Moskovskaya Metropolitena

Assalamualaikum wbt

Moscow Rapid Transit System (Metro) adalah pekhidmatan pengangkutan yang paling penting di bandaraya ini. Mempunyai 11 jaringan laluan yang menghubungkan seluruh pelosok kota ini, jaluran-jaluran ini dikenal pasti berdasarkan warnanya yang berbeza. Sebagai contoh, jaluran pertama lebih dikenali dengan nama Jaluran Merah (Krasnaya Linia atau Red Line). Daripada 11 jaluran ini, 9 jaluran adalah jaluran panjang dan penting dan 2 lagi adalah jaluran pendek.

Menurut laporan The Moscow Times di penghujung 2007, purata 2.3 juta warga Moscow menggunakan perkhidmatan Metro pada hari-hari bekerja. Memang tidak dinafikan, setiap pagi Metro memang padat dan sendat namun tiada apa yang dapat menyebabkan perkhidmatannya menjadi lambat sebaliknya sentiasa tepat dan sangat cepat. Bagi insan kecil seperti saya, menjadi mangsa penyekan orang adalah biasa. Tetapi untungnya, jika saya tersepit di celah-celah orang ramai yang sedang berdiri, saya tidak perlu risau jika tidak dapat berpaut pada tempat pemegang. Sesungguhnya badan orang di sekeliling saya adalah dinding lembut yang boleh saya bersandar jika saya hampir terjatuh. Jadi kebiasaannya, saya perlu memasang kuda-kuda seperti hendak bersilat supaya tidak terjatuh ketika berdiri di dalam metro yang bergerak laju.

Walaupun saya selalu memilih untuk berdiri dan bersandar di pintu belakang yang tertutup, tetapi saya kerap ditawarkan tempat untuk duduk. Lebih-lebih lagi pada waktu pagi. Mungkin bagi mereka, saya ini kanak-kanak sekolah yang terpaksa ke sekolah bersendirian pada waktu pagi. Untung menjadi orang bersaiz kecil ini. Jadi, saya boleh duduk membaca. Atau, kalau tidak cukup tidur pada malam sebelumnya, perjalanan ke hospital yang jauh boleh digunakan untuk mengqadha’ tidur dengan nyenyaknya.

Sistem tiket yang kami gunakan adalah kad metro yang perlu diaktifkan dengan membayar secara bulanan. Istilah lainnya adalah top up. Kali pertama saya tiba di sini dahulu, bayaran top up bulanan hanyalah 65 ruble sahaja. Itu pada tahun 2003. Setiap kali tahun baru menjelma, harganya semakin naik. Kini pada tahun 2008, harganya ialah 180 ruble. Hampir 2 kali ganda daripada harga dulu! Kad ini mempunyai cip di dalamnya. Menggunakannya sama seperti menggunakan kad sentuh dan lalu (touch ‘n’ go) di Malaysia. Tapi yang lebih istimewa, pada kad tersebut ada gambar dan butiran ringkas pemiliknya.


Di bawah ini ialah laluan setiap hari saya ke hospital. No. 1 ialah stesyen di mana letaknya International Hostel Spartivnaya. No. 2 ialah tempat saya melakukan pertukaran laluan metro untuk hari Isnin, Rabu dan Jumaat dan hospitalnya terletak di No. 3. Untuk hari Selasa, Khamis dan Sabtu, tempat pertukaran adalah di No. 4 dan hospitalnya terletak di No. 5. Sangat penat! Ini belum termasuk jarak menaiki trolley bus atau tram dan jarak jalan kaki.

Motivasi ke-2: Boleh kuruskan badan. Hooray!

43 Responses to “Moskovskaya Metropolitena”

  1. one says on :

    MashaAllah..dah le kecil,kalau kurus lagi,memang patut kena kuatkan kaki..
    memasang kuda2(hahaha!nasib baik tak kena naik kuda),plus jalan2 kaki,nanti kuatlah kaki tu

    Reply

  2. myfisol says on :

    Salam Sarah..

    untung sungguh berbadan kecil ni yea….dapat layanan istemewa lagi…agaknya diorang kesian tengok sarah, nampak helpless, kanak2 sekolah lah katakan..hehe..

    Metro tu nampak convinience sungguh dan murah jugak rasanya…tp kat malaysia rasanya macam kurang effective sikit….lagipun cuaca panas lak tu..leceh sikit nak pergi ke station..tambahan pulak last miles connection tu problem sikit, still kena ambik bas atau teksi untuk sampai ke destination…

    Reply

  3. shukor says on :

    Ngah ngah,
    beli moto laa..

