasa ada kawan yang boleh menjadi pancuran air untuk menyejukkan. Dan dalam masa yang sama terus berusaha memadamkan api yang marak tadi. Inilah konsep yang pernah dibawakan oleh Saidina Uthman bin Affan. Mencampuri ummat yang terseret jauh dengan penuh hikmah budi, kedermawanan dan lembut bahasa. Sudahnya, mereka kembali kepada agama kerana melihat adanya contoh yang terbaik pada masa itu. Pokok pangkalnya berikan masa dan sabar. Kasta modenisasi ini tidak relevan jika kita hendak melihat kelangsungan ilmu itu dapat sampai kepada rakan-rakan yang kurang memahami.

Saya minta maaf andai perkongsian kali ini agak tajam dan ada yang tersindir. Ini pendapat peribadi yang umum dan sebagai orang yang pernah merasai situasi ini, saya melihat ia sebagai suatu yang perlu dimuhasabahkan semula. Jangan kerana kita rasa kita betul, kita perlu berkeras dengan cara kita sebaliknya cubalah letakkan diri kita di tempat mereka. Mereka mahukan ilmu dan berubah juga cumanya tiada yang mahu cuba memahami naluri mereka yang sedikit keras itu. Sekeras-keras batu, air jugalah yang berjaya melekukkan. Sekeras-keras hati, indah budi dan nasihat yang sesuai jugalah yang dapat melembutkan.

Saya berhenti dulu. Perlu menyediakan air untuk orang yang akan pulang ke rumah sekejap lagi. Ya. Air sejuk juga dapat melembutkan hati orang yang penat bekerja =)

Hari buat dia:
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-rang yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.(103:1-3)

31 Responses to “Lihatlah Persamaan, Kesampingkan Perbezaan”

  1. CJ says on :

    malas le nak komen. ops!.. alamak!! hehe. adeh le.. 1st lg..

    yaa ampuuunnnn…

    Reply

  2. Anonymous says on :

    Salam..

    err…
    Kalau dulu susah nak jumpa (jarang nak bergaul)yg digolong bawah ni,
    sejak keje ramai ..
    berusaha cuba bergaul sebaik mungkin..so,nanti jangan lupa menjadi air gerimis nan segar ya

    Reply

  3. Anonymous says on :

    Rasanya dah komen..
    Salam Sarah

    Reply

  4. silent reader says on :

    oh… kalo laa bukan sbb ahli2 organisasi a.k.a jemaah ni yg start label org tu org luar… org ni org kita… x de masalah pun akan timbul…

    if u judge people… u have no time to luv them!!

    Reply

  5. dhiyauqalbii says on :

    dik, akak juga pernah mengalaminya, digolongkan dalam ‘kelas atas’ kemudian kerana masih bergaul dengan mereka yang dianggap ‘bawahan’ akak dikesampingkan. no hal. bukan masalah pada akak..

    tapi sedih, selagi terus begitu, dakwah menjadi sempit, aku aku, engkau engkau..

    sudahnya,
    yang hanyut terus hanyut tanpa bimbingan..

    Reply

  6. fathiyyah says on :

    salam ks..
    gagk hitam tu tentera2 mesir berpakain hitam ..berkwal sbb ada rusuhan oleh golongan IM ..harga barang kat sni naik secara mendadak..dahsat sungguh..wahai jpa..naikkan la elaun..huhuhu
    take care kak

    Reply

  7. akak says on :

    Apa yang Sarah tulis memang betul..dan akak pun termasuklah dalam golongan yang dbuat pengelasan tu..dan kadang² tu ade jugak akak yang terbuat pengelasan sendiri (dalam hati je la). Cuma takde la sampai nak mengasingkan org yang tak satu kepala dengan kita..sape la kita nak membuat penilaian secara total terhadap satu² individu..

