Menjadi Penakut

Assalamualaikum wbt

Selepas Isyak tadi, kami sekeluarga duduk berehat-rehat di meja makan sambil minum kopi. Pada mulanya hanya emak dan ayah yang duduk berbual. Saya datang ke dapur dengan muncung panjang. Saya bercerita kepada mereka bahawa dua orang kawan saya sudahpun mendapat tempat posting mereka. Sekarang ini pun mereka sedang mengikuti kursus induksi sebelum mula berkhidmat minggu hadapan.

Menurut kawan-kawan saya ini, mereka mendapat pilihan pertama masing-masing. Seorang di Kuala Lumpur, seorang lagi di Penang. Saya memberitahu emak dan ayah, kalau saya dapat di Temerloh, takutnya saya hendak balik malam-malam. Saya takut hendak keluar dari kereta untuk membuka pagar di bawah bukit. Saya takut kena serang di situ. Takut ditegur oleh sesuatu pun iya juga. Ya. Saya memang penakut orangnya.

Tambahan pula, kalau balik di tengah-tengah malam, bila sudah dibuka pagar yang di bawah bukit itu, bila sudah naik, nanti terpaksa turun dengan berjalan kaki sedikit untuk menutup semula pagar. Kalau mengikut cadangan emak suatu ketika dulu, nanti hendak dipasangkan alat kawalan jauh saja. Biar selamat. Tak perlu keluar dari kereta di waktu malam. Tapi tadi ayah menyuarakan pendapatnya.

Kata ayah, nanti ayah akan buatkan pagar masuk baru menggunakan laluan jalan ke rumah belakang (jiran). Jalan masuk ke rumah belakang itu melalui kebun buah di tanah sebelah rumah kami. Jadi, pagar itu akan membolehkan kereta terus masuk ke halaman belakang rumah kami atau Tok. Begitulah cadangan ayah. Oh. Saya sangat bersetuju dengan cadangan itu. Setidak-tidaknya, bila saya keluar hendak membuka pagar, saya sudah boleh melihat rumah dari jarak yang dekat. Tidak perlu takut-takut hendak membuka dan menutup pagar lagi. Begitulah angannya.

Seketika kemudian, adik-adik saya yang bertiga itu datang menempek di meja makan juga. Mereka hendak mendengar apa yang sedang kami bertiga bincangkan. Tiba-tiba, ayah makin rancak bercerita. Mungkin sengaja hendak melihat apa reaksi kami empat beradik.

“Ayah pulak, kalau balik malam-malam, berhenti kat bawah nak bukak pagar je, ada ditegur macam ni: Baru balik, Kor? Tengok-tengok Ayah We Sat.”

Meremang bulu roma saya. “Ayaaaaaah… Kenapa cerita macam ni!”, saya menjerit sebab sudah mula terbayangkan segalanya. “Aaaaaa… Kenapa boleh ada macam tu pulak. Ni yang lagi takut ni.”

Ayah We Sat yang dimaksudkan oleh ayah saya ialah arwah datuk saudara saya, Aki We Sat. Rumahnya terletak di tanah sebelah rumah Tok, dipisahkan oleh pagar dan kebun buah. Sudah lama arwah meninggal dunia. Itu sebabnya saya geram bila ayah saya membuka cerita itu dengan tiba-tiba tadi. Kemudian ayah menambah lagi.

“Laa… Macam tu la dulu-dulu. Petang-petang ayah balik kerja, macam tu la dia tegur ayah. Jadi ni dah balik malam, dia tegur malam-malam pulak. Siap berkumpul ramai-ramai macam dulu-dulu. Ada arwah Tok Abah dengan Ayah Chu Mat Ali. Duduk la berborak kat perhentian bas bawah bukit tu.”

“Aaaaaaaaaaa… Apa ayah cerita time macam ni nih… Aaaaaaaa…”, siapa lagi yang menjerit. Mestilah saya. Hahaha. Manalah saya tak menjerit geram dengan ayah. Sengaja sungguh dia nak cerita semua ni di waktu malam-malam begini. Sudahlah tu, dibuatnya saya betul-betul kena balik waktu malam nanti, memang semua ini amat mencuakkan saya. Adik-adik saya semuanya sudah diam dan nampak cuak. Semuanya tahu, nama-nama yang disebutkan itu sudah lama meninggalkan dunia ini.

“Laaa. Ayah tak habis cakap lagi. Ni semua ayah terbayang je. Ayah rasa, kalau-kalau la ada yang nak tegur ayah, macam nilah kot keadaannya. Duduk ramai-ramai bersidang, lepas tu tegur “Baru balik, Kor?” pada ayah. Hahahhaa.” Ayah tergelak besar. Macam apa sajalah ayah ni! Habis kami semua tergelak besar. Tapi, bagi saya yang memang penakut ini, saya seram mendengar lawak tak best ayah tu. Kemudian ayah menyambung ceritanya lagi.