    Reply

  4. cry4freedom. says on :

    Haha. Beli motor terus ya cik. Boleh cilok cilok tepi traffic jam, lalu atas bumbung kereta orang kalau dah sesak sangat.

    Rasanya boleh imajin tak busy Moskovskaya Metropolitena banding dengan Putra LRT pukul 5-7? Rasa boleh berdikit. Boleh duduk bersila tunggu train by train lalu semua padat dengan orang balik opis.

    Takyah susah susah pegi gym ke apa ke. Kurus sudah.

    Reply

  5. cikgu jawe says on :

    nak kurus camna lagi sarah. awak tu kan dah kurus dah tu.. kalau sayang badan, bagi le dia makanan secukupnya. 😉

    puas2 le naik metro ye.. dibuatnya esok2 ko posting kuala selangor, takde lrt kt sini.

    Reply

  6. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Oneib:
    memasang kuda2 adlh 1 kemestian dlm metro. besarkan sedikit bukaan kaki mcm zirafah. huhu.

    Bro Fisol:
    murah jgk la kalau nak banding dgn msia kot. (sy tak tau berapa di msia). 180 ruble tu RM 23 la lebih kurang kot. utk unlimited use dlm sebulan. bg sy, mmg sgt murah la tu sbb mmg byk kali guna dlm sebulan. ye. sy la budak sekolah tu~ :p

    Ayah:
    sape pakai motor kt sini, tu org kaya tau ayah. sbb sini sejuk. motor org guna time spring summer je. tu pun motor yg besar2 debab2 tu. yg kecik cinonet tak de org guna kt jalan besar. hehe.
    nak motor mcm motor yamaha ayah dulu la. baru macho. huhu.

    Azwan:
    kalau pukul 5-7 di msia tu, sy rasa x kan dpt tanding sesak padat metro kt sini time pg n ofis hour. sgt padat. dgn bau masham masham manish diorg tu. euuww :p

    Cikgu Jawe:
    haaa.. cikgu tak tau yg sy naik 2kg spnjang cuti hari tu! hihi. alaa.. tak kesah langsung sbnarnya. hehe. keje di kuala selangor? aduh. susahla sy dpt balik rmh camni *tepuk dahi*

    Reply

  7. Anonymous says on :

    baca komen rasa kasihan pulak dekat cik Sarah,takpe,budak2 lain pun macam cik sarah jugak
    nanti balik boleh join doctor pakar yg hectic masanya,tak perlu lrt sebab ada keta sdirik kan,kan dah plan nak beli keta..mesti ada driver sekali la nanti 🙂

    Reply

  8. rynn cantek says on :

    sarahku.

    skang rynn sedang on9 di library. hiks!

    sarah nak kurus ape agik. da mmg kurus yang amat.xmo kurus2. rynn kurus xpe.

    sbb ryn besau.hahak!

    rindu lew ngan sarah shayang 🙁

    Reply

  9. hafiz238 says on :

    Melbourne has an effective public transport. With one card, boleh naik bas, keretapi dan tram. Memang cukup integrated dan sangat punctual. Tapi tiketnya takderlah canggih sampai guna cip. Hanya kertas yang diprint barcode ajer.

    The provider behind the Melbourne public transport has certain percentage of punctuality (if i’m not mistaken, it is 95% punctuality) that need to be achieved every month. If they are not punctual most of the time, the passengers can get discount :).

    tapi, macam di Moscow juga, harga tiket naik setiap tahun…agak2nya harga kereta di Rusia sure mahal kan.

    Reply

  10. Lelaki Misteri Yg Kacak Tp Orang Lain Kata Comel. Ape laa~ says on :

    Semangeeeeeeeeettttttttttt~

    Jom berdiri di mata Dunia!

    Tapi di mana ek?

    haih~

    Reply

  11. Faresya Fareed says on :

    nk kurus?kan dh kecik n kurus dh tu..hehehehehe…kalo ks gi hospital ke,apa ke naik metro,fare gi skolh naik bas…haha.nsib baik seat sntiasa ckup utk semua.

