Bila Saya Hilang Fokus
Semalam saya menelefon seorang kawan lama. Sekejap saja bualnya. Sebab tidak mahu telefon dihidupkan lama-lama. Dia bertanya: How’s life? Saya menjawab: Well, great. It was great. Dia sedikit meninggikan suara: Was??!! Why? What with it now? Alamak. Baru saya tersedar. Saya tersilap cakap rupanya. Saya membalas: Hep hep. Sorry. I meant it to be now and forever. But my tongue just slipped out it way. Not was. It is great. Hehe. Don’t worry. Itu saja perbualan muqadimahnya. Kesimpulan dari kisah ini ada dua. Pertama, otak saya serabut. Saya fikirkan hal lain, lain pula yang dijawab. Atau tidak kena cara jawabnya. Kedua, apa kena dengan Bahasa Inggeris saya kebelakangan ini? Macam makin berkarat. Karat coklat gelap. Marah betul saya. Tapi sugguh. Saya tidak suka berbual dalam Bahasa Inggeris dengan kawan-kawan berbangsa Cina di sini. Mereka makin merosakkan bahasa saja. Oni, oso, oledi. Jadi, saya buli mereka dengan bercakap Melayu. Biarkan. Biar mereka belajar lebih. Hendak berbahasa Inggeris, saya lagi suka bercakap dengan kawan-kawan dari luar. Dengan Nelyn dari Nigeria, dengan Imen dari Tuniasia (campur Arab), dengan Leila dari Iran dan dengan Deema yang berbangsa Rusia.
Saya sepatutnya fokus dengan buku-buku saya. Memang saya duduk menghadap buku dari hari Jumaat lagi tapi fokus saya kurang. Saya sudah lama tidak membuka akaun Friendster saya itu. Tapi, dalam sibuk-sibuk inilah saya tiba-tiba gatal tangan hendak mengemaskinikan Friendster saya itu. Ada dua alasan juga. Pertama kerana disebabkan saya tidak pernah ambil serius sangat dengan akaun itu, saya jarang melihat-lihat aplikasi-aplikasi yang ada. Tapi semalam tergerak hati untuk melihat ‘who has grabbed your photos‘. Yang ini buat saya geram. Hentah siapa-siapa saja yang sesedap hati grab gambar-gambar saya di Friendster tu. Tak berkenan sungguh saya. Saya pernah hendak membuang saja akaun di Friendster tapi memikirkan itulah medium saya boleh dijejak oleh kawan-kawan lama, jadi saya biarkan saja dulu. Jadi, semalam saya membuat operasi pembersihan. Habis saya buang semua gambar-gambar peribadi. Yang tinggal hanya sejemput. Gambar bersama keluarga, kawan baik, rakan-rakan sekumpulan dan kucing kawan saya, si Nelly yang comel.
Kedua, sebab saya dalam usaha menjejak seorang kawan lama. Kawan sekolah rendah sewaktu darjah satu dulu. Saya gunakan Friendster sebagai medium. Saya jumpa. Dan yang lebih terkejut, dia baru saja berkahwin 3 bulan lepas. Alhamdulillah. Nanti bila-bila ada masa, saya hendak jejak lagi kawan-kawan sewaktu darjah satu hingga tiga yang sudah terpisah lama. Siapa lagilah yang dah berkahwin agaknya.
Saya nampak merepek dengan entri ini, kan? Sebab saya tengah tunggu Prince Charming macam dalam kisah Cinderella. Tapi tak datang-datang juga. Sebab apa? Sebab dia tak faham-faham maksud indirect action saya. Huhu. Saya memang merepek. Dalam hidup ini, takkan adanya watak begini.
Untuk Adik Aiman, tahniah sebab awak dah pandai berniaga. Bagus. Bagus. Kecil-kecil ni untungnya biarlah RM8 je. Nanti dah besar, lipat ganda untung jadi RM80K ye. Oh ye. Dulu waktu kecil-kecil pun saya pernah belajar berniaga. Emak dan ayah menggalakkan kami bermain duit dengan berniaga asam boy di tingkat bawah rumah. Ada orang yang beli tau. Ok. Ceritanya kemudian. Saya beransur dulu. Nescafe saya sudah sejuk. Macam mana nak fokus ni???
Kemas kini (4.40pm):
-Beza waktu Moscow-Malaysia sekarang ialah 4 jam. Daylight saving sudah bermula pada hari ini.
-Kenapa saya tidak fokus? Ada banyak sebabnya. Dan saya rasa, saya juga manusia normal macam orang lain. Akan mengalami rasa merudum dan tidak fokus begini.
