Persepsi

Assalamualaikum wbt

Entah kenapa, dua tiga hari ini saya teringat-ingat dialog ayah saya suatu ketika dahulu. Ketika itu, ayah baru menjemput Kaklong, saya, Nan dan Lan pulang dari sekolah. Kami masih bersekolah rendah pada waktu itu. Di dalam kereta, kami memberitahu ayah keputusan peperiksaan pertengahan tahun masing-masing. Saya bersungut dengan adik saya Lan yang ketika itu (seingat saya) mendapat nombor 11. Kami bertiga pula masing-masing mendapat 3 tempat teratas di kelas masing-masing. Ayah bersuara.

Ayah: Kalau semua orang pandai-pandai, siapalah yang nak kerja biasa-biasa ni nanti.
Kami: (Diam)
Ayah: Yelah kan. Kalau semua orang jadi doktor, engineer, lawyer, cikgu, siapalah yang nak jadi tukang gunting rambut, tukang kebun.
Kami: (Diam lagi)
Ayah: Kalau semua orang duduk di atas, siapalah yang nak kerja di bawah?
Kami: (Terus diam)

Sewaktu itu, kereta kami melalui jalan di hadapan Mahkamah Temerloh. Di luar pagar mahkamah itu, terdapat seorang lelaki yang bekerja sebagai jurutaip. Yang menawarkan khidmat menaip surat menggunakan mesin taip. Mesin taip lama. Saya sedar, sudah lama lelaki berpangkat pakcik itu beroperasi di situ. Hanya berbekalkan sebuah meja seperti di gerai makan, dua tiga buah kerusi plastik bewarna merah dan mesin taip lama itu. Tidak berpremis dan hanya beratapkan pokok semarak yang kadang-kala berbunga merah pedar.

Saya tersentuh. Dan kebelakangan ini apabila teringatkan dialog ayah itu, saya rasa insaf. Tidak semua manusia itu dilahirkan cerdik pandai dan berbakat. Tapi setiap manusia itu unik dan kita semua saling memerlukan antara satu sama lain.

42 Responses to “Persepsi”

  1. Hafizuddin Awang says on :

    salam ks…huhu, agak tersentuh gak ngan entri kali ini. isu yg sama pernah sy bincangkan ngan kawan2 kat mrsm dulu. ada org ckp kat saya, kalau semua org bcita2 nak jadi doktor (sbb time tu majoriti ckp nak jd doktor), siapa yg nak jadi askar (sbb org yg btanya ni nak jadi askar) utk mmpertahankan negara. dia jugak ckp, itu tujuan tuhan buat kan manusia dlm pelbagai tahap ‘kecerdasan minda’ supaya wujud kepelbagaian dlm masyarakat. maka, org2 yg sudah brada di tahap yg lebih tinggi tidak boleh sama sekali memandang rendah kepada org2 yg berada di bawah kerana mereka juga turut sama menggembleng tenaga dlm menjadikn kehidupan kita sehari2an lebih tersusun.

    Reply

  2. cikgu jawe says on :

    kita saling memerlukan. bukan ke perbezaan itu sebenarnya utk saling melengkapkan?

    dari situ kita harus belajar saling menghormati kepelbagaian manusia.

    Reply

  3. sarahss says on :

    opposites attract. ada yang memimpin, ada yang dipimpin. simbiosis.

    kecil besar, tua muda, tinggi rendah, kaya miskin..sejauh mana pun jurang IQ, kita semua saling memerlukan =)

    Reply

  4. k.i. says on :

    Manusia cantik pada perbezaannya. Itulah tanda kekuasaan Allah.

    Reply

  5. silent reader says on :

    yup… manusia cantek pada perbezaannya…. πŸ˜‰

    Reply

  6. MK says on :

    asalkan taat perintah Allah, tak kisahla kerja pe pun.. janji masuk syurga.. ^^

    Reply

  7. bulanbiru says on :

    salam sarah,
    dan kita jg perlu sedar,hikmah yg diperolehi kerana kepandaian atau kebolehan yg ada, tidak disalahgunakan..
    “..dan selalulah menoleh dibawah, kerana kita bukannya akan kekal selama2nya.. “
    bersyukur dgn rezekiNya..

    Reply

  8. Mak Su says on :

    hhmmmmmmm

    Reply

  9. hubal says on :

    i am a typewriter and..
    that is my middle name
    ho!

