Selamat Tinggal Moscow (Finale)

DSC_0681

Assalamualaikum wbt

Semalam ketika saya menaiki teksi menuju ke kedutaan, saya sebak sendirian. Kerana saya terfikir, inilah teksi terakhir yang akan saya naiki di Moscow.

Kemudian saya ke Universitetsky Mall untuk membeli barang. Dari situ, saya menaiki metro ke stesyen Krapotkinskaya. Saya diam saja ketika berada di dalam metro walaupun ada Baiz dan Eza bersama. Saya tahu, kalau saya banyak bersuara, nanti air mata saya jatuh. Kerana saya terfikir, inilah metro terakhir yang akan saya naiki. Jadi, saya mahu menikmati metro itu sepuas-puasnya. Saya tenung lampu, pintu, tempat duduk, palang tangan dan peta metro yang tertampal di dindingnya. Memang saya tidak menangis tapi air mata sudahpun bergenang-genang.

Selesai urusan di Krapotkinskaya, saya melintasi Coffee House. Saya berpatah semula untuk singgah ke sana. Saya amat menggemari Cappucino Iced di situ. Saya singgah semata-mata untuk memesan air itu. Kerana saya fikir, inilah kali terakhir saya dapat menikmatinya.

Saya terus menunggu bas untuk balik ke rumah. Menaiki bas adalah lebih dekat dan memudahkan dari situ. Sebaik saja bas sampai, saya terus duduk di bahagian paling belakang untuk menikmati pemandangan bas itu secara luas. Juga dapat melihat ke luar dengan jelas. Kerana saya fikir, inilah kali terakhir saya akan menaiki bas di Moscow dan melalui jalan rutin ulang-alik menggunakan bas.

Setibanya di rumah, saya terduduk sebentar. Barang-barang saya biarkan di tepi beg. Stokin pun masih belum ditanggal. Saya duduk di tepi katil. Saya terasa sunyi. Rasa terasing. Rasa jauh. Kerana semua yang dekat di hati saya selama enam tahun di sini akan mula meninggalkan rumah kami yang satu ini.

Dan sekarang, rasa sedih itu berganda-ganda. Kerana pada hari ini, saya akan meninggalkan Bumi Rusia ini untuk pulang ke Malaysia. Terima kasih Moscow atas permukiman yang penuh makna ini. Terima kasih atas segalanya. Terima kasih kerana mendidik saya dalam tempoh enam tahun yang berharga ini. Terima kasih kerana menjadi rumah yang sangat manis untuk saya kenang selamanya.

Selamat tinggal Moscow. Semoga terus menjadi rumah agung untuk insan yang bertandang mencari ilmu dan tauladan. Semoga saya dapat bertandang lagi jika diizinkan Tuhan.

Dari Moscow dengan cinta. Kembara saya di Tanah Tsar berakhir di sini. Wassalam.

Nota: Sedih yang teramat sedih…

48 Responses to “Selamat Tinggal Moscow (Finale)”

  1. NoktahHitam says on :

    Kesian.. sayu je bunyi. Have a safe flight KS.

    Reply

    Sarah Reply:

    Thanks Eddie!

    Reply

  2. enar says on :

    terima kasih berkongsi pengalaman selama ini.selamat kembali ke tanahair semuga tali pesahabatan terjalin

    Reply

    Sarah Reply:

    🙂

    Kak Enar, semoga kita dapat berjumpa lagi kali ni!

    Reply

  3. waa says on :

    mata saya pun bergenang-genang.haih…

    tarian keyboard KS untuk titipan akhir ini sangat menjadi..

    semoga selamat semuanya untuk KS. welcome back home!

    Reply

    Sarah Reply:

    Thanks Waa. KS dah selamat sampai dah.
    Dah makan dengan banyaknya dah. :mrgreen:

    Reply

  4. Kasawari says on :

    banyak2 bersabar KS.. semoga perjalanan pulang dipermudahkan dan selamat ya..

    Reply

    Sarah Reply:

    Alhamdulillah. Perjalanan balik elok2 saja. 🙂

    Reply

  5. adlan says on :

    sabor nyerr ngangah..
    insyaallah ada masa kita gi sana satu family

    Reply

    Sarah Reply:

    Insya Allah.
    Weh Lan. Ngangah tak jumpa awak lagi ni. Nama je duduk serumah. Bertuah betul budak ni. 😆

    Reply

  6. inah says on :

    safe journey sarah..

    one day kita travel bersama..mahu? :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Travel sama2? NAK SANGAT2!!!!!