    Reply

  8. menteil says on :

    ermmm xper..
    sindiran yang berguna…

    memang hidup berkelompok banyak ruginya..

    seperti aku pulak, suka menilai tingkah laku untuk pengajaran diri sendiri..

    aku sering menjadi mangsa orang yang suka menghakimi taraf @ pangkat sendiri..

    Reply

  9. hafiz238 says on :

    situasi seperti ini berlaku juga di sini. Yang penting, kita jangan terlalu berfikiran jumud dan berada di dalam satu kelompok tertentu sahaja.

    teringat satu hadis Nabi, kalau tak silap ini daripada Sahih Muslim..matan hadisnya lebih kurang begini

    berkenaan dengan sebuah bahtera yang berlayar di laut. ada dua kumpulan di atas kapal itu, golongan di atas kapal dan satu lagi kumpulan di bawah kapal. golongan di bawah kapal haus dan bertindak menebuk lubang di bawah kapal untuk minum. Jika golongan di atas kapal tu tak menegur golongan di bawah, nescaya bahtera tu akan tenggelam dan kedua-dua golongan mati lemas di tengah lautan.

    maaf tak berapa ingat matan hadis ini.

    yang penting, jika dalam satu komuniti tu ada beberapa kelompok yang tidak bercampur gaul dan melakukan hal masing-masing, komuniti tu pasti akan musnah dan berpecah belah.

    Reply

  10. syuqaira says on :

    salam wrt,
    peringatan ini bermakna untuk semua,
    insyaAllah bermanfaat.
    sy rasa terpanggil utk memberi komen. =)
    Kita semua sedia maklum, di sekolah ada darjah yang berbeza,kalau adik A tak kenal ABC, masakan die perlu duduk bersama org yg belajar sastera? Bukankah tidak adil utk adik A? kadang2 sy rasa di situ ada keperluannya.. tp bukanlah mengelaskan, tp menyampaikan sesuatu berdasarkan kesesuaian dan keperluan semasa individu tersebut, supaya dia dapat belajar sedikit demi sedikit, kalau baru belajar nombor,dan tiba2 disuakan dgn algebra ataupun statistic, seharusnya maths itu dirasakan susah =p
    sy pernah berhadapan dgn satu keadaan di mana seorg sister ini baru berjinak2 utk memperbaiki diri dan tiba2 dia dihadapkan dgn kerja2 dakwah..dan die rasa sgt terbeban.
    situasi ini perlu diperbetulkan, bukanlah mengelaskan, tetapi menyampaikan sesuatu ikut keperluan dan kesesuaian,andai senario ini sekadar utk merasakan siapa lebih bagus, itu sememangnya perlu dibuang jauh2..
    mungkin juga kadang2 org yg sudah mula membuat kerja da’wah ini sgt sempit masanya, ke sana dan ke mari, sehinga kadang dilihat sbg “syok sendiri”.andai ada yg menegur, harus dibetulkan segera..ukhuwwah islamiah itu sendiri perlu dijaga. Pergaulan ini perlu secara menyuluruh, dan skop yang menyuluruh ini melingkupi semua tingkat komuniti.
    kadang2 bila sy lihat kiri dan kanan, ada antaranya yg sudah trauma dgn “jemaah”, tapi kadangkala kita perlu meletakkan penilaian kita serasional yg mungkin, adakah tujuan mereka utk memberikan mudarat kpd masyarakat?pd pendapat sy, setiap jemaah itu walaupun berbeza fikrah, tetapi saling melengkapi..andai ada mana2 pihak yang merasakan mereka sahaja yang betul, maksudnya ada sesuatu yg tidak kena di situ.. manusia ini pelbagai, tiada satu jawapan skema yang akan memenuhi kriteria semua pihak. oleh itu, kita haruslah bersatu atas apa yg kita persetujui dan berlapang dada atas apa yg kita selisihkan, carilah titik persamaan.. (ada ala2 tajuk KS gitu..). untuk mencapai ini bukan mudah, oleh itu..adanya keperluan utk duduk dan berbincang serta berlapang dada, elakkan prasangka. Bukan mudah, tapi tidak mustahil.
    My 2 cents, sesungguhnya telinga ini lebih dekat dr mulut yg bercakap(walaupun sy sdg menaip sebenarnya huhu), sy mohon maaf andai ada salah dan silap. dan kelak nanti jika sy tersilap, minta diberi teguran.. =)
    Wallahu a’lam~

    p/s:jzkk hafiz238 utk hadis bahtera

    Reply

  11. afiqawe7 says on :

    Salam wbt.

