Bahasa Jiwa Bangsa

Assalamualaikum wbt

Sudah tiga hari jadual saya sangat padat. Keluar awal dari rumah dan sekitar jam 9 malam baru tiba semula ke bilik. Hendak dijadikan cerita, semalam saya ke Kompleks Membeli-belah Ikea-Mega-Ashan lagi sekali. Tapi kali ini saya hanya ke Mega dan Ashan saja. Satu Mega saya kelilingi semalam semata-mata untuk mencari hadiah untuk seorang kawan dan juga meninjau-ninjau koleksi jaket untuk musim bunga yang akan tiba di hujung bulan Mac nanti. Tapi sudahnya, tiada satupun yang saya beli melainkan hadiah untuk kawan saya sahaja.

Disebabkan terlalu penat, saya dan Wanie mengambil keputusan untuk makan di medan selera yang bersebelahan dengan tempat ice skating. Tapi, sudahnya sekali lagi kami tidak makan sesuatu yang beratpun kerana tiada yang memenuhi citarasa. Tambahan pula, di rumah masih ada lebihan lauk sambal udang dan ikan salmon masak asam pedas hari semalam. Lagi puas jika makan nasi di rumah saja. Jadinya, kami hanya membeli koktail susu buah dan pai buah saja.

Ketika duduk makan di sebuah meja sambil berbual-bual, kami didatangi oleh dua orang remaja perempuan. Sekitar usia kami saja. Atau mungkin lebih muda. Mereka tersenyum-senyum dan bertanyakan sesuatu dalam bahasa yang tidak difahami dan sengau bahasanya. Tambah mengejutkan, mereka mengambil kerusi daripada meja berhampiran dan duduk bersama kami di meja kami. Kami pada mulanya tidaklah terlalu terkejut kerana barangkali ada sesuatu yang hendak ditanyakan. Tapi hati saya yakin mengatakan bahawa mereka ini sekadar hendak mengacau kami.

Sebaik mereka duduk, mereka bertanya lagi dalam bahasa yang tidak difahami dan dibuat-buat kesengauannya itu. Saya lalu berkata (dalam Bahasa Rusia): Mi ne panimaem (Kami tak faham). Mereka meneruskan juga aksi itu dengan tersengih-sengih. Saya bertambah yakin mereka ini hanya hendak mempermainkan kami. Lalu saya dengan sopannya bertanya: Do you speak English? Dan dengan laju mereka serentak menjawab: No. Kemudian mereka gelak besar.

Terus, mereka bangun dan lari meninggalkan saya dan Wanie. Kami berpandangan. Dan terpacullah soalan ini yang saya ajukan kepada Wanie: Kalau kita ni British, diorang kacau kita macam ni tak?

Sebenarnya, saya geram dengan budaya orang tempatan di sini yang tidak sukakan atau kurang terbuka dengan bahasa luar yang mereka dengari. Sebagai contoh, Bahasa Inggeris. Walaupun mereka semua wajib mempelajari bahasa ini di sekolah, namun tidak semua boleh memahami patah lagi bertutur dengan baik menggunakan bahasa antarabangsa ini. Pendek cerita, mereka begitu berbangga dengan bahasa ibunda mereka. Ketika saya melawati Historical Museum di Kremlin pada hari Ahad lalu, saya baru saja mengetahui bahawa usia Bahasa Rusia sudah sangat tua. Bahasa ini sudah mula wujud sejak di penghujung zaman Neolitik yang mana pada waktu itu, abjad-abjad yang digunakan adalah alfabit Rusia Kuno. Dalam alfabit terkini, tidak banyak pembaharuan dilakukan. Cuma belitan dan lingkarannya semakin kurang (Sungguh! Alfabit kuno sangat berbelit-belit!). Mungkin atas faktor inilah, dasar bahasa mereka masih sangat kukuh mendaulatkan bahasa ibunda mereka ini.

Begitu juga dengan sifat keterbukaan mereka dengan bangsa luar. Saya rasa adalah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa mereka ini agak kasar dengan bangsa luar lebih-lebih lagi warga Asia Tenggara yang kecil-molek berkulit sawo matang dan juga bangsa berkulit gelap. Tapi sekiranya bangsa asing itu adalah mereka yang berkulit putih, berhidung mancung, bermata kelabu, layanan mereka sama saja. Mungkin bagi mereka, itu adalah bangsa serumpun mereka.