-Saya tiada masalah langsung untuk berbahasa Inggeris. Cuma konsep blog saya lebih mengutamakan Bahasa Melayu. Dan kenapa saya tidak suka berbahasa Inggeris dengan kawan-kawan Cina kerana bahasa yang mereka guna rojak campur pasembor. Rosak. Saya tidak suka rojak dalam bahasa. Setiap orang ada pendapat masing-masing. Ok. Panas. Saya nak keluar ambil angin. Untuk exam praktikal pada hari esok, insya Allah sudah siap siaga cuma saya kurang semangat saja sekarang ini. Tinggal dulu.
1st lagi. hehe. dh dua n3 berturut2 aku 1st.
sarah.. satu hari aku mengadu kt ahli farmasi. aku kata aku rasa tertekan dengan kerja dn minta nasihat dia ttg suplement utk org2 yg sebuk mcm aku.
dia cadangkan aku beli ginko. makanan tambahan berasaskan daun pegaga.
mungkin sarah boleh cuba makan daun pegaga tuh.
belajar satu jihad dan tiada jihad yang dilalui sambil rehat2 gitu.
ttg putera impian tu?.. sapa ek?.. *wink*
Reply
…tiada jihad yg d lalui sambil rehat2… emm.. btoll tu…
fokus… fokus… sy pun x tau camne nk menumpu perhatian!! mmg lemah jgk masalah konsentrasi sy nih 😀 tp, kalau Sarah ada tips… bley lah share…
GOOD LUCK!!
Reply
kat friendster tu, letak jer 1 gambar yang takder kaitan. I put wallpapers :)…so, takder lah sesaper nak grab gambar tu.
Untuk memperbaiki English, apa kata sarah sekali-sekala tulis post in English.
Reply
Sarah
Lama dah awak tak masuk blog saya,
Anda telah dilantik sebagai menteri luar negeri di Kabinet Bayangan Beras Padu.
Oleh itu anda diminta mengulas tentang isu Boikot produk belanda.
Reply
kak sarah pe nak jadi ni ha.. makin berjangkit masalah takleh fokus dari saya neh :p
waa bagus adik aiman berniaga ye. saya dulu pernah berniaga megi je la kat asrama. pastu berniaga topup, untung woo.. budak2 asrama kuat makan topup ^^
Reply
salam sarah..
English bro dah makin berkarat sejak jadi penjawat awam ni, tak macam waktu kerja swasta dulu..maklumlah nak memertabatkan bahasa kebangsaan
dan berniaga tu satu pendedahan yang baik untuk adik aiman…seperti yang sarah tau bro & sis mai pernah bisnes farmasi dulu kan..walaupun tak menjadi tapi kami banyak belajar daripadanya…kami rugi around RM50K, tapi ok..tak menyesal..we never try, we’ll never know..and we learn a lot from that..
Reply
hoh! bhs inggeris berkarat sbb dok kat negara yg xckp inggeris…same problem here. kdg2, nak mintak pegi tandas pun jd lintang pukang. adoi…
asam boy sarah? asam girl xda ke? kui3
Reply
sarah nak exam praktikal esok ye. selamat maju jaya. praktikal baik2. cucuk anak orang baik2. majulah sukan untuk negara.
Reply
salam sarah
lama pulak tak kesini…hmm biasa tu sarah..ada ketika turun dan naik focus kita…cuma harap jgn turun terus aja..
good luck on your practical tomorrow..moga dapat score macam biasa…hehehe
Reply
just want to say hye….
gud luck for your practical exam..hehe 😀
Reply
beza msia-moscow pn pn 4 jam?4 jam awl atau lwt??sm sprt msia-nz jugkla..tp nz 4 jam awl..
owh..gudluck jugk utk exam praktikal
Reply
Salam ziarah.
Good luck utk practical exam tu ye. Mudah2an semuanya dipermudahkan. Amin.
Nota:
Saya nak tumpang satu iklan kat sini. Maaf ye.
***Saya hanya nak cadangkan dan galakkan kawan-kawan pembaca untuk guna satu lagi produk Islam. Satu lagi search engine yangg dipanggil al-wahy. Fungsinya lebih kurang macam google,yahoo,msn dan lain-lain. Web ni bukan saja boleh email,messenger,you tube,upload video sume, tapi yang menariknya semua berkaitan Islam. Tak ada lagi iklan-iklan yang tak elok. Kita boleh dengar banyak talk islami. Dan sedikit demi sedikit, boleh gunakan alwahy messenger instead of YM. Mula-mula memang tak ramai, sebab web ni pun baru lahir. Ini lah antara salah satu usaha umat Islam. Jom beri sokongan pada alwahy.com.