    Reply

  10. faisal says on :

    Allah kan maha adil sarah..:) org yg pandai dan kerja bagus2 pula tak semestinya hidupnya sempurna..dan org yg kerja tukang kebun tu tak semestinya mereka tak bahagia..:) betul tak*smile

    Reply

  11. Hasrul Halid says on :

    Mak aku pernah pesan…

    “setinggi mana pun kamu terbang, jangan lupa rumput di bumi”

    hmmmm!

    Mungkin jugak, bagi seekor burung seperti aku, rumput itu lah sebenarnya asal-usul aku. Dan kalau begitu, rumput dan burung sebenarnya bersimbiosis…

    Aku faham..! Kamu?

    Reply

  12. Labuh says on :

    saya kerja ringan..tidak pulak berat..
    bayaran pun tidak pulak banyak..
    namun tak semestinya saya bahagia..

    “bahagia itu datang tak kira apa kerja sekalipun mesti disertai berkat..baru tenang”

    Reply

  13. cikgu panji says on :

    Kerap kali kita tengok,orang yang kerja kecik, gaji kecik dan selalu kena marah sbb malas belajar di zaman kecik2 yang dapat berbakti kepada ibubapa. Sebab anak-anak yang kerja besar, gaji besar biasanya sentiasa sibuk dan susah nak dapat cuti.Jadi,kepada ibu bapa yg mempunyai anak yang mungkin sedikit terkurang, mungkin itulah rezeki kita (yg akan menjaga kita semasa sakit/pening)

    Reply

  14. fathiyyah says on :

    salam ks..sy ada seorg kwn baik..she’s perfect,cukup sempurna..tapi sy gembira sgt bila dia kata dia perlukan sy yang biasa ni sbg sorg shabat..dia kata dia amat perlukan saya sbg pendorong,pemberi smgt..sgt terharu bila kita ynag biasa2 saja ni diperlukan oleh org yang hebat mcm dia..
    hidup mmg saling memerlukan

    Reply

  15. Anonymous says on :

    i read your latest entry with utmost respect.not all have the same sentiment as yours.memang dalam hidup ini there is two side of the coin.yg penting kita perlu ada sensitiviti kpd kehidupan org lain yg mungkin tak seberuntung kita.kalau dari sudut falsafahnya,kita boleh melihat bahawa kebahagian bukan bersandarkan kpd kaya-miskin.pun begitu i always believe only through EDUCATION kita boleh mengenali potensi diri vis-a-vis mencipta hidup yg lebih baik.melalu pendidikan kita akan dpt mengangkat harkat& maruah diri.
    yg nyata,kita perlu ada keprihatinan kpd kehidupan org lain ertinya jgn rasa yg kita shj gah,cerdik dll;malah bukankah ini tuntutan dari ajaran agama kita.bila bercakap tentang keprihatinan,maka perlu kita `kembalikan’ sedikit jika tidak sepenuhnya kpd masyarakat;ertinya perlu infaq masa tenaga wang ringgit dgn kemampuan yg ada kpd masyarakat.dan ini yg saya selalu leterkan kpd student saya-maslina,satrah dll-jgn terlalu ghairah cari duit sehingga lupa menyumbang kpd masyarakat.kena jadi MANUSIA yg penuh dgn nilai kemanusian (bukankah Allah menyeru :hablon minna nass,hablon minnaLLah-hubungan dgn manusia & hubungan dgn Allah;ertinya ada pertalian simbiosis antara hubungan kita sesama manusia dgn hubungan dgn Allah,seruanNYA hubungan dgn manusia dahulu yg akan membentuk hubungan dgn Allah.atau renungi doa iftitah tatkala kita solat)
    dan Dik,kita sesungguhnya berhutang dgn masyarakat-penoreh getah,tukang gunting rambut hatta pak cik petition writer di tepi pagar mahkamah itu-kerana mereka menyumbang untuk menjadikan dimana kita berada hari ini;saya sebagai peguam dan insyaAllah Dik sebagai Doctor yg baik.jadi,my plea is mesti ada apa yg saya selalu sebut:Kepedulian Rakyat.peduli dgn nasib rakyat tanpa meninggalkan tanggungjawab kepada mak ayah & keluarga.
    akhirnya,cuplikan dari puisi Usman Awang SN:berburu ke padang datar,dapat rusa belang kaki,berguru kepalang ajar,bagai bunga kembang tak jadi.

    salam hormat

    a.nizam
    lanai lestari temerloh
    ahmadnizam.hamid@gmail.com

    Reply

  16. akak says on :