Rusia ini sebuah negara yang perasan bagus sebenarnya. Eropah tidak mengaku mereka 100% berbenuakan tanah Eropah tapi Rusia ini masih hendak mendakwa mereka sebahagian daripadanya. Sedangkan Rusia ini hampir 80% daripada keluasan tanahnya berpetakan tanah Asia. Sehinggalah Liga Dunia hendak menjaga hati mereka (atas faktor ekonomi, kekuatan teknologi dan monopoli suara dunia) lalu mengelaskan mereka sebagai Eropah Timur (The Eastern Erope). Itupun kerana kewujudan St. Petersburg (sebuah bandar moden paling barat dalam geografi Rusia) yang dilihat sebagai pintu masik ke Eropah melalui jalan tanah. Ia digelar sebagai The Gate of Europe.

Perasan sungguh Rusia ini, kan? Kesimpulannya, bahasa itu jiwa bangsa. Dengan bahasa kita dihormati. Dengan bahasa juga kita dikeji. Saya sesopannya menggunakan perkataan DO ketika bertanya sama ada mereka boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris ataupun tidak. Saya masih mentatasusilakan bahasa saya walaupun dalam keadaan geram dengan tidak menggunakan perkataan CAN yang dalam peradaban bahasa akan membawa makna kita memerli seandainya mereka tidak boleh berbicara dalam bahasa itu. Nasib baik bukan semua warga Rusia bersifat kurang ajar seperti dua remaja perempuan itu tadi. Jika tidak, saya pun tidak tahu macam mana saya boleh bersabar selama 5 tahun bermastautin di sini. Sebenarnya, ada banyak lagi pengalaman saya berhadapan dengan bangsa keras kepala dan jenis tidak mahu kalah ini. Tapi cukup dulu untuk kali ini.

Ya. Inilah Rusia. Ya. Bahasa itu jiwa bangsa. Maka saya menutup pena saya untuk kali ini.

Nota 1: Peribahasa Inggeris ada mengatakan, ‘When in Rome, do as the Romans do’. Tapi saya nasihatkan, ‘When in Russia, do not do as the Russians do’. *senyum*

Nota 2: Internet saya masih belum OK!!!!

_____________________________________________________________

Hari buat dia:

81) A rotten apple spoils the barrel – A dishonest or immoral person can have a bad influence on a group. Moral: Jagalah air muka agama, bangsa dan negara kita.

33 Responses to “Bahasa Jiwa Bangsa”

  1. ~wan hidayat~ says on :

    Salam…..terasa mcm org utara pi bertandang kat negeri kelantan yang perbezaan loghat nyata tapi….tapi…masih bahasa melayu kan….heheheeh….pkra yang dah biasa sgt berlaku….kat Jerman, Perancis, Jepun…taksah cakap lah…..klu awak cakap bahasa rusia dgn sengau mcm budak tu cakap…konpem dia menangis mintak maaf….

    Reply

  2. sitilina says on :

    ehem.

    Reply

  3. hanny says on :

    hi sarah, orang jepun pun sama jugak. Tak pandai bahasa inggeris tapi masih punya usaha untuk belajar bahasa inggeris. Sepanjang akak belajar kat jepun nih, akak perasan satu ajer, kalau kita boleh bertutur (macam native speaker) bahasa jepun, memang layanan lain. Bagus daripada orang yang tak boleh cakap jepun. Mereka hormat sebab kita boleh bercakap jepun macam diaorang kerana dari bahasalah kita belajar memahami budaya dan adab sopan diaorang. Cara berfikir pun boleh jadik macam orang jepun. Contohnya, mematuhi masa, hormat antara satu sama lain, rajin dan sebagainya. Sarah tak boleh cakap russia ker?..

