Tempat Saya Bekerja
Assalamualaikum wbt
Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah buat adik saudara saya, Liyana Che Ismail (Yana) yang telah mendapat 12A1 dalam SPM baru-baru ini. Produk KISAS juga sepupu saya yang seorang ni. Hehe. Harapnya, dapatlah dia menyambung dalam bidang Seni Bina (Architecture) seperti Abang Long dia.
Hari ini saya demam. Ubat dah makan. Badan masih panas. Saya nak rehatkan otak dengan menjawab 3 tag santai yang telah diberikan. Yang pertama adalah daripada adik saya Nan. Dah hampir setahun dia tag saya. Baru ni saya terasa nak buat. Tagnya ialah: My working station. Jadi, inilah tempat saya menghabiskan sebahagian besar masa saya. [Klik gambar untuk imej yang lebih besar]
1) Buku-buku dan sefail nota-nota untuk cycle Pediatrics ini. Nota-nota dari sem lepas yang perlu dirujuk semula sepanjang cycle ni.
2) Al-Quran dan Al-Quran terjemahan. Sebelah Al-Quran tu ada tiket balik. Huu. Dah beli dah. Bawah tu kotak hijau berisi diari yang kosong. Seekor beruang kecil yang dah berusia 3 tahun dan sekuntum bunga rampai yang dah tak wangi tapi saya sengaja simpan lagi.
3) Jadual sem ini.
4) Stethoscope, cekak rambut dan penanda buku dari Egypt.
5) Medal naib johan terbuka ping-pong uni saya pertengahan sem lepas.
6) Dua buah sajak dan doa dari kawan.
7) Koleksi keychain dari merata tempat. Termasuk skeleton kesayangan saya yang namanya Ivan Ivanovich. Hehe.
8) Bil rawatan di klinik swasta yang saya pergi waktu sakit teruk dulu. Sengaja letak di dinding supaya tak hilang sebab balik nanti boleh claim dari insurans kesihatan yang saya ada. Dan pada bil itu saya ada tulis peringatan untuk diri saya sendiri dalam Bahasa Arab (jadi housemates saya takkan faham. Hehe), alamat Alif Anwar di Adelaide dan perbelanjaan rumah yang telah didahulukan (yang belum kira untuk akaun bersama kami serumah).
9) Sajak baru yang belum ditulis ke dalam buku sajak saya. Yang ini contoh sajak yang saya sempat buat sewaktu dalam perjalanan ke hospital atau ketika di hospital. (Faaiqah, awak dah baca sajak ni =) )
10) Gambar yang diedit oleh Abang Khairil untuk birthday saya yang lalu dan sebenarnya di bawahnya ada sekeping gambar lagi. Gambar apa? Gambar berwarna oren! Takkan ada yang boleh teka punya :p
11) Gambar yang dilukis menggunakan application doodle di YM ketika online dengan seorang kawan. Saya suka sebab comel-comel gambarnya.
12) Handbooks, kamus Bahasa Inggeris dan sebuah lagi untuk Bahasa Rusia. Juga Ma’thurat, juzuk Amma yang saya sedang ulang, cermin mata ke-2 stapler dan punch.
13) Koleksi novel-novel. Ini yang terkini. Ada yang masih belum dipulang oleh junior-junior dan yang disimpan di dalam almari.
14) Losyen tangan, krim muka dan lip balm.
15) Laptop saya, teman baik saya.
16) Lampu study yang sama umur dengan permastautinan saya di sini. Dah 5 tahun dah.
Dan ini tag daripada Faresya pula. Faresya berumur 13 tahun. Jadi tagnya juga masih sangat ringkas ๐
1.When did you bought your pet/pets?
I have none here. But back in Temerloh, my ayah loves cats. We have a number of them at home.
2. When is the most embarrassing moments in your life?
A mattress fell on me in front of relatives who came to visit during hari raya in Pulau Pinang. I was in standard 3 or 4 and I didn’t even run away after that. But when I was 13, those relatives came again and recognized me as the-fallen-mattress girl, nah, I was so embarrassed by that calling.
3. What make you hate your favourite food all of sudden?
Nausea after a hot mug of Milo. And was phobia to take it in big amount. Or maybe I can say, I don’t really drink Milo. But hot chocolate, yes I do.
4. Do you love to watch My Girl?
Have watched but do not love it.
5. Who is the first person that wish you ‘HAPPY BIRTHDAY’?
My emak and ayah.
6. When is your fun moments in your life?
Forgot. Final night in KISAS perhaps. Huhu.
7. Have you ever drank oil that you think it was tea?
Never ever ๐ (soalan apakah ini?)
8. Do your teacher ever said to you ‘You are the bad student in my class!’?
Never happened and won’t ever take place insya Allah.
9. Who always make you laugh?
Laugh out loud, none. Giggle alone, yes. Dia! The one who always talk sempoi stuffs with me. Hehe.
10. Do you think you are going to marry the person you love now in the future?
Marriage is a home for two who are fated to be together. Alahai. I have no answer for this. Sorry.
