Archive for the ‘Life’ Category

Ruletka Jackpot Pieniądze – Recenzja Kasyna Online

O nim:

Ruletka Jackpot Pieniądze to jedno z najbardziej popularnych kasyn online dostępnych dla polskich graczy. Zdobył ogromną popularność bubalu.pl ze względu na atrakcyjne bonusy, szeroki wybór gier i uczciwe warunki gry. Kasyno to jest własnością renomowanej firmy i działa na licencji, co daje graczom pewność, że ich środki są bezpieczne.

Charakterystyka kasyna:

Właściciel Global Gaming
Licencja MGA
Obszary działania Europa

Zalety Kasyna Ruletka Jackpot Pieniądze:

  • Atrakcyjne bonusy powitalne
  • Wide range of games including ruletka jackpot pieniądze
  • Bezpieczne płatności
  • Dostępność na różne urządzenia
  • Profesjonalne wsparcie klienta

Gry dostępne w kasynie:

Kasyno Ruletka Jackpot Pieniądze oferuje szeroki wybór gier, w tym popularną ruletkę jackpot pieniądze oraz sloty, blackjack, poker i wiele innych. Dzięki współpracy z wiodącymi dostawcami oprogramowania, kasyno zapewnia wysoką jakość rozrywki i emocji dla wszystkich graczy.

Jak grać:

Aby zacząć grę w kasynie Ruletka Jackpot Pieniądze, wystarczy założyć konto, dokonać pierwszej wpłaty i wybrać ulubioną grę. Możesz grać na komputerze, tablecie lub smartfonie, dzięki czemu masz możliwość rozrywki gdziekolwiek jesteś.

Posted on February 4th, 2026 by Sarah  |  No Comments »

Hello Again, World!

Assalamualaikum wbt

Rindunya blog ni!

Pagi tadi saya ada berbual dengan seorang rakan sekerja di tempat kerja. Jiran sebelah meja ni. Kebetulan dah seminggu lebih tak bertembung muka sebab masing-masing sibuk dengan projek masing-masing dan baru hari ini kami sempat bertemu di pejabat. Jadi, perbincangan kami berkisar tentang menyahtoksik kehidupan yang penuh toksik.

Saya rasa ia sesuatu yang sangat logik dan penting untuk ketika semua. Kalau bukan semua, paling tidak, saya sangat bersetuju dengan pendapatnya dan ianya terpakai untuk diri saya. Sudah hampir 3 bulan saya menyahtoksik beberapa perkara dari kehidupan saya. Dengan harapan, perasaan menjadi lebih tenang, tenteram dan bahagia!

Salah satu perkara yang saya nyahtoksikkan dari hidup ialah media sosial terutamanya Facebook. Nanti saya ulas lebih panjang kalau sempat.

Tapi seperkara yang saya rasa saya boleh lakukan untuk meneutralkan perasaan yang toksik ialah dengan menulis. So, hello again, blog! Saya nak aktif menulis semula dalam masa terdekat ini.

To keep me feel lively, able to enjoy something that I really have passion in; writing!

Hello positive vibes, please come to me. Hehe. Please bear with my frequent updates after this ya!

Yeaaaaaayyyyyy. I feel so happy that I finally updating something here! Hehe. Sarah is hormonal again but this time she is superbly happy with her positive vibes.

Much love,

Sarah Shukor.

Posted on December 4th, 2018 by Sarah  |  No Comments »

Saya Juga Pernah Gagal

Assalamualaikum wbt

Slot Raudhah di TV3 : Positif.

Kebetulan sewaktu sedang menyiapkan Umayr untuk tidur, rancangan inipun bermula di kaca TV. Wah, memang teruja! Seorang junior di KISAS dulu, Imran Koyube, yang saya kagumi sosoknya sehingga kini, muncul sebagai hos rancangan. Kupasannya di episod pertama ini ialah berkenaan Pengurusan Stress. Ditto! Memang bagus topiknya. Begitu juga kupasannya.

Saya cuma nak ulas dan kaitkan berkaitan teknik pertama untuk menghadapi stress yang telah dikupas oleh beliau. Menjaga hubungan dengan ibu bapa. Beliau memberikan contoh sekiranya kita berhadapan dengan kegagalan dalam pelajaran, cuba semak semula bagaimana hubungan kita dengan ibu bapa.