    Reply

  4. tiangpurnama says on :

    Baiklah Sarah….
    *oh Sarah pesan kat saya ke saya yg perasan?FOr sure kalu mek tegedik2 tu nok keno,xdok aroh tino…nanti bila jumpa maria sharapova tolong sampai kan salam ok

    Reply

  5. UncleJ says on :

    betul..setuju dengan sarah..bahasa jiwa bangsa…tu dirussia begitu, diFrance pun lebih kurang sama jugak..

    tetapi keadaan terbalik pula kat sini..kita pulak lebih berbangga berckp English dari BM…hmmm..mungkin bg kita disini English itu lebih nampak maju atau lebih “superior” dari BM…

    patutnya sarah ckp russia terus dgn bebudak tu..may be baru dorang respek kot…

    Reply

  6. Pengusaha Cowbra says on :

    ahaks.

    ntahla,sarah.

    rynn kat sini pun gitu.

    because i refuse to speak loghat diorang.

    sume urg ingat ryn baru sgt2 pindah sini.

    xde sape leh terpikir yg rynn actually da seploh taun kat sarawak.

    Reply

  7. arsaili says on :

    kekadang pengalaman di rantauan itu pahit, tapi dalam pahit itu ia mampu mewarnakan kehidupan kita, dan menjadikan kita lebih dewasa

    Reply

  8. rightbrainer says on :

    salam kak sarah yang bijak berbicara,

    saya bukan org yang pekat sgt temerloh nye. nak lagi bila mai penang, loghat saya pun jadi penang.

    tapi hari tu waktu kem kepimpinan, ada seorang budak yang tidak dikenali dan tidak mengenali tegur saya, “Ko orang pahang ye?”

    lantas saya terkujat lagi. bangga rasanye telor temerloh masih lekat di hati.. walaupun saya sendiri tak perasan. ke3.

    Reply

  9. ytmz says on :

    Balaskan dengan cakap bahasa kita, dok pahe? bengong ke? gelakkan jugak lah ke dia =) cara bercerita yang menarik cik KS.

    Reply

  10. aku says on :

    apa bezanya dgn org kelantan?. kita yang sama2 melayu pun masih memandang rendah/sipi orang melayu dialek dari negeri lain.

    Reply

  11. cik ati says on :

    Huhu..
    Cik ati paling tak suka kena cakap omputeh dengan orang melayu 😐
    rasa macam gediks dan lupa daratan jek..
    Sekarang ni selalu terpaksa jadi orang gediks dan lupa daratan sebab dorang tamau cakap melayu :((

    Reply

  12. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua.

    Hidayat:
    boleh kata hampir di semua negara yg tak menggunakan bahasa inggeris, inilah situasinya. tambah2 plak di russia dan germany. orgnya ego. oh. sy silap la. patutnya sy balas balik guna bahasa russia yg sy sengaukan, kan. kasi dia menangis mintak maaf. huhu. sure lepas ni diorg serik dh nak kacau foreigners lain :p

    Kak Lina:
    Ehem.

    Kak Hanny:
    sy boleh cakap russia. infact penah je gaduh mulut dgn diorg ni. esply dgn tuan rumah sy dulu. huhu. tp sungguh kak hanny. diorg ni ketegaq sungguh. tp sy setuju part yg akk kata bila kita assimilate diri kita dgn budaya diorg, kita akn terbawa-bawa cara diorg tu dlm kehidupan. russians ni jenis yg jalan laju, workaholic abis la. n suka membaca even dlm metro pun. sy pun terikut-ikut suka membaca bila duk dlm metro. tp mmg sy ni jenis jln ribut jgk. hehe. cuma part yg tepati masa tu, sy tak berapa sgt la dgn russians ni. kadang2 tu, diorg ni pun suka melambat-lambatkn kerja. tak suka tang tu. hehe 🙂

    Reply

  13. Sarah Mohd Shukor says on :

    Oneib:
    huh? maria sharapova? adeh. dlm mimpi je la nampaknya oneib :p

    UncleJ:
    sy rasa kalau sy terus cakap russia dgn diorg, diorg pun akn berlalu pergi dgn muka malu kot. tp mula2 tu bila sy dh cakap skit, diorg terus jgk cakap dlm bahasa buat2 yg ntah apa2 tu. sgt sakit hati wkt tu. sbb diorg mempermainkan bahasa kita. tp betul tu uncle. kat msia org kita lg suka cakap omputih pulak. nk nampak high class konon2. huhu.

    Ryn:
    sy agak kan, kalau 1 hari awk pangkah diorg semula guna bahasa sarawak, sure ternganga diorg sume! ehem.. dh baca ke benda tu? ngeehee~

    Arsaili:
    betul tu bro. apa yg jd dlm life kat sini buat sy lg hargai negara dan agama. sungguh!