Mudah-mudahan Allah beri balasan yang baik untuk setiap kebaikan yang kita buat.***
Ini link nya:
http://alwahy.com
Nota lagi:
1. Saya dah sign up
2. Maaf sekali lagi ye KS, tumpang iklan tanpa hubungi KS dulu.
3. Marah saya pun takpe nanti.
Moga sihat dan bahagia selalu ye.
Wassalam
Reply
dia punya Prince Charming tak dengar nasihat dia.. kata jangan berlakon nak berlakon jugak.
Reply
Ahak!
Sarah, memang ketara sangat pun ‘jiwa kacau’ kamu nih! Hmmm! Apa kata kalau kamu jerit kuat-kuat dalam tab mandi atau baldi atau timba, atau apa saja yang boleh disumbat air terlebih dahulu?
Aku selalu buat tu dulu, sekarang tak dah! pasal umah takder kolah, ada air pancuran aja! Takkan nak jerit kat air pancuran pulak! kehkehkehkeh!
Reply
Salam buat semua.
Cikgu Jawe:
ye. cikgu mmg hebat bab2 intip apa sy buat kan. ginko tak jumpa la kat sini cikgu. belajarlah jihad yg sgt banyak halangan..
Silent Reader:
nnti la sy cerita apa yg jd n cara atasi ye 😀 exam td dh abis dh. alhamdulillah
Hafiz:
friendster tu sy anggap personal dgn kwn2. yg tak bestnya, bila blog readers ramai plak yg try cari then add. sy accept je. nnti kata sombong kan. tp ni main grab2 ni, dh usik privacy plak kn. pasal entri, sy dg terang kt bawah tu 🙂
Reply
Bro Sebol:
haah. sejak masuk bulan 3, mmg sibuk. x berjalan ke mana sgt. nnti sy akan buat kenyataan penuh merangkap menteri luar. tak sangka plak ye dh dilantik masuk kabinet. hehe. pasal isu boikot belanda jgk. sy akn kupas.
Khairul:
kahirul! ks rindu kat kamu la 🙁 ni ada sbb sbnarnya. later la ks cerita. ni nak rest dulu. hihi
Bro Fisol:
oh. bro penah ada business ke dulu? baru ni sy tau. tp mmg ikut sunnah la kan berniaga ni. sy sendiri nak berniaga nnti. hehe. ternak lembu n jual 🙂
Reply
OK. yg lain kendian2 la sy reply. sy ada penyakit malas nak balas komen dh ni
Reply
soklan biasa, kawan dah sarah bila lagi,muahahahahaha..:P samelah fungsi fs sy sarah, masuk untuk baca komen member2 je,hihii..:) aaaa, oo, kira tak jauhla skrang beza masa kita,hehee..bleh ar kejut sarah bangun nnti,hahaa
Reply
begitulah kan.. kadang2 bila hilang fokus tu rasa maalassss je… xleh nak bangkit semula pun ade. huhu.. bila ade sumthing trigger nnt, mesti focus dtg balik!
chaiyok!!! gud luck exam praktikal! 😀
Reply
Saya pun dah lama tak check social networking cam tagged.com, myspace.com
Bukan senang nak beri fokus…
Saya pun tak mampu nak memfokus diri
Reply
emm… tau tak biasanye bau2an aromaterapi ape yg org gune utk concentration? adkh Bergamot? atau Lavender?
sape2 yg tau… habaq yer… timer kasih!!!
Reply
sy suka komen akak yang kata “buli org cina ngn berbahasa melayu”
heheh
nak tahu..ramai kawan2 sy ckp blog saya tersgt la skema..sy pon sependapat ngn akak..sy tak suka guna bm rojak…sgt2 korg gemar..mugnkin sbb sy ni ada jiwa pantun?hehe
syg bm,syg cikgu jamaliah..syg pantun..
minggu depan sy nk exam..kali ni biochem..doakan sy kak
akak pun,gud luck!
take care kak!
Reply
akak,nk tahu cerita kak faiq!
hehehe
Reply
Prince charming dia tak kelihatan semalam. Dua jam duduk menonong pun x kelihatan tapi x sampai hati nak bitau. Takut kecewa pun ada. Tanya orang ada yang berada di lokasi pun x nampak. Hehe.
Awak, selamat berjaya la exam Rabu ni. Doakan yang baik baik saja. Saya ni suka sangat datang lambat lambat. Sudah puluh puluh org barulah ada rupa nak ditunjuk.
Reply
sayang sis sarah
jgn hilang fokus yee..tetapkan niat..
bek tulis ape yg sarah tetapkan 🙂
btw..akak pun teringin nak delete frenster ni..tengah kira detik je..lalalala
Reply