Tiba-tiba saya teringat kisah saya sendiri. Percaya tak saya pernah gagal dalam subjek Fizik? Iya. Satu-satunya subjek yang pernah mencatat markah merah dalam kad laporan saya sepanjang saya bergelar pelajar. Markah saya hanya 37% sahaja. 🙈

Kisahnya, 3 minggu sebelum bermulanya ujian P3 sewaktu di Tingkatan 4 di KISAS, saya telah dimasukkan ke wad selama 2 minggu. Saya pengsan di sekolah akibat anemia dan mengalami sedikit neurological deficit rentetan daripada itu. Kaki kebas dan tidak boleh digerakkan. Seminggu saya di Hospital Klang dan seminggu lagi di Hospital Mentakab. Kemudian seminggu pula saya mendapat MC. Sebaik naik semula ke sekolah, ujian P3 pun bermula dan memang hancurlah Fizik saya sebab Fizik bukannya kita boleh fikir dengan logik akal sahaja. Ia adalah fakta dan formula. Mr. Lee (seingat saya itulah nama cikgu Fizik baru kelas saya waktu itu) sudah kata, saya boleh saja ambil paper Fizik kemudian sedikit. Tapi saya rasa tidak adil untuk kawan-kawan kalau penilaian markah keseluruhan saya adalah berdasarkan soalan yang dijawab lebih lewat berbanding kawan-kawan. Seperti yang saya jangka, memang saya gagal untuk pertama kalinya dalam hidup saya dan subjek tersebut ialah Fizik.

Saya merupakan seorang yang jenis tak boleh kalah, tak boleh menerima kejatuhan dan apatah lagi sekiranya ia berpunca dari diri sendiri. Memang saya stress sangat ketika itu. Stress melampau. Kedudukan saya dalam kelas jatuh ke nombor 2 (selepas Faaiqah sahabat baik saya) dan dalam tingkatan jatuh ke nombor 9 pada waktu itu. Iya. Sangat ingat nombornya. Seorang yang tak pernah dapat nombor selain daripada nombor satu sejak tadika lagi, kejatuhan merudum ini amat-amat saya rasai. Saya stress sangat. Rasa malu. Malu dengan diri sendiri. Saya persoalkan kenapa saya tidak boleh menjawab walaupun saya cuba belajar sendiri sewaktu di hospital dan di rumah. Memang stress yang melampau ketika itu.

Ok, jangan kecam lagi. Untuk saya waktu itu, kegagalan untuk score itu adalah kegagalan yang maha besar. Cuba tanya top student yang sudah terbiasa dengan kejayaan. Terbiasa berada di atas. Terbiasa menjadi yang terbaik. Apabila tidak dapat seperti yang ditarget, memang rasa seperti dunia terlingkup seketika bagi kategori pelajar seperti ini. Saya akui, waktu itu, saya dalam kategori pelajar yang sebegini. Saya rasa dunia saya terbalik sekejap. Gagal satu subjek buat kali pertama dalam hidup dan hanya dalam ujian sahaja, bukannya peperiksaan besar. Akan tetapi, impaknya sangat tinggi untuk saya.

Jadi waktu itu, saya dimasukkan ke kelas pemulihan Fizik. Lagilah saya stress. Saya terasa seperti seorang yang sangat bodoh. Masuk kelas pemulihan. Kena dapat perhatian lebih dari cikgu dan rakan pembantu. Kena gabung dengan kelas Putera 5 Sc 2 pula waktu itu (kelas saya semuanya perempuan, batch pertama pengasingan pelajar Putera dan Puteri di KISAS). Saya rasa malu. Sudahnya, saya tak juga perform selepas sebulan kelas itu saya ikuti.

Saya fikir-fikir semula, apa yang patut saya buat untuk atasi segala rasa negatif yang semakin mencanak dalam fikiran saya waktu itu. Apa caranya supaya saya boleh score semula dalam subjek Fizik. Apa kaedahnya untuk saya hilangkan stress saya yang rasa ‘dipandang sebagai tidak pandai’ pada waktu itu.

Akhirnya, saya luahkan rasa stress saya itu kepada emak saya. Ya. Saya menangis semahu-mahunya melalui corong telefon TeleSiswa di belakang Dewan Kuliah. Saya menangis sebab saya rasa teramat down. Saya luahkan rasa menyesal masuk ke sekolah itu kerana membuatkan saya rasa saya menjadi kurang serba-serbi berbanding kawan-kawan yang lain yang jauh lebih cerdik pandai. Saya menangis semahunya kepada emak.