    Salam Sarah…entri Sarah nie menyebabkan akak terfikir, alangkah baiknya kalau semua orang ada persepsi yang sama mcm apa yang Sarah tuliskan. dan akak bersyukur sangat walaupun rezeki akak bukan seperti kwnΒ² yang bergelar pegawai, sekurangΒ² akak masih bertuah memiliki sumber rezeki. Cuma kdgΒ² mereka yang berada di atas selalu lupa untuk berpijak kat bumi. Kita takkan dpt hidup sendiri kat bumi Tuhan, walaupun kita punya kuasa kita tetap memerlukan antara satu sama lain walaupun pakcik yang bekerja sebagai jurutaip sekali pun.

    Reply

  17. reza says on :

    Salam KS.

    Yup,this is such a self-awakening entry.Simply said, what we do for a living doesn’t define who we really are in the inside,a fact which most of us today fail to comprehend.Sadly,the present society holds on the amount of wealth,the level of education received,the decibels of applause and the frequent media attention as a rule of judgement of a human’s worth,a basis of prejudice among ourselves. For a change,let us act humble,embrace each other equally and be grateful for who we are.afterall,the value of life lies deep in what we give instead of what we take.

    ..ter-english la pulak..

    Reply

  18. Notebooks says on :

    Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Notebook, I hope you enjoy. The address is http://notebooks-brasil.blogspot.com. A hug.

    Reply

  19. Anonymous says on :

    Salam
    Betul,dan saya drp golongan mereka.. Orang kata structural-funcnalist πŸ™‚

    Reply

  20. zool says on :

    Betul tu..Semua orang ada kepentingan masing-masing..
    Jangan dihina orang yang tidak berpelajaran.. Mereka lebih mulia dari orang yang memiliki harta berjuta..

    Reply

  21. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Judin:
    mulianya niat kwn kamu tu ye. jd askar. klu niat dia betul, nk pertahankan negara n dgn cara tu dpt pertahankan kedaulatan islam, dia betul2 atas jalan jihad kn. betul tu judin. kita x boleh pandang rendah pd org bawah. 1 hri nnti, ntah2 kita sgt2 perlukn mereka n x lengkap hidup kita kalau xde sumbangan drpd mereka ni.

    Cikgu Jawe:
    sy suka apa cikgu cakap. perbezaan tu utk saling melengkapkan. klu semua kita ni huruf A je, siapalah yg nak jd B,C,D,X,Y,Z kan.

    Sarah:
    lama x dgr khabar πŸ™‚ suka jgk dgn apa kamu kata. simbiosis. betul. hidup ni ada menerima n memberi πŸ™‚

    Abg Khairil:
    manusia cantik jgk bila perbezaan tu dilihat sbg penyempurna.

    Reply

  22. Sarah Mohd Shukor says on :

    Silent Reader:
    dan cantik juga jika perbezaan diterima sbg kelebihan πŸ™‚

    Khairul:
    yg plg penting, apa je yg kita buat tu tak langgar syariat kan.

    Bulanbiru:
    sgt betul tu. kita ni tak selamanya berada di atas πŸ™‚

    Maksu:
    πŸ™‚

    Hubal:
    typewritter? ermm.. agak pelik ye. ehhe.

    Reply

  23. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    betul acai. bak kata pepatah, lg besar periuk, lg byk la jgk keraknya kan. x semestinya keje biasa2 ni hidup x bahagia kan. klu keje biasa2 je tp by masa boleh buat amal ibadah n bersama dgn famili, tu kan best πŸ™‚

    Bro Hasrul:
    yeah. semestinya sy faham. tp bro nk jd burung apa? pipit boleh? erm.. x sesuai. bro adlh seekor enggang hebat!

    Labuh aka Hubal:
    setuju. kerja la apa2pun kan. asalkn yg berkat. hidup pn akan tenang sbb rezekinya dr sumber yg berkat insya Allah.

    Cikgu Panji:
    aaa… sgt betul apa cikgu ckp ni. ramai anak2 yg sibuk2 sume ni x de masa nk jaga makan pakai emak ayah diorg dh. sy amik ni sbg peringatan. sy klu boleh nak mak ayah sy duduk dgn sy je nnti.. uuu.. rasa nak nangis ni..