    Alhamdulillah. Satu perkongsian yang baik untuk semua. Saya tertarik untuk comment entry ini setelah selalu menjadi pembaca sepi Kak S selama ini.

    Sebagai seorang pemimpin untuk sebuah persatuan di sini, ia cukup untuk mengingatkan saya perlunya lebih banyak bergaul dengan masyarakat muslim kita yang ada pelbagai latar belakang di Moscow ini.

    Mungkin turun padang ke sana sini sebelum ini belum cukup untuk cover banyak tempat yang memerlukan semua orang dapat merasai apa yang perlu dirasai.

    Yes, pergaulan ini mestilah bersifat menyeluruh supaya setiap lapisan, tingkatan dan latar belakang masyarakat itu tidak ada rasa ketinggalan atau disisihkan.

    Saya pernah mendapat satu komen….
    “ala aku ni bukan baik sangat, seganlah nak pergi ke porgram-program macam tu”
    Aduih. Sedih saya mendengarnya. Bukan sedih kerana dia tak nak pergi. Tapi, sedih kerana seolah-olah saya telah menjauhkannya dari mendapat apa yang patut didapati.

    Justeru, saya menyerulah kepada diri saya sendiri dan juga para pemimpin (besar atau kecil) dan golongan yang mempunyai latar belakang agama yang jauh lebih tinggi di sini supaya kita sentiasa dapat meletakkan diri kita itu agar dapat ‘masuk’ di setiap tempat dan golongan masyarakat supaya dapat memahami dengan lebih baik apa yang sedang berlaku dan mencari punca-punca masalah yang wujud jika ada.

    Usahlah lagi berputar-putar pada tempat yang sama, kerana masih ramai lagi insan-insan yang memerlukan kebajikan dari tangan kita. Masih ramai lagi memerlukan kefahaman agama yang meluas dan masih besar lagi jurang yang perlu dikecilkan. Moga-moga usaha ini, meskipun kecil akan ada berkah dan rahmatnya.

    Berkenaan dengan pengkelasan, bagi saya…
    Pengkelasan yang berlaku mungkin bukanlah kerana ingin melabelkan seseorang itu seperti: “orang itu bla bla bla, org ini bla bla bla” “orang itu tak faham itu ini” dan lain-lain.

    Kalau ia terjadi, bagi saya ia adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

    Tetapi, pengelasan itu perlu dalam menyampaikan sesuatu yang berdasarkan kefahaman dan keperluan individu tersebut, agar seseorang itu dapat belajar sedikit demi sedikit, step by step seperti belajar dari A kepada B, kepada C atau belajar Histo & Anat, kemudiannya ke Physiology dan kemudiannya ke Patho-Physio.

    Agak zalim jugalah kalau memberi kefahaman kepada seseorang itu bukan pada tempatnya.

    Pengelasan kedudukan di atas wujud mungkin juga supaya ada rasa tanggungjawab orang-orang di atas itu untuk meningkatkan orang yang di bawah supaya semuanya dapat naik ke atas. Naik ke atas ini bukanlah bermaksud naik kepada kedudukan atau jawatan. Tapi, ia bermaksud kepada kefahaman seseorang dan juga tahap kesediaan seseorang sebelum melangkah ke peringkat seterusnya (seperti analogi di atas).