“Pernah suatu hari dulu, ayah pergi rumah ke rumah Ayah Aji Sudin.” Saya berdebar semula. Aki Aji Sudin ini pun sudah arwah. Saya memang dah bersiap sedia hendak ketuk-ketuk tangan ayah. Kemudian ayah menyambung, “Sampai kat rumah dia, ayah tanya Ayah Aji ke mana, isteri dia jawab “Kair”. Ayah pun patah balik rumah semulalah. Entah kat mana Kair tu. Kot jauh, jenuh pulak nak tunggu Ayah Aji balik. Sekali bila ayah sampai rumah, Tok tanya ayah jumpa tak Ayah Aji. Ayah jawab dia Kair. Tok tanya semula kenapa ayah tak tunggu je di rumahnya. Ayah jawab, ingatkan jauh tempat tu. Tok tergelak. Rupa-rupanya Kair yang ayah faham tu sebenarnya ialah ‘ke air’! Loghat sinilah tu. Ke sungai! Ayah patah balik pergi rumah dia. Tengok dia elok je baru naik dari sungai. Tuala bersidai lagi atas bahu.”

Maka gamatlah kami berlima tergelak mendengar cerita ayah. Maklum sajalah. Ayah ni orang Temerloh celup. Dulu-dulu manalah dia cekap sangat dengan loghat-loghat tempatan ni. Selepas selesai semua tergelak, ayah menyambung cerita. Saya berdebar semula. Mungkin kali ini baru sampai ke babak seramnya.

“Ayah Aji ada cerita. Dulu dia dengan arwah Ustaz Osman, ayah mufti Rahman ni, jalan kaki sampai ke jalan keretapi belakang sana nun. Malam waktu tu.”

Saya sudah mula terasa seram kembali. Hari tu ketika di Penang, ayah baru saja bercerita tentang gajah jadian di laluan keretapi menuju ke Perak. Bukit Berapit atau apa entah nama tempat itu. Saya mula membayangkan arah tuju cerita hampir sama saja.

“Bila sudah tengah malam kat kawasan jalan keretapi tu, tiba-tiba arwah Ustaz Osman ni menggeletar. Dia pegangnya bahu Ayah Aji. Waktu Ayah Aji cerita semula ni, Ayah Aji kata macam ni: Tu mufti tu yang takut-takut tu. Kita yang lagi kurang beriman ni macam mana?”

Fuh. Tujuan ayah saya bercerita panjang meleret sampai ke hujung dunia ni sebenarnya dia hendak mengingatkan kami semua supaya janganlah takut akan hantu syaitan semua ni. Selagi kita masih ada rasa takut pada benda lain, iman kita masih belum kuat. Kita kena perbetulkan semula. Kaji semula siapa yang kita imani. Siapa yang kita takuti. Itulah dia pengajaran yang hendak ayah bicarakan.

Jadi kawan-kawan, mari kita kaji semula diri. Perbetulkan semula konsep takut kita kalau ada lagi yang tahap penakut macam saya ni. Hehe. Saya tahu memang ada. Cuma tak nak mengaku terang-teranganya saja. Bila dalam gelap, terbayang macam-macam, terus istighfar macam apa aja. Langsir dalam bilik bergoyang ada bunyi sikit-sikit pun dah cuak. Ternampak kelibat tepi pintu dapur pun dah berpeluh dahi ketiak. Mari kita menjadi penakut hanya pada Yang Satu. Hanya Allah. Dan Allah itu tidak boleh disekutukan.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad), “Dia Allah yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan-Nya.” (112:1-4)

Nota 1: Selamat hari lahir untuk Yasir Tamizi. Berkat selamat dalam segalanya untuk awak ya. Semoga umur dirahmati, rezeki dilipatgandakan, jodoh ditemukan, urusan dipermudahkan. 😉

Nota 2: Handphone saya mula menunjukkan gejala kerosakan. Kasihanilah saya. Saya masih berstatuskan seorang penganggur tercomel terhormat. :|

23 Responses to “Menjadi Penakut”

  1. kak Tikah says on :

    Salam Sarah…
    selamat menjadi penganggur ‘tercomel’ ..

    Selalunya, akak takut makhluk yang ada fizikal segala berbanding yang tiada berfizikal itu.. yang tiada berfizikal, hembus ayat kursi hilanglah Insya Allah.. tapi yg satu itu, kalau niatnya jahat maka sukar sekali menghindari.. Banyakkan ayat kursi n bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi….. Insya ALlah selamat…

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Kak Tikah.