Mahu tahu apa emak saya jawab ketika itu? Jawabnya, “Hidup kita ni memang kita tak selalu berada di atas. Tak selalu kita saja yang menang. Kadang-kadang kita memang akan kalah. Jatuh ke bawah. Tapi yang Allah tengok ialah macam mana kita usaha nak naik semula. Bukannya menangis mengongoi macam tak ada pedoman. Biasalah tu kalau kita rasa kurang. Cuba fikir, ramai lagi orang yang kurang daripada kita. Kita patut syukur dengan apa yang kita ada. Tapi jangan cepat rasa selesa dengan apa yang kita dah ada. Kenalah usaha untuk perbaiki keadaan.” Kurang lebih, inilah nasihat emak pada waktu itu.😖

Makin menangis saya. Memang teresak-esak saya di belakang Dewan Kuliah itu. Tapi saya seakan mendapat satu semangat baru. Ya. Jatuh bukan bermakna kita tidak bagus, tidak pandai. Tapi ini memang lumrah kitaran hidup. Takkan selamanya saya nak bolot, nak hadap nombor satu tu jadi milik saya seorang. Lebih kurang begitulah saya terfikir.

Jadi bermula dari hari itu, hampir setiap petang saya telefon ke rumah untuk belajar Fizik dari emak dan ayah saya. Melalui corong telefon! Saya merasakan, mendengar suara mereka membuatkan saya lebih tenang dan ilmu lebih masuk. Kasihan Mr. Lee waktu tu. Dia tahu saya stress sebab tak boleh berada dalam kelas pemulihan yang dibuatnya bersama Mr. Ch’ng. Masuk bulan kedua, dia membenarkan saya tidak mengikuti kelas pemulihan tersebut dan meletakkan kepercayaan kepada saya bahawa saya boleh buktikan peningkatan semula (paling kurang, untuk lulus sahaja) dalam peperiksaan akhir tahun.

Dipendekkan cerita, saya berjaya mendapatkan markah yang baik ketika peperiksaan akhir tahun. A1 untuk Fizik. Kembali mendapat nombor 1 dalam kelas dan nombor 2 dalam tingkatan (Haha. Kalah kepada Hanif Khan la of course) 😂. Tapi waktu itu, bukan nombor 1 lagi yang saya inginkan. Tapi saya sudah belajar cara untuk mengurus stress dalam diri. Apa yang saya buat?

Saya menelefon emak ayah saya hampir setiap hari. Sekejap pun tak mengapa. Asalkan dapat bercakap seminit dua pun cukup. Kalau masuk 50 sen di telefon awam tu, cukuplah untuk 3 minit bercakap. Hehe. Selain itu, saya juga buat seperti apa yang Saudara Imran kongsikn di dalam slot tersebut. Bangun pagi dan buat sesuatu yang kita suka, yang boleh buat kita gembira. Saya suka mengemas dan makan. Haha. Jadi setiap pagi saya akan pastikan katil, locker dan dorm saya keseluruhannya adalah kemas. Cadar tegang, locker baju cantik tersusun, baju bergantung di ruang gantung dalam locker mengikut colour coding dan hue warna yang betul (agak OCD sikit di situ ya) dan saya akan ke Dewan Makan lebih awal untuk menikmati sarapan. Bukan makan tangkap muat saja. Sarapan dengan tertib. Nikmati sarapan tu. Sebab dengan cara itu saya rasa lebih teratur, terurus, bersemangat dan bertenaga untuk ke kelas.

Apa lagi aktiviti yang saya suka? Saya berbahas. Kahkah. Skema sangat, kan. Tapi waktu itu saya masih lagi sebagai pembahas pelapis kolej. Jadi peranan saya tak besar. Kalau berbahas pun, saya hanya sekadar pelengkap korum untuk mock debate bersama pasukan utama kolej yang terdiri daripada senior-senior tingkatan 5. Jadi kadang-kadang tu, ada jugalah momen-momen tidak seronok terjadi. Tapi saya layankan saja.