    Namun, nilai takwa seseorang itu hanya Allah sahaja yang tahu di sisiNya. Mungkin yang di atas itu lebih rendah nilai takwanya. Wallahuallam.

    Bagi saya, kecilkan jurang ini dan sampai saat ini tidaklah perlu untuk kita semua wujudkan lagi term-terms yang melabelkan atau mengistilahkan samaada “orang atas atau orang bawah” kerana ia juga dapat menambahkan lagi persepsi orang bawah kpd org atas dan org atas kpd org bawah.

    Apapun, sebagai seorang da’ie yang sudah tentunya seorang muslim yang ingin membawa risalah Allah ini kepada seluruh manusia, salah satu 10 muwasaffat iaitu NAFI’UN LI GHOIRIHI (bermanfaat kepada orang ramai) mestilah ditingkatkan agar kehadiran diri itu akan membuatkan ia amat berharga kepada masyarakat dan sehinggakan apabila sudah tiada, orang ramai akan merindui kekosongannya.

    “Yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”(103: 3)

    ok. Selamat malam.
    Wassalam.

    Reply

  12. afiqawe7 says on :

    *maaf penulisan tak seberapa. lama tak menulis (alasan kot.. )hehehe…
    apa pun kalau salah tolong tunjukkan. =)

    Reply

  13. Ibnu Asad says on :

    Salam ziarah.

    Memang lumrah ‘alam, orang-orang yang jiwanya sama akan berkumpul dengan golongan yang berjiwa sama.

    Bendera putih ikut bendera putih.

    Bendera hitam ikut bendera hitam.

    Bendera belang-belang ikut bendera belang-belang.

    Kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, dapat tempias wanginya.

    Kalau berkawan dengan penempa besi, baju jadi berlubang-lubang.

    Namun, pengasingan diri itu adalah dari sudut nafsiyyah, bukanlah jasadiah.

    Pelik perlakuan kalau kita mahu memberi dan berbakti, tetapi tidak mahu memahami dan mendekati orang-orang yang seharusnya didekati.

    Allahu ‘alam.

    Moga bahagia dan sejahtera selalu ye.

    Reply

  14. myfisol says on :

    salam sarah,

    Apa khabar?..bro esok akan bertolak ke bookfair KL..jeng2..

    bersetuju sangat dengan pendapat sarah tu…penkelasan begitu hanya menunjukkan ketidakmatangan pemikiran seseorang…dan semesti bukan contoh terbaik bagi seorang pendakwah…bertindaklah dengan penuh hikmah dan bukan emosi..

    Dan bro percaya sarah tak begitu…

    Reply

  15. 13may says on :

    susah hidup berpuak puak camni…

    hmmmm…

    apa kabar sarah??

    🙂

    Reply

  16. CJ says on :

    amat penting para ahli agama atau orang yang tahu agama mendekati golongan yang “di bawah” nih. bukan menjauhinya. dan amat penting juga tidak bersangka buruk sesama.

    Imam Hassan al-Banna pernah menjalankan dakwah di disko dan kelab malam. begitu juga dengan Sunan Kalijaga mendekati masyarakat kebanyakan untuk memperkenalkan Islam.

    Jangan diabai golongan “bawah”. dan golongan “atas” jangan rasa ego dan suci sangat..

    dari segi usaha dakwah, boleh ikut prinsip jamaah tabligh, mendekati masyarakat.

    Reply

  17. hafiz238 says on :

    this is the English translation of the hadith I mentioned previously. It is from Sahih Bukhari and Tirmidzi and not from Sahih Muslim. Sorry for the mistake.
    —————————————-

    Narrated An-Nu’man bin Bashir:

    The Prophet said, “The example of the person abiding by Allah’s order and restrictions in comparison to those who violate them is like the example of those persons who drew lots for their seats in a boat. Some of them got seats in the upper part, and the others in the lower. When the latter needed water, they had to go up to bring water (and that troubled the others), so they said, ‘Let us make a hole in our share of the ship (and get water) saving those who are above us from troubling them. So, if the people in the upper part left the others do what they had suggested, all the people of the ship would be destroyed, but if they prevented them, both parties would be safe.”