    Reply

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Thia:
    dlm erti kata menjadi sumber inspirasi kpd org lain, hal ni mmg sgt subjektif kan. ks faham apa yg kamu rasa. dulu kn, wkt ks drjh 6, ks penah rasa inpired setiap kali tgk muka ada sorg senior ni. dia sekolah menengah dh wkt tu. dia f6 dh pun. n ks kagum dgn dia sbb dia excellent spm tp x de rezeki dpt ke mana2 uni. jd dia nekad amik f6. pagi2 nk gi skolah, ks akn nmpak dia tggu bas skolah tepi jln. org pelik ks kagum dgn dia sdg kn dia tu masuk uni pun x lepas. yg ks kagum ialah semangat dia. x penah dia salahkn takdir ats nasib dia yg mcm tu. klu x silap ks, skrg dia dh jd accountant πŸ™‚

    Bro Nizam:
    at 1st, i was in dilemma to address u as uncle or bro. but as conclusion, i found that to regard u as a brother to me is better. sy tersentuh baca setiap nasihat n pendapat yg terkandung dlm komen bro. dan ada a few point yg sy sgt setuju. tntang education. yes it is. education is the best way for human being to upgrade their life. in any aspect. it is not that we can obtain good profession if we are highly educated. but i look at this matter from the aspect of pride n satisfaction. we can satisfy our parents, they will be proud of us, we can change the thinking that the public or people around us think abt our family, ourselves and all. education can give it all. tp apa2pun, niat kita menuntut ilmu tu kena betul kan. n abt hablum minallahi wa hablum minan nas.. 1 lg yg sy belajar kt sini. konsep penerimaan kita semua adlh sama saje di sisi Allah jd jgn la kita pecah belahkan ukhwah tu hanya semata-mata sbb berlainan darjat dunia. terima kasih atas doa tu. insya Allah. sy akn cuba jadi yg terbaik. doktor yg baik. anak yg baik. n nnti pembangun bangsa yg baik insya Allah. sy nk jd rakyat yg peduli πŸ™‚ bro, i believe that u love poetry as much as i do. u always hv some poems to quote with at the end of ur comment. am i right? πŸ™‚

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Akak:
    sebenarnya kan kak, persepsi kita tentang hidup ni x susah nk dibentuk. yg utama sekali, kita tgk dulu hati kita kan. keras ke tak. klu kita jenis yg keras hati ego, semua kita rasa kita je betul. jd klu org yg kurang skit dr kita, senang2 je kita rasa kita jauh lg hebat dr diorg. walau siapa n apa pun kita skrg ni, yg penting apa kita buat tu diredhai Allah. rezeki berkat, hidup selamat dunia akhirat insya Allah πŸ™‚

    Reza:
    right after u published ur comment last night, i mumbled myself that ur words are really touching. deep into heart. n without noticing, pena heard it over. she asked me: what was it abt? i replied: the value of life lies deep in what we give instead of what we take.yes. u are absolutely true πŸ™‚ thanks for waking me up with those words.

    Reply

  26. "sishoney" says on :

    salam sarah,
    bagus betul dgn persepsi nie.sis suka.sbbb tue kekadang kita tgk mak ayah bukan sesape tapi anak2 berjaya kan..then begitu jugak sebaliknya kan..Allah maha adil…

    Reply

  27. Sarah Mohd Shukor says on :

    Notebook:
    hmm.. u dont understand it all, do u? thanks for dropping by anyway πŸ™‚

    Anon:
    walaupu fungsi kita hnya sbg pelengkap sesuatu sturtur tu, jgn rasa kurang. sbb tanpa kita, tak berfungsi dgn baik la jwb nya organisasi tmpt kita kerja tu kan.

    Zool:
    betul sgt tu. x semestinya org tak berpelajaran ni hidup dia hina. mereka ni la yg lebih menghayati erti syukur. klu yg dh terlalu taksub dgn kerja n harta, kan dh lain jd nya tu. lari dh tujuan hidup kt dunia ni.

    Reply

  28. Sarah Mohd Shukor says on :

    Sis Honey:
    betul sis! sy sgt stuju dgn apa yg sis ckp ni. kdg2 tu, ibu bapanya tak de la kerja besar2 pun. ada yg jd pesawah, peternak tp atas didikan yg sempurna, anak2 diorg plak yg penuhi impiam mak ayah n jd yg terbaik utk mereka. sungguhpun tak kaya mana pun anaknya tu, tp budi pekerti n tgjawab diorg pd kluarga mmg tip top. sbb mengenang jasa mak ayah kan πŸ™‚

    Reply

  29. zodiac of scorpion says on :

    aku agak tidak setuju ngan pandangan umum,…bagi aku kehidupan ini bergantung kepada kesanggupan(effort). macam berdayung gak, lagi rancak lagi lajak jaraknya.

    dan satu perkara lagi bukan semua manusia mengejar material dan label, hanya senyuman dan ucapan terima kasih.