For the 3rd tag, I will do it somewhere later. Sorry. Need to take some rest. Galava kruzhitsa.
suka tag pertama dan akak lebih tertarik dengan benda yang tidak diabelkan..
ade teddy bear kaler coklat disitu
ade buku Lange di rak
ade bantal yang banyak di atas katil
susunan buku yang kemas ๐
sis jaga diri ye..
Reply
Kemasnye tempat keje Sarah.Akak suka tengok. Tertarik dengan si Ivan Sarah tu..hehehe. Teddy bear yg kat rak tu cute jugak. Lain yang Sarah label, lain yang akak tengok. ๐
Cuma… apalah gambar yang berwarna oren tu ye..mmm..hehehe.
Okay Sarah, take care..jangan lupa makan ubat. Dah tak lama dah nak balik M’sia tu..Simpan tiket tu elokยฒ..
Reply
Sarah,
duk kat umah biasa ker duk kat hall.Wall paper tu nampak menarik.lampu tu cam lampu ikea jer
Reply
Hello Sarah!
Nice post.
Good luck.
Reply
salam sarah.. lm sy x bg comment kan?? lps tgk gmbr working station awak tuh.. awak tau sy terpk apa str8 away?? i miss ur bed.. hehe.
sorilah srh, tiap kali dtg lepak bilik awak mesti wat katil awak cam katil sendiri.. hehehe.. sy nak dtg lepak lg lah.. dh smp ms tukar angin.. nnt sy cl awak yer..
Reply
Salam buat semua.
Kak Inah:
teddy bear tu nama dia kimi. auyun kwn sy kt sini yg kasi wkt bday 2005 lama dh tu. bantal?? erk.. nampak eh. hehe. palng bawah tu comforter ๐ lg 3 bru bantal :p
Akak:
sy x boleh hidup kalau serabut2. gambar oren tu.. tuttt.. rahsia. hihi.
Mimi:
sy duduk hostel. tp sistemnya rumah yg mcm apartment. jd, kami panggil rumah. haa. tu bukan lampu ikea. tu sy beli kt kedai letrik kt pasar je tu. hohoho.
David Santos:
apo2la ekau ni pakcik. huhhu.
Baiz:
meh la dtg sini. sy nk ke sana mmg susah la skit. hehe. knp sy msg awk pending smpai hari ni? 2 kali sy msg wkt tu. ahad lepas. nk ucap thanks atas dedication for women’s day tu. sgt best cheese cake si daisy tu. hiihuu.. baiz, klu awk dtg, nk tido trus atas katil sy pun x pe. sy ada tilam extra tau! hehe.
Reply
dobre utra!
alangkah baiknya kalau nombor2 tu disusun ikut pusingan jam atau lawan jam. tak le huru hara mata aku melilau sana sini.
aku tahu gambar oren tu gambar sapa. haha. ๐
Reply
salam sarah….
org pompuan mmg x lari dr teddy bear..hihihihi
dulu masa akk tgh study pun akk suker tampal sajak2 kat dinding…tp akk siap buat board & yang pastinya atas meja mesti ader bunga rose hahahaha
rindu lak zaman2 blajo ni….
apapun jgn lupa makan ubat ya sarah…jaga kesihatan k…
take care!!!!
Reply
Cikgu Jawe:
ups. sorry sgt cikgu. sy mmg pakai letak je nombor tu ikut suka smlm. dh x sempat nk fikir2 dh ๐ haa… cikgu salah! gambar oren tu bukan mcm yg cikgu sangkakan tau! sgt salah tu. sy x reti buat mcm tu. org tgk satgi, ingt sy ni apa je. hehehe.
Kak Rynnz:
sy x minat bear sbnarnya. sy x penah beli utk diri sndiri. yg kt atas meja tu ada kwn kasi 3 thn lps. n atas katil sy ada lg 3. semua kwn2 bg. hihi. sy sengaja x letak board sbb dinding tu senang je nak dicucuk dgn pin. n kalau sy letak board, sy rasa dinding tu sempit. ntah apa2 je sy fikir kn ๐
Reply
Salam ziarah.
Oh, letak kat situ rupenye? Terharu lah pulak, hehe.
Wondering what are the reminders yea? Macam yang Fahri tulis kot?
Semoga sihat dan gembira selalu ye.
Reply
Alif:
salam. ks letak kt situ sbb ks nak pos smthg pd kamu tp x terpos lg ๐ ks x de masa nak ke pos ofis. so, ks letak kt situ sbb yg ada kt dinding tu sume yg penting je. maaf sgt ye alif. oh. reminder in arabic tu tntg nasihat utk diri ks sndiri. supaya ks beringat tntg sesuatu. bukan mcm fahri siap ada ‘NIKAH?’ tu. hehe.
Reply
Ngangah, aik dah lupake nama Yana, mana ada Nur, Liyana aje..dia seorg je satu nama anak makde( dulu nak letak nama Lina Liyana…takut lembut sgt sebab dua2 makna lembut. Dan juga takut nama glamor)…yg lain ada dua. Skrg tengah sibuk menolong yana mengisi brg biasiswa ke luar negara…mudahan dapat. Puas makde pujuk ambil medic , yana tak mau …makde pun tak mau paksa sebab dia yg nak belajar. Tak ada rezeki makde anak jadi doktor.
Reply