    Reply

  14. Sarah Mohd Shukor says on :

    Khairul:
    actually kan, akk pun tak pekat cakap temerloh. akk cakap temerloh bila cakap dgn org2 tua je. kat rumah, akk cakap bahasa biasa ni. sbb mak akk kan cikgu. so, standard bahasa cikgu cikgi la. hehe. n kalau akk balik kampung di penang, akk kena cakap loghat penang plak. hehe. nnti kita jumpa akk belanja kamu makan kat oldtown ye. makan roti canai mamak kt situ. kita pangkah memangkah guna bahasa temerloh dan utara ok :p

    Yasir:
    tu la pasalkan. patut sy balik balik tu tanya dlm bahasa kita pulak. lg dahsyat kalau sy guna dialek mana2. huhu. haru diorg.

    Aku:
    entahlah. bg sy, selagi dh namanya tu bahasa melayu, sy sgt hormat bahasa tu. kalau sy kelantan (mcm balik cuti hari tu), sy cakap kelantan dgn org sana. ni lah masa nak belajar, kan.

    Cik Ati:
    Tu la. sy pun kadang2 rasa camtu jgk. dulu wkt lower form, sy wakil dua2 bahas. malay n english. tp sy ingt lg. bila sy baru balik dr 1 pertandingan bahas english ni, classmates sy sindir camni: bajet omputih la tu terer cakap omputih. sedih je rasa. padahal sy ni terpaksa wakil. takpe cikati. cik ati tak gediks di mata kami. hehe.

    Reply

  15. Faresya Fareed says on :

    wa…dasyat2….nasib la kat sekolah x de orang mcam gitu…kalau x,fare tegur dlam bhsa mlayu,lgi trnganga rsa2nya.hehe…aiseh…lain kli kalu ks wat tegged x nak tego lah…haha

    Reply

  16. nowhere says on :

    huhu..
    sangat kerap mendengar isu2 sebegini rupa yg dihadapi oleh student2 m’sia di overseas…
    sy juga merupakan salah seorg dr golongan tersebut…
    disini…..
    barulah kita sedar betapa sygnya,bangganya rakyat disini dgn bhs ibunda mereka…
    kalau di sini(france)…
    filem2 yg dtg nya dr luar,tak kira la dr us ker,german ker,russia ker, etc…
    semuanya akan dialih bhs terlebih dahulu kepada bhs french…
    baru lah dibenarkan utk ditayang kan di pawagam2…
    pendek kata semuanya yg ada di kaca tv adalah dalam french…
    hehe….pendek yg kata,panjang x kata…
    bayangkan kalau di m’sia,cerita2 spt prison break ditayangkan dalam bahasa melayu??
    huhu…
    bg sy x perlu lah perubahan itu terlalu ekstrim…..
    hilang pula minat nnt utk mempelajari english…
    english pun penting kan…??
    tp kite perlu syg kan bhs sendiri…
    klu bukan kiter,siapa lg….??
    sekadar ingin berkongsi….:)
    wslm…

    p/s : ks sedang cuti kan?? tak bermain ski?? sementara masih ada salji nie..

    Reply

  17. cry4freedom. says on :

    “Awok gheti tok cakap Melayu?”

    Terus keluar loghat Temerloh. Loghat Pahang ke tu. Main belasah sajalah. A tukar jadi O. Haha. Ketawa sikit.

    Russia perasan. Tapi mereka bagus. Mereka ada teknologi sendiri handal. Boleh bangga.

    Macam mana kalau negara tak bagus tapi perasan diri dia bagus. Hari hari puji diri sendiri. Negara lain x best. Dia je best.

    Taknak lah sebut nama negara tu. Bikin malu saja. Ha ha ha.

    Kembali ke Studio satu pleash.

