Selamat Pagi, Malaysia!

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Alhamdulillah saya telah selamat sampai ke Malaysia. Sangat gembira sebaik melihat kelibat ahli keluarga yang menunggu di KLIA. Terlepas rindu di hati. Yang sedihnya ialah ketika berpisah dengan kawan-kawan. Kebetulan, enam orang lagi groupmates saya pulang bersama dalam penerbangan yang sama. Kami bersalaman sesama kami, saling meminta maaf dan berharap semoga akan bertemu lagi suatu hari nanti.

Destinasi pertama mestilah pergi makan. Mee sup Gombak! Tak kira, tak kira. Nanti mahu makan mee basah mak pula. Elok saja sampai di bukit rumah saya, satu kejutan telah menunggu. Fuyyo! Macam tak percaya. Macam pintu gerbang istana saja. Hahaha.

Sebaik ayah memberhentikan kereta di depan rumah, terus saya berlari ke rumah Tok dulu. Tok masih belum tidur. Menunggu saya sampai, katanya. Jumpa Adik Iman. Oh oh. Comelnya budak kecil tu! Kemudian, baru saya balik ke rumah saya. Masuk saja ke ruang tengah dapur, wah, ada kelainan juga. Adik-adik saya kata, itu belum lihat yang lain lagi. Jeng jeng jeng. Apakah yang lain itu ya?

Saya berlari ek bilik. Waaaaaaa~ Bilik saya serba-serbi sudah lain. Cantiknya mummy! Suka, suka, suka. Terkinja-kinja saya seorang diri di situ. Tiba-tiba emak kata: Itu bilik Kaklong. Errrkk. Terhenti sekejap kegembiraan. Saya bertanya: Jadi Ngah dah duduk bilik lain ke? Emak membuka pintu bilik sebelahnya (dalam banyak-banyak bilik rumah saya ni, saya belum pernah duduk bilik yang ini).

Tadaaaaaaa~ Sukanya! Cantik. Cantik. terus saya peluk emak. Terima kasih emak. Hadiah betul ni. Suka, suka, suka! Hihi. Tapi bila saya menjenguk ke ruang tamu, masya Allah, kotak-kotak saya semuanya berlonggok lagi di situ. Terus emak berpesan: Esok kemas kotak-kotak ni. Barang-barang lama zaman SPM dulu pun kemas juga. Mana yang nak lagi, mana yang tak nak. Asingkan elok-elok.

Uhuuu. Ok emak. Esok Ngah kemas. Memandangkan esok rumah akan kosong sebab emak, ayah dan adik-adik akan pergi kerja dan sekolah, maka akan mengemas kotaklah saya jawabnya.

Iyakah akan mengemas kotak? Entah-entah berinternet aje! Huhuhu.

Oh. Sudah merindui Moscow dan segala isinya. Selamat pagi, Malaysia tercinta. Selamat malam, Moskva. Kota cahaya yang sentiasa di hati saya.

Tidur…

Nota: Bila semua nak berkumpul kat rumah ni -__-

33 Responses to “Selamat Pagi, Malaysia!”

  1. Khairul says on :

    Selamat pulang Kak Sarah~~~

    Esok berkemas tau, jangan malas-malas 🙂

    Reply

  2. irmadilondon says on :

    Alhamdulillah…akak pun turut merasa keterujaan sarah bercerita 😀

    Reply

  3. ruhana says on :

    assalaamu’alaikum,
    sarah!!! alhamdulillah, selamat awak ye sampai rumah. 🙂
    tapi,,, saya pulak, semalam baru sampai kampus. haritu,, saya dah cuti lama. ada masa, bateri perlu masa untuk dicas semula. final exam saya yg terakhir haritu, 8/4 (2 subjek dalam masa 1 hari) <—- 1st time kite di main camp mcm ni.
    saya ingat lagi,, dulu awak gembira bagitau saya yang awak dapat pergi rusia!!! sekarang dah habis…. 🙂
    saya sangat gembira awak dah balik. oklah sarah, bubye!!!
    insyaAllah harap2 dapat jumpa lagi. :mrgreen:
    really wish you all the best.
    wassalaam. 🙂

    (internet-kotak-internet-kotak-internet-kotak-internet-kotak-…)
    akhir2 ni mesti ramai yg ada masa ingat awak, ingat kotak…

    Reply

  4. akmar says on :

    wah! beshnyer. Selamat2. hehe. :mrgreen: 😆

    Reply

  5. Syazana says on :

    Welcome back k.Sarah 🙂
    Eh, Eh, Mee sup GOMBAK? Katne tu? Spesifik sket,bleh saya g makan situ 😀
    Waah,terujanya k.Sarah balik Mesia, macam2 da berubah ya. Suka lah tu 🙂
    Xsampai sehari lagi dah rindu Moscow? hihi…

    oh ya, selepas ini, ke mana jadi DR nya? [ape tah istilah dak2 Medic,xtaw.hee]

    Reply

  6. chika says on :

    selamat kembali ke Malaysia Kak Sarah!
    Selamat menjadi doktor muda yang hebat. Insyaallah.
    😉

    Reply

  7. chi am says on :

    alahai sonoknye sarah. excitednye baca. 😮

    Reply

  8. Nad says on :

    Selamat kembali ke tanah air, KS.