Lagi, saya suka bersukan. Sebenarnya sejak saya dimasukkan ke hospital kerana komplikasi chronic anemia yang saya alami, doktor menasihatkan agar ‘give up on sport’. Doktor risau saya boleh pengsan ketika bersukan. Jadi, saya berhenti dari menyertai Taekwondo. Waktu itu, saya sudah bertali pinggang biru calit merah. Tak lepas-lepas nak habiskan sparing merah waktu itu. Entah apa yang susah sangat entah. Jadi, selamat tinggal Taekwondo. Cewah! 😝 Tapi kecintaan saya kepada pingpong dan bola jaring memang tak boleh dihalang. Setiap pagi Sabtu dan Ahad, selepas Subuh, saya akan mengaji di surau sekejap untuk menunggu cerah. Sebaik saja cerah, dengan masih bertelekung, saya akan main bola jaring di padang Aspuri bersama kawan-kawan seangkatan! Dah rupa hantu Kak Limah je dalam rembang Subuh, pakai telekung putih melompat main bola jaring. 😆 Itu yang paling seronok sekali. Memang destress habis. Terasa seperti berada di sekolah lama, ketika sama-sama bermain dengan pasukan bola jaring sekolah. Sekolah yang tak pernah memberi sebarang stress kepada saya.

Apabila sudah naik ke Tingkatan 5, baru saya sedar akan sesuatu. Sebenarnya menghadapi stress ni ada baiknya juga. Kita belajar untuk mengenal siapa diri kita. Kita juga cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk berhadapan dengan stress itu dan kita cuba menjadi dewasa dengan pengalaman itu.

Bagi saya, stress gagal dalam subjek Fizik itu menjadi pembuka mata untuk saya menjadi lebih easy going, lebih beradaptasi dengan keadaan. Saya melihat sudut pandang berada di sebuah sekolah berasrama penuh bukan sekadar untuk belajar dan score dan dapat keputusan gemilang lagi terbilang. Tetapi saya menjadikan ia sebuah tempat untuk saya berdikari, mencipta sejarah untuk diri, berimaginasi mencipta kejayaan mengikut acuan saya sendiri dan yang paling penting, saya menikmati zaman itu dengan melakukan dan melibatkan diri dalam apa sahaja yang saya minati. Saya tak kongkong diri saya hanya dengan belajar. Saya rasa skema begitu. Sebab dulu di sekolah lama saya bukan jenis yang begitu. Yang hanya hidup dengan buku. Saya rasa itu budaya hidup yang salah. Itu bukan kriteria kecemerlangan untuk diri saya. Saya perlu berani mengeksplorasi peluang mencuba sesuatu yang baru. Saya masuk persatuan yang baru di set up di sekolah pada waktu itu. Saya masuk pertandingan puisi, menulis pantun, cerpen kemerdekaan dan segalanyalah. Saya habiskan masa dengan aktiviti bahas sehinggalah pulangannya sangat berbaloi di saat pasukan bahas KISAS tahun 2002 berjaya membawa pulang Piala Perdana Menteri kembali ke kolej! Waktu itu, betul-betul tinggal 40 hari lagi hendak SPM. Saya layankan saja. Kalau orang kata saya ni jenis pulun belajar, jawapannya memang tidak. Saya cuma konsisten belajar dan tidak suka kepada perkara last minute. Saya suka siapkan kerja rumah awal-awal dan latihan tambahan hanya dibuat sebelum tidur sahaja. Waktu prep malam, saya buat apalah? Jawapannya, saya pergi berbahas. 💁 Dan ia memang berbaloi bila dikenang semula.

