Telefon

Assalamualaikum wbt

Di kemuncak musim sejuk, Isyak masuk sekitar jam 5.45 petang dan Subuh pula masuk sekitar 6.30 pagi. Menjadi kebiasaan ketika cuti musim sejuk, ramai yang solat Isyak di awal waktu, tidur awal dan bangun sekitar 8 pagi kerana masih dalam waktu Subuh.

Ketika di tahun satu, beginilah saya menikmati musim cuti. Masih budak-budak. Asyik fikir hendak tidur saja. Tambahan pula, bila tengok kawan-kawan yang lain tidur, kita pun hilang punca tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Paling habis, di malam hari kami menonton filem beramai-ramai dengan rakan se-batch, bermain Uno Card dan bagi kaki ping-pong seperti saya, sangguplah kami turun ke tingkah bawah hostel (Pushkin Hostel) semata-mata untuk bermain ping-pong sehingga jam 3 pagi.

Ketika itu, kemudahan internet hanya boleh didapati di Cyber Cafe di tingkat 4 hostel tersebut. Harganya dahlah mahal. Jadi terpaksalah berfikir dua kali untuk kerap ke sana. Tapi, perkhidmatan telefon sangat murah. Ada pelbagai pakej yang ditawarkan. Ada tiga buah syarikat utama di sini. Megafon, MTC dan Beeline. Saya memilih Megafon kerana perkhidmatannya sangat murah dan ketika itu selalu berlaku crossline yang membolehkan kami menelefon Malaysia dengan percuma.

Kalau crossline sedang berlaku, habis tersebar luas di kalangan kami semua rakyat Malaysia di tingkat 13 dan 14 itu. Semua pun apa lagi. Pakat menelefon keluarga atau kawan masing-masing sementara crossline masih terjadi. Tapi kalau crossline di tengah malam buta waktu Malaysia, untuk orang seperti saya, tak dapatlah hendak menghubungi sesiapa kerana keluarga pun sedang tidur.

Megafon ketika itu menawarkan 3 pakej perkhidmatan (seperti Celcom dulu-dulu). Ada O’lite, Ultralite dan Fix. Saya menggunakan O’lite. Kosnya hanya 1 sen USD per SMS (ke mana saja) dan 3 sen USD per minit panggilan di dalam Moscow. Bagi Ultralite pula, panggilan sesama Ultralite adalah percuma. Cubalah bayangkan. Betapa murah kos penggunaan telefon kami ketika itu.

Tapi, apa kaitannya cuti musim sejuk dengan perkhidmatan telefon semua ini ya?

Hehe. Saya pernah berbual dengan seorang kawan dari pukul 11 malam sehingga 6 pagi ketika musim sejuk dulu-dulu menggunakan perkhidmatan Ultralite yang percuma itu. Saya tiada Ultralite tapi berjaya meminjam abang senior sebelah bilik punya. Dan kawan saya juga tiada Ultralite tetapi dia meminjam kawannya punya. Habis berbual, hari sudah Subuh. Selesai solat Subuh, barulah tidur sepuas-puasnya. Bijak sungguh kami mengguna pakai peluang yang ada!

Sangatlah tiada kehidupan ketika itu, kan. Moscow dulu dan sekarang sangatlah berbeza. Warga Malaysia di Moscow dulu dan sekarang juga sudah sangat berbeza.

Tag dari Kak Inah yang bertangguh lama dah. Gambar kandid spontan katanya. Saya ni masih tak ada kamera baru lagi. Hari tu Fareena tiba-tiba ambilkan gambar ni ketika saya bertugas di bahagian paramedik perempuan untuk Liga Futsal, kira spontan jugalah ye Kak Inah. Ini kenangan dengan Fiza Si Comel. Jangan nangis-nangis dah ye Fiza. Kita orang perempuan ni ada banyak benda yang kena beralah dan jaga =) (simbolik kegemukan yang sedang saya alami!)

