Bila Saya Hilang Fokus
Semalam saya menelefon seorang kawan lama. Sekejap saja bualnya. Sebab tidak mahu telefon dihidupkan lama-lama. Dia bertanya: How’s life? Saya menjawab: Well, great. It was great. Dia sedikit meninggikan suara: Was??!! Why? What with it now? Alamak. Baru saya tersedar. Saya tersilap cakap rupanya. Saya membalas: Hep hep. Sorry. I meant it to be now and forever. But my tongue just slipped out it way. Not was. It is great. Hehe. Don’t worry. Itu saja perbualan muqadimahnya. Kesimpulan dari kisah ini ada dua. Pertama, otak saya serabut. Saya fikirkan hal lain, lain pula yang dijawab. Atau tidak kena cara jawabnya. Kedua, apa kena dengan Bahasa Inggeris saya kebelakangan ini? Macam makin berkarat. Karat coklat gelap. Marah betul saya. Tapi sugguh. Saya tidak suka berbual dalam Bahasa Inggeris dengan kawan-kawan berbangsa Cina di sini. Mereka makin merosakkan bahasa saja. Oni, oso, oledi. Jadi, saya buli mereka dengan bercakap Melayu. Biarkan. Biar mereka belajar lebih. Hendak berbahasa Inggeris, saya lagi suka bercakap dengan kawan-kawan dari luar. Dengan Nelyn dari Nigeria, dengan Imen dari Tuniasia (campur Arab), dengan Leila dari Iran dan dengan Deema yang berbangsa Rusia.
Saya sepatutnya fokus dengan buku-buku saya. Memang saya duduk menghadap buku dari hari Jumaat lagi tapi fokus saya kurang. Saya sudah lama tidak membuka akaun Friendster saya itu. Tapi, dalam sibuk-sibuk inilah saya tiba-tiba gatal tangan hendak mengemaskinikan Friendster saya itu. Ada dua alasan juga. Pertama kerana disebabkan saya tidak pernah ambil serius sangat dengan akaun itu, saya jarang melihat-lihat aplikasi-aplikasi yang ada. Tapi semalam tergerak hati untuk melihat ‘who has grabbed your photos‘. Yang ini buat saya geram. Hentah siapa-siapa saja yang sesedap hati grab gambar-gambar saya di Friendster tu. Tak berkenan sungguh saya. Saya pernah hendak membuang saja akaun di Friendster tapi memikirkan itulah medium saya boleh dijejak oleh kawan-kawan lama, jadi saya biarkan saja dulu. Jadi, semalam saya membuat operasi pembersihan. Habis saya buang semua gambar-gambar peribadi. Yang tinggal hanya sejemput. Gambar bersama keluarga, kawan baik, rakan-rakan sekumpulan dan kucing kawan saya, si Nelly yang comel.
Kedua, sebab saya dalam usaha menjejak seorang kawan lama. Kawan sekolah rendah sewaktu darjah satu dulu. Saya gunakan Friendster sebagai medium. Saya jumpa. Dan yang lebih terkejut, dia baru saja berkahwin 3 bulan lepas. Alhamdulillah. Nanti bila-bila ada masa, saya hendak jejak lagi kawan-kawan sewaktu darjah satu hingga tiga yang sudah terpisah lama. Siapa lagilah yang dah berkahwin agaknya.
Saya nampak merepek dengan entri ini, kan? Sebab saya tengah tunggu Prince Charming macam dalam kisah Cinderella. Tapi tak datang-datang juga. Sebab apa? Sebab dia tak faham-faham maksud indirect action saya. Huhu. Saya memang merepek. Dalam hidup ini, takkan adanya watak begini.
Untuk Adik Aiman, tahniah sebab awak dah pandai berniaga. Bagus. Bagus. Kecil-kecil ni untungnya biarlah RM8 je. Nanti dah besar, lipat ganda untung jadi RM80K ye. Oh ye. Dulu waktu kecil-kecil pun saya pernah belajar berniaga. Emak dan ayah menggalakkan kami bermain duit dengan berniaga asam boy di tingkat bawah rumah. Ada orang yang beli tau. Ok. Ceritanya kemudian. Saya beransur dulu. Nescafe saya sudah sejuk. Macam mana nak fokus ni???
Kemas kini (4.40pm):
-Beza waktu Moscow-Malaysia sekarang ialah 4 jam. Daylight saving sudah bermula pada hari ini.
-Kenapa saya tidak fokus? Ada banyak sebabnya. Dan saya rasa, saya juga manusia normal macam orang lain. Akan mengalami rasa merudum dan tidak fokus begini.
-Saya tiada masalah langsung untuk berbahasa Inggeris. Cuma konsep blog saya lebih mengutamakan Bahasa Melayu. Dan kenapa saya tidak suka berbahasa Inggeris dengan kawan-kawan Cina kerana bahasa yang mereka guna rojak campur pasembor. Rosak. Saya tidak suka rojak dalam bahasa. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Ok. Panas. Saya nak keluar ambil angin. Untuk exam praktikal pada hari esok, insya Allah sudah siap siaga cuma saya kurang semangat saja sekarang ini. Tinggal dulu.