    Orang lagi la saya takut. Tambah2 pulak di Malaysia ni. Macam2 kes ada. Terima kasih ingatkan tentang ayat2 amalan ni. 🙂

    Reply

  2. djambu says on :

    hoho…sgt handal pakcik shukor buat lawak seram…hahaha 😛

    Reply

    Sarah Reply:

    Adakah awak merasakan kecuakannya? Hahaha.

    Reply

    djambu Reply:

    terasa gak. nak2 masa kene tegur tepi pagar malam2…seram sejuk woo~~

    Reply

  3. acai says on :

    Tersenyum sendiri sy baca entry awk ni sarah..:) tak tahulah sampai begitu sekali penakutnya awk,kekeke..tapi memang seronok dengar ayah awk cerita,bleh bayangkan dia bercerita dan korang semua dengar 🙂 tapi memang kita dari kecik dah dimomokkan ngan hantu..sbb tu sampai besar orang matipun kekadang bleh takut,hehe

    Hepy besday yasir..:)

    Reply

    ytmz Reply:

    Thanks bro. Sambutan Jubli Perak.

    Reply

    Sarah Reply:

    Kecik2 dulu saya takdela dimomokkan dengan cerita hantu. Tapi bila dah sekolah menengah tu yang mula jadi penakut. Hehe. Agaknya sebab tu dah mula boleh dengar bunyi dan nampak macam2 waktu di hostel dulu. Oh. Ayah saya bercerita dengan penuh mimik muka dengan tangan terbang sana sini. 😆

    Reply

  4. masyitah says on :

    😉 kalau Sarah takut,alamak akak lagilah takut.
    nampaknya anak akak yg sulong pun ikut peel akak ni.
    penakut siang2 buta pun dia minta kak temankan ke tandas.
    tapi kalau kat hospital,dia tak takut pula

    Reply

    Sarah Reply:

    Adeh. Siang2 pun berteman jugak? Dahsyat anak akak ni. :mrgreen:

    Reply

  5. teenz says on :

    hehehe. teringin nak tgk keadaan umah sarah n pagar sarah tuu.. pe kate publish kt blog ni…baru bley byg kan dgn lbey jelas…hehe

    Reply

    Sarah Reply:

    Alaaa Tintin. Prinsip saya di blog ni, rumah bukan untuk dikomersilkan. Huhu. Nanti takde privacy. Hehe. Tengoklah kot satu hari nanti saya terniat nak ambil gambarnya. 😉

    Reply

  6. Kak Azura says on :

    ya..ya…akak setuju dengan teenz…cuba tunjukkan rupa pagar dan rumah Sarah tu camana…baru boleh bayangkan… 🙄

    Reply

    Sarah Reply:

    Tapi saya tak berniat nak langgar privacy saya sendiri dengan letak gambar rumah dan yang seumpamanya. Sorry kak 😐

    Reply

  7. ytmz says on :

    Berdampinglah dengan mu wahai si Mambang, hanya itu pesanku.

    Terima kasih. Thank You.

    Reply

    Sarah Reply:

    Tahun depan jangan ulang ucapan unik kat saya tau.
    -Jangan jawab tak tau- Hahaha.

    Reply

  8. CJ says on :

    kalau awk posting kuala selangor, awk hanya perlu buka pagar perumahan kt belakang tesco. tadek apa awk nk takut. hehe.

    juga kuala selangor ke temerloh hanya 3 jam lbh kurang dn ada bas direct dr meru ke temerloh. kekeke

    Reply

    Sarah Reply:

    Kuala Selangor tiada dalam senarai hospital HO la CJ. 😉

    Reply

  9. pencacai tua says on :

    hohoho…pempuan kan,mestilah penakut ckit…barulah nampk comel..btl x?

    Reply

    Sarah Reply:

    Penakut tu comel? Hihik.

    Reply

  10. Bro Fisol & Kak Mai says on :

    salam..

    owh..rumah atas bukit mesti best…udaranya pun pasti nyaman je..

    Reply

  11. k.mas says on :

    akak lagi takot dgn makhluk berkaki dua yang jalan jejak kat tanah dari makhluk yang tak de kaki tu;)
    bila sarah datang putrajaya??
    akak tinggal kat sini, tapi akak tak de no baru sarah..akak still pakai no. lama..

    Reply

  12. one says on :

    Sarah, pernah baca cerita seram, atau cerita hantu..?
    ***cuba bayangkan cara saya bertanya dengan gaya dan ton suara yg misteri..seolah berbisik tegas…

    Reply

Leave a Reply