Selain faktor kegagalan dalam pelajaran yang boleh menjadi punca stress, Saudara Imran juga ada menyebut tentang faktor putus cinta. Yang ini saya tak hadapi ketika di sekolah menengah. Apa ke halnya nak bercinta masa zaman sekolah, kan. Haha. Tapi, zaman frust menonggeng putus cinta ni saya lalui ketika saya sudahpun di Moscow. Oh My God. Terasa terlingkup hati. Sedih dan melankoli saja jiwa. Waktu itu masih di tahun pertama. Panjang juga ceritanya. Nak kata betul-betul cinta, macam belum layak dipanggil cinta. Tapi biasalah. Bila kita sudah mula belajar letak harapan kepada sesuatu yang memberi harapan, dan apabila ada masalah sedikit, yang memberi harapan menarik diri, saya rasa terkapai-kapai. Kerap menangis bila teringat Abang Pujaan di Malaysia. Hahaha. 😂 Sadisnya la hai. Sedangkan, serasa saya, dia sudah tidak kisah agaknya akan perkembangan saya. Emaknya juga sudah tidak menghubungi saya. Memang dah pasrah dah tak ada jodoh. Kahkah. Tapi pengajaran daripada stress saya pada ketika itu, ia menjadikan saya seorang yang sangat tegar. Ignorant dalam bahasa lainnya. Saya tak kisah orang lain nak bercinta atau apa, saya suka saya yang begitu. Saya tak kisah ada orang jolok-jolok bunga cinta atau apa, saya tetaplah begitu. Haha. Jadi keras hati. Saya suka pengajaran yang saya dapat daripada stress putus cinta yang tak berapa bercinta itu. Saya menjadi lebih fokus dalam kehidupan, pelajaran, membina legasi dakwah dan tarbiah di Moscow dan 1001 macam aktiviti lagi. Tak rock la bercinta-cinta ni. Ha gitu. 😎

Waktu di zaman universiti, cara menangani stress saya masih sama. Menelefon emak dan ayah. Berkongsi segalanya dengan mereka. Stress nak exam pun saya luah segalanya pada mereka. Kadang tu, emak tak faham pun subjek apalah yang saya tengah mengarut tu. Tapi emak dengar juga saya bercerita. Lagi satu kaedah yang Saudara Imran kongsikan tadi ialah dengan bangun malam. Tahajjud. Iya. Waktu di Moscow, paling kurang seminggu mesti dapat 3 ke 4 kali tahajjud. Mengadulah pada Allah apa sahaja yang kita rasa nak luahkan. Waktu itu terasa sangat eksklusif. Hanya antara kita dan Allah sahaja. Memang terasa bersih saja hati dan jiwa waktu tu. Sobsob. Sucinyalah waktu tu.😭

Tapi apabila dikenang-kenang semula, kalau tiada stress, tiadalah kita yang lebih matang. Namun, stress itu perlu ditangani dengan cara yang paling bijak, halus dan positif. Ada banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk menghilangkan stress. Ini antara apa yang telah dikongsikan oleh Saudara Imran dan juga pengalaman saya sendiri. Entah apa-apa, kan. Baru failed satu subjek waktu UJIAN saja pun, dah gelabah stress tak memasal. Hahaha. Tapi di situlah titik tolak saya belajar menerima “hidup tak selalunya indah” dan “nombor bukan segalanya”.

Hikmah dari kegagalan itu, saya lebih berbahagia menghadapi zaman kehidupan di sekolah berasrama penuh, di universiti dan mencorak saya menjadi saya yang sekarang.

Tapi sekarang, kalau saya stress, saya buat apa?

MAKAN.

😂😂😂😂😂😂😂😂😂

Eh, sepatutnya saya nak update cerita pasal anak. Entah kenapa pergi update pasal stress pula. Nampak sangat sebenarnya saya macam tengah stress sedikit. Stress sebab lada hitam saya habis untuk diisikan dalam menu pantang hari ni.

I want black pepper!
I want black pepper!
*sambil angkat sepanduk*

😭😭😭😭😭😭

Posted on April 21st, 2017 by Sarah  |  3 Comments »

Temporarily Down

[Notes from Admin]

Hi everyone. sarahshukor.com was temporarily down recently due to some issue with cloudflare. It will get back online soon once the new DNS propagation completed.

Sorry and thanks

Posted on January 8th, 2017 by Sarah  |  No Comments »

Izz Zayd Mishary : Motivasi Penghijrahan Mama

Assalamualaikum wbt

25 April dua tahun yang lalu adalah hari terakhir mama intubate patient, bagi spinal, epidural, buat block, CSE, handle complicated case, semuanya dalam satu hari. Memang macam-macam yang terjadi pada hari itu. Walaupun mama tidak oncall, tapi mama balik rumah ditemani Zayd yang masih dalam kandungan tepat pada pukul 10 malam. Rupanya ada sebab kenapa Allah susun begitu. Allah nak bagi mama merasa kesemua prosedur ini secara all in one day buat kali terakhirnya.