    Reply

  7. sD says on :

    selamat pulang KS 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Terima kasih Danial. Sampaikan salam KS pada batch kamu yang ingat KS. Uhuuu. Sedih. Tak dapat dah jumpa korang semua yang best2 tu. 😥

    Reply

  8. nadiah says on :

    sedihnya (-.-)

    selamat pulang ya sarah. ramai yang menanti sarah kat sini. dengan penuh senyuman..

    take care sarah

    Reply

    Sarah Reply:

    Tak sabar mau jumpa awak! 😉

    Reply

  9. mrs.sheikh says on :

    salam sarah…
    wahh ..akak tak selalu masuk blog ni..kadang2.
    tapi entri hari2 terakhir ni sangat menyentuh hati dan
    membuatkan akak teruja dan berfikir.. adik2 bloggers
    yg akak kenal semuanya doktor.. ,dan bercerita moscow sgt indah dan
    mmg patut dikenang…

    kerana itulah ..akak amat2 kagum dgn putin sejak beberapa tahun kebelakangan ini wpun pemimpin seperti putin tidka byk didunia. dan akak kira sarah beruntung belajar di russia.

    selamat kembali…

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Akak.

    Terima kasih sebab sudi menyinggah di sini walaupun tak selalu. Saya hargai sangat2 🙂

    Ye betul. Saya tahu yang Hanna dan Kak Shieda pun ada banyak cerita tentang keindahan Moscow. Saya bersyukur sebab jadi antara yang bertuah untuk ke sini. Bukan senang nak datang sini suka2 je. Dengan living cost yang tinggi, kena visa lagi nak masuk sini. Uishh. Susah, susah. Tapi Alhamdulillah, kami semua berjaya lalui semua susah payah hidup di sini.

    Terima kasih kak atas nasihat tu 🙂

    Reply

  10. irmadilondon says on :

    selamat pulang ke tanah air buat dr sarah 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    😉

    Reply

  11. hani says on :

    Sarah,

    Selamat pulang ke tanah air..Semoga perjalanan Sarah selamat k…
    InsyaAllah, 1 day nanti Sarah pasti datang Moscow lagik.. 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Insya Allah! 😉

    Reply

  12. Kak Cinta says on :

    Salam Sarah…
    Akak pula yg bergenang air mata…but hey, sarah akan bersiaran dr bumi malaya kan? di samping keluarga tercinta :)…take care sarah…

    Reply

    Sarah Reply:

    Kak Cinta,
    Saya dan internet tak dapat dipisahkan. 😆 Insya Allah akan bersiaran dari Malaysia selagi takde aral melintang 🙂

    Reply

  13. hayad says on :

    selalu jd silent reader je. tp entry kali ni buat akak nk tinggalkan komen. sebab tetiba rasa macam memang sedih. ye la, 6 thn tinggal di moscow. yg pd asalnya semuanya asing tp lama2 dah jadi sebati dgn diri. setelah 6 thn, tiba-tiba terpaksa ditinggalkan.

    apa2 pun sarah beruntung sbb dapat hidup di negara asing. pasti pengalaman yg plg bernilai dlm hidup. selamat pulang ke tanah air.

    dan selamat bertugas nanti .

    Reply

    Sarah Reply:

    Kak Dayah (I used to be your reader!),
    Saya sebak bila baca komen akak ni. Terasa macam terkenang semula perasaan saya di hari2 terakhir di Moscow. Apapun terima kasih atas doanya kak. 🙂

    Reply

  14. Yeop8883 says on :

    Salam…Dr Sarah..!

    Dobre phazalobat Veh Malazie!!!!…. Selamat berangkat pulang ke tanah ayor..!!

    :mrgreen: :mrgreen:

    Reply

    Yeop8883 Reply:

    PS: tapi dimana cik wanie menghilang ya..!!! 😉 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Wanie busy praktikal.

    Reply

  15. Bro Fisol says on :

    salam..

    sebak juga bro baca entry ini..memanglah tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu..

    InsyaAllah, sarah akan dapat kembali ke bumi Tsar…tapi mungkin bersama yang tercinta ataupun anak2..boleh cerita nanti, disinilah rumah ibu dulu, disinilah ibu selalu beli minuman etc…as bro & k.mai plan to do with the four genius..semoga impian kami juga tercapai… 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Semoga plan bro dan Kak Mai untuk bawak anak2 ke sana akan tercapai. Insya Allah satu hari nanti saya pun menyusul jugak dengan idea yang sama. Hehe. 😀

    Reply

  16. tisya says on :

    Have a safe journey back..take care

    Reply

    Sarah Reply:

    Thanks Tisya!

    Reply

  17. RADIOKITA says on :

    Selamat datang ke Internet Radio yang hanya boleh didengar melalui pc anda sahaja berkonsepkan Berhibur Sambil Berdakwah – makasih

    Reply

  18. pencacai tua says on :

    semoga sarah selamat sampai kemalaysia dan sentiasa berada dibawah perlindungan dari Tuhan….chaiyok2… 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Terima kasih! 🙂

    Reply

  19. truemax says on :

    Salam Angah,

    Percaya atau tidak, saya banyak mengenali Moscow dari “Dunia Sarah” ni. Keadaan di Moscow jelas terbayang (dalam versi otak saya) apabila saya membaca di sini.