    Reply

  30. Sarah Mohd Shukor says on :

    Muzaffar:
    pandangan umum yg di atas semua ni ke? sy setuju yg lg byk usaha seseorg tu, baru la lagi jauh dia boleh majukan diri kan. mcm awk kata, bergantung pd effort yg dia bg. tp dlm kita memajukn diri kita, kita x boleh suka hati je pandang rendah pd org yg bawah skit pencapaian mereka dr kita kn. sbb x semua org tu dikurnikan kelebihan mcm yg kita ada kan πŸ™‚

    Reply

  31. Anonymous says on :

    nex time bak lagi anekdot pak cik shukor na,best2 la

    *banyak nak qadha (baca entries sarah) due to pelbagai halangan hehehe,nex week ok balik

    Reply

  32. zodiac of scorpion says on :

    memandang rendah pada seseorang tidak ada kena mengena ngan konsep cita cita/usaha.

    tuu semua adalah ego dan minda manusia. sebab bapa aku hanya pemandu teksi dan aku berbangga.

    Reply

  33. Sarah Mohd Shukor says on :

    Oneib:
    erk.. x byk anekdot tp sy rasa semua nasihat dia sgt terkesan dlm hidup.

    Muzaffar:
    sy faham apa yg awk mksudkn. ye. sy pun bangga dulu ayah sy seorang penternak n peladang! yihaa~ hari2 boleh makan puyuh tau. hehe

    Reply

  34. zodiac of scorpion says on :

    cita cita aku lepas balik dari manchester nak ternak binatang yang halal dan berbudi pada tanah… lagi best. malas nak layan karenah manusia.

    Reply

  35. Hasrul Halid says on :

    Errrr.. doktor… kamu telah kena tag!

    Reply

  36. Faresya Fareed says on :

    stuju2…oh ya…anda kena tag..

    hehehehehehe

    Reply

  37. Inah says on :

    salam buat sarah

    benar manusia saling memerlukan..sebab itu kita masih memerlukan mereka yang berkerja sebagai pengangkut sampah, pencuci tandas dsb.

    Malangnya, in our society..kita terlalu mementingkan ijazah, rupa paras, pangkat dan kerjaya yang baik. Kebanyakan dari kita mula memandang enteng kepada perkara2 ini.

    For me..learn to respect others before u can earn respect from others.

    Take care sis πŸ™‚

    Reply

  38. Inah says on :

    oh ya..suka kata2 reza..nak pinjam buh kat blog πŸ™‚

    Reply

  39. :) says on :

    Hidup ini ada saling kaitan..
    Begitulah seadanya.. πŸ™‚

    Reply

  40. Azra Ain says on :

    memandangkan kak sarah tiada shout box. saya tinggalkan komen di sini. saya sudah buat album utk letak gambar-gambar yang saya sudah edit seperti yang disarankan oleh kak sarah. akhirnya terlaksana juga. πŸ™‚

    ini linknya:
    http://www.flickr.com/photos/azraain

    Reply

  41. Sarah Mohd Shukor says on :

    Muzaffar:
    ha.. nnti kita join venture la. sy nk ternak lembu dgn bersungguhnya. serius ni. dh ada plan yg cantik dh dlm kepala πŸ˜€

    Bro Hasrul:
    alahai. tag. erk.. sakit jari la nk menaip. hehe.

    Faresya:
    fare, ks dh tgk tag kamu tu tp sorry sgt, sorg boleh tag sekali je. kuota kamu dh cukup πŸ˜€

    Reply

  42. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Inah:
    setuju tu. masalahnya kita skrg ni hidup dlm masyarakat yg pandang yg tinggi2, elok2, pandai2, cantik2, kaya2. yg kurang2 ni, diketepikan. kan, ayat reza best kan. hihi πŸ™‚

    πŸ™‚
    bagai aur dgn tebing,
    bagai kuku dgn isi πŸ™‚

    Azra:
    yeay. akhirnya kamu dh ada flickr. terpedaya jugak kamu dgn kata2 akak ye πŸ™‚ i hv linked to urs alrdy πŸ™‚

    Reply

Leave a Reply