    Reply

  18. faisal says on :

    Slm sarah,
    setuju sangat bahasa tu jiwa bangsa sesuatu kaum..:) bahasa rusia tu ada loghat dia gak ke sarah?hehee..kalau diaorg buat camtu kat sy sarah mmg silap orgla,hehe..sy mesti balas guna bahasa jawe,wakakakakaka…

    org tak tak brape bangga ngan bahasa sendiri kan bangsa melayu..mmg hakikatnya camtu, bilatla sektor2 korporat kita yg segan berbicara bahasa kebangsaan even duduk semeja dengan org yg berkulit dan berbangsa sama..org kita masih ada fikiran berbahasa penjajah tu mempunyai kelas yang tinggi berbanding bertutur bahasa kita..:) dulu masa kerja kat KL mmg camtulah budayanya..kitapun sampai terikut2 jugak,huhu

    tapi sy jawe,hehee..sy suka berbahasa jawe ngan kengkawan sy walaupun sesetengah diaorg balas guna bahasa melayu je..:) sy masih berasa bangga walaupun bahasa tu dah nak pupus skjb lagi,huhuhu..

    Reply

  19. Mimie Azrin says on :

    isk isk… diornag mmg suka mcm tu ker? kat mesia pun ada jugak org mcm tu, cuma minority jerk..
    same la mcm kat kolej mie dulu. naseb bek mie ni jenis brgaul dgn ramai org, so bila ada sorang minah pantai timur ni (bukan pahangye) marah2 mie dia ingat mie ni mcm org johor yg tak paham bahasa dia kot.
    skali mie reply dalam loghat dia jugak terus diam.
    hehehe
    kisah lame.

    tapi pelik juga kadang2 org mesia ni kurang nak mermartabatkan bahasa melayu kita ni. nak speaking rojak2 tapi ada loghat negeri masing2..hahah mmg lawak. direct translation dari bahasa melayu pulak tuh. 😛

    Reply

  20. myfisol says on :

    salmon asam pedas…dengar macam sedap tu. kalau buat kari pun sedap jugak. dah lama dah tak makan salmon ni..kat malaysia mahal, tak boleh makan selalu.

    Could’nt disagree more Sarah…some nation are really proud of their language..I also realised that diorang kekadang memang tak suka British..It happened to me when I was in French & Germany…bila saya cakap english, diaorang buat dunno aje. I buat slang melayu diorang tak jawab..buat slang scouse (liverpool) pun tak jawab..aleh2! bila dah nak balik, baru tanya..How can I help you…boleh pun….

    Patutnya diaorang datang Malaysia kita buat camtu. Tapi they could have their own reasons. Mungkin cerita2 lama kot..world war II..

    Anyway..good entry..

    Reply

  21. Mak Su says on :

    kita ni kena sentiasa berhati-hati ya

    Reply

  22. Mak Su says on :

    kita ni kena sentiasa berhati-hati ya

    Reply

  23. tyrexia says on :

    satu benda yg sy notice.

    segelintir org yg diperantauan (baca: tak lupa daratan timur) akan lebih appreciate budaya malaysia berbanding segelintir orang kat sini.

    betullah, absence makes the heart grow fonder.

    😀

    Reply

  24. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faresya:
    kalau jd kes mcm ks ni, balas je guna bahasa melayu semula. huhuhuhu.

    Nowhere:
    oh. kamu di france ke? haah. kat sini pun sama. semua filem/cerita pun nak translate into russian 1st. tak sah kalau tak buat doubling tu. nak tgk pun kadang2 dah takdek mood. ni kat tv punya kes. kalau kat wayang (kawan2 yg gi cerita), utk english movies in english, mahal la tiketnya. tp nak buat mcm mana kan. dah ni negaranya. kita pun kena la adapt plak dgn diorg ni. betul kata kamu tu. kalau tukar semua, nak belajar pun takde mood dah.

    Azwan:
    dan utk kali ni, sy pulak yg sara nak meraung cryforfreedom kat sini pleassshh… wah. reti berdialek temerloh. hebat. moh le dtg temerloh makan ikan patin nnti yek. hehe. eh, mcm tau je negara yg tak hebat tapi selalu merasa hebat tu. hehehe.

    Reply

  25. Sarah Mohd Shukor says on :

    Faisal:
    apa khabar awk ye? mmg kalau dlm dunia korporat, tak boleh tidak diorg akn gunakan bahasa inggeris ni. kononnya, utk mencapai standard. mmg tak salah kalau nak digunakan tu tp berpada-padalah kan. jgn smpai org nampak mengada-ngada betul nak berbahasa omputih segala ni. satgi org kata bajet plak kn. oh. dgn kwn2 pun cakap jawe jgk ke? kalau awk ckp dgn sy jawe, sy balas balik guna bahasa temerloh la ye. ngahaha. mcm ayam itik bercakap la nnti.