    Agaknya saya perlu babai Moskow juga, walaupun belum pernah sampai pun di situ.

    Take care.

    ::truemax

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Truemax,

    Nampanya readers kat sini pun dah graduate di Moscow jugak dah. :mrgreen:
    Thanks Truemax.

    Reply

  20. mfadlimusa says on :

    Hi Dr Sarah,

    Selamat kembali ke bumi malaysia tercinta..

    Reply

    Sarah Reply:

    Thanks bro Fadli!

    Reply

  21. khairilidham says on :

    Dr Sarah dearest,
    Dan sekarang anda merasai apa yang saya rasa dahului dan hingga ke saat ini sungguh saya masih merasainya tebal mendalam. Selamat kembali ke Malaysia dan semoga menjadi doktor yang cemerlang.

    Remember, do only correct things otherwise resign. Even before reporting duty to MMC or JPA . =)

    Dan saya titipkan sajak dahulu berjudul warkah terakhir untuk kekasih bagi menambah rasa apa yang dirasai.

    Warkah Terakhir Untuk Kekasih
    (Selamat Tinggal Rusia)

    Kekasihku,
    Lewat berlabuh tirai senja,
    merah menutup jendela Moskva,
    pada musim panas remaja,
    cinta yang berbunga,
    daisi mewangi,
    kuning dandelion,
    selepas mekar tulip
    dan harum lilac.

    Cinta kita adalah transit,
    pengembaraan ke negeri abadi,
    yang mengajar erti manusiawi,
    pencarian cinta hakiki,
    di terminal dunia,
    sebuah kehidupan.

    Gugur daun ke genggaman,
    menanti tibanya musim sejuk,
    selalu kau disampingku,
    hangat dipelukmu erat,
    menenangkan gigil hati sepi,
    deras angin tanah nurani.

    Dan musim berganti,
    kecilku meniti usia dewasa,
    kau masih anak gadis rupawan,
    ingin dihiasi perhiasan kemodenan
    sedang aku setia pada keaslian,
    kubah St Basil pelbagai warna,
    menghiasi dadamu, Dataran Merah
    di Kremlin bersejarah.

    Kekasihku,
    tiba sudah masa,
    untukku meneruskan kembara,
    akan kurindu detik waktu itu,
    terakhir bercumbu pada malam putih,
    keakraban yang memaut kasih,
    bersaksi Hermitage dan Peterhof,
    di St Petersburg.

    KHAIRIL IDHAM ISMAIL
    Julai 20, 2008
    SHREMETYEVO 2 AIRPORT
    – published in Berita Harian

    Reply

    Sarah Reply:

    Dr. Khairil Idham,

    Dulu saya ada terfikir, perasaan yang macam manalah yang dirasakan tu samai boleh tulis sajak yang penuh jiwa ni. Mesti ada satu rasa yang sangat berat untuk tinggal Moscow, tu sebab boleh hasilkan sajak yang penuh jiwa ni. Dan di hari-hari terakhir saya di Moscow, saya betul2 rasakan apa yang mungkin dulu Abang Khairil rasa. Sedih. Sangat sedih. Abang Khairil pun tau jelah kan saya ni sentimentalnya lebih. Sebak sangat bila terpaksa lalui semuanya untuk kali terakhir di Moscow. In fact, waktu ke Gorky Park tu, saya teringat juga waktu kita pergi sana sama2 tahun 2004 dulu. Sedih bila dikumpulkan semula semua kenangan2 di Moscow ni.

    Terima kasih sebab kongsikan sajak ni di sini. Nanti saya kongsikan sajak yang saya buat pula. Doakan saya jadi hebat macam Abang Khairil jugak ok!

    Reply

  22. :) says on :

    tetibe terasa kesedihan jugak. 😐

    Reply

    Sarah Reply:

    🙁

    Reply

  23. Mother Russia says on :

    You are most welcome Dr. Sarah.

    For Mother Russia! Attack!

    Rcup.

    Reply

    Sarah Reply:

    Hihi. Encik, sila pergi tidur. Esok kerja kan. :mrgreen:

    Mother Russia sentiasa di hati. Juga semangatnya!

    Reply

  24. snm says on :

    Sarah 🙂
    Selamat kembali ke tanah air. Ambil masa yang lapang di rumah dgn aktiviti makan oke? :p lepas ni dah busy kerja, kang tak dapat mamam yg best2..

    Rindu Orked!

    Reply

  25. movers international delhi says on :

    Woah! I’m really digging the template/theme
    of this blog. It’s simple, yet effective. A lot of times it’s difficult to get
    that “perfect balance” between user friendliness and appearance.
    I must say you have done a great job with this. Additionally, the
    blog loads extremely quick for me on Opera.
    Exceptional Blog!

    Reply

Leave a Reply