    [Sahih Bukhari, Volume 3, Book 44, Number 673]
    —————————————-

    Hopefully this hadith will draw our attention to the detrimental effect towards society when two group of people does not care about each other.

    Reply

  18. faisal says on :

    slm sarah, ni kira sessi meluahkan perasaan ye,hehe..:) biasalah manusia sarah..kekadang dalam diri kitapun terkelas2kan org tertentu..:) tapi jgnlah sampai obvious sangat sampai membuatkan org lain kecik hati pula..

    Kita sumekan dah dewasa, jadi cara berfikir, bergaul dan menyelesaikan masalah buatlah secara org dewasa..setau sy masa budak2 je dulu kuat ‘geng’2 nih,hehe..walaupun bukan dengan cara yg jelas tapi sbnarnya lebih kurang sama je..:)

    Saya dari dulu org anggap kelas bawah,hehe..dari segi pakaian, cara bergaul dsb..tp sy selesa begitu..biarlah mereka nak cakap pe asalkan sy tak buat sesuatu yg diluar batasan agama:)

    Reply

  19. Rynn Cowbra says on :

    dem!

    sume buat entry di ruang komen.
    xlarat nak bace.
    hahak!

    mmg selalu begini.
    suka suki jek nak kelas2kan org.

    lagi2 bila komuniti yang dibawah melebihi yg diatas.
    yang diatas akan selalu disindir bagai,walaupun hakikatnya mereka di atas.

    satu lagi penyakit masyarakat manusia,bila kita rapat dengan orang,mulalah org melabel kita itu dan ini. kalau yg dibawah itu rapat dgn yang di atas,timbullah suara2 sumbang yang mengata itu ini. kalau yang di atas rapat dgn yg dbawah,org2 lain di atas pun sebok berkata itu ini.

    sampai bila pun kita takkan berubah kalau terus2an mcm neh.

    psst! rindu sama shayangku sarah 🙁

    Reply

  20. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    Salam

    Post yang sangat berguna (including the comments tho) & kalau dapat dipanjangkan terus kepada pihak yang anda rasa sepatutnya diberi peringatan, lebih bagus kot. Regardless to which party. After all, dua2 pon mesti ade kekurangan which leads to the problem, aite?

    Regards

    Reply

  21. aizadiha says on :

    salam ks,
    maaf lama x tanya khabar.=)
    lama juga menyepi dari blog ks ni..

    apa2 pun..jzkk atas artikel yang menarik ni, rasa terpanggil untuk komen,sbb saya macam faham situasinya..yeke.hehe

    mungkin betul apa yang ks tulis, mungkin juga betul apa yang sikin coretkan.. atau awe…atau faisal.. ibnu asad dan sesape lg.

    namun satu pesanan untuk diri sendiri dan semua, kita jangan senang memikirkan LEBIH dari apa yang orang fikir pasal kita… ayat ni seorang shbt saya yg ckp.

    maksudnya, mungkin kita rasa ‘org atas’ telah bersikap zalim mengelaskan ‘org bwh’ sebagai kurang kefahaman agama dgn mereka. mungkin juga kita rasa mereka memandang jelek golongan di bwh ni, dan juga siapa2 yang berkawan dgn ‘org bawah’..
    kenapa berlaku? sebab kita sendiri meletakkan ‘mindset’ atau borderline sebegitu.kita fikir LEBIH dari apa yang mereka (ie-‘atas’) fikirkan. walhal, mereka x pernah berniat sedikit pun.. malah punya hasrat yang lebih suci dr itu

    secara fitrahnya logik ke?

    bukankah semua manusia dilahirkan.. fitrahnya baik, fitrahnya Islam.. sanggup kah seorng hambaAllah yang hina, menghakimi &klasifikasikan manusia sebegitu?siap memandang teruk pula.