    Mimie:
    tu la pasal kan. org suka undersetimate kita tanpa tahu yg kita sbnarnya tahu je sesuatu bahasa tu. cuma tak perlulah kita nak tunjukkan sgt kan. kalau dh perlu sgt, baru kita cakap kan. hehe.

    Bro Fisol:
    salmon kari 🙂 suka. terasa mcm makan ikan pari masak kari. hehe. sy setuju tu bro. mmg diorg ni sebenarnya boleh je nak berbahasa inggeris. tu pun bila dh terdesak sgt je baru diorg guna. mcm yg jd pd bro wkt di france tu la. mcm tu jgk la yg selalu jd kalau di sini. tp mmg daily life kat sini sy akn guna russian lang. cuma kadang2 tu bila ke bank ke, ke dean’s ofis ke, dah tau reti sgt mcm mana nak cakap, sy guna la english. hehe. oo.. scouse tu loghat liverpool ye.

    Reply

  26. Sarah Mohd Shukor says on :

    Maksu:
    haah. mcm tu la lebih kurang. mat mana2 pun kena hati2 sebenarnya.

    Tirah:
    sy rasa sy duk dlm golongan tu la kot. hehe. sbnarnya siapa sy skrg byk dipengaruhi penglibatan sy dalam debat satu masa dulu. yg buat sy sgt peduli tentang bahasa melayu kita. nak cakap omputih dgn slang2 yg ada? boleh aje tp buat apa nak megah dgn bahasa diorg tu kan. huhu.

    Reply

  27. doyot says on :

    Salam sarah.

    Biase la tu..huhu..discrimination.infact perasan bagusnye diorg ni hanya menunjukkan mereka ni dangkal dlm berfikir.not open minded i will say.tp tu la colours of life.kalau kat Indonesia ni pon lebih kurg jugak..kitorg yg muda2 ni pon depa panggil makcik..haha..

    Reply

  28. So'od says on :

    salam..
    as long as kita tunjuk contoh baik, biarlah apa org nak buat..
    integrity kita tu yg kene jaga..:)

    Reply

  29. c's radin says on :

    kak sarah. kat egypt pun same.. kdg2 tensen gak ngan drg nih.. tp ad gak yg bek, x menkan kita, malah ajar kite..btw, i’m afraid for da clinical years.. cne ler klu die bantai ckp bhs die yg hulu2 tuh.. isk2.. btw, i’ll love be in UEA, die punya channel bahasa arab fushah, as far as i watched them la.. huhu

    Reply

  30. djambu puadovich says on :

    haha…adakah sarah terkena penangan racism di situ? i’ll ur post to my blog. nak menguatkan lagi sentimen kebengangan terhadap rusia/ukraine..muhahahaha…betul ckp sarah, ‘when in russia, DO NOT do as d russians do.’ it fits in ukraine too…
    ttg bahasa ni, tgu posting aku ttg patriotism

    Reply

  31. shazwani adnan says on :

    sy suka berbahasa jawe ngan kengkawan sy walaupun sesetengah diaorg balas guna bahasa melayu je..:) sy masih berasa bangga walaupun bahasa tu dah nak pupus skjb lagi,

    Wanie pun suka juga bahasa jawa. tp kalau semua orang macam wanie ni, memang makin cepat la bahasa tu pupus. mujur masih ada yang praktik kan bahasa tu.

    Memang tak paham wanie dengan 2 orang ‘kakak yang bersuara sengau itu’. Mesti diorang menangis kalau suara diorang tu betul2 jadi sengau. huhu~~

    Reply

  32. myfisol says on :

    teach me russian sarah..the brits got me nowhere…they just colonised our minds..I want to go to space, just like Dr. Sheikh Muzaffar..if a doc can do it, engineer can do it better..hehe..*patriotic & provokative at the same time*

    Reply

  33. Rebecca Ilham says on :

    Salam,

    my mak angkat hates St Petersburg so much. The city, according to her, is soulless, and was built just to show-off.

    Reply

Leave a Reply