    Reply

  12. ytmz says on :

    seri kaya buatan orang kampung moskva

    Reply

  13. .:anonymous:. says on :

    salam
    semangat tul ks explain psl metro. ringkas ttp menarik. hehe. tp jauhnye kena travel. mesti letey sekembalinya dari kelas. pepun, gud luck utk new semester ni~

    Reply

  14. .:anonymous:. says on :

    eyh, depan tertulis adibah hanim, tapi belakang terpampang gambar ks. hehe

    Reply

  15. djambu puadovich says on :

    “kaki mau pasang kuda2, nak bukak langkah”
    “ooo, kaki kuda…”
    [petikan filem pendekar bujang lapok] hehe

    Reply

  16. umaq_eiman says on :

    awak bukan ke kurus dah???

    Reply

  17. cikgu jawe says on :

    aisk.. sarah nih. kuala selangor ke jerantut 3 jam je tau. jauh lagi miri. 5-6 jam.

    *wink*

    Reply

  18. hanny says on :

    sarah, akak pun sama cam sarah. bukan badannya kecik tapi jauh nak ke uni. kena tukar train 3 kali. pastu naik basikal ke uni. dijamin turun berat badan, paling sikit 5 kilo!!!

    Reply

  19. faisal says on :

    hehehee, mesti kuda2 sarah dah kuat macam pesilat negara,ceewahhh..:) takpelah sarah, semua tu akan sarah kenang nanti bila dah takde kat sana..

    tengok mcm perjalan sarah patah balik jekan,hehe..:) kalau sy agaknye dah pakai basikal gi hospital,ceewaahhh..mmg jarang sangat naik train awam ni..dah lama sangat tak naik,hihi..:)

    sarah, apesal nama sarah pelik je atas kad tu,hihhii…kat mesiapun kena buat kad yg ada cip tulah, barulah dapat elak penjenayah guna perkhidmatan awm melarikan diri,hihi..ok, chaiyok2 sarah!!!

    Reply

  20. mAkCiK De' KiPaS says on :

    naper sarah nak kurus 😐 sarah kan dah kurus…lainlah azah 😀

    jauh giler perjalanan sarah setiap hari… kalau azah, seminggu mesti konfem kurus 😐 err…bleh ke seminggu :))

    Reply

  21. Mak Su says on :

    dpt tempat duduk, beshnyer

    Reply

  22. WanHidayat says on :

    Salam….nak kurus???…aik…pelik bin ajaib…nape…skrg awak gemuk ke???…kesian kat awak ek…kena penyek2 oleh manusia2 besau kat sana…hehehe….sy pun kecik gak…mesti lebih kurang klu sy sampai sana….tak boleh nak bayangkan klu 11 laluan….hebat!!!!

    Reply

  23. Farah says on :

    fuiyo! bz bz ….

    Reply

  24. Mimie Azrin says on :

    Salam Sarah!

    Chaiyok!!!

    Reply

  25. Rynn Cowbra says on :

    makcik,aku x rase ko dpt kurus lau seminggu jek 😐

    kurang ade tp xde lew trus badan jeniper garner 😐

    Reply

  26. Muhammad Khairul says on :

    salam kak sarah,

    tidak ingin saya menaip kembali tajuk entri ini >_< kenapa saya tidak pernah mendapat tawaran tempat tempat duduk? cess.. tapi memang senang untuk mencilok-cilok dalam bas, apatah lagi mencilok-cilok sewaktu sedang beratur di kantin…

    Reply

  27. arsaili says on :

    salam ..ni kes kanak2 dewasa nih..ahaks..

    Reply

  28. Inah says on :

    mangsa penyek??

    ayyakk..sebenarnya kalo sarah naik bas rapid kl pun sama..komuter..semua sama je di Malaysia kalo waktu peak hour

    tambah ngan bau2 masam lepas balik keje..akak bolehla puke 🙁

    tapi kat adelaide..rasanya lebih teratur..cuma aritu penah jumpa ngan org mabuk dalam bas 🙁

    Reply

  29. adik KS says on :

    hah?

    nak buat apa kurus?

    cukuplah tu, biar sihat sikit.

    selamat mnempuh semester baru 🙂

    Reply

  30. Sarah Mohd Shukor says on :

    Anon:
    alaa.. kalau sy ada kereta nnti, takdenya sy nak guna driver. sy suka drive. ehem. sy tak suka laki pndang rendah pd pmpuan bila pmpuan tu bawak kereta tau. hehe :p

    Ryn yg cantekkk:
    ryn, sy naik 2kg tau sepanjang cuti lepas. tu sbb kena turunkn smula. hehe. meh la kita berusaha bersama sama ye 🙂 hehe

    Hafiz:
    kat sini pun ada sistem tiket bersekutu tu. boleh guna utk semua skali. tp yg tu takde student rate (setahu sy la). lg pun, utk naik bus, trolleybus or tram, ada 1 lg monthly pass yg boleh guna unlimitedly. so, jimat n murah la. agaknya kan hafiz, bila lah msia akan ada sistem yg efektif mcm ni kan?

