Archive for the ‘Winter’ Category

My Holiday Routine

Assalamualaikum wbt

At the moment, I am 100% agree with my ayah. Too much holiday will slow down our momentum to work. I was lazying around for the past two days. I did revise my notes and all but it didn’t seem enough to satisfy me. Since Embassy of Malaysia held an open house celebrating the belated Eid Adha, so I just agreed to tag Fareena and Wanie to go there. Nothing much we did. Eating, chatting, eating some more, chatting some more and on the way back, we had some snow fight. There’s nothing more professional I could do other than this. I am dead bored with my holiday routine. I still have one more day left to kill. I can’t wait to go to hospital again this Tuesday. Ah no. I sound like so nerdy.

Note 1: Ayah, Uncle Isa’s son (Alumni SMSPP) sent his warmest salam to you.
Note 2: I’ll write something more beneficial later.
Note 3: Please suggest me what should I do tomorrow. I don’t want to be a dugong in my room.

Posted on December 29th, 2008 by Sarah  |  19 Comments »

Dari Kerana Mata (iii)


Assalamualaikum wbt

Setiap pagi, aktiviti pertama saya sebaik bangun dari tidur ialah mengemas katil. Saya tidak suka katil yang berselerak dan tidak kemas tarikan cadarnya. Tetapi sejak dua pagi yang lalu, perkara pertama yang perlu saya buat sebaik bangun dari tidur ialah mencapai cermin mata di atas meja di tepi katil. Kemudian barulah saya meneruskan dengan aktiviti yang lain.

Sejak dua hari lalu, mata saya menjadi kabur dengan teruknya. Sehinggakan, tulisan yang berada 1.5 meter jaraknya dengan saya dalam keadaan saya memakai cermin mata amat susah untuk saya baca. Saya menyedari hal ini pada pagi Isnin lepas. Saya bangun dari tidur, memandang skrin laptop dan semuanya terlalu kabur. Mungkin perlukan masa untuk proses adaptasi cahaya. Saya mencapai cermin mata dan selepas 10 minit berlalu, keadaannya masih begitu. Puas saya kebil-kebilkan mata. Tetap juga tiada perubahan.

Saya memandang lantai. Tinggi rendah yang berbeza. Pandangan mata kiri jauh lebih dalam dan kabur. Selepas seketika baru saya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Di sebelah petangnya, saya menjenguk Wanie memasak di dapur. Saya mengadu padanya (ceh, saya ni manja betul dengan Wanie) bahawa saya tidak dapat membaca senarai barang yang dilekatkan dengan fridge magnet pada peti ais. Jaraknya hanya 1.5 meter atau kurang. Saya meminta Wanie menyebutkan apakah perkataan itu. Bacanya: Tepung Kentucky. Aduhai. Hanya selepas itu baru perlahan-lahan mata saya dapat menangkap bentuk-bentuk huruf yang ada.

Saya keluarkan kesemua cermin mata yang saya ada. Dua daripadanya memang saya selalu guna secara selang-seli. Yang ketiga pula adalah cermin mata ketika di tahun 4 dulu. Ketiga-tiganya tidak dapat membantu saya melihat dengan jelas dan selesa. Oleh sebab itu, hampir sehari suntuk saya pening kepala pada hari semalam.

Apa nak jadi ni. Makin teruk pula mata ni. Saya harap, kali ini ia bersifat sementara. Mungkin hal ini terjadi kerana pada hari Ahad lepas, saya bersama team saya mengadakan perbincangan selama 5 jam di dalam cahaya samar kerana menggunakan projector. Semoga mata saya semakin tahan lasak selepas ini. Ayuh, mataku! =p

Nota 1: Saya ke pasar selepas Maghrib semalam. Rasa macam tak nak masuk rumah semula. Suhu sejuk yang sangat nyaman. Sukanya~ Huhu.
Nota 2: Ada sesiapa boleh meneka di mana lokasi gambar di atas? =)

Posted on December 24th, 2008 by Sarah  |  21 Comments »

Telefon

Assalamualaikum wbt

Di kemuncak musim sejuk, Isyak masuk sekitar jam 5.45 petang dan Subuh pula masuk sekitar 6.30 pagi. Menjadi kebiasaan ketika cuti musim sejuk, ramai yang solat Isyak di awal waktu, tidur awal dan bangun sekitar 8 pagi kerana masih dalam waktu Subuh.

Ketika di tahun satu, beginilah saya menikmati musim cuti. Masih budak-budak. Asyik fikir hendak tidur saja. Tambahan pula, bila tengok kawan-kawan yang lain tidur, kita pun hilang punca tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Paling habis, di malam hari kami menonton filem beramai-ramai dengan rakan se-batch, bermain Uno Card dan bagi kaki ping-pong seperti saya, sangguplah kami turun ke tingkah bawah hostel (Pushkin Hostel) semata-mata untuk bermain ping-pong sehingga jam 3 pagi.

Ketika itu, kemudahan internet hanya boleh didapati di Cyber Cafe di tingkat 4 hostel tersebut. Harganya dahlah mahal. Jadi terpaksalah berfikir dua kali untuk kerap ke sana. Tapi, perkhidmatan telefon sangat murah. Ada pelbagai pakej yang ditawarkan. Ada tiga buah syarikat utama di sini. Megafon, MTC dan Beeline. Saya memilih Megafon kerana perkhidmatannya sangat murah dan ketika itu selalu berlaku crossline yang membolehkan kami menelefon Malaysia dengan percuma.