Ya, kali terakhir. Rutin harian mama dalam Anaesthesiology berakhir pada hari itu. Mama tak menyangka itulah hari terakhir mama praktis di OT/ICU sebab mama juga tak menyangka keesokannya itu mama dikejarkan ke Hospital Temerloh dengan ambulan kerana adanya komplikasi. Dan selepas daripada komplikasi itu, mama diberikan MC sehingga bersalin. Dan sebelum bersalin, mama terima surat memberitahu pertukaran mama telah diluluskan dan destinasinya ialah ke Ibu Pejabat KKM di Putrajaya. Segala kenangan mama bersama segala perit-jerih belajar untuk menjadi seorang pakar bius berakhir di situ, pada tanggal 25 April 2014.

Mama cuba mencari hikmah dan bersangka baik dengan Allah. Semestinya Allah telah aturkan yang terbaik untuk kita sekeluarga. Perkara yang memberikan semangat dan menjadi motivasi mama untuk menerima perpindahan itu adalah keluarga kita terutamanya anak-anak mama. Setelah sekian lama menanti untuk dapat bertukar dan tinggal sebumbung sekeluarga, akhirnya Allah makbulkan. Kenapa mama tidak bersyukur pula, kan? Acapkali mama menangis memikirkan kenapa Allah twist jalan cerita hidup mama. Tapi Alhamdulillah, hati mama ini diberatkan dengan perasaan syukur yang jauh lebih banyak. Allah itu Maha Tahu apa akan terjadi seterusnya.

Ditakdirkan, ayah sangat sibuk selepas tamat master. Terlalu kerap outstation ke luar negara dan tidak mempunyai masa yang fleksibel. Nah, di situ hikmahnya. Hikmah yang maha besar Allah telah aturkan untuk kita sekeluarga. Agar mama dapat menjadi pendamping yang sentiasa ada untuk anak-anak berdua.

Tatkala Zayd lahir, mama nekad, penghijrahan ini mesti diteruskan. Demi keluarga kita, bukan atas sebab yang lainnya.

7 Mei, genap 2 tahun nekad itu dicekalkan di hati. Pada tanggal ini dua tahun yang lalu, Izz Zayd Mishary dilahirkan dan mama nekad sepenuh hati untuk menjadi yang berkorban demi keluarga. Mama nekad untuk ketepikan cita-cita demi anak-anak mama. Sebab itu mama sedih bila ada masanya mama rasakan matlamat penghijrahan ini menyeksa mama semula kerana kehidupan mama sangat sibuk (sangat yang teramat sangat) dan tanggungjawab jauh lebih besar apabila sudah berpindah ke tempat baru. Mama rasa seperti telah memungkiri janji untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Dan perasaan itu sangat menyusahkan jiwa.

Zayd, hari ini genap umur Zayd 2 tahun. Terlalu baik Allah itu menjadikan Zayd ini anak yang sangat mudah diurus. Paling mama akan ingat selamanya, Zayd jenis tak bangun malam untuk menyusu apatah lagi nak bergayut sepanjang malam. Ini memang paling membezakan Zayd dan Abang Izz. Zayd juga pada umur ini, lebih petah, aktif dan bijaknya juga lebih lain macam. Anugerah betul si Zayd ini. Kuat merajuk pun iya. Tapi sumpah, walaupun mama sedih terpaksa meninggalkan bidang yang sangat mama minati, mama tak pernah menyesal membuat penghijrahan ini. Demi ayah, demi anak-anak mama. Semoga pengorbanan ini menjadi asbab pahala untuk mama. Dan semoga Zayd sentiasa ingat, Zaydlah motivasi mama untuk meneruskan langkah pertama menerima penghijrahan ini dengan hati terbuka suatu masa dahulu.

Selamat ulangtahun yang kedua, Izz Zayd Mishary. Kamu itu anugerah penuh hikmah, buat seluruh kehidupan Abang Izz, mama dan ayah. Teruslah membesar menjadi anak soleh yang sihat, bijak dan sentiasa membahagiakan orang lain. Penting mama tekankan untuk menjadi asbab bahagia kepada orang lain. Kerana dengan membuat orang lain senang dan bahagia kerana kita, pahala juga akan masuk mencurah-curah menjadi saham syurga yang paling mudah untuk kita ke sana.

Membesarlah menjadi anak yang bahagia lagi membahagiakan dalam kasih sayang mama, ayah dan Allah!

Salam sayang,

Mama.

Nota: Tunggu ayah balik dari outstation baru kita makan besar ye, Zayd. Muaaah

Posted on May 7th, 2016 by Sarah  |  6 Comments »