    Lelaki yg ks rasa dia kacak la jugak skit: huhu~
    ermm… apa kata berdiri atas tembok cina :p

    Reply

  31. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faresya:
    fare, ks naik 2kg wkt cuti hari tu tau! ks nak turunkn smula. hehehe.

    Yasir:
    sy nak seri kaya orang kampung changkat. sila mengasi skit. boleh?

    Shahrin:
    saje je nak kongsi cerita pasal metro yg super laju kt sini ni. hehe. oh. pasal kad tu. mula2 ks try amik gmbr side by side. letak sebelah menyebelah. tp sudahnya ks guna gmbr yg ks amik satu-satu plak. tu yg ks pinjam yg diba punya skali. hehe. cekap mata kamu ye. erm.. mlm td lupa nk tny kamu. apa pndapat kamu tntg KCB? hehe

    Yeop:
    ewah.. berdrama siap dia yek. huhu

    Reply

  32. Sarah Mohd Shukor says on :

    Umar Aiman:
    aik.. kat mana plak awk tgk sy ye? huhu. musykil plak sy. berat naik skit ni. dgn malu2nya, sy perlu mengembalikn berat asal :p

    Cikgu Jawe:
    cikgu, kuala selangor nak balik temerloh pun nak dekat 5 jam, nk ke jerantut mistilah jd 6 jam. hehe. aishh.. merepek je ye cikgu ni.

    Kak Hanny:
    wah.. so maknanya, akk sure dapat jaga badan dgn jayanya. hehe. ibu yg cantik gitu! hihi.

    Faisal:
    acai, nama sy tu ejaan dlm bahasa rusia. mmg pelik. kat sini, nama ayah sy yg disebut dulu. jd nama sy akn jd mcm ni: mohd shukor siti sarah binti. huhu. mmg kelakar. eh, kalau awk berjaya bawak basikal time winter kt sini, sy tabik spring kt awk tau. sbb buat sejarah baru kt rusia ni :p sy sanggup offer belanja makan kt 5 stars hotel tau! hahha.

    Azah yg comel:
    azah dh kurus dh!! takyah diet2 nk kuruskn badan dh tau. sy naik skit time cuti hri tu. nak turunkn skit. skit je. hhehe

    Reply

  33. Sarah Mohd Shukor says on :

    Maksu:
    untung sabut timbul, untung batu tenggelam 🙂

    Hidayat:
    berat naik skit wkt cuti hari tu. kena turunkn smula la kan. nnti tenggelam tengkuk. hehe. tp katanya nak naik bas. ye dak? erm.. kalau camtu, kalau sungguh awk dtg sini 1 day, sure awk kena penyek abis2an. kalau laki, diorang tak heran pun. kikikikki.

    Kak Farah:
    nak buat mcm mana.. nasib badan 🙁

    Mimie:
    doakn sy mie 🙁 alaa… rindu la kat awk 🙁

    Reply

  34. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ryn:
    jenifer garner takde la cun mana. bg sy, cantik tu ada dlm diri semua org. kan?

    Khairul:
    kalau kamu kt sini kan, ks rasa, org ingt kita adik beradik n kita dua-dua akn ditawarkn tempat duduk. sbb kita comel. yeay~ hehe

    Bro Arsaili:
    mcm tu la nampaknya. kanak2 dewasa yg comel :p

    Kak Inah:
    aaa… bila kak inah sebut pasal bau peluh sume tu, terasa loya plak sy. kat sini plak, bau arak la, bau winter coat la. hhuhu. kalau tgh pening balik kelas tu, pun terasa nak muntah pun iye jgk. huhu.