Kalau crossline sedang berlaku, habis tersebar luas di kalangan kami semua rakyat Malaysia di tingkat 13 dan 14 itu. Semua pun apa lagi. Pakat menelefon keluarga atau kawan masing-masing sementara crossline masih terjadi. Tapi kalau crossline di tengah malam buta waktu Malaysia, untuk orang seperti saya, tak dapatlah hendak menghubungi sesiapa kerana keluarga pun sedang tidur.

Megafon ketika itu menawarkan 3 pakej perkhidmatan (seperti Celcom dulu-dulu). Ada O’lite, Ultralite dan Fix. Saya menggunakan O’lite. Kosnya hanya 1 sen USD per SMS (ke mana saja) dan 3 sen USD per minit panggilan di dalam Moscow. Bagi Ultralite pula, panggilan sesama Ultralite adalah percuma. Cubalah bayangkan. Betapa murah kos penggunaan telefon kami ketika itu.

Tapi, apa kaitannya cuti musim sejuk dengan perkhidmatan telefon semua ini ya?

Hehe. Saya pernah berbual dengan seorang kawan dari pukul 11 malam sehingga 6 pagi ketika musim sejuk dulu-dulu menggunakan perkhidmatan Ultralite yang percuma itu. Saya tiada Ultralite tapi berjaya meminjam abang senior sebelah bilik punya. Dan kawan saya juga tiada Ultralite tetapi dia meminjam kawannya punya. Habis berbual, hari sudah Subuh. Selesai solat Subuh, barulah tidur sepuas-puasnya. Bijak sungguh kami mengguna pakai peluang yang ada!

Sangatlah tiada kehidupan ketika itu, kan. Moscow dulu dan sekarang sangatlah berbeza. Warga Malaysia di Moscow dulu dan sekarang juga sudah sangat berbeza.

Tag dari Kak Inah yang bertangguh lama dah. Gambar kandid spontan katanya. Saya ni masih tak ada kamera baru lagi. Hari tu Fareena tiba-tiba ambilkan gambar ni ketika saya bertugas di bahagian paramedik perempuan untuk Liga Futsal, kira spontan jugalah ye Kak Inah. Ini kenangan dengan Fiza Si Comel. Jangan nangis-nangis dah ye Fiza. Kita orang perempuan ni ada banyak benda yang kena beralah dan jaga =) (simbolik kegemukan yang sedang saya alami!)

Nota 1: Jangan buat macam saya ye. Orang lain bergayut boleh meninggikan diri. Saya bergayut tak tinggi-tinggi juga. Aishh…

Nota 2: Musim sejuk juga kami di sini kuat beribadah. Ramai yang rajin berpuasa sunat. Maklum sajalah. Siang pendek. Hikmahnya juga sangat bagus. Taklah cepat gemuk. Jadi apa lagi. Buat kawan-kawan di Moscow, kita lancarkan kempen puasa sunat ye. Sikitpun tak rugi untuk jasmani apatah lagi rohani. Hehe.

Posted on December 5th, 2008 by Sarah  |  10 Comments »

Dari Kerana Mata (ii)

Assalamualaikum wbt

Sehari lebih tidak menulis di sini terasa lain. Biasanya di sinilah saya menghabiskan masa lapang yang ada. Cumanya mata saya dalam keadaan yang tak mengizinkan saya menatap skrin laptop lama-lama. Percaya atau tidak, ada darah dalam mata kanan saya. Gambar? Tak usah tengoklah. Nanti ada yang takut. Diagnosis? Ah. Tak usah fikir dulu. Klise betul entri ini. Moga ketemu lagi nanti.

Nota 1:
Lagu yang saya letak untuk kali ini selalu mengingatkan saya tentang musim sejuk. Apa kaitannya ya? Sebab pertama kali mendengar lagu ini ketika musim sejuk tahun lalu dan salah satu perasaan yang selalu saya gambarkan berkaitan dengan musim sejuk ialah kesunyian.

Nota 2: Kelmarin saya terserempak dengan Yen Shu!

Posted on December 3rd, 2008 by Sarah  |  20 Comments »

Senyum

Assalamualaikum wbt

Kadang-kadang, apabila bertemu dengan sesetengah orang, saya tidak mampu bercakap apa-apa. Paling habis, saya hanya boleh tersenyum sebagai bahasa badan bahawa saya mengenalinya dan menyedari kehadirannya dalam sesuatu majlis atau situasi itu. Tapi ada juga kalanya, saya tersenyum tanda saya suka dengan kewujudannya di tempat itu tanpa perlu kami merancang atau berjanji temu untuk hadir ke majlis yang sama. Apatah lagi jika pertemuan itu berlaku tanpa disangka di tempat yang tidak diduga.

Senyum itu menjadi petanda mudah dari saya bahawa saya menyenanginya. Tadi, saya nampak dia juga memberi senyum balas beberapa kali. Moga-moga maksudnya juga menyenangi kewujudan saya di situ. Kadang-kadang, enam tahun tanpa perbualan boleh dihubungkan hanya dengan satu senyuman yang penuh kemesraan.

(Untuk kesan bunyi dan latar cerita yang berkesan bagi entri ini, sila dengar lagu di sebelah. Ha ha ha.)

Nota: Internet sudah ada *tak sempat menangis*. Selamat berhujung minggu untuk semua =)

Posted on November 30th, 2008 by Sarah  |  29 Comments »