Nota 1: Jangan buat macam saya ye. Orang lain bergayut boleh meninggikan diri. Saya bergayut tak tinggi-tinggi juga. Aishh…

Nota 2: Musim sejuk juga kami di sini kuat beribadah. Ramai yang rajin berpuasa sunat. Maklum sajalah. Siang pendek. Hikmahnya juga sangat bagus. Taklah cepat gemuk. Jadi apa lagi. Buat kawan-kawan di Moscow, kita lancarkan kempen puasa sunat ye. Sikitpun tak rugi untuk jasmani apatah lagi rohani. Hehe.

10 Responses to “Telefon”

  1. Ainul Arina Madhiah says on :

    senangnya hostel di rusia… di jordan, hostel semua budak malaysia taknak duduk sebab tengah2 gurun.. huhu.. lagiii takdek life.. T_T

    ks, macam mana mata? ok dah?

    kawan saya kata nak tinggi, kena minum grow!! nak saya poskan dari malaysia? hahaha~ *lariiii*

    Reply

  2. KA says on :

    megafon ek..hmmm *dalam kenangan*
    main ping pong yes…kerana di pushkin la saya belajar main ping pong…sebelum x tahu main pun huhuh
    thank you pushkin hehehe

    jangan gayut lama2 nanti tangan je panjang susah lak kan ? hehehehe

    Reply

  3. Sarah Mohd Shukor says on :

    Ainul:
    skrg dah takde student msia duduk menyewa di luar. moscow adlh sgt mahal. walaupun hostel biasa2 aje, terpaksalah layankan je.

    Khairul:
    ks ada lg nombor megafon kamu dlm fon ks. hehe. oh. lama dh ks tak bergayut. huhu. dulu tu la yg paling lama. ye la kan. borak dgn kwn lama, mmg rasa tak sudah la ceritanya tu. hahaha.

    Reply

  4. Inah says on :

    ohh..terima kasih sbb buat tag ni..sarah masih macho n comey!! 🙂

    Reply

  5. Anonymous says on :

    sarah.

    tinggi pun susah juge ooo, tambahan pule bile berkenan dengan orang yang kecil2 pula =p

    ny

    Reply

  6. Cinta says on :

    Salam Sarah,
    Kalau bergayut(telefon)sambil bergayut di pokok mungkin boleh tinggi…tapi kalau bergayut(teelfon)sambil duduk2/baring2 dan kunyah2 makanan dan minum2 x dapat la nak tinggi..heheheh..

    Reply

  7. ibn asad says on :

    Salam ziarah.

    Ummi tidak belajar tinggi. Ummi tak tahu pun apa itu Thermodynamics atau Mobius Transformation, tapi kata-kata disampaikan melalui telefon cukup bermakna dan memujuk di kala anak sulongnya perlukan kekuatan menghadapi kekejaman peperiksaan.

    Hebat kan objek bernama telefon? Boleh jadi perantara kasih antara anak dan ibu walaupun terpisah beribu batu. Maha Suci Allah, segala puji dikembalikan kepada Allah yang mengurniakan akal untuk mencipta telefon.

    Selamat menelefon ayah dan mak di rumah 🙂

    Reply

  8. chmod says on :

    waaaaaaaaaaaaaa…*mata terbeliak* gayut fon 11malam hingga 6pagi??? waaaaaaaaaaa…..nice picca ya!

    Reply

  9. Acai says on :

    waaa, gila kental betul telinga awk ni sarah…sy cakap 5 minit kat telefonpun dah panas telinga,hahah..tapi memanglah org pompuan memang suka bercakap kan..macam dr fadilah kamsah ckp org pompuan nih ada koata patah perkataan dia kena abiskan dalam sehari,kalau tak abis susah nak tido,kekek…

    sebab tu sy selalu tertido time errr cakap kat telefon,wakakakakakakaka…:P waaa, cepat isya’..:) sy macam tu solat asarpun kekadang lum tunaikan,hihi..

    Reply

  10. sakura ^^ says on :

    wah, tefon start jam 11mlm sampai 6pagi?? biaq betui..cam xcaya..lama tu..huhu~

    btw, fiza tu org mana ye? macam pernah ku lihat..tp di mana ya? hurmm..*fikir dan fikir*

    Reply

Leave a Reply