    Excited sama baca cerita KS. Hehe 😆

    Reply

  9. Kasawari says on :

    Selamat Pagi Malaysia.. hu hu..
    excited ni excited ni.. hu hu

    jom ngeteh pekena teh tarik dan roti canai.. kasawari belanja ni.. KS bayarkan ek.. hu hu 😆 😆

    Reply

  10. doyot says on :

    waahh..bestnyer dah balik msiaaa…jeles jeles..hehe.blajar medic ni sudah sangat menguji kesabaran..warghh..doakan saya ye sarah.. 😉

    Reply

  11. Haida says on :

    Congrats!semoga dpt bkhidmat dgn cemerlang di tanah air!excited je baca cerita sarah…hehe..jgn lupa pegi kenduri next week yea! 😛

    Reply

  12. nadiah says on :

    Waaaaaaaa. sarah da sampai malaysia
    waaaaaaa. sudah dekat dengan saya

    take ur time ye sarah. habiskan masa berkualiti bersama family, lepas tu boleh jumpa kawan-kawan yang dah lama menanti sarah di sisi, ewahh

    ** sarah nak qada’ mkn benda best2 eah? nanti kite jumpa request la satu, nadia masakkan khas untuk sarah =)

    ** seronoknya kita dah dekat. terasa makin dekat je. suka sangat **

    Reply

  13. hilman says on :

    Alhamdulillah…….selamat sampai ke M’sia……. 😉 😉

    kemas barang dulu….jgn ngadap internet je……… 😉 😉

    Reply

  14. bro fisol says on :

    home sweet home..malaysia memang best, sebab tu kami malas nak jalan oversea.hehe..:)

    Reply

  15. hani says on :

    Salam Sarah..

    Welcome back!!!…lepas ni boleh dok kat rumah puas-puas..hehe..:-)

    Reply

  16. Perindu says on :

    salam sarah

    selamat kembali ke malaya :).

    Reply

  17. MIMI ZUZU says on :

    selamat pulang =)

    Reply

  18. hawa says on :

    jom reunion e05!!!!!!!

    Reply

  19. kaklong says on :

    Erk…!! Apakah?? Bilik kite dah asing2 eh?? Huhuhu Haih x sabar nak balik plak ni!! My precious goody to grab!!

    Reply

  20. wanhidayat says on :

    Salam……..

    Sy tumpang gembira untuk semua kegembiraan kamu sahabat. Sungguh!. (*tak terkata pula rasanya dgn tiba2).

    Sarah….TAHNIAH….TAHNIAH….TAHNIAH!. Untuk diri kamu dan seisi keluarga kamu.

    *Serius tak tahu nak tulis apa………tiba2 blurrrrr*

    Reply

  21. acai says on :

    Salam sarah,

    Wah wah, sukanya dia dah sampai umh..:) aritu ingat nak sambut awk sbb ada kat sepang tapi msge tak sampai2,huhu..nanti jgn lupa msge no baru ye 😛 sarah, bila baca entry hari2 terakhir awk kat sana, memang sebiji perasaan sy sblm tinggalkan tpt belajar dulu..takpelah, apapun hidup mesti kena teruskan..sarah, sy baru join plurk, tapi tak reti pakai,hahaha..sila ajar ye cik doktor 🙂

    Reply

  22. liya says on :

    Salam Sarah,

    Welcome back to Malaysia…
    Sedih baca entry Selamat Tinggal Moscow (Finale)…
    Dan gembira baca entry Selamat Pagi Malaysia ;p

    Apa-apa pun selamat kembali & selamat berkhidmat nant…..
    all d best to Sarah (^,~)

    Reply

  23. miimie says on :

    hai kak sarah,,
    sonoknyer bc blog kak sarah nie
    ingat ker sy??mimie adik kak tikah..
    sy slalu bc..tp tak tinggal comment pon.hehe
    anyway..welcome back…miss u soo much
    nanti ader masa jumpa yer..

    Reply

  24. haritz says on :

    selamat pulang :mrgreen:

    Reply

  25. naza says on :

    slamat kembali ke m’sia dr sarah..

    Reply

  26. sinar_islami says on :

    selamat pulang akak..
    hehe..dah abes kemas lum..kotak2 tu
    igt bilik cntik ade pape..hehe..

    Reply

  27. firdee says on :

    selamat kembali…seronok eh dapat “hujan batu”… :mrgreen:

    Reply

  28. hafiq@broadband says on :

    salam… 😉 selamat pulang ke tanah air tercinta….hope…happy… :mrgreen:

    Reply

  29. akak says on :

    Alhamdulillah..dah sampai umah. Wahh..mesti best dapat bilik baru lg..Apa lagi..kemas..kemas..ruang tamu dah sepah tu.. :mrgreen:

    Reply

  30. Saffa says on :

    KS dah habis kemas ker belum? =)

    Reply

  31. arina says on :

    salam Kak Sarah ..
    hahaha, sy pun rs seronok jugak bace yg psl bilik tu!
    rs mcm ade kat sblh Kak Sarah.
    hehehe.

    selamat pulang ke Malaysia ..
    n slmt mengemas kotak. 😆

    Reply

  32. me says on :

    hehe .. balik2 je kena kemas

    Reply

  33. Wanie says on :

    salam.

    waahh.. dah duduk bilik lain dah.. bila nak jemput ke temerloh? huhu..

    ni bila kita nak jumpa ni ks? =P

    Reply

Leave a Reply