    Alif si anak singa (kan?): hehe
    bukan nak kasi kurus. nak kembali kpd yg asal je. sape kata ks diet makanan. tak pun. makna tetap maintain normal. hehe 🙂

    Reply

  35. faisal says on :

    hehehe, kalaula sy kat sane mesti sy bleh cuba naik basikal..dalam 500 meter mybe sy perlukan ambulance untuk sampai ke destinasi yg dituju,hahahahah:P

    sarah, ske ar lagu2 klasik nih..:) mmg terimbau kenangan lame,ceewaahahhhhh 😛

    Reply

  36. Mimie Azrin says on :

    Salam Sarah,
    FYI saya dah lame tak mengapdet blog saya. bukan malas tapi dah tak larat, cepat penat. Mula hari ni, saya dah mula bercuti, habiskan 6 hari annual leaves dan selebihnya unpaid leaves sehingga saya selamat bersalin. Bukan tidak mahu bekerja, tapi suasana di opis dah tak mampu nak menampung sakit belakang saya dan kepenatan saya. Azrin pun dah tak larat nak hantar saya pagi2 ke opis. mana tidaknya, seawal 6.30pg kami sudah kluar rumah (mcm nak g skolah dulu2 pulak). LRT paling dekat pula diBukit Jalil, juga diluar lingkungan kawasankerja Azrin. susah juga sorang ke utara, sorang ke selatan ni 😛 rakan2 di opis semuanya mencadangkan saya bekerja dari rumah memandangkan saya ada talian sambungan internet. saya tak kesah, tapi takut org HR tanak membenarkannya. (mereka semua gila kuasa – gila bodek). tapi saya sudah pun hand-over semua kerja pada rakan2 yang ingin membantu :P. kan best klu berhampiran rumah ni ada metro seperti di tempat sarah tu, walaupun ada bas, tapi satu pun tak lalu ke opis saya huhuhuh…

    so, saya ambil keputusan bercuti sahaja. Atas cadangan Azrin.( kurang la gaji saya bulan ni 🙁 ..)

    Oh ya Sarah, Selamat mula berkelas yeh!!!

    Reply

  37. doyot says on :

    haha..saya pon kecik jugak Sarah,hehe..mngkin diorg pon akan anggap saya kanak2..hehe.. tp sayang kalau di Malaysia naik LRT, ramai yg jadik x courteous..tak kisah la yg berdiri tu org tua ke, sakit ke..depa mcm dah x kisah dah..saya pon x faham knape.huhu..nasib baik saya di jogja pakai motor..selit2 je..hehe..

    Reply

  38. pizik says on :

    jemput layari komuniti kami.. http://www.kissradiofm.org – dgr radio online..

    Reply

  39. tiangpurnama says on :

    la..Sarah memang dah rendah(cute)pun :),orang lelaki takkan mendongak punya,dalam situasi biasa mesti tawadhuk time bercakap dgn sarah kan?er,kalau tempat kerja satu laluan,working hour pun sama,mesti dreba kena tumpangkan,nanti save bajet,save environment,petrol kan tak pernah turun..hehe

    Reply

  40. faisal says on :

    alaaa, sarah bznya,huhu..moga sarah sihat2 hendaknye ye..*smile.

    Reply

  41. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    hahaha. dan sy la org yg akn jaga atas ambulan tu nnti~ lalalala. erm.. mmg letak lagu klasik sbb nak kasi teringat kenangan lama. hehe. sengal plak sy ni :p

    Mimie:
    waa… dh start cuti dh ye.. elok la tu mie. awk mmg kena byk rehat ni. jaga diri baik2 ye. rindu la nak kacau2 awk lg 🙂

    Doyot:
    tu yg bestnya korang kt sana. bawak motor! bestnya cilok sana cilok sini. huhu :p

    Pizik:
    erk.. sy x suka dgr radio la encik :p

    Tiang Purnama:
    erk.. tawadhuk bila ckp dgn sy? dh nak buat mcm mana kan. diorg takleh nak dongak, kena tunduk je la tgk bawah. huhu..

    Faisal:
    ni terbangun awal ni.. td nak update konon2 tp internet ni buat pasal plak. bz… sy pun YB mcm awk jgk. hihi

    Reply

  42. ytmz says on :

    dkt mesia pun ada metro gak (nak belagak).. metro kajang.. bas metro.. taman metropolitan kepong.. tapi kesemuanya tidak bersepadu macam metro moskva..(tak jadi nak belagak).. huuuu somewhere over the rainbow…

    Reply

  43. ytmz says on :

    walaupun byk garis2 warna warni yang berselirat.. saya gemar melihat bulatan coklat itu.. penyelesaian yang handal.. yang bulat tu yang terkemudian barangkali.. canggih.. bulatan coklat.. tapi kalau bulat hijau pun boleh.. tak masal..

    Reply

Leave a Reply