    hrm.. afwan kathira, kalau salah faham.saya bukan org moscow=)

    mungkin juga satu peringatan yang baik kepada ‘org yang merasa dirinya di ats’.. mungkin anda tidak berniat menghakimi org lain. yang sebenarnya, anda tidak kisah langsung jika terasa bahang api mereka, ttp sentiasa cuba mendekati semua org dlm komuniti-kerana yakin ada kawan yang memancur air menyejkkan.

    o,br saya faham.itukah sebabnya anda duduk bersama? untuk saling kuat dan menguatkan? pada masa yg sama tetap tegar berada di celah2 kelompok org ramai demi menyampaikan amaran dan berita gembira..risalah Allah..kn?

    anda saling menguatkan supaya apabila anda sampai ke tgh manusia, anda dapat memberikan yg terbaik.

    tetapi ketika anda saling menguatkan itulah ramai yg salah fhm..

    mcam rama2 dgn beluncas.. rama2 tempatnya di udara, terbang. terbang juga bersama2 rama2 supaya saling menguatkan. tapi sekali sekala akan turun ke daun, melahirkan beluncas2 yang comel..ttp dibiarkan atas daun supaya terus belajar.

    satu masa nnt..beluncas juga akan terbang seperti rama2. dan akan melahirkan beluncas2 yg lain pula.kerana matlamat keduanya- adalah sama.

    hehe.releven ke?

    point nye- jikalau kita semua ada satu matlamat yg sama ,iAllah.. apa yang ks impikan, yang sikin, awe, faisal,dhiyauqalbii impikn.. akan jadi kenyataan.

    hrm..afwan, rase cm x menyumbang apa2 pun.
    maaf ks, meyemak lak.hehe

    salam wbt.jaga diri.. rindu ks=)

    {3;103]

    Reply

  22. Anonymous says on :

    alamak,sory buat entry baru;) macam rynn cowbra kate.hehe..

    udah2 jgn bicang lagi, buat kerja.

    Reply

  23. Mesin Kata says on :

    Salam wrt~

    maklum dgn apa yg KS cuba sampaikan.

    bertenanglah semua~

    adalah sebabnya tu.

    Reply

  24. Tyra says on :

    salam..

    saya pun kurg gemar bila dikelas-kelaskan begini…

    di akhirat nanti, manusia semua sama disisi tuhan. yang berbeza hanyalah pada amalan…

    sy tak nafi… yg saya ni manusia juga… dh jadi biasa duduk dlm sesuatu kelas. sbb bila dah ngam dgn sesuatu ‘kelas’ tu… kdg2 x sedar pun sebrnya sy bersifat asabiyah… tp yg sy x suke bila dlm ‘kelas’ ni, bila dilabel ‘atas’ dan ‘bawah’.

    Reply

  25. Aleeya says on :

    sarah..
    buat ape tu yg?main badminton lagi ker hehehe, sarah kena tag yer, sila jwb he he

    Reply

  26. hawa says on :

    Salam Sarah.

    Saya dah rasa apa yang Sarah rasa. MAsa kat U dulu, saya ada masuk satu persatuan so-called ishlamik ni. Untuk satu projek menganjurkan pameran dan konsert nasyid, saya telah diberi amanah memegang jawatan Timbalan Pengarah Unit Protokol. Itu pun sebab kawan saya yang bagi amanah tu, dengan alasan latar belakang saya bersekolah di sekolah yang agak terkenal dari segi ilmu penuntutnya dalam bidang agama (?).

    Frankly, kadang-kadang menghadiri meeting mereka pada waktu malam, saya hanya berseluar dan memakai t shirt beserta jaket kalis sejuk (sweater la tu).. Saya tau mereka judge saya dari segi luaran dan Sarah pun tau kan, saya memang tak kontrol bila bercakap,tidak kira lelaki atau perempuan, saya agak lantang. Mungkin mereka tak suka kerana bagi mereka muslimah perlu lebih mengikut telunjuk mereka (?). Sebulan sebelum program berlangsung, saya telah meletak jawatan dan menjadi AJK biasa kerana tidak tahan dengan layanan mereka yang agak berat sebelah!
    Mana tak nya, cadangan saya dipandang sebelah mata dan hasilnya berlaku sedikit kelam kabut pada malam program berlangsung.
    Saya tetap jalankan amanah saya, tetapi selepas itu, saya berundur diri dan hanya menumpukan perhatian pada persatuan fakulti yang lebih friendly (bukan golongan bawahan ya), mereka ini adalah golongan atas yang friendly dan tidak berkasta. Kalau tidak, takkan kami boleh jalankan usrah setiap jumaat dengan perasaan gembira?

    KEsimpulan :
    Jangan judge orang tak tentu hala!

    ps:// sorry sarah, panjang pulak! hehe..

    Reply

  27. Hasrul Halid says on :

    Uhhh! baru aja bercadang nak tulis tentang ‘Sama tapi tak serupa’ nih! Tapi disebabkan tuan doktor dan menulisnya dahulu, saya mengambil keputusan untuk tumpang baca dan MENYOKONG 100 PERATUS!

    Salammm..!

    Reply

  28. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua

    Saya rasa saya tak perlu ulas satu persatu dah. semua org ada pendapat masing2. dan saya menulis topik ini utk mengingatkan diri saya sendiri supaya tak mudah menhakimi org lain berdasarkan luaran saja. dan jika ada sesiapa rasakan dia tergolong dlm kalangan yang terkadang membuat penilian dan pengelasan secara zahir terhadap org lain, mari kita muhasabah semula.

    utk sikin dan awe, ks faham kenapa kamu berdua kata mcm tu. takde apa yg salah dlm apa yg kamu berdua cuba sampaikan. cuma ks memandang skop perkongsian kali ini bukan sekadar org di atas tak nak berlaku zalim pd org di bawah kalau dicampurkan mereka. tapi lebih dari tu yg terjadi. kalau kita fikir kita taknak biar rakan2 yg kurang memahami rasa terbeban dgn skop perbincangan yg tinggi, itu lain cerita. tp, pengelasan sbb berbezanya fahaman, pendapat dan ideologi pun sangat jelas. jadi disebabkan itu, rakan yg td tu dikelaskan bersama beberapa yang lain kurang faham. penolakan mereka ini jelas sgt dapat dilihat, mungkin orang lain tak nampak. tapi secara peribadi, ks sebagai ‘orang tua’ di moscow ni, nampak jelas apa yg terjadi. bukan setakat di moscow. di mana-mana saja. di malaysia malah di tempat2 lain yg wujudnya ketidakstabilan dlm ‘org di atas’ tu.

    teknik ni silap. buat org yg dikatakan tidak sampai tahap mereka itu rasa terpinggir sedangkan rasa kobar dan semangat utk bekerja bersama tu sangat tinggi. apa guna kalau ‘menzahirkan’ diri sbg org atas tapi dlm begerak kerja langsung tidak memberikan sumbang bakti. bukankah ini mendatangkan fitnah pula utk org yg membawa islam? dan rakan2 yg lain pula dpt melihat hal ini dgn jelas. nak atau tak, sedar atau tak, rakan2 yg lain pun mula melihat ini sbg ‘cakap tak serupa bikin’.

    ks bercakap berdasarkan pengalaman. sepanjang 5 tahun ks di sini, ks dh lihat mcm2 terjadi. turun naik org2 atas dan naik turun org2 bawah. dua situasi yg berbeza tu. 1 kesimpulan yg boleh ks katakan. ni terjadi kerana kasta atas-bawah pengelasan berdasarkan sifat luaran dipandang utama. kali ini kamu berdua dipilih sbg pemimpin lagi utk meneruskan kelangsungan pimpinan yg lalu. ks harap, benda ni tak diteruskan. jgn pandang org sebelah mata. ks yakin kamu berdua boleh menjadi pemimpin contoh utk warga moscow mahupun se-rusia.

    utk aiza, ks sebenarnya sangat setuju dgn apa yg kamu sampaikan. analogi rama-rama dgn beluncas tu menceritakan tindakan yg sepatutnya dimainkan oleh setiap org. ks tak perlu ulas panjang dah sbb kwn2 yg lain boleh baca dgn jelas drpd apa yg kamu tulis tu. terima kasih aiza. ks pun rindu la nk tgk muka comel kamu 🙂

    utk hafiz, terima kasih byk sbb berkongsikan matan hadis bahtera ni. dah tersangat lama tak diulangdengarkan semula hadis ini. rasanya kali terakhir waktu sy form 4. wow. dah 7 tahun! terima kasih byk.

    utk aizuddeen, (ni aizu UK kan?) saya rasa dengan menulis topik ini dah pun berjaya menyampaikan teguran (utk dipanjangkan pada pihak yg terlibat) sbb saya yakin mereka membaca coretan kali ini. terima kasih sudi singgah (patut la saya rasa macam selalu je ada org UK bukak blog ni melalui Amy. hihi).

    buat pembaca2 yg lain, ambillah pengajaran dan jadikan sempadan jika pernah terlibat atau mengetahui mana2 komuniti yg terlepas pandang tentang konsep pengelasan ini.

    sekali lagi, saya minta maaf kalau ada yg tersinggung. semoga situasi akan bertambah baik dan kita masing2 sedar akan kesilapan kita.

    kita dilahirkan tidak sempurna tapi perlu sentiasa belajar untuk menjadi sempurna dan menyempurnakan 🙂

    Allah Taala a’lam…

    Reply

  29. fizz says on :

    salam sarah…

    Saya juga seperti yang lenlain, bersetuju dengan pendapat semua. Saya selesa bergaul tidak kira kelas mana pon seseorg itu berada, malah pernah ditegur kerana baik dengan kelas bwhn, mereka kate, nnt org akan pijak kepala kita, bagi saya..asalkan niat kita baik, pasti tiada masalah :D..
    *pendapat persendirian saya shj 🙂

    Reply

  30. Mohd Hazreen Rashid says on :

    Salam wrt.

    Saya stuju sgt2 dgn KS. Saya orang yang pernah berada di lubang yg bawah habis dan sekarang ni buleh la merangkak2 nak naik, tu pun tak lepas lagi cover terowong longkang bawah tanah. Kalau orang2 yg di atas ni bertindak meminggirkan orang2 di bawah, rasanya sampai bila pun mesej dakwah tak tersampai, malah berpecah belah pula.

    Apa2 pun saya support KS, yang penting ialah mencari titik persamaan tu. Orang atas, separa atas, tengah2, upper middle class, n tak kesahlah apa2 lable pun, yg penting titik persamaan ialah masing2 nak Islam tu tertegak dalam masyarakat kita yang sejemput cuma nie. Perbezaan method tu memang tak dapat dielakkan. Jadi dengan penuh rasa rendah diri, saya menyeru smua pihak jom lah kita berlapang dada dan berbaik sangka dgn smua orang.

    Ayam dengan telur ayam, yg mana kluar dulu?

    Reply

  31. Shohib Asy-Syathi'ee says on :

    jawapan yg bagus dr KS. saya harap Awe & Sikin boleh menjelaskan lagi tentang pengelasan terhadap berbeza approach, pendapat dan fikrah. kenapa orang yang berbeza dengan cara kita menyebabkan kita tidak keen untuk bekerjasama dengan mereka dalam menegakkan agama Allah?

    Soalan ini ditanya kerana di tempat saya juga berlaku kes seperti yang didiskusikan.

